Sabtu, 10 April 2010

MENANG OK, TAK MENANG PUN OK

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAM ini akan berlangsung Perlawanan Akhir Piala FA di antara Negeri Sembilan bertemu Kedah. Perlawanan pada malam ini tentunya menarik kerana banyak ramalan yang menyebut peluang kedua-dua pasukan adalah setara iaitu 50-50. Perlawanan tersebut mungkin disiarkan oleh RTM dan juga Astro melalui saluran 801.

Saya anak jati Negeri Sembilan, tentunya menyokong kuat Negeri Sembilan dan berharap Negeri Sembilan akan mencapai kejayaan malam nanti. Kedua-dua pasukan negeri tersebut diterajui oleh MB masing-masing selaku Presiden Persatuan Bola Sepak negeri masing-masing. MB adalah orang politik, maka apabila orang politik berada di dalam badan sukan maka sedikit sebanyak kejayaan pasukan negeri masing-masing sedikit sebanyak menaikkan nama kepimpinan mereka.

Apa yang menariknya pertemuan pada malam ini? Pada saya ianya amat menarik kerana Kedah adalah negeri yang ditadbir oleh Kerajaan PR, manakala Negeri Sembilan ditadbir oleh Kerajaan Bn. Memang saya setuju tidak baik dilibatkan politik ini di dalam sukan, tetapi kerana orang politik juga berminat menerajui badan sukan, sedikit sebanyak tercalit juga soal politik. Kita masih ingat suatu ketika di era reformasi, perlawanan bola sepak di mana-mana negeri kelihatan dipengaruhi oleh fahaman politik. Ketika itu kita melihat stadium dipenuhi dengan bendera parti yang berkibaran.

Pada malam ini, di samping saya mendoakan agar Negeri Sembilan mencapai kejayaan cemerlang untuk merangkul Piala FA, saya dapat merasakan kurangnya tekanan atau debaran kepada saya sepanjang menonton perlawanan itu nanti. Seandainya Negeri Sembilan berjaya, tentu sekali saya teramat gembira tetapi jika Kedah pula yang berjaya, saya tidak akan merasa kecewa. Hati terubat juga seandainya Piala FA ini akan diarak mengelilingi negeri yang ditadbir oleh PR ini.

Apa yang penting di sini, tiada lagi yang boleh berkata Kerajaan Negeri PR tidak boleh meningkatkan mutu sukan. Selangor pernah bergelar juara dan Kelantan juga pernah menjejakkan kaki ke final. Ini membuktikan PR juga tidak membelakangkan mutu sukan di negara ini. Apakah terdapatnya bendera parti pada malam nanti? Mudah-mudahan tiada, lebih-lebih lagi jangan pula ada mercun yang dibawa./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. DEN X KIRO....MMG DEN ORG PKR TP BOLA DEN TOTAP HRP NOGORI YG BWK BLK PIALO HAHAHA...APA2 PON LAWAN TETAP LAWAN

    BalasPadam