Selasa, 6 Julai 2010

PKR KINI PUNYAI PAHLAWAN BARU YANG MULAI DIUJI

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH buat Dato Zaid Ibrahim. Berani, jujur dan ikhlas itulah yang boleh saya simpulkan ke atas sikap beliau. Nampaknya sasaran Umno ke atas Dato Zaid tersilap orang. Mereka lupa Dato Zaid kini bukan lagi berada di dalam Umno yang boleh mereka gertak, ugut dan ancam. Seperti yang kita maklum, selagi berada di dalam Umno mana mungkin boleh menjadi berani seperti Dato Zaid. Dato Zaid menjadi berani dan kuat semangatnya apabila berada di dalam PR.

Umno cuba `mengusik' Dato Zaid dengan bermacam-macam amaran dan ugutan apabila Dato Zaid mengaku bertemu dengan Raja Petra dan Bala. Apakah bekas calon Parlimen Hulu Selangor ini takut? Bahkan, beliau dengan beraninya menyindir Umno dengan mengaku bahawa beliau akan menjamu Raja Petra dan Bala dengan ais kacang. Beliau siap memberitahu tarikh dan tempat pertemuan `ais kacang' itu nanti. Tiada selindung dan tiada motif untuk melarikan diri. Maka, tunggu apa lagi?

Pihak berkuasa pun mengeluarkan kenyataan untuk menyiasat segera Dato Zaid. Pulak. Hanya belanja kawan ais kacang menjadi risiko buat Dato Zaid? Atau mungkin ingin mengambil beberapa maklumat dari Dato Zaid. Maklumat apa lagi kerana Dato Zaid secara terbuka menyebut dengan siapa beliau bertemu, di mana tempatnya. Saya percaya, Dato Zaid walau sebesar hama pun tidak gentar menghadapinya kerana beliau tahu beliau bukan penjenayah yang dicari. Mahu dikatakan beliau pelindung kepada `penjenayah', jauh sekali kerana jika beliau seorang pelindung, bodoh sangatlah beliau memberitahu lokasi siap bergambar bersama lagi.

Raja sesumpah Senatak Ezam menyebut Raja Petra bacul dan dayus kerana lari ke luar negara. Kita ingin bertanya raja sesumpah Ezam, siapakah yang `lari' ke luar negara ketika DS Anwar ditangkap semasa permulaan era reformasi dulu, iaitu sebaik sahaja DS Anwar dipecat dari jawatan TPM? Tujuan apa lari ke luar negara? Kerana merasa bersalah, takut atau apa? Jika begitu, dayus dan bacul jugalah namanya.

Nampaknya Dato Zaid semakin mantap dan kini telah teruji sebagai pemimpin kita di satu masa nanti. Pemimpin kita mesti berani dan berprinsip. Lawan tetap lawan kini menjadi sumber kekuatan Dato Zaid. Justeru itu, barangsiapa yang berada di dalam Umno jika ingin menjadi berani, sila keluar dari Umno. Jika ingin menjadi seperti `lembu dicucuk hidung' kekallah bersama Umno./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan