Sabtu, 26 Jun 2010

ULAMAK MASUK TONG NAJIS MAHU BERSIHKAN NAJIS ?

'Mengapa kami sertai Umno'
Abdul Rahim Sabri
Jun 25, 10


Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman berkata tujuan beliau dan 39 lagi ulama muda menyertai Umno malam ini adalah untuk membantu kerja-kerja dakwah dalam parti itu.

Beliau mewakili kumpulan ulama tersebut menyerahkan borang keahlian mereka kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC malam ini.

Seramai 16 daripada mereka hadir manakala bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang diuar-uarkan akan turut menyertai Umno tidak bersama kumpulan itu malam ini.

"Saya mewakili kumpulan ulama muda untuk bekerjasama dengan Umno dalam perkara-perkara keagamaan dan kerohanian.

"Kami banyak buat perbincangan, kami dapati satu perkara positif untuk menyertai Umno bagi menggerakkan usaha -usaha untuk berdakwah.

"Kami berusaha untuk menegakkan kebenaran berasaskan kepada alQuran, hadith dan pandangan ulama muktabar," kata Fadlan yang dalam proses mendapatkan PhD dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Fadlan berkata daripada 40 orang ulama muda itu, ada yang bekerja sebagai pensyarah, penasihat agama, ahli motivasi.

Sementara itu Fthul Bari pula berkata Umno berjanji untuk mempastikan agamawan muda meneruska kerja-kerja dakwah.

Beliau menyifatkan ianya sebagai tawaran yang dinanti-nantikan dan peluang keemasan untuk berdakwah.

"Kebanyakan mereka ini berkelulusan dari Jordan, Madinah dan Mesir.

"Kalau ilmu mereka dinafikan untuk disampaikan kepada masyarakat, maka pengajian kami sia-sia," katanya./Malaysiakini

3 ulasan:

  1. Harapnya mereka dapat membongkar kemuangkaran pas dalam menggunakan Islam untuk kepartian mereka.

    Barang diingat manusia banyak menggunakan agama untuk tembolok mereka.

    BalasPadam
  2. bro; aku ade pandangan lain berkanaan merka2 ini-semua yg masuk adalah golongan muda yg dipanggil salaf dan Dicop wahabi oleh golongan ulama konservatif.

    mereka masuk umno sebab penarik dan penolak

    faktor penarik- asal mereka adalah pendakwah bebas (dan aku pasti dlm
    pilihanraya mereka sokong pas).tp sebab dicop wahabi dan tak jadi ahli umno mereka dikenakan tindakan@tak bg tauliah oleh jabtan agama islam negeri selain
    perlis dan kelantan(sbb takyah tauliah).jadi utk teruskan dakwah dkt masjid direct kpd umum terpaksalah masuk umno. Tgk nanti jais mungkin akan bg tauliah.hehe

    faktor Penolak- bukan shj di negeri bn selain perlis mereka dihalang , dinegeri PR juga dihalang.cth selangor-jais yg halang tp itu tak ada hal lagi.sebab sejarh masjid/surau dekat selangor ni walaupun jais halang tp kalau ajk masjid-atau surau masih panggil bg kuliah, masih lagi boleh jalan. Tp sejak akhir2 ini, ajk masjid sendiri enggan membenarkan mereka bg kuliah lagi. Cth dkt surau aku dkt shah alam-semua yg dicop wahabi tidak lagi dipanggil bg kuliah selepas ajk masjid bertukar tangan kepada golongan konservatif..

    Kesimpulannya: tak masuk umno-mereka takleh bg kuliah. negeri pr atau ajk surau bawah pr pon tolak mereka-takde pilihan lain melainkan masuk umno-at least boleh bg kuliah kat surau lagi..kalau tak langsung tak boleh- sebab golongan konservatif dlm pas pon tolak mereka. dan yg rugi sebenarnya PAS dan PR juga..disebabkan sebilangan golongan konservatif pas tak boleh berbeza pandangan- bg aku memang ade golongan yg dicop wahabi yga agak eksterm-sama juga yg sunni ni-ada gak yg eksterm- tp ramai gak yg pemikiran sederhana.sepatutnya berlapang dada- sekrg org dah lari..sape yg rugi??dan mcm biasa golongan konservatif eksterm peduli ape pasal hal ni-sbb bg mereka, mereka saja yg betul.. aku open, yg baik aku ambil semua..:).. walaupun aku tak agreed mereka masuk umno-tp strategise wise mereka takde pilihan sbenarnya..

    BalasPadam
  3. Ulamak muda atau tua jika masuk Umno, samalah masuk dalam tong najis. Sekiranya nak basuh tong najis biarlah dari luar, jangan masuk kedalam nanti bergelumang dengan najis. Bagi pandangan aku, segala2nya politik dan sandiwara untuk kepentingan Umno yang ketandusan sokongan. Contohnya Datuk Seri Anwar, nak reformkan Umno dari dalam.. Bagaimana Anwar sekarang? Ditendang dan dizalimi. Itu Anwar yang mempunyai kekuatan pun tak terdaya, ini kan pula ulamak2 muda yang hanya akan menjadi boneka dan yes men. Kalau tak percaya kita sama2 lihat, berjaya atau tidak nak reformkan Umno. Ulama2 yang ada dalam Umno sekarang ini pun tak terdaya, hanya jadi syaitan bisu dan pak anggup, yang halal jadi haram dan yang haram jadi halal. Begitulah kualitinya ulamak2 yang berada dalam Umno. Jawapanya mudah, segala2nya kerana jawatan, pangkat dan pulussss...

    BalasPadam