Sabtu, 3 Julai 2010

RAKYAT MALAYSIA TOLAK UTUSAN, MEREKA HASUT AMERIKA PULA

SEBUAH artikel dari Utusan Malaysia telah dipetik oleh Laman Wartawan Resmi Laman Reformasi menceritakan betapa akhbar pencacai Umno ini menghasut Amerika agar memusuhi DS Anwar. Tidak cukup dengan kerja-kerja jahat mereka di dalam negara ini, akhbar tersebut cuba pula untuk memperbodohkan Amerika iaitu sebuah negara paling berpengaruh di dunia. Mungkin Utusan Malaysia perasan bahawa pemimpin dan rakyat Amerika membaca Utusan Malaysia.

Memalukan jika Amerika tahu apa yang ditulis oleh penulis yang tidak cukup cedik ini. Akhbar Utusan Malaysia diketahui umum merupakan sebuah akhbar yang sudah lama ditinggalkan oleh rakyat Malaysia sendiri sehingga menyebabkan penjualan akhbar ini jatuh dengan teruk. Kita juga tahu akhbar pencacai ini tidak ubah sama seperti media elektronik seperti TV3 yang sering memungut berita-berita tepi longkang untuk dijadikan santapan pembaca dan penonton.

Isu kununnya DS Anwar mohon maaf kepada puak Zionis Israel semata-mata untuk menjaga hubungan dengan Amerika dimainkan oleh media kemaruk ini. DS Anwar telah pun menjawab kesemua isu tersebut beserta dengan cabaran DS Anwar kepada Najib siapakah sebenarnya yang melutut dan memberi upah kepada Apco. Adakah kenyataan dan cabaran DS Anwar akan disiarkan oleh Utusan Malaysia dan TV3? Kita sudah tahu jawapannya.

Ketakutan Najib kepada segala pendedahan oleh DS Anwar terhadap kepincangan kerajaan yang dipimpinnya menyebabkan segala pencacainya terpaksa bertungkus lumus untuk mempertahankan Najib. Najib bukan pemimpin yang bijak dan jauh sekali berani untuk berdepan secara terbuka dengan DS Anwar. Corak kepimpinannya yang sering berubah-ubah dan tidak tentu hala dari segi dasarnya telah dikritik oleh Tun Mahathir sendiri. Najib bukan sahaja tidak berani berdepan dengan DS Anwar dalam apa jua isu, bahkan Najib amat takut dengan lakaran kartun yang menyindir cara pentadbirannya. Najib juga amat takut dengan akhbar yang mampu mengorek segala rahsianya seperti akhbar Suara Keadilan yang baru sahaja digantung penerbitannya.

Oleh kerana ketakutan yang amat sangat, maka bantuan dari media penting buat Najib untuk berselindung. Media pencacai ini akan cuba menyorokkan imej buruk Najib ini dengan cara memperbodohkan rakyat. Justeru itu, kewajipan kita media alternatif adalah untuk terus membongkar segala perilaku Najib dan sekutunya. /mandor.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan