Isnin, 8 Mac 2010

MAMAT EZAM BERSUMPAH LAGI !! KISAH KATIL AZMIN PUN MUNCUL

Cari kotak baru la mamat Ezam...
Ezam di pentas ceramah Umno...
Kehadiran puluhan ribu mendengar ceramah Ezam raja sesumpah....kerusi disediakan...berkhemah...

Oleh: WFAUZDIN NS


KALI ini di Hulu Kelang, Ahad lepas maka bergema lagi `sumpah' mamat Ezam raja sesumpah @ raja kotak. Sumpahnya kali ini pelik sedikit, beliau bersumpah serta mohon maaf kerana dahulu beliau tidak tahu perangai DS Anwar, sebab itu beliau mati-matian sokong DS Anwar apabila DS Anwar difitnah liwat kali pertama. Melucukan kata-kata mamat Ezam raja sesumpah ini, kadangkala dia berkata dia lah yang lebih kenal rapat DS Anwar kerana bekerja lama dengan Ketua Pembangkang itu, tiba-tiba kali ini dia minta maaf pula tidak tahu perangai DS Anwar.

Putar belit, sumpah termasuk sumpah seranah memang kerja si mamat raja kotak ini semenjak berada dalam kotak Umno. Sebelum itu seorang lagi bekas orang kuat DS Anwar di dalam ceramahnya pada malam yang sama bercerita pula pasal katil YB Azmin Ali. Kununnya katil YB Azmin terlalu mahal dan beliau mempunyai resit harga katil tersebut. Itulah standard hujah kedua-dua pencacai Umno yang telah ditolak oleh rakyat itu. Semuanya bercerita tanpa seorang pun berani tampil membuat laporan Polis sekiranya DS Anwar atau Azmin pernah melakukan rasuah atau kaya raya hasil dari penyelewengan. Cuma sebut ada resit, buat apa simpan saja? Kenapa tidak tunjuk saja resit beli katil oleh YB Azmin itu kepada SPRM? Tidak berani bukan? Kenapa tidak berani?

Begitu jugalah dengan mamat Ezam yang suatu ketika dahulu pernah bercerita pasal pasu bunga rumah Najib yang terlalu mahal. Mamat ini juga pernah bertanya," Cuba tunjukkan pada saya siapa yang masuk Umno kerana ikhlas? " Mamat ini juga pernah berjanji (sumpah?) tidak akan sertai Umno sewaktu beliau berada di dalam Gerak. Cuba lihat klip video yang saya sentiasa kekalkan di dalam blog saya ini. Seperti kebiasaan, Ezam membuat tuduhan kepada DS Anwar dan DS Wan Azizah kemudian minta kedua-dua orang yang dituduhnya itu menyamannya. Ezam raja sesumpah ini sangka DS Anwar dan DS Wan Azizah ini bodoh sangat hendak melayan mamat pencacai sepertinya? Bukan standard DS Anwar atau DS Wan Azizah untuk melayan mamat kotak ini. Jika Ezam betul-betul ada bukti, buat apa tunggu mereka saman kamu, lebih baik kamu buat laporan Polis atau SPRM sahaja. Bukan mamat kotak ini tidak biasa berkunjung ke Balai Polis. Mamat Ezam boleh lah cari kotak baru yang lain untuk kumpul segala bukti salah laku DS Anwar dan DS Wan Azizah. Apa masalah?

Setelah puas mengata DS Anwar, di dalam ceramah malam itu juga mamat Ezam ini mempertikaikan Tok Guru Nik Aziz kerana menyokong DS Anwar. Adakah Ezam mahu Tok Guru sokong Saiful yang telah menahan berak dua hari itu? Jangan letakkan maruah Tok Guru seperti kamu wahai Ezam. Maruah kamu jauh di bawah tapak kaki kami yang sentiasa berjuang untuk keadilan dan kebenaran bukan kerana kesenangan dunia yang sementara ini. Ezam kotak bertanya adakah Tok Guru tahu DS Anwar tidak bersalah? Kita juga ingin bertanya adakah Ezam juga tahu Saiful yang mohon biasiswa kepada Najib itu betul? Oleh kerana masing-masing tidak tahu siapa betul atau salah, maka Islam mengajar kes liwat ini sepatutnya di bawa ke mahkamah Syariah mengikut Hukum Islam. Siapa sekarang yang bawa kes ini ke Mahkamah Syariah? Mengapa kes Qazaf masih tertangguh? Siapa yang bawa kes ini ke mahkamah sivil? Parti mana yang tolak hukum Islam dilaksanakan? Parti Tok Guru Nik Aziz kah atau parti yang baru Ezam sembah itu?

Mamat raja sesumpah ini juga mengungkit bahawa Pak Lah sebenarnya berjasa membebaskan DS Anwar. Berjasa apa ? Setelah kita zalimi dia dengan lebam-lebam biji mata, penjarakan dia kemudian kita bebaskan dia, kita kata kita berjasa? Yang berjasa sebenarnya adalah rakyat yang menyokong keadilan termasuklah yang sentiasa menyokong dan membantu isteri Ezam sewaktu Ezam dipenjarakan. Tidak terfikirkah Ezam semua itu? Betapa hati telah buta akibat memandang kemewahan dunia. Ezam berkata beliau akan `round 1 Malaysia' untuk menentang DS Anwar. Apakah beliau ingat DS Anwar bimbang dengannya? Saya lagi bersyukur jika Ezam setiap saat berkempen untuk Umno kerana sejarah telah membuktikan apabila Ezam berkempen pasti akan membawa `bencana' pada Umno. Keputusan beberapa Pilihanraya Kecil sebelum ini telah membuktikannya.

Kisah Ezam raja sesumpah beserta beberapa orang pencacai yang menyembah Umno ini boleh lah kita jadikan pengajaran kepada pejuang-pejuang muda di dalam PR. Lihatlah betapa hinanya mereka kini setelah bermazhabkan Umno. Sekali lagi kita cabar Ezam atau sesiapa sahaja dari golongan pencacai ini yang punyai bukti atas apa jua salah laku pimpinan PR, tampil buat laporan ke pihak berkuasa bukan semata-mata berkata berdegar-degar. Jika setakat berkata itu dan ini, sama juga lah dengan mendengar berita dari TV 3 suku atau Utusan Meloya./wfauzdin.blogspot.com

14 ulasan:

  1. Dulu lain sekarang lain. Dulu Anwar Menteri Kewangan, kentutnya pun wangi. Kalau ditakdirkan Anwar jadi PM...sumpah kentutnya wangi semula. Aku Bersumpah kerana aku tersilap bersumpah!!

    BalasPadam
  2. manusia yg berkiblatkan Pakatan Penipu Rakyat lah yg paling hina dalam dunia ini.sanggup bersekongkol dgn peliwat.kkkhhhark ptuuuiiih.pi mampuslah anda.tak tahu malu.takde maruah langsung.cakap je pandai.

    BalasPadam
  3. maruah umno kat jubur sepol ke? wakakaka....

    BalasPadam
  4. Rahman ni macam orang kurang siuman. Sesuatu tuduhan itu biarlah berlandas. Kalaulah kononnya Pakatan itu penipu, berilah contoh penipuan yang telah berlaku. Jangan main tembak saja. Dari segi agama dah tentu salah, dari segi moral pun dah berong. Ternyata rosak akal si Rahman ini...

    BalasPadam
  5. patut la lama menghilang..buat cerita baru rupenye...

    BalasPadam
  6. Rahman ni dah jadi barua...sokong umno lagi teruk pencuci tong tahi....kalau kau cakap pengikut2 pakatan rakyat ni dah kira berat ni...barua punya orang....

    BalasPadam
  7. ooo... bila org cakap pakatan rakyat penipu mintak bukti lak??? abis korg ckp BN penipu ada bg bukti ke??? berjela2 manifesto haram satu pun tak tunai... ekonomi merudum... tu pun melayu bodoh mcm hangpa dua kat atas dok seronok lagi... apalah nasib bangsaku... mau2 kalau jadi cam iraq atau zimbabwe baru nak insaf kot... klu camtu baru dapat ajar pencacai buta mata hati ni moga ALLAH swt kabulkan hajat hangpa tu...

    BalasPadam
  8. hahah, anonymous 4:29 tak sedar yg komen itu ditujukan kepada dirinya sendiri, mengata dulang paku serpih?

    BalasPadam
  9. nama sedap,rahman.tapi otak bodoh.makan taik kot.nak banding kerja 2 tahun dengan kerja 50 tahun.mata rahman dan dan sewaktu dengannya buta kot(memang buta).pemuda umno umur tak sampai 30 dah jadi jutawan.duit mai mana.duit haram duit rasuah lah tu.maklok macam rahman ni dah lali dengan duit haram,sanggup jadi barua dan balaci umno.orang atas umno dok sedap tibai projek,dia merayau dalam blog pr jadi barua.mungkin ada upah sekupang dua,itu pun dah cukup besar.

    BalasPadam
  10. Aku...kalau dengar saja nama si Ezam ni.....heeeeee.....geli-geleman rasanya....nak termuntah......busuk-sebusuknya.....bak busuknya jubor si Epol tu.

    Jenis Raja Sesumpah ni...memang tak boleh caya. Berdekah2 cakap ada rahsia 7 kotak.....TAPI...bila Dr. Agus bagi soalan cepu emas....tergagap-gagap nak jawap....last2 bagi alasan kotak tu ada kat Dr. Was Azizah.

    Kalau aku ada kat situ....memang aku "PANG"kan kepala si Raja Sesumpah tu. Nak menipu aja memanjang......

    BalasPadam
  11. rahman ,nama Allah. tapi manusia yg bernama ini paling banyak salah guna nama. TAUBATLAH

    BalasPadam
  12. Siapa nak percaya pada Ezam kotak@sesumpah ni..
    Aku masih lagi ingat dalam ceramahnya di tempat aku dgn kata2 beliau. "Tolong tunjokkan saya, siapa yg ihklas masuk Umno". Dia yg bogelkan Umno, kemudian dia pulak yg masuk tong taik ini..

    BalasPadam
  13. hoi...bodoh punya ezam. biarlah kau mampus barsama umno.

    BalasPadam
  14. aku setuju ezam sesumpah tu round satu malaysia... lagi cepat UM-ngok jatuh...kahkahkah

    BalasPadam