Selasa, 23 Mac 2010

PILIHANRAYA KECIL DI PERLIS ? ADUN LETAK JAWATAN

Adun Titi Tinggi letak jawatan

2010/03/23

KANGAR: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu sahkan terima surat perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Yip Sun Onn, jam 3 petang semalam.

Menurutnya, pihaknya sedang merayu Adun berkenaan supaya menarik semula hasrat itu dan yakin tiada pilihan raya kecil akan diadakan.

Beliau dikatakan bertindak demikian selepas digugurkan daripada Exco Perlis./hmetro

2 ulasan:

  1. dah orang tu nak letak jawatan, nak rayu suruh tarikh balik kenapa, buat le PRK, nape MB Perlis takut ke nak PRK, tak dak teloq ke

    BalasPadam
  2. Wan,ini cerita kurang menarik jika dibandingkan serangan Datuk Abdul Ghafar Salleh terhadap Zahrain di Dewan Rakyat.
    Ianya amat terhebat jika dibandingkan dengan ulasan Saifuddin Nasition,lebih menyerlah dan lebih menyeluruh.Kalau MP UMNO lain,aku ingat satu kali warning mesti duduk diam diam,tapi bukan MP Sabahan ini.Dia tau umur dah tua,cakap mesti terus terang.

    Ayat paling power:“Saya sudah katakan saya tidak pernah diumpan, tidak pernah dipujuk dan tak pernah pergi Taiwan, bererti saya bukanlah golongan yang dipujuk untuk lompat.

    “Jadi bererti umpan yang dibagi kepada rakan mungkin tidak cukup, jadi tidak lompat, umpan yang dibagi kepada Ahli Parlimen Bayan Baru ini besar, sebab dia lompat.

    Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) kemudian bangun mencelah dan meminta Abdul Ghapur bertenang.

    “Bayan Baru menceritakan, dia tidak menuduh Kalabakan, jadi...,” kata Mohamad.

    Abdul Ghapur enggan memberi ruang serta mempertikaikan tindakan Mohamad mahu membela Zahrain.

    “Takkan Sri Gading mahu bela, sedangkan saya dalam BN, mahu bela pembangkang yang mungkin mahu masuk Umno.

    “Saya minta maaf saja, kalau orang seperti ini masuk Umno, mungkin Umno punya orang akan keluar,” katanya.

    Beliau juga enggan membenarkan Zahrain mencelah walaupun untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu.

    Abdul Ghapur turut menyatakan pendiriannya berhubung tindakan keluar parti.

    “Saya kalau keluar parti, (adalah kerana) saya tidak percaya kepada pucuk pimpinan, bukan kerana dibeli. Ini penting, jangan bikin tohmahan yang bukan-bukan,” katanya

    BalasPadam