Selasa, 6 Julai 2010

PELIK, ALTANTUYA MASUK TAK DAPAT DIKESAN, RAJA PETRA KELUAR PUN TAK DAPAT DIKESAN JUGA

Aku ingat Raja Petra nak Hisyamuddin jawab dulu macam mana Altantuya masuk .
Oleh: notan

"Assalamualaikum,,..

Cerita lawak ditayangkan lagi, kali ini oleh Raja Perta.PR menayangkan gambar Zaid di blognya yang menyebabkan Hisyamuddin dan beberapa pemimpin serta anak buah UMNO melenting tak tentu hala.Hisyamuddin mengeluh kerana polis UK tidak mahu bekerjasama untuk menangkap RP dan dalam masa yang sama Hisyamuddin melahirkan rasa hairanya bagaimana RP boleh lolos dari Malaysia dan tinggal di UK tanpa sekatan kerajaannya.Kehairanan Hisyamuddin menimbulkan pula rasa hairan di benak ramai orang yang ingin tahu bagaimana Altantuya masuk ke Malaysia untuk mati.

Hisyamuddin adalah menteri yang bertanggungjawab dalam urusan rekod perjalanan keluar masuk negara.Oleh itu sekiranya dia hairan bagaimana RP boleh lolos keluar sudah tentu dia patut merasa hairan juga bagaimana Altantuya boleh masuk ke Malaysia.

Namun rasa hairanya hanya diluahkan dalam kes RP tidak Altantuya.Dalam kes Altantuya, Hisyamuddin berbelit belit mencari sebab ketika menjawab soalan yang ditanyakan di Parlimen.RP mungkin sudah dapat membaca reaksi pemimpin UMNO ketika muncul bersama Zaid dan dengan selamba beliau memasukkan gambar Zaid di blognya yang masih aktif walaupun beliau menghilangkan diri kerana enggan dibicarakan di Malaysia.

RP dapat dikesan cuba menyampaikan mesej kepada pemimpin UMNO supaya menjawab soalan bagaimana Altantuya boleh masuk ke negara ini.Tetapi macam biasalah, pemimpin UMNO terus menggunakan satu lidah mereka untuk mengecam RP dan satu lagi lidah digunakan untuk memberitahu tidak ada apa apa yang berlaku.Yang salah ialah RP kerana melarikan diri, enggan menghadapi tindakan kerana keceluparannya.

Sementara Altantuya hanyalah fitnah terhadap pemimpin no. wahid negara.Altantuya tidak perlukan apa apa dokumen untuk masuk ke negara ini tetapi RP adalah penjenayah besar kerana lari dari perbicaraan dan lari dengan tidak menggunakan apa apa dokumen.Semua yang bersubahat dengan RP termasuk Zaid dan kerajaaan UK mesti bertanggungjawab.Tetapi agak menghairankan lagi ialah kenapa Zaid tidak didakwa kerana bersubahat dengan penjenayah bernama RP dan kenapa tidak ada bantahan resmi diberikan kepada kerajaan UK kerana bersubahat dengan penjenayah?

Inilah lawak UMNO.Lawak dengan mengatakan RP sebagai pengecut dan berbagai bagai tuduhan lagi pada ketika mereka menyembunyikan fakta fakta yang sudah semakin jelas sekarang.Tetapi RP juga pandai buat lawak sehingga ke tahap UMNO menggelabah dan panas punggung.Apa yang dapat diperhatikan ialah RP mahu pemimpin UMNO menjelaskan dulu bagaimana Altantuya masuk ke negara ini dan bagaimana C4 diperolehi untuk meletupkannya sebelum penjelasan bagaimana beliau keluar dari negara ini didedahkan.

Di sinilah nampaknya Hisyamuddin terperangkap bersama anak buah pencacainya.Tetapi lawak tetap lawak macam mana diolah sekalipun./Tranungkite

Tiada ulasan:

Catat Ulasan