Ahad, 4 Julai 2010

MASHITAH JUAL AGAMA DEMI `MELAYU'NYA?

TIDAK dapat hendak dibayangkan ke mana perginya ilmu agama yang ada pada Mashitah Ibrahim. Begitu menebal sekali sikap `Assobiyah' nya terhadap Melayu dan juga parti yang didokongnya iaitu Umno. Saya mahu mengulas sedikit apa yang ditulis oleh rakan saya berkaitan sikap Mashitah itu di sini.

Mashitah berkata, hanya Umno sahaja yang boleh menyelamatkan Melayu. Bermaksud, mampusnya Umno (InsyaAllah, akan mampus) nanti, maka hilanglah Melayu di muka bumi ini. Begitulah jadinya bila seseorang yang ada sedikit ilmu agama, tetapi apabila berada di dalam Umno, mereka tidak mampu menggunakan ilmunya untuk `membaiki' Umno dari dalam, bahkan mereka sendiri pun menjadi jahil dengan ilmunya. Itulah yang dikatakan tiada keberkatan.

Umno wujud sudah lebih 5o tahun di negara ini, butakah mata kita untuk melihat apa sudah jadi dengan Melayu? Apa sudah jadi dengan ugama Islam yang sinonimnya dikaitkan dengan bangsa Melayu itu? Melayu bertambah kaya atau miskin? Melayu bertambah baik akhlaknya atau bertambah buruk? Siapakah yang paling ramai menjadi penagih dadah, Mat Rempit, Bohsia dan yang membuang anak luar nikah merata-rata? Jika ingin disebut, begitu banyak lagi perbuatan buruk yang dijuarai oleh Melayu. Bukankah selama lebih 50 tahun Umno sudah memimpin negara ini? Sepatutnya Melayu bertambah kuat, maju dan berdaya saing.

Melayu ramai di Brunei dan bukan Umno yang memerintah Brunei. Melaratlah Melayu di sana? Bahkan, negara tersebut kaya raya. Jika Mashitah berkata, jika tolak Islam maka Melayu akan pupus di negara ini kita boleh terima kerana majoriti di negara ini Melayu beragama Islam. Tetapi Mashitah tidak berkata demikian kerana beliau pun tahu Umno bukan parti yang berjuang untuk Islam. Umno adalah parti sekular yang mengasingkan ugama dan pemerintahan.

Mashitah ini seperti yang diulas oleh rakan saya di dalam tulisannya, pernah memberi `fatwa' bahawa perempuan yang miskin dan susah dibenarkan menjadi pelacur kerana `dharurat'. Orang seperti ini mahu diharapkan untuk menjaga orang-orang Melayu apatah lagi Islam? Inilah nasib yang diterima oleh orang yang berpendidikan agama apabila terpedaya dengan keduniaan. /mandor.blogspot.com

4 ulasan:

  1. elok UMNO ni pupus je,ada pun menjahanamkan bangsa Melayu.

    BalasPadam
  2. Mafhumnya "Tiada umno tiada Melayu" dia lupa Melayu itu bangsa umno itu parti. Amat malang seorang intelek bercakap tanpa ilmu semata-mata mahu mempamerkan diri sebagai seorang juara. Dia lupa Islam datang menyelamatkan Melayu selepas dikuasai Hindu Sri Vijaya. Dia lupa Kristian datang menggoda tetapi disanggah oleh Melayu Islam. Membangun pendidikan Islam, menyedarkan ibu-bapa ke arah pendidikan Islam, melahirkan para ulama, ustaz dan ustazah. Amat malang para ilmuan yang diberi Allah pintar dalam Islam menolak perjuangan mendaulatkan Islam sebaliknya taksub asobiah kepada bangsa, amalan yang dilarang Rasul.

    BalasPadam
  3. nasib baik dia ustazah bkn ustazah aku dulu..
    kalau tak sampai ke-tua aku jadi bangang

    BalasPadam
  4. belum pakatan memerintah lg melayu dh dipinggirkan..umno islam,pas islam..tk salah untuk bersatu..untuk apa mengikut telunjuk bangsa lain hanya untuk mendapat satu undi..kemana perginya negara islam pas?kenapa anda semua tk nampak semua tu..bila umno yg salah bukan main hebat memberi ulasan dan pendapat..bila pas yg lakukan atau pun org kesayangan anda semua(Anwar Ibrahim) yang lakukan semua tk salah..mereka bukan maksum saudara seagama ku.. tolong siarkan komen ini

    BalasPadam