Ahad, 11 Julai 2010

MCA DAN MIC AKAN `TALKIN'KAN UMNO


Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA tidak tertahan lah lagi MCA dengan karenah sebuah pertubuhan NGO yang bernama PERKASA itu. Pertubuhan yang dipimpin oleh MP Pasir Mas, Ibrahim Ali yang mendapat `ikhsan' kerusi tersebut dari PAS terlalu banyak menimbulkan kontroversi yang bukan sahaja menyakiti perasaan Ketua Pemuda Umno, bahkan juga pemimpin dari MCA juga. Bagi PR, itu semua tidak lagi menjadi pelik kerana PR sudah kenal siapa raja katak ini.

Apabila PERKASA dikatakan kununnya berjuang untuk orang-orang Melayu walaupun menyokong calon dari MIC sewaktu PRK Parlimen Hulu Selangor dan menolak Dato Zaid seorang Melayu Islam dari PKR, terlalu banyak memainkan isu perkauman maka MCA merasa sudah sampai masanya parti mewakili kaum Cina ini mengatur langkah agar PERKASA tidak keseorangan di gelanggang. Kenyataan pemimpin MCA agar parti tersebut wajar juga menubuhkan Pertubuhan ala PERKASA amat menarik minat kita.

Sudah tentu `PERKASA MCA' ini akan berdepan dengan PERKASA raja katak selepas ini. Tidak mengejutkan nanti akan muncul `PERKASA MIC' dan banyak lagi `PERKASA' di dalam parti komponen Bn bakal wujud. Inilah berita baik buat kita penyokong PR di mana membuktikan bahawa doa kita selama ini dimakbulkan agar mereka ini sentiasa berpecah belah. Itulah janji Allah, barangsiapa yang berjuang semata-mata atas dasar perkauman maka mereka tidak akan berjaya dan pasti berlaku pecah belah.

Kenyataan pemimpin MCA ini sudah pasti menambah beban buat Najib yang ketika ini sudah tidak terlarat lagi untuk berbohong kepada rakyat bahawa Bn sebuah parti yang stabil. Perkembangan ini menarik untuk kita lihat kesudahannya. Di dalam keadaan MCA menuduh DAP menyokong Islam yang dibawa oleh PAS, Umno pula tuduh PAS diperkudakan oleh DAP, PKR pula ejen Yahudi, Umno semakin menampakkan caca merba strategi mereka untuk menyaingi PR. Sudah habis modal untuk diperkatakan terhadap PR, sehinggakan terpaksa menyebut bahawa PAS adalah parti ajaran sesat.

Apa pun yang Umno perkatakan terhadap PKR, PAS dan DAP, hakikat yang kita lihat sehingga kini Umno tidak berani berdepan dengan ketiga-tiga parti di dalam PR ini. Mereka hanya terdaya menggunakan media pencacai mereka sahaja. Di pentas perdebatan, Umno bukan parti yang boleh lagi kita jemput untuk menunjukkan kebenaran hujah dan fakta.

PR hanya perlu menambah baik lagi penerangan di kalangan kaum Melayu yang kini masih ramai terpedaya dengan propaganda Umno. Nasib Umno tidak lagi di tangan parti komponen di dalam Bn, tetapi di tangan kaum Melayu yang masih tidak sedar itu. Jangan terperanjat jika MCA dan MIC akan menggalikan liang lahad serta mentalkinkan Umno suatu hari nanti./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Baguslah begitulah wahai MCA dan MIC....lawan PERKASA UMNO tu.........kepada penyokong serta pemimpin PR harus diingat, ini politik bukan main guli....

    Adakah kita terlupa Lee Kim Sai (Menteri Kesihatan - MCA)pernah bertembung dengan Najib(sekarang pm 1israel)...hinggakan najib pernah berkata "mandikan keris dengan darah cina".

    Akhirnya pemimpin DAP,PAS dan sedikit anak bilis UMNO diISA kan....ini semua politik busuk umnobn....lebih-lebih lagi PRU semakin hampir....jangan ditipu berulang kali oleh umno celaka ini.

    BalasPadam