Sabtu, 26 Jun 2010

40 EKOR INI DIBERI MASA BERPANTANG 40 HARI

MAKA, 40 orang (bukan 40 penyamun) budak-budak mengaji agama itu pun memilih untuk bersama dengan gerombolan sekutu Apco Yahudi Laknatullah. Mereka menggelar kumpulan mereka `40 Ulamak' tetapi tidak seekor pun dari mereka yang kita kenal atau popular selaku pendakwah seperti Us Harun Din, Ismail Kamus, Tuan Ibrahim Tuan Man dan paling tidak pun seperti Us Shahril Long mahupun Ustaz Azhar Idrus.

Mungkin terlalu jauh untuk kita bandingkan dengan Ulamak-Ulamak terkenal yang kita sebutkan tadi. Tetapi, jauh juga untuk dibandingkan dengan orang seperti Hj Nakhaei Ahmad, Firdaus Ismail (bekas Imam Besar Masjid Negara) ataupun Mashitah Ibrahim yang terlebih dahulu mencium hangit dan tengitnya parti sekular yang bersekutu dengan Apco itu. Sekiranya Allah membalikkan hati Us Dr Mohd Asri untuk bersama kumpulan 40 ekor itu, mungkin itulah seorang yang boleh kita kenal dan dianggap popular. Tetapi, Alhamdulillah, setakat ini Us Dr Mohd Asri masih dilindungi Allah. Mudah-mudahan kekal begitu.

Sempena dengan kemasukan kumpulan 40 ekor itu ke dalam gerombolan sekutu Apco, maka diistiharkan tiada lesen judi sukan akan dikeluarkan. Itu mungkin pra syarat pertama kumpulan 40. Orang kata sekadar mengambil hati kalau pun tidak untuk memperbodohkan kumpulan 40 ekor itu. Kita jangan terperanjat jika di dalam Pilihanraya Umum akan datang nanti, kumpulan 40 ekor ini adalah bakal calon-calon sekutu Apco untuk menunjukkan bahawa sekutu Apco juga berminat dengan Islam.

Apa alasan kumpulan 40 (sebelum ini dikatakan 100 ekor) untuk bersama-sama `berjihad' dengan sekutu Apco? Alasannya sebiji sama dengan alasan beberapa orang yang berkelulusan agama yang lebih awal diperbodohkan seperti Nakhaei, Firdaus dan Mashitah dan terbaru Jamil Khir. Kesemua mereka ingin men`syahadah'kan parti sekular itu untuk kembali kepada Al-Quran. Hasilnya? Bertambah baikkah atau bertambah teruk? Disaat dua tiga ekor yang ternama itu berada di dalam, pemimpin mereka bercita-cita untuk meluluskan lesen judi sukan. Lesen judi yang lain telah lama ada malah pusat judi terbesar kekal tersergam indah di puncak gunung. Apa yang dua tiga ekor ternama di dalam bidang agama ini mampu buat? Jika yang sudah ternama seperti ini tidak mampu buat apa-apa melainkan cukup bulan makan gaji, adakah kumpulan 40 ekor budak ini boleh buat?

Kita tidak mahu bersangka buruk terhadap kumpulan 40 ekor ini. Kita beri masa kepada kumpulan 40 ini tempoh `berpantang' 40 hari juga. Selepas itu, dalam tempoh 100 hari kita mahu lihat apa perubahan yang berlaku di dalam parti sekular yang mereka sokong itu. Jika di dalam tempoh tersebut mereka gagal untuk menjadi lebih cerdik dari kebanyakan yang jahil di dalam parti yang baru mereka sertai itu, kita nasihatkan kepada mereka kembalilah semula ke pondok atau pengajian agama seandainya mereka masih segan untuk berjuang bersama kita.

Satu perkara yang sering disebut, jika mahu mencuci najis di dalam tong, jangan masuk ke dalam tong najis berkenaan kerana kelak tubuh kita dipenuhi najis. /mandor.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Bagi 40 ekor ini assignment pertama iaitu, supaya mama jambul hitam dan mama jambul perang bertudung ikut syariat dulu.

    BalasPadam
  2. Inilah hasil tarbiah dan didikan PAS dan kejayaan PR mengIslamkan blogger2 PR. Yang benarnya ULAMA ini adalah manusia walaupun seperti yang ditulis tidak popular (Adakah untuk menjadi Ulama perlu popular? kalu nak popular baik sertai IMAM MUDA ker, takpun wujudkan realiti TV baru yang diberitajuk ULAMA ker). Bagi mereka yang melihat, dan bijak menilai dari adab dan tutur kata, maka tahu dan bijaklah untuk menirai yang mana permata dan yang mana kaca. Jika dilihat 40 Ulama yang masuk UMNO bukanlah kayu pengukurnya perubahan yang bakal berlaku, ini kerana beratus2 ULARMAK yang ada di dalam PAS hatta PR pun tidak mampu menyatukan melayu dan memberikan tarbiah serta membetulkan Islam malah menyongsangkan lagi dengan pelbagai fatwa bagi membantunya dalam mendapatkan sokongan politik. DAP belum berjaya di"Islam"kan oleh PAS. Berapa ramai DAP dah bersunat hasil tarbiah ULARMAK POPULAR PAS NI??

    BalasPadam