Rabu, 18 Ogos 2010

REDHUAN TEE PUN SUDAH PANDAI TUDUH PAS, AMPU UMNO

'Ridhuan Tee, isyhtiharkan saja masuk Umno'

Ogos 17, 10


Ekoran tulisan yang menimbulkan kemarahan PAS, pendakwah terkenal Ridhuan Tee Abdullah diminta menarik balik kenyataannya yang mendakwa parti Islam itu "suka mengkafir" atau mengisytiharkan saja penyertaannya dalam Umno.

Timbalan ketua Pemuda PAS Azman Shapawi Abd Rani berkata, kenyataan 'Cina mualaf' itu Ahad lalu cenderung memburukkan PAS, sedangkan sebagai pendakwah bebas dan ahli akademik beliau "tidak sepatutnya tidak menyebelahi mana-mana pihak."

"Beliau (Ridhwan) seharusnya mempelajari Islam dengan lebih mendalam sebelum menuduh PAS atas tuduhan yang sebegitu rupa," kata Azmah Shapawi.

"Inilah akibat apabila belajar Islam dengan Umno yang memisahkan politik dengan agama yang mengakibatkan ramai yang kabur dengan Islam sebenar termasuk Ridhuan Tee sendiri."

Menulis dalam kolumnnya di Mingguan Malaysia awal minggu ini, Ridhwan berkata Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Persekutuan begitu memahami kedudukan Tanah Melayu ketika itu.

Sehubungan itu, tulisnya, perkara utama berkaitan Islam dan pribumi - seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata -difokuskan.

"Walaupun Pas menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam.

"Kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan pribumi inilah yang menimbulkan kedengkian dan rasa tidak puas orang ini dan ultra kiasu yang lain," coretnya dalam artikel berjudul 'Jangan terlalu berani mencabar'.

Dalam satu kenyataan hari ini, Azman Shapawi berkata sebagai seorang ahli akademik yang mendapat pendidikan Islam di peringkat pengajian tinggi, Ridhuan sepatutnya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan.

“Pemuda PAS menyifatkan bahawa kenyataan Ridhuan Tee (itu) tidak mencerminkan tahap pencapaian pendidikan yang beliau perolehi,” katanya.

Menurut Azman Shapawi, kenyataan pensyarah agama di Universiti Pertahanan Malaysia itu merupakan tuduhan yang serius dan boleh mencemarkan nama baik PAS sebagai parti yang berjuang menegakkan Islam.

“Atas dasar apa kenyataan ini dikeluarkan? PAS satu parti yang sejak dari dulu berjuang bukan sahaja atas nama Islam malah setiap tindak tanduk dan keputusan mestilah berlandaskan al-Quran, hadis, qias dan ijmak ulama," kata Azman Shapawi lagi./Malaysiakini

4 ulasan:

  1. ada kalanya apa yang ditulis olih Redzuan Tee itu betul.Kalau Wan dan pemimpin PAS belum sedar,aku nak tambah sikit.
    Penceramah PAS(kebanyakan USTAZ MUDA,Ustaz berpengalaman mungkin lebih memahami) ada dua wajah.Satu wajah sebagai tok guru dalam kuliah disurau-masjid dan satu lagi penceramah di pentas politik sebagai penceramah jemputan.
    Dalam kuliah,semua yang dilakukan jika tidak menepati pahaman pembacaan nya/pemikirannya akan terus dikatakan orang begini "kapir".Hatta "bahasa adat" pun akan dianggap melanggar syariat jika dituturkan,diperlakukan seolah Islam itu begitu sempit.
    Manusia yang sama akan bercakap pula dalam nada berlainan jika ia diberi pilihan bertempik di pentas politik.Akan lupa bahawa hukum yang baru diulas dengan pandai pula mengambil kira pandangan mereka yang memenuhi lapangan ceramah.

    BalasPadam
  2. Saudara Redhuan Tee hanya bermodalkan dia sendiri (Cina mualaf yang ada ilmu islam) untuk menonjol. Dia diketengahkan sebagai contoh dan mungkin kenyataan ini juga diharapkannya juga sebagai ikutan umum.

    Mungkin juga saudara Redhuan Tee ini mahu orang lain mengikut terjemahan dan arca pemikirannya.
    Hakikatnya, ianya adalah prespektif peribadi yang tidak harus diwar-warkan untuk meraih populariti.
    Saudara Redhuan Tee juga seharusnya melihat dalam dirinya, melihat dalam jiwanya dan menilainya atas landasan keimanan dan bukan atas dasar kedudukan, glamour dan keduniaaan.

    Walau apapun, Saudara Redhuan Tee boleh bercakap apa saja kerana 'words is free' dan ayat-ayatnya akan dipertanggungjawabkan ke atas dirinya jua.

    Ini hanya komen saya.

    BalasPadam
  3. Salam tuan,

    jom tukar link: www.duniacacamarba.blogspot.com

    tk

    BalasPadam
  4. salam..saya amat bersetuju dengan ape yang diketenghkan oleh ustaz redhuan tee..sebagai orang melayu yang menganuti agama islam sejak lahir,saya berasa malu apabila golongan mualaf yang mengkaji tentang kejatuhan melayu islam tu sendiri..saya berharap orang melayu islam bangkit dari tidor yang lena,dan sudah tiba masanye kita mendaulatkan bangsa melayu seperti mula2 pembentukan melayu islam..semoga ustaz redhuan tee terus menegakkan kebenaran dan bersatu demi negara malaysia tercinta..wasalam

    BalasPadam