Khamis, 8 April 2010

TUNTUT PEMIMPIN CINA MINTA MAAF, TAPI PEMIMPIN UMNO YANG MELUTUT DULU

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMALUKAN !! Habis tu aku nak cakap apa lagi? Baru-baru ini PERKOSA tuntut agar pemimpin Cina dari MCA dan Gerakan untuk memohon maaf `sembah lutut' PERKOSA macam Ezam sesumpah melutut depan Muhyiddin itu hari. PERKOSA berang kerana pemimpin Cina tersebut menggelar PERKOSA sebagai perkauman. Maka, 48 jam diberi tempoh kepada pemimpin berkenaan untuk `melutut'.

Adakah pemimpin berkenaan `melutut' dengan PERKOSA yang dipimpin oleh raja katak itu? Mustahil mereka hendak melutut dengan pertubuhan yang tidak ada nilai dan harga apatah lagi pengaruh itu. Selepas tarikh 48 jam, aku fikir mesti PERKOSA akan memberontak sekurang-kurangnya mengumpulkan ratusan ribu orang untuk berdemontrasi. Tetapi, itu semua tidak berlaku mungkin jika berdemontrasi akan dijadikan bahan ketawa orang ramai lagi. Untuk menutup malu, PERKOSA pun `hadiah'kan Buku Perlembagaan kepada pemimpin Cina berkenaan, kununnya pemimpin tersebut tidak tahu Perlembagaan. Nasib baik pemimpin Cina tersebut tidak pula menghadiahkan Buku 1 Malaysia atau Buku APCO kepada PERKOSA kerana Presiden PERKOSA itu pun bukan tahu apa tentang 1 Malaysia dan APCO.

Syabas kepada pemimpin Cina dari MCA dan Gerakan tersebut yang tidak meletakkan maruah mereka setaraf dengan pemimpin PERKOSA. Tiada permohonan maaf yang keluar dari mulut mereka. Tiba-tiba, yang memohon maaf adalah pemimpin Umno pula. Bukan calang-calang orang, seorang Menteri dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor iaitu Noh Omar memohon maaf kepada kaum Cina. Siapa yang suruh? Siapa yang desak? Takut Sendiri mengapa? Ooohh...takut undi Cina di Hulu Selangor hilang... Baca di sini.

Terlajak perahu boleh diundur....terlajak mulut, minta maaf. Sekarang musim minta maaf. YB Zul Kulim minta maaf dengan Najib dan Rosmah. Ezam sesumpah minta maaf dengan penyokong Umno kerana dulu dia bebal sangat tidak kenal watak DS Anwar. Sekarang ini, Noh Omar pula minta maaf. Aduuhaaiii....../wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. Maaf ada makna tuuuuu....bukan maaf kerana sikap perkauman...maaf bimbang pengundi cina di Hulu Selangor 100% undi PR.

    Sebentar tadi di dalam parlimen menteri di JPM diasak dengan isu ini....akhirnya Noh minta ampun.....ampun Hulu Selangor beb!

    BalasPadam
  2. maruah perjuangan UMNO? cheh!segalanya demi Hulu Selangor! wakakakak!

    BalasPadam
  3. bagaimana pula dengan ramai penyokong pas yang dok buat fitnah setiap masa dan hari....kepada siapa nak minta maaf...pas bukan islam...rukun iman dan rukun islam...yang islam...pas seperti juga umno parti politik...tak larat nak dengar ceramah badrul amin yang penuh dosa....kutukan...fitnah....maki hamun...Allah sahaj empunya kebanaran bukan hang

    BalasPadam
  4. Tu la masalahnya ngan Umno ni...dia hanya tau rukun Islam, rukun Iman, haid dan nifas jerk....lain2 dia jahil...Sedangkan apa yg tkandung dlm rukun Islam dan rukun Iman tu pun tak tau.....dah tu bodoh sombong plak...

    BalasPadam
  5. Anon 8 kat atas tu contoh tipikal penyokong tegar UMNO. Dia org nih bukan reti pakai hujah konkrit. Hentam keromo ajer, bukannyer reti apa puak2 nih!

    Kut ya pun nak tuduh orang, bawak lah satu isu yang menunjukkan adanya perbuatan fitnah itu, kita debatkan dengan hukum akal dan hukum Allah..ini tidak, asyikk kata kena fitnah,fitnah,fitnah. Sapa yang kena fitnah tu? Apa yang difitnahkan? Bagaimana fitnah itu dijalankan dan bila berlakunya? Cuba jelaskan skit!

    BalasPadam