Selasa, 13 April 2010

CALON PRK HULU SELANGOR- SAYA TIDAK MINTA DAN TIDAK MENGHARAP, KATA US BADRUL AMIN

Semoga Allah lindungi calon kita dari menjadi seperti ini....

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAM nanti akan berakhirlah penantian kita untuk mengetahui siapakah calon dari PR yang akan dipertaruhkan untuk `membinasakan' sekutu-sekutu APCO di PRK Hulu Selangor tidak berapa lama lagi. Di antara nama yang paling popular disebut adalah Dato' Zaid Ibrahim dan di antara tokoh reformasi yang dilihat mendapat sokongan di dalam beberapa blog pro PR adalah Ustaz Badrul Amin Baharon. Blog saya tentunya mengharapkan agar Ustaz Badrul Amin tercalon.

Apa pun semuanya terpulang jepada kebijaksanaan pimpinan di dalam PR untuk menentukannya dan kita tiada masalah untuk terus menyokong mana-mana calon samada calon tersebut dari golongan tua, pertengahan mahupun dari golongan muda. Apa yang kita tuntut dari pimpinan adalah tentukan calon tersebut bukan dari spesis `berudu' yang akan datang bertukar menjadi katak. Rakyat tidak lagi mahu melihat undi dan kepercayaan mereka dilacurkan seperti yang telah berlaku di beberapa kawasan.

Semalam saya telah bersembang ringkas dengan Us Badrul Amin melalui face book beliau. Saya ingin mengetahui dari hatinya sendiri apakah beliau yakin akan tercalon nanti. Beliau menjawab peluangnya adalah 50-50 dan jawapannya itu melegakan sedikit hati saya. Beliau seterusnya memaklumkan bahawa beliau sebenarnya tidak pernah melobi untuk menjadi calon bahkan tidak sedikit pun mengharap untuk terpilih. Tetapi sekiranya amanah itu akan diberikan kepada beliau, pastinya beliau sanggup untuk berdepan dengan calon dari Bn samada Umno atau MIC.

Semuanya ini akan terjawab malam ini di dalam majlis ceramah serta pengumuman calon yang akan diadakan di Serendah, Selangor di mana semua pimpinan utama PR akan hadir. Sama-samalah kita berdoa agar Allah memberi pertunjuk kepada pimpinan kita untuk menentukan siapakah calon yang bakal diamanahkan untuk menghapuskan saki baki Umno/Bn di Hulu Selangor. "KEADILAN MESTI DITEGAKKAN, APCO DAN ZIONIS MESTI DIHAPUSKAN". /wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. elok sgtla tu letak uztaz pas yang samseng jd calon lu.tengok muka x sangka boleh ugut nak bunuh orang.tuih.. tuih

    BalasPadam
  2. klu nak dengar ceramah dia nak pancung dr asri sila tengok kat you tube.hari2 ceramah penuh dgn bahasa kesat dan bahasa samseng.bukan brceramah suruh org buat baik,brceramah suruh org jd lagi ganas dan kurang ajar.ha..pilihla org mcm ni.

    BalasPadam
  3. klu nak dgr ceramah dia nak pancung dr asri,sila buka you tube,boleh dgr ceramah dia gaya samseng dan bahasa samseng.ceramah bukan mengajak org jd baik ,ceramah penuh dgn hasutan ajr org jd lagi jahat.inikah contoh parti yang menegakan islam?sbb tu org luar sangka islam ni ganas,disebbkan org2 mcm ni lah

    BalasPadam
  4. Elok gak dlm parti ada org mcm ini...sahabat Nabi dulu pun ada gak yg keras di dlm membela Islam...kalau semua lembut, senang la Umno nk buli. Ceramah Umno lagi dahsyat. Islam mereka hina...sunnah nabi mereka main2kan...biar Us Badrul ni keras sikit, senang nk berdepan dgn org yg tak tahu bahasa. Ada yg kata Us Badrul ahli PAS mcm penulis komen yg pertama tu...dia ni nmpak sgt tak tahu tapi nk ckp. Us Badrul org PKR la bodoh. Org PKR mestilah ganasssss...baru power PR....kalau semua mcm Tuan Guru Nik Aziz..suka sgt Umno nk buli...

    BalasPadam