Jumaat, 16 April 2010

HILANGNYA KEKUATAN PADA EZAM, KERANA APA?

"Ampunkan kami Penunggu Gua...ampunkan kami Penunggu Gua...."

Oleh: WFAUZDIN NS

EZAM raja sesumpah mungkin sudah kurang selesa untuk bercakap pasal asas bangsa, ketuanan Melayu lebih-lebih lagi soal rasuah dan jauh sekali untuk bercerita pasal APCO. Ini adalah kerana raja sesumpah tersebut telah pun dimakan sumpah kerana lidahnya kini tidak mampu berpidato sehebat dulu lagi. Jika dahulu, sokongan rakyat terhadapnya umpama tenaga yang amat kuat bagi menjana kuasa pada lidahnya untuk berucap. Tetapi, kini kuasa tersebut tiada lagi maka pidato Ezam tidak ubah seperti pidato Muhyiddin dari segi nilainya.

Kita tertanya-tanya bila masa agaknya raja sesumpah ini untuk menyahut cabaran dari bekas anak didiknya di dalam Gerak dahulu iaitu Nazri. Raja sesumpah ini ada memberi amaran kununnya jangan dicabar beliau untuk mendedahkan banyak lagi perihal buruk laku DS Anwar. Sebenarnya itulah yang diulang-ulang oleh raja sesumpah semenjak Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh lagi. Sama jugalah dengan sahabat karib beliau si Nalla Karuppan itu. Sikit-sikit beri amaran kunun tapi habuk pun tarak. Masih kita ingat ketika PRK Parlimen K.Terengganu dahulu, raja sesumpah beri masa beberapa hari untuk DS Anwar menjawab cabarannya sebelum beliau mahu dedahkan perkara yang dikatakannya amat besar dan mengaibkan DS Anwar. Apa tindakan DS Anwar? Beliau hanya tersenyum dengan cabaran raja sesumpah sebaliknya DS Anwar bertanya kembali, "Siapa Ezam?". Satu tamparan besar buat Ezam apabila DS Anwar melayani cabarannya sedemikian.

Maka, masa yang ditunggu telah tiba. Raja sesumpah nekad untuk mendedahkan rahsia besar DS Anwar pada beberapa malam menjelang undian di K.Terengganu. `Beratus ribu' rakyat K.Terengganu hadir pada malam bersejarah itu termasuk seluruh media pencacai untuk melihat DS Anwar lari malu lintang pukang meninggalkan kempen beliau di K.Terengganu. Tunggu punya tunggu, akhirnya raja sesumpah mengeluarkan beberapa helaian kertas usang seperti kertas tisu tandas dan membacanya dengan penuh semangat. Rupa-rupanya kertas itu tulisan tangan DS Anwar kepada Tun Mahathir ketika Tun menjadi PM. Semua hadirin tercengang kerana tiada satu pun yang sulit daripada kandungan surat itu, malahan surat itu menjadi bukti kukuh untuk menyatakan tindakan Tun melucutkan jawatan DS Anwar adalah merupakan satu konspirasi jahat. Surat itu juga menunjukkan bukti bahawa DS Anwar cuba untuk menyedarkan Tun agar tidak berlaku zalim terhadap beliau dan keluarga. Raja sesumpah ditertawakan ramai sehingga K.Terengganu dirampas oleh calon dari PAS.

Kisah 6 kotak amat popular buat raja sesumpah. Apabila beliau ditekan dengan isu ini, beliau menjadi kelam kabut maka dilepaskan beban itu kepada DS Anwar. Sedangkan berpuluh tahun raja sesumpah bertegang leher menceritakan kisah 6 kotak itu semasa beliau berada di parti KeADILan. Bahkan, entah berapa ratus balai Polis yang telah dikunjungi oleh Ezam untuk melaporkan kes-kes rasuah dan penyelewengan pimpinan Umno. Sehinggakan raja sesumpah turut bercerita soal pasu bunga yang mahal di rumah Najib yang kini menjadi pemimpin yang diagungkannya. Rupa-rupanya raja sesumpah selama ini bercerita pasal 6 kotak yang beliau sendiri tidak tahu. Manusia Munafik dan pembohong kepada rakyat yang bercerita darihal yang dia sendiri tidak tahu. Mungkin kisah pasu bunga di rumah Najib itu pun DS Anwar yang bagitahu padanya.

Berikut yang terbaru kandungan ceramah raja sesumpah di Pahang. Ezam berkata, "Anwar sendiri yang tunjuk enam kotak itu kepada saya. Dia kata, 'Ezam, itu enam kotak yang mengandungi kegiatan rasuah pemimpin UMNO dan kerajaan, I nak you hebahkan kepada rakyat di seluruh negara'," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan pidato umum bertajuk 'Membongkar Rahsia PKR' di Felda Bukit Damar, Lanchang dekat sini malam tadi.

Itulah yang diulang-ulang oleh raja sesumpah untuk mengelakkan dirinya dari dituduh sebagai manusia Munafik dan pembohong besar. Kita tunggu apa pula pendedahan raja sesumpah di Hulu Selangor nanti. Kita mahu melihat Ezam bercerita pasal rasuah, pasal kehilangan injin pesawat, pasal komisyen 500 juta, pasal Akta ISA, dan banyak lagi isu yang dahulunya menjadi mainan di mulut Ezam. Jangan kita berharap Ezam akan berceramah tentang APCO kerana menentang APCO sama juga seperti menentang Umno. Apa yang pasti dan boleh dijamin, raja sesumpah akan terus menghalakan serangannya kepada DS Anwar kerana dendam kesumat yang tidak pernah padam itu./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Selain lidahnya seperti sesumpah dan tidak sebisa dulu dek kerana disumpah dan dilaknat oleh rakyat M'sia yang bencikan fitnah yg dibuatnya terhadap Anwar...

    BalasPadam