Khamis, 8 April 2010

MIC JADI CALON, JANGAN MARAH NANTI KENA JUAL.....

Wednesday, April 7, 2010


Berikut adalah AMARAN dari sebuah blog Pro Umno....punyalah marah bila Najib pilih MIC jadi calon...Aku rasa elok dia orang pakat ramai-ramai jadi calon bebas tanda protes....Tapi, aku rasa amaran blogger ini cuma acah-acah je.....masuk sikit dalam poket jap gi, jadi burung belatuk la blogger ni.....hehehe....Tahniah Mr Sammy Vellu....

bismillahirahmanirahim,

aku gerakan anti pkr dengan ini mengistiharkan akan bertanding sebagai calon bebas pada prk parlimen hulu selangor nanti. pencalonan ini akan ditarik balik kiranya pada saat akhir umno diletakkan semula menjadi calon..ini syarat utama aku.

banyak faktor penting akan aku huraikan selepas terbitnya artikel ini. ada wakil cina dari hulu selangor telah bagitahu aku siang tadi,kalau MIC calonnya,BN akan malu...sayang,cukup sayang bila orang cina hulu selangor mendesak mahukan calon umno,'dia' pulak menjadi jagoan suara mic .

gelombang kebangkitan bangsa melayu hulu selangor akan aku penuhi,insyaallah ini janji.ini nadi sebenar rakyat hulu selangor, melayu cina dan india mahukan seorang calon melayu ! rakyat hulu selangor sudah bersedia menghumbankan pakatan haram.ini hakikat, cakap aku berfakta.

aku takkan biarkan perjuangan KITA siang dan malam melanyak pakatan 'dikuburkan' dan 'disia-siakan' dengan begitu sahaja bila BN tewas dek kerana satu keputusan yang memilukan hati bangsa melayu hulu selangor !

aku akan kerahkan usaha untuk bersedia bertarung nanti. memang kantung aku nipis namun perbelanjaan untuk menjadi calon bebas akan aku cari,insyaallah ! semangat aku makin membara selepas dia mengumumkan MIC sebagai calonnya.

Sumber: Blog Gerakan Anti PKR

2 ulasan:

  1. mengheret sampah masuk kedalam bakul yang bukan diperuntukan untuk sampah,menjadikan bangkul itu pun bakul sampah.

    BalasPadam
  2. Poodahhh! GAP nak masuk bertanding jadi calon Bebas. UMNO rasuah bagi RM terus aje senyap! GAP main taktik kotor macam parpukari. Kah!...3X

    BalasPadam