Khamis, 8 Julai 2010

FIRAUN BESAR KULIM - MARUAH TIADA, CERDIK PUN TIADA, APA YANG BELIAU ADA?

Oleh: WFAUZDIN NS

MP Kulim Bandar Baru yang sinonim digelar sebagai `firaun besar' YB Zul telah membuat pengakuan secara tidak langsung bahawa beliau sememangnya seorang yang `bodoh' sejak dulu lagi. Cuba anda baca dan teliti kenyataan beliau di sini. Sememangnya kita telah lama tahu beliau seorang yang Wakil Rakyat yang tidak cerdik, tetapi kita tidak menjangka sama sekali tidak cerdiknya beliau itu rupanya semenjak berada di dalam PAS dan PKR lagi.

Di dalam Parlimen `firaun besar' ini mengaku bahawa beliau sering `diarah' untuk melakukan pembohongan termasuk di dalam isu arsenik yang kununnya melibatkan DS Anwar. Air mata beliau sewaktu berceramah menceritakan kesusahan dan penderitaan keluarga DS Anwar ketika itu jelas air mata palsu. Tidak kita sangka seorang Peguam, Melayu dan mengaku Muslim pula sebodoh itu sehinggakan boleh diarah untuk berbohong kununnya untuk menjatuhkan Bn waktu itu. Ini satu lagi kesilapan pimpinan PKR memilih calon di Kulim Bandar Baru, bukan sahaja beliau tidak setia terhadap parti bahkan kesilapan besar pucuk pimpinan PKR memilihnya adalah memilih calon yang teramat bodoh umpama lembu dicucuk hidung.

Beliau mengaku telah banyak berbohong tentang kezaliman kerajaan termasuk isu hakim sewaktu berada di dalam PKR. Beliau telah memohon maaf kepada hakim-hakim berkenaan, katanya. Adakah beliau berceramah ketika itu di depan para hakim? Bagaimana dengan ribuan yang mendengar `pembohongan'nya itu? Siapakah di antara ribuan yang mendengar ceramahnya ketika itu yang telah memaafkan `firaun besar' ini? Bertahun rupanya `firaun besar' ini dicucuk hidung dan beliau tidak sedikit pun ada pendirian dan prinsip.

Bayangkan, jika di dalam parti kecil yang tidak berpengaruh ketika itu pun `firaun besar' ini boleh di`tipu' dan diarah-arahkan oleh pimpinan. Tidak hairan jika sekarang ini `firaun besar' ini lebih mudah untuk dijadikan `hamba abdi dan pencacai' puak pemerintah yang berkuasa. Memalukan sekali, sehingga sanggup merendahkan diri sendiri dan `berbogel' semata-mata untuk mengampu pemimpin atasan.

Usahlah YB Zul mengharapkan cerita-cerita bodoh baliau itu boleh memperdayakan rakyat yang semakin cerdik sekarang. Jika seseorang yang sudah tiada maruah dengan mengaku kununnya masih dipilih oleh rakyat sebagai MP kawasannya, sekurang-kurangnya janganlah mengaku kebodohan sendiri. Maruah sudahlah tiada, bodoh pula. Jadi, apa yang tinggal lagi padanya? Patut pun beliau enggan berdebat dengan MP Shah Alam YB Khalid. /wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. Kita pun akan jadi kurang cerdik jika mangkok seperti ini diberi perhatian yang luas sebagaimana yang dilakukan olih akhbar milik umno-bn.sepatutnya segala cerita mangkok ini dianggap sudah tiada dengan menyahkan daripada sebarang liputan.

    BalasPadam
  2. bodoh betul dia tu...dia kata pembangkang serang Hakim, SPR, Polis dan Istana untuk jatuhkan kerajaan BN. maksudnya, kesemua ni sebahagian dari BN.....kalau begitu kira BN sama dengan diktator la....maka tiadalah perasingan kuasa di antara kehakiman, perundangan dan eksekutif...bodohnya...macam mana boleh jadi loyar...perkara asas budak belajar undang-undang tahun 1 pun sudah tahu....tapi kali ini "for the first time in his life dia cakap benar" saya rasa dia cakap benar iaitu, memang semua adalah sebahagian dari BN....

    BalasPadam
  3. biaq p jgn dok layan mamat putat alam ni..pasni kita tengok mane dia nak gi..puak puak BN pun tak hingin ngan mamat nie..hu hu hu...geng lompat katak pun tak hingin...

    BalasPadam
  4. sabaq laa...lepas pru13 ni, nama ni, zahrin, semua ni dah tak ujud lagi di parlimen,,,

    BalasPadam