Selasa, 23 Mac 2010

MANA LEBIH HEBAT ? ANJING UPAHAN, KATAK ATAU FIRAUN ?

Oleh: WFAUZDIN NS

SIANG tadi di Parlimen kita dapat menyaksikan betapa seekor katak mengamuk sakan, siap hentak-hentak meja dan baling kertas lagi. Apakan tidak, hatinya terlalu panas apatah lagi kerana perhimpunan Perkosa yang dianjurkannya tidak seperti yang diharapkan. Mulanya terbayang oleh beliau betapa gah nya dia nanti kalau yang merasmikan perhimpunan Perkosa itu adalah datang dari Istana, malang sekali angan-angannya tidak kecapaian. Maka, terpaksalah beliau kembali kepada `guru kaka'nya iaitu Che Det untuk merasmikan perhimpunan Perkosa.

Sering kita melihat apa jua aktiviti yang dibuat oleh katak (beliau mengaku katak emas) Pasir Mas ini selalu tidak menjadi. Bermacam-macam akal telah digunakan oleh katak ini untuk menarik perhatian di samping cuba memancing Umno untuk kembali menerimanya. Dia cuba tonjolkan dirinya hebat, kalau ada isu Melayu dia akan bertukar kulit menjadi katak Melayu yang lebih Melayu dari Umno. Kalau tiba isu Islam, katak ini akan memakai kopiah dan bertukar kulit pula bercakap pasal Islam mengalahkan PAS pula. Itulah kelebihan Berahim katak dan Umno tahu itu semua sebab itu Umno tidak berselera untuk memelihara katak jenis ini.

Katak mengamuk siang tadi pun mungkin kerana merasa tercabar dengan `kehebatan' Zahrain anjing upahan yang begitu kuat salakannya di dalam Parlimen baru-baru ini. Bimbang juga beliau jika anjing upahan itu mampu menewaskan katak yang lebih senior. Beliau tidak tahu masih ada lagi seekor dua yang bakal menyalak atau mengaum di dalam dewan selepas ini yang bakal mencabar kehebatan beliau. Beliau belum mendengar jeritan Sang Firaun Besar dari Kulim Bandar Baru lagi. Dengar khabarnya firaun besar dari Kulim Bandar Baru akan membuat persembahan lagi hebat sehinggakan beliau memberi amaran agar kesemua MP di dalam Parlimen nanti perlu memakai `pampers' takut terkencing dengan persembahannya.

Sudah masuk minggu kedua Parlimen bersidang dan kita dapat melihat apa yang puak-puak tidak berparti itu perjuangkan. Kununnya akan berjuang masalah rakyat, tetapi apa yang mereka buat? Anjing upahan itu menyalak seperti orang gila talak. Mana masalah rakyat yang dibawa olehnya? Si katak emas ini pula sibuk suruh Saiful pergi berjumpa Syeikh Yusoff Qardhawi. Untuk apa ? Hendak suruh Ulamak tersohor itu memeriksa `eksoz' Saifulkah? Hendak suruh Saiful mengangkat sumpah laknat sekali lagi di hadapan Ulamak tersebut? Apa beliau ingat Ulamak tersebut sama seperti Jamil Khir atau Harusani ke?

Setakat ini kedua-dua ekor puak bebas ini bercakap tidak lari dari menyebut nama DS Anwar. Semua ingin menumpang tuah menyebut nama DS Anwar. Memang tokoh reformasi itu hebat, jika tidak masakan Najib pun bercerita tentang DS Anwar sampai ke kawasan ulu di Lipis. Masakan Rais anak Yatim itu pun bercerita tentang DS Anwar sampai ke kawasan felda di Jelebu. Jika tidak hebat, masakan TV 3 dan Utusan Meloya hari-hari bercerita tentang Ketua Pembangkang ini. Apabila sudah tidak terlawan dengan hujah berdepan, seperti biasa Umno akan gunakan cara jijiknya. Maka, dikerah berpuluh orang Pemuda Umno ke setiap balai Polis untuk menyusahkan pihak Polis mengambil laporan bodoh mereka itu.

Setakat ini, sedikit pun tiada kesan ke atas DS Anwar apatah lagi kepada PKR dan juga PR keseluruhannya. Kita tunggu juga kalau-kalau ada mana-mana pemimpin Umno yang berani mencabar DS Anwar berdebat secara terbuka tentang isu yang mereka anggap `dosa besar' DS Anwar itu. Tetapi kita mesti sedar dari angan-angan kita bahawa bukan Umno namanya jika berani berdebat dengan DS Anwar. Mereka telah mempelajari sejarah bagaimana salah seorang dari Menterinya `berbuih' mulut semasa berdebat dengan DS Anwar di dalam isu minyak suatu ketika dahulu. /wfauzdin.blogspot

4 ulasan:

  1. Semua makhluk-makhluk perosak tu akan tamat riwayat politik mereka pada PEMILU ke 13 nanti. Malah orang-orang UMNO pun tak percayakan mereka tapi cuma menggunakan 'bakat-bakat' diaorang untuk melanyak PR serta membobrokkan Anwar Ibrahim. Itu di dunia bro . Di alam Barzah dan Padang Masyar , Wallahu Alam !

    BalasPadam
  2. Terima kasih UM,BH,TV semua saluran,MP lompatan,BBCBN serta pengunjung katagori umno-bn yang menghantar comment tanpa nama dalam blogger PR.
    Terima kasih kerana anda semua adalah penyumbang besar untuk kehancuran UMNO-BN.Postmortem dan kajian punca kekalahan BN pada PRU12 dan PRK susulan telah anda kambus dan simpan dibawah karpet PWTC.
    Selagi anda semua bertuhankan DUIT dan rela menjadi balaci upahan untuk menyerang Anwar serta PR ,selama itulah kedatangan anda dialu alukan.Kedatangan anda semua mempercepatkan "kematian umno-bn" dan mudah untuk ditalkin kerana tanpa sokongan anda amat sukar untuk PR merealisasikan Malaysia Baru.
    Selagi anda semua berada dalam kelompok tersendiri,berbincang dan berbicara dalam suasana yang ada class,anda tidak akan mendengar suara suara rakyat dikedai kedai kopi,akan mudahlah kerja kerja untuk melihat umno-bn runtuh seruntuhnya dalam PRU13 nanti.

    BalasPadam
  3. masa PRU 12 aku cuma benci UMNO 50/50 je, tapi sekarang bila melihat perkembangan semasa, kini aku dah tak prcaya UMNO 100% mereka ni pembohong besar. mereka bukan nak bekorban untuk rakyat tapi asyik meneruskan politik sempit je. bila mereka kalah bahas, mulalah mereka gunakan kuasa veto yang ada pd mereka... jemu...jemu.....lepas tu gunakan Ibrahim ali, gunakan katak2 keluar PKR yg rakyat kawasan mereka pun tak suka mereka...harap PR jangan layan AP bebas yang tak berpendirian ni... mereka memang tk ada pengikut langsung, PR memang dah buang mereka dan UMNO pun takut ambil mereka utk PRU akan datang kerana nanti perhabis duit ahli...he..he...pecayolah cakap den...

    BalasPadam
  4. itu pendapat kelompok kau orang saja.pru mendatang umno akan menawan kembali hati rakyat.kekalahan pru 12 bukan kerana isu dimainkan pembangkang itu bernas, tetapi disebabkan gunting dalam selimut.gunting ini telah merabakkan perjuangan umno.gurunya juga adalah tuan penasihat kepada tuan-tuan semua.kebencian terhadap pemimpin menyebabkan ahli umno sendiri meluahkan perasaan di kertas undi.setelah beralihnya kepimpinan dan gunting pun disimpan di dalam laci,kini umno akan kembali seperti biasa.sebab umno ni sebuah parti yang sentiasa muhasabah diri.parti pakatan rakyat pula asyik menunjuk salah orang.umpama kata seperti hang jebat derhaka.tahu akan ilmu tetapi tak faham.bila dah tak faham, bagaimana boleh mengamalkannya.teruskanlah usaha mencaci dan mencerca kerana sepohon pokok yang subur menghijau bukan disirami dengan air gula dan manisan, sebaliknya najis dan air limbahan yang meyuburkannya. moga-moga saudara semua akan mendapat petunjukNYA.amin.

    BalasPadam