Surat Biru Kepada Dr Wan Azizah  |          
ASSAMUALAIKUM  ... Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, (Kak Wan), didoakan Kak Wan  sekelurga diberikan keredhaan Allah s.w.t. di dunia dan akhirat. Saya  dan keluarga terleb
ih  dahulu mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan 1431. Semoga  puasa kita tahun ini diterima Allah sebagai amal ibadat yang  membahagiakan.
Saya baru saja membaca berita berkaitan Kak Wan  dalam sebuah portal yang memetik laporan dalam portal lain. Laporan itu  kononnya Senator Boy, Ezam Mohamad Noor mengakui telah dihubungi Kak Wan  semasa Kak Wan di Washington, US yang memesan kepadanya (Ezam) kono  supaya menjaga Datuk Seri Anwar Ibrahim,( Pak Sheikh).
Cerita  ini sudah lama dibawa dan disebarkan Ezam sejak beliau berputas harap  dengan PKR. Sejak beliau menyertai Umno. Menurut perbualan saya dengan  Nurul Izzah di Lapangan Terbang Ismail Petra Kota Bharu, Mei lalu sebab  kenapa Ezam meninggalkan PKR ialah kerana dia gagal untuk memujuk  papanya (Anwar) menyertai Umno.
"Dia gagal pujuk papa menyertai  Umno, itulah sebabnya dia meninggalkan PKR," begitulah kata Izzah yang  turut meluruhkan rasa kecewa atas tindakan Ezam yang membelasah dan  menyerang bapanya.
Kak Wan ada mengatakan tidak mahu melayani  Ezam. Tetapi terlayan juga sebab kerap sangat Ezam menimbulkan perkara  itu, itu alasan Kak Wan. Kak Wan patut bijak melayan 'adik' Kak Wan ini.  Dia sengaja mahu memerangkap Kak Wan ke dalam kancah dihadapi Pak  Sheikh kini. Kenapa dia berbuat begitu kerana dia sudah dapat cium  bahawa penjelasan dan pendedahan yang dibuatnya kini untuk memburukkan  Pak Sheikh tidak dimakan dan diterima rakyat. Jadi dia kena membantainya  dari sisi Kak Wan.
Malahan makin didedah dan makin di tayang  "kisah benar" yang tidak benar, rakyat makin kemas menyokong Pak Sheikh.  Malahan setitik kebenaran pun diucapkan Ezam semuanya sirna dek  kerakusan itu.
Kak Wan, usah bimbang... walaupun Ezam dan sesiapa  saja nak bilang apa dengan Anwar rakyat tidak akan percaya. Rakyat  punya mata hati dan mata batin menilai setiap apa yang dikatakan itu.  Rakyat kita bukan Jakun zaman dulu. Kemenangan Pak Sheikh meraih  majoriti lebih besar dari Kak Wan pada pilihan raya kecil Permatang Pauh  menceritakan segala-galanya.
Pada saya mudah saja. Dalam kontkes  perjuangan antara Ezam dengan Pak Sheikh boleh diukur dengan apa yang  berlaku kini. Sesiapa juga begitu saya rasakan. Siapa yang meninggal  rakyat dan mengkhianati perjuangan rakyat? Tahun 1998 dulu yang mengajak  rayat berdemonstrasi ialah Ezam. Kini yang meninggalkan rakyat ialah  beliau juga. Apakah erti dan makna semua ini? Dulu kita mengeji dan  menyula Zahid Hamidi, kerana murtad dari perjuangan akhirnya apa yang  dilakukan Zahid terikut oleh Ezam.
Takdir yang telah  memenjarakannya tidak mampu untuk beliau membayar dosa beliau kepada  rakyat. Beliau sering mendabit dada, dia sanggup mempertahankan Anwar  sehingga masuk ke penjara. Beliau bangga dengan pengorbanan yang sebesar  tahi cicak itu. Tetapi dia lupa pengorbanan Anwar untuk membela rakyat  sebesar gunung dan pengorbananya untuk membela Anwar hanya sebesar busut  anai-anai.
Oi... Ezam... sdr hanya mempertahankan Anwar yang  berbelit harapan kebendaan beberapa tahun saja. Tetapi masih ada refomis  mempertahankan Anwar sampai kini. Masih ada yang luka didahinya masih  belum pulih dan pedih masih terasa dan hati diladuni darah merah. Mereka  ternyata lebih hebat dari kamu yang bercakap hanya dengan pembesar  suara. Kandatipun mereka tidak pernah dibayar dengan jawatan senator  oleh Anwar mereka masih utuh sebab perjuangan mereka adalah hakiki bukan  kerana huminsime dan materialis.
Dalam menjejaki liku-liku  hipokrasi Ezam, Kak Wan kena bijak dan cekap membaca kilau dalam kilat.  Ezam hari ini telah terperangkap dalam jerat yang beliau sendiri pasang.  Beliau kini kehilangan populariti yang beliau raih semasa era refomis  dan dalam PKR dulu. Jadi beliau akan melakukan apa saja untuk mendapat  populariti itu. Dan percaya populariti itu hanya dengan menghentam dan  mefitnahkan Pak Sheikh sedang kepercayaan itu ternyata meleset.
Percayalah,  seseorang itu akan disokong rakyat dan menjadi poluar kalau ia  menghentam orang jahat. Dulu Ezam menghetam Mahathir Mohamed, sebab itu  beliau popular. Hari ini bila beliau mengambil alih tempat Mahathir  menghentam Anwar bila Mahathir tiba-tiba rehat. Kegagalan Ezam meraih  populariti itu bermakna dia menentang orang yang baik!
Orang  macam Ezam akan melakukan apa saja. Dia akan mengheret Kak Wan macam  mengheret bangkai ke rumahnya. Demi masa depan politiknya dan mencari  populariti. Kak Wan jangan merasakan hairan dengan sikap orang macam  Ezam. Jangan mudah menyangka orang yang makan semeja, ulang alik ke  rumah, boleh masuk ikut pintu dapur atau panjat pagar waktu malam itu,  adalah orang baik. Dia masuk (menceroboh) ada maksudnya yang amat sulit  difahmi oleh bahasa Kak Wan senbagai seorang kakak kepadanya. Dia bukan  pejuang dan penyokong Pak Sheikh sejati.
Tetapi saya faham dan maklum cerita itu.
Hari  ini Ezam sedang mengelisik bulu untuk jadi MB Selangor. Bulu romanya  sudah mengiring bila disebut demikian. Niat itu terpendam jauh dalam  lubuk hatinya. Para nujum juga tidak mengetahui, tetapi yang makrifat  boleh membaca keazaman Ezam yang satu ini. Kenapa beliau diberi jawatan  senator boy?
Sekali lagi sebagai orang yang ingin merebut tempat  Khalid Ibrahim selaku MB Selangor dia akan melakukan apa saja. Ezam  terperasan. Percayalah Ezam tidak akan masuk Umno tanpa bayaran  kebendaan. Akaun boleh disembunyikan dan boleh dinamakan dengan nama  orang lain. Lokman Adam pernah mendedahkan sikap dan sifat Ezam  sebenarnya. Hamdan Taha pernah bercerita segala-laganya. 10 budak hitam  yang berlari ke Putrajaya kerana merebut kacang butir berhara RM20 ribu  satu supik ada buku karangan mengarang tentang Ezam. Kisah itu termasuk  juga jambangan bunga dan perfume.
Kebencian Ezam kepada Pak  Sheikh bukan kerana perjuangan Pak Sheikh sudah melencong. Bukan kerana  Melayu atau apa-apa. Bukan juga kerana Pak Sheikh peliwat atau diliwati,  bukan dan bukan! Saya yakin kalau Pak Sheikh sudah jadi perdana  menteri, semua isu dan fitnah itu akan hilang. Malahan Ezam akan berdiri  macam Hang Kebun untuk mempertahankan Anwar. Bukankan sebelum ini Anwar  sudah dituduh liwat tetapi kenapa Ezam masih bersamanya? Kerana Ezam  merasa masih ada harapan. Begitukan...?
Munafik besarlah kalau  seorang kawan, adik yang akhirnya menikam kawan dan kakak dari belakang  kerana kepentingan diri. Paling celaka lagi apabila Ezam tidak  membataskan dan menghormati hubungan suami isteri Kah Wan dengan Pak  Sheikh.
Jadi ringkasnya, Kak Wan usahlah berwalang dan bersedih  dengan gelagat Ezam. Jangan sampai membawanya ke muka pengadilan.  Biarkan dia lakukan apa saja. Anggaplah dia seorang budak gila. Orang  gila mahkamah tidak menerima keterangan dan mahkamah juga sesekali tidak  akan membicarakan orang gila. Bahkan orang gila dikecualikan dari  berpuasa. Usaha Kak Wan untuk membawanya ke mahkamah sia-sia saja. Dan  Ezam mengharapkan itu kerana sudah tidak ada siapa hendak dijadikan  punch bag bagi menunjukkan kejantanan kecuali Kak Wan. Orang lain sudah  pun tidak melayan Ezam.
Kak Wan, selamat berbuka puasa dan mengerjakan solat terawih. 
Aku tak dapat bezakan yang mana satu Islam di antara Senatak Ezam dan Tian Chua. Kalau dari segi perjuangan, nampak sangat Tian Chua ni sebagai seorang Islam dan Senatak tu agama apapun aku tak taulah....., kerana berbagai halangan pahit dan ngeri pernah ditempuh bagi menegakkan keadilan, malah dari segi penjara dan tahanan, rasanya Senatak Ezam tu baru mengalami 10% sahaja dari sengsara Tian Chua, tetapi dah hilang telur. Wang bukan segala-galanya, belajarlah berjuang, kerana hidup tiada erti tanpa perjuangan. Wang banyak manapun bukan boleh beli nyawa..
BalasPadam