Sabtu, 3 Julai 2010

IBRAHIM ALI PUJI PAS DAN PERCAYA ANWAR DIANIAYAI


DILEMA NERACA RETAK
Written by Webmaster
Friday, 02 July 2010

Salah satu buku tulisan Ibrahim Ali sewaktu beliau di pecat dari UMNO Dilema Neraca Retak adalah buku tulisan Ibrahim Ali. Antara kandungan dalam buku itu adalah bagaimana Datuk Ibrahim Ali mengkritik UMNO sebagai mengamalkan demokrasi tempang. Buku beliau di petik “ Tindakan demi tindakan yang tidak relevan berhubung dengan pelaksanaan demokrasi diamalkan sehingga tidak keterlaluan dikatakan sistem demokrasi dalam UMNO sebenarnya sudah terhapus sama sekali”

Dalam buku itu juga Datuk Ibrahim Ali memuji tindakan PAS – sebagai sebuah parti yang tidak berdendam dan beliau akan bersama parti yang tidak menyimpan hasrat dendam. Ibrahim Ali turut membicarakan mengenai penggunaan jabatan kerajaan untuk membunuh musuh politik individu yang mampu mencabar mereka yang sedang berkuasa. Adakah semua ini sekarang sudah berubah? Adakah bagi Ibrahim Ali – Nik Aziz dan PAS sudah mula memusuhi beliau. Semua ini sebenarnya tertulis dalam keadaan Datuk Ibrahim Ali yang pada ketika itu tertekan kerana di pecat dari UMNO. Usaha dibuat kembali untuk menjadi vokal dan mendapatkan tempat semua di persada politik tanah air. Ruangan dan peluang cuba dibuka semula – kalau tertutup dalam UMNO ia akan terbuka semula dalam ruangan pembangkang. Dalam buku itu juga Ibrahim Ali itu juga – dipenuhi dengan kata-kata pujian untuk Anwar Ibrahim. Kita ungkap beberapa pujian untuk Anwar Ibrahim seperti tertulis dalam buku Datuk Ibrahim Ali:

* Apa yang saya kagumkan mengenai Anwar ialah beliau seorang yang berpegang teguh kepada prinsip yang dipercayai betul dan tepat. Beliau sentiasa mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap diri dan prnsip yang dipegang.

* Bekas Timbalan presiden UMNO ini mempunyai fikiran dan pemerhatian yang tajam dan gaya pidato yang dikagumi ramai termasuk masyarakat antarabangsa. Beliau seorang yang banyak mentelaah serta melahirkan idea-idea baru dalam kepimpinan serta melakukan reformasi dalam perjuangan.

* Prinsip kami sama-sama dipraktikkan sehingga tindakan ini dilihat menentang kerajaan yang kami anggap tidak adil dan gagal dalam emmbantu orang Melayu. Tindakan membela diri dan enggan akur dengan tekanan dalam UMNO sehingga disingkir adalah kerana mempertahankan prinsip itu.

Datuk Ibrahim Ali dalam bukunya terus mengatakan bahawa mulanya beliau menyokong tindakan memecat Anwar tetapi akhirnya beliau merasakan bahawa Anwar Ibrahim telah dianiaya.

Ini sebenarnya ada dalam Ibrahim Ali. Kemungkinan Ibrahim Ali adalah antara mereka yang pasrah mengikut arus – mengikut arus demi politik dan ruangan yang boleh memberi tempat dan ruangan kepada beliau.

Hari ini kemungkinan Ibrahim Ali sudah berubah, mungkin sebelum ini masih buta untuk melihat keadaan yang sebenarnya. Tetapi mungkin esok Ibrahim Ali akan berubah lagi – bila sampai waktu pilihan raya nanti. Ibrahim Ali bijak meniti politik namun apa yang dipersoalkan adalah arah politik beliau – membetulkan apa yang tidak betul dalam kerajaan, mengkritik pembangkang demi rakyat atau demi kelangsungan hayat politik beliau.

Hari ini Ibrahim Ali mahu memahat nama sebagai pejuang Melayu. Mahu menjadi vokal terhadap perjuangan Melayu dan mahu kerajaan berubah senada dengan perjuangan Melayu. Namun arah mana yang mahu dibawa oleh Ibrahim Ali Melayu kita ini. Adakah progresif atau sekadar membentuk kembali ruangan untuk dirinya sendiri. Adakah Melayu hari ini terbela dan adakah Melayu hari ini mampu bergerak sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lain? Salah siapa semuanya ini. Apakah cara membetulkan perkara ini. Adakah dengan kita bertelagah sesama maka nasib Melayu akan terbela. Adakah kerana Anwar Ibrahim maka Melayu terpecah dan berbelah-belah? Adakah kerana pemerintahan UMNO yang meleset maka Melayu terpecah dan terbahagi? Ibrahim Ali mungkin ada semua jawapan. Namun mungkin persoalan yang mahu di kemukakan oleh beliau adalah – arah mana politik aku bila sampai PRU 13 nanti – adakah mampu dengan bertanding sebagai calon bebas?/Umno reform2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan