Selasa, 17 Ogos 2010

TIMBALAN PRESIDEN PKR - AZMIN, MUSTAFA KAMIL ATAU ZAID ?

Kongres tahunan PKR bakal menyaksikan persaingan sengit bagi kerusi timbalan presiden yang akan dikosongkan oleh penyandang sekarang, Dr Syed Husin ali. Bagi jawatan presiden pula akan terus mengekalkan Dr Wan Azizah Ismail.

Melalui sumber dalaman PKR, syed husin dikatakan tidak berhasrat untuk terus menyandang jawatan tersebut walaupun tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini. SIASAH difahamkan tiga tokoh daripada pimpunan itu akan dicalonkan untuk menduduki jawatan tersebut iaitu dua calon daripada naib presiden Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub serta ketua pkr WP Datuk Zaid Ibrahim.

Kata sumber parti itu, apa yang lebih menarik ialah calon-calon tersebut bukan bersaing secara individu sebaliknya mewakili kumpulan maisng-masing dalam PKR selaki gus dilihat sebagai usaha kumpulan tersebut menjadi lebih dominan dalam parti melalui kedudukan pemimpin nombor dua.

Azmin dikatakan mewakili kumpulan bekas-bekas ahli UMNO dan BN dalam PKR, Zaid berada dalam kumpulan liberal dan Mustafa dari kumpulan Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM). Dalam perkembangan terbaru ini, ketiga-tiga calon tersebut mempunyai kekuatan dan penyokong masing-masing melalui negeri-negeri tertentu yang dikuasai sekaligus akan menjadi pihak yang mengetengahkan nama calon untuk jawatan kedua tertinggi parti itu.

Malah kumpulan masing-masing dikatakan sudah menggerakkan kempen untuk calon mereka ketika ini ke kawasan-kawasan (cabang). Dalam perkembangan sama, Menteri Besar Selangor tan Sri Khalid Ibrahim turut menjadi perhatian dalam persaingan bagi jawatan kedua tertinggi parti itu. Walaupun Khalid tidak dicadangkan untuk jawtan tersebut tetapi ramai yang percaya calon yang mendapat sokongan Khalid akan mempunyai kelebihan untuk menang. SIASAH BILANGAN 0213 TERBITAN 15-21 OGOS 2010. /Tranungkite

2 ulasan:

  1. usaha perlu dilakukan supaya Dr Syed Husin Ali kekal dijawatan tersebut.Amat sukar dimasa kini untuk mendapat orang politik seperti Dr Syed Husin Ali .

    BalasPadam
  2. Perebutan kuasa dalam PKR tidak timbul, apa yang di dakwa ole Siasa, Pemimpin PKR, bertanding secara berhema dan bersih, kerana cara undian untuk 1 jawatan adalah berbeza dengan UMNO, walau pun nama nama yang di senaraikan oleh Siasa untuk bertanding sebagai timbalan Persiden, isu itu taklah seterok yang di sangkakan. kerana di dalam perjuangan PKR setiap Ahli mesti memegang kata kata DSAI, Jangan Sebut Soal Perjuangan, kalau Tidak Berani Tanggung Risiko, itulah Pejuang Politik sejati.

    BalasPadam