Selasa, 9 Mac 2010

INI RUPANYA BLOG PENGAMPU

Blog pro-UMNO didakwa siar gambar lucah

BAYAN LEPAS - Laman blog yang didakwa kepunyaan penulis blog pro-UMNO didakwa menyiarkan gambar lucah dan terlampau.

Ketua Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata, laman blog berkenaan menyiarkan gambar dan artikel yang keterlaluan termasuk menyentuh sentimen perkauman.

Katanya, apa yang mendukacitakan, laman blog berkenaan turut dihiasi gambar-gambar superimpose melampau termasuk gambar Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditindih.

“Kami percaya ini adalah antara laman-laman milik blogger pro-UMNO.

“Ini berikutan ada penyokong UMNO yang marah dengan tindakan MCA dan Gerakan tidak menyertai demonstrasi di kedutaan Australia yang dianjurkan oleh Barisan Nasional (BN), dan dalam blog pro-UMNO berkenaan menyiarkan ketidakpuasan hati terhadap MCA dan Gerakan dengan mengatakan mereka tidak berminat untuk mempertahankan kedaulatan Malaysia, sudah terang-terangan ia berbentuk perkauman,” katanya selepas membuat laporan polis mengenai wujudnya laman berkenaan di Balai Polis Sungai Nibong.

Hadir sama, Ketua Pemuda Sosialis DAP negeri, Ng Wei Aik, Exco Pemuda Pas negeri, Mohd Faruk Abdul Rahman dan kira-kira 20 wakil pemuda Pakatan Rakyat (PR).

Wei Aik berkata, kenyataan melalui laman blog berkenaan dilihat mengandungi isu perkauman kerana kaum Cina bukan sahaja berada dalam MCA dan Gerakan./Sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan