Rabu, 7 April 2010

APA KATA PERKASA DAN MCA/GERAKAN BERTUKAR `HADIAH'?

Oleh: WFAUZDIN NS

PENING kepala bila memikirkan apa sebenarnya yang membuatkan PERKASA begitu berang dengan dua pemimpin Cina dari Gerakan dan MCA itu. Semuanya bermula dengan kedua-dua pemimpin Cina tersebut mengkritik PERKASA yang dikatakan tidak selari dengan konsep 1 Malaysia. PERKASA pula tetap mempertahankan prinsipnya yang kununnya berpaksi kepada Perlembagaan.

Tempoh 48 jam diberi kepada kedua-dua pemimpin Cina tersebut oleh PERKASA untuk mereka memohon maaf kepada PERKASA dan juga Tun Mahathir. Tempoh yang diberi telah pun lama berakhir dan kita menunggu apakah tindakan yang mampu dilakukan oleh PERKASA yang dikatakan hebat itu. Namun, kenyataan dari PERKASA hari ini amat melucukan dan seperti kebudak-budakan. Boleh dibaca di sini.

PERKASA akan `menghadiah'kan buku Perlembagaan kepada kedua-dua pemimpin Cina tersebut kununnya mereka berdua ini jahil tentang Perlembagaan. Itukah tindakan yang hanya mampu serta terdaya dibuat oleh PERKASA? Jika sekadar itu, tidak perlulah Presiden PERKASA melalak melolong ke sana ke mari untuk menunjukkan hebat sangat. Suka saya cadangkan juga kepada kedua-dua pemimpin Cina berkenaan agar memberi hadiah balas kepada PERKASA iaitu dengan memberikannya buku 1 Malaysia. Sama-samalah masing-masing `mengaji' semula kedua-dua kitab keramat tersebut.

Masalahnya, ada atau tidak Buku 1 Malaysia itu? Jika tiada, selama ini mereka berpandukan apa bercakap ke hulu ke hilir tentang 1 Malaysia? Jika memang ada, elok benar MCA dan Gerakan hadiahkan kepada PERKASA, mungkin Ibrahim Ali pun tidak sempat khatam kitab tersebut./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan