Sabtu, 18 September 2010

KES SOSILAWATI - PEKIDA HENTAM MAJLIS PEGUAM , TAPI SOKONG POLIS

Kes Sosilawati: Pekida berkabung, bakar kain rentang

Kira-kira 120 anggota Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) hadir ke rumah Noorhisham Mohamad yang mati dibunuh bersama Datuk Sosilawati Lawiya pada 30 Ogos lalu bagi menyertai bacaan Yaasin dan tahlil kepada arwah.

Majlis itu diadakan di rumah Noorhisham di Taman Seraya, Ampang pada jam 12.00 tengah hari diketuai oleh Pengerusi hal ehwal khas Pekida Shahril Abdul Aziz.

180910 pekida tahlil noorhisham sosilawatiNoorhisham - seorang pegawai bank, Sosilawati, pemandu jutawan kosmetik itu Kamaruddin Shansuddin dan peguam peribadinya Ahmad Kamil Abdul Karim, dipercayai dipukul sampai mati dan dibakar di Ladang Gadong dan abunya dibuang di Sungai Panchau, Banting, Selangor.

Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Shahril menyalahkan majlis peguam yang didakwanya "gagal membersihkan peguam-peguam yang bermasalah".

"Sepatutnya Majlis Peguam mengambil langkah-langkah yang lebih tepat dengan mengasingkan peguam-peguam bermasalah dengan membuat penyataan terbuka di dalam media ataupun memperkenalkan kad kuasa yang mesti diperbaharui setiap tahun sebelum peguam-peguam mahu menjalankan perniagaan mereka," katanya.

Justeru, Shahril mencadangkan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat majlis berkenaan.

Sebelum ini, dilaporkan seorang peguam merupakan suspek utama kes pembunuhan kejam itu.

Turut hadir dalam majlis itu Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Roslan Dahaman dan Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ummah (PERWARIS) Rahimuddin Md Harun.

180910 pekida burn bar council banner sosilawatiSejurus selepas tamat sidang media itu, kelihatan beberapa orang yang hadir membakar (kiri) kain rentang bertulis "Presiden majlis peguam mesti letak jawatan" tanda tidak puas hati mereka.

Sambil mengucapkan tahniah kepada kecekapan polis menyiasat kes itu dengan segera, Shahril juga mengingatkan supaya isu pembunuhan itu tidak dipolitikkan.

"Kami juga mengingatkan dan mempersetankan mana-mana pihak yang cuba mempolitikkan isu ini serta merendah-rendahkan kewibawaaan serta martabat PDRM...," katanya.

Sebelum itu, pertubuhan itu juga membuat kutipan wang bagi membantu meringankan beban keluarga Noorhisham.

Kelihatan beberapa anggota keluarga pegawai bank itu agak tenang dan menyertai majlis bacaan tahlil di halaman rumah keluarga si mati./Malaysiakini

2 ulasan:

  1. selagi ujud kumpulan bodoh dan bahlol macam ini,pakatan tak perlu risau lah sangat.cuma kalau bolih kita semua berdoa supaya ada lagi banyak kumpulan macam depa ni,perkasa pun kira termasuk juga.lagi banyak depa buka mulut,lagi banyak cacamarba bn-umno akan jadinya.

    BalasPadam
  2. sekurang kurangnya ada gak org islam yg berani bersuara nak harapkan korang semua pengecut. sepatutnya pemimpin islam istiharkan je perang jihad terhadap gangster2 hindu ni biar diorg tau betapa peritnya berperang ngan islam. semua org tau gangster hindu ni xde hati perut, bunuh/tetak org sesuka hati tanpa perikemanusian. dah byk kali aku dgr dah tp aku sabar je. klu kat negara lain sorang islam kena bunuh satu kampung berarak dan bertindak balas terhadap geng2 kafir tu tp kat malaysia semua diamkan je, bodoh.. tu pasalah org indon ckp melayu malaysia pengecut sbb xberani berjuang. tgk kat indonesia, kashmir, selatan thai ada org kafir berani ngan islam?

    BalasPadam