Ahad, 4 Julai 2010

SIAPA YANG BACUL DAN DAYUS ? ANWAR, NAJIB ATAU EZAM SESUMPAH?

Oleh: WFAUZDIN NS

PELIK seorang dayus dan bacul menggelar orang lain dayus dan bacul. Inilah yang dapat kita lihat apabila raja sesumpah Senatak Ezam menggelar DS Anwar dan penyokongnya sebagai dayus dan bacul. Sebelum ini Najib menggelar DS Anwar sebagai sesumpah, iaitu satu gelaran yang diberikan mutlak untuk raja sesumpah Senatak Ezam dan sekutunya. Najib cuma ingin pinjam gelaran itu agar `keramat'nya gelaran itu dapat kepada DS Anwar.

Raja sesumpah yang baru dilantik sebagai `Senatak' (senator katak) di dalam akhbar Sinar Harian hari ini menyalak lagi dan seperti biasa DS Anwar adalah sasarannya. Berkitabkan Penulis kafir (mungkin Yahudi sekutu Israel) di dalam Washington Post, raja sesumpah Ezam seperti mendapat peluru terbuang untuk menyerang DS Anwar. Saya tidak mahu ulas isu yang dikatakan DS Anwar telah memohon maaf kepada rejim Zionis itu kerana anda boleh baca ulasan saya di sini.

Cuma, saya merasa agak ganjil sedikit bila mana raja sesumpah menyebut bahawa DS Anwar adalah seorang dayus dan bacul. Begitu juga beliau menggelarkan para pemimpin dan penyokong kepada DS Anwar. Baru-baru ini Mursyidul Am PAS juga menyokong DS Anwar di dalam isu yang dikaitkan dengan rejim Zionis tersebut. Dan, ini bermakna raja sesumpah menggelar Tuan Guru Nik Aziz juga adalah dayus dan bacul. Mungkin padanya beliau seorang sahaja pejuang suci yang maha hebat dan berani, sehinggakan dilantik menjadi Senatak melalui pintu belakang. Itulah keberanian seorang raja sesumpah.

Malang sekali, beribu-ribu tuduhan yang telah beliau katakan terhadap DS Anwar, malahan isterinya DS Wan Azizah, namun satu fakta atau bukti pun yang mampu raja sesumpah tampilkan. Hanya bermodalkan air liur dan berkitabkan media pencacai dalam dan luar negara, raja sesumpah menunjukkan kehebatannya. Jika ditanya mana bukti, raja sesumpah pasti akan mencabar DS Anwar untuk bersumpah menafikannya. Bukan beliau yang perlu membuktikannya tetapi DS Anwar pula yang diharapkan untuk bersumpah. Apakah raja sesumpah fikir DS Anwar serendah dan sehina beliau? Apakah dengan sumpah maka negara ini bebas dari rasuah dan cengkaman Apco?

Dayus dan bacul itu adalah milik raja sesumpah sebaik sahaja beliau meninggalkan perjuangan rakyat untuk menuntut keadilan. Beliau menjadi dayus dan bacul apabila tidak berani bersuara tentang isu rasuah, kezaliman, ketidak adilan, penyelewengan dan berbagai lagi yang melanda kepimpinan Najib. Adakah dengan bersumpah sahaja Najib boleh selesaikan semua ini? Raja sesumpah sewaktu mula-mula menyerahkan borang Umno kepada Pak Lah dahulu pernah memberitahu bahawa beliau akan fokus kepada isu rasuah aoabila berada di dalam Umno. Tapi, akhirnya apa yang difokuskan oleh beliau? Beliau memfokuskan DS Anwar kerana beliau tahu bahawa kekuatan PR sekarang terletak pada DS Anwar. Mungkin itu lah peranan yang diberikan oleh Najib setelah diberi makan melalui pintu dapor.

Jelas kepada kita, siapa yang dayus dan siapa yang bacul? DS Anwar berulang kali mencabar Najib untuk berdebat di dalam apa jua isu hatta tentang Apco. Namun, pemimpin yang diagungkan oleh raja sesumpah itu terlalu kecil jiwanya umpama tikus walaupun berasal dari negeri Tok Gajah. Siapa yang dayus dan bacul? DS Anwar atau Najib? Siapa pula yang menyokong Najib? Maka, penyokong kuatnya itu 2 x 5 dayus dan baculnya./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. gua tengok ezam dah macam anjing le plak

    BalasPadam
  2. Ezam kotak yang dayus dan bacul. Semenjak zaman reformasi boleh dikatakan beliau pejuang muda yang paling hebat.Saorang pemidato yang paling memukau orang ramai. Aku masih lagi ingat sumpah keramatnya begini.. " Saya bersumpah demi nama tuhan, saya tak akan kembali memasuki Umno.. "saya akan berjuang menentang Umno yang munafik habis-habisan".Yang peliknya beliau sendiri masuk dalam tong taik. Apa yang dikesalkan Ezam kotak sanggup mengunakan nama "Tuhan" ketika beliau bersumpah. Beginilah orang politik yang pentingkan diri sendiri dan sanggup lakukan apa saja asalkan matlamatnya tercapai.

    Jika diambil kesimpulannya, siapa yang bacul, munafik dan jahat dalam perjuangan? Beliau harus menyedari diri sendiri, bahawa yang bacul dan jahat adalah dirinya sendiri. Contohnya Setiap kali ceramah beliau yang saya sendiri lihat hanya 200 orang, tidak seperti dulu sehingga mencecah 40 hingga 50 ribu orang yang hadir ketika beliau bersama-sama PKR. Ini menunjukan rakyat tidak percaya dengan beliau yang berpaling tadah serta bacul dan jahat..

    BalasPadam
  3. Ini adalah satu daripada gerombolan yang sedang mencari habuan untuk membuncitkan perut dan kantung masing-masing.Prinsip dan akal budi telah lama mereka jual dengan harga yang sangat murah.

    Inilah gambaran yang mewakili pimpinan umno sekarang, di mana ada gula di situlah semut-semut berkerumun hatta mereka sanggup memenggal kepada kawan hatta awan.

    Mereka sanggup bersumpah dan bermain dengan nama Allah semata-mata untuk sesuap nasi...inilah maruah mereka, inilah integriti merela, inilah hati budi mereka.Mungkin terlalu kasar jika dikatakan bahawa mereka ini lebih ganas daripada haiwan buas.

    BalasPadam