Jumaat, 17 September 2010

KHIR TOYO MAHU SOROK MALU - SU MB SELANGOR

'Khir Toyo nak tunjuk macho'
Sep 16, 10


Walaupun berminat, bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo tidak akan dapat merampas kembali kerusi tersebut daripada Tan Sri Khalid Ibrahim, kata setiausaha kanan menteri besar.

"Kalau dia (Dr Mohamad Khir) berminat pun, dia tidak akan dapat. Untuk kelihatan macho dan berlapang dada, dia katalah, dia tidak minat," kata setiausaha politik menteri besar Selangor Faekah Husin (kanan) kepada TV Selangor.

Semalam, Malaysiakini melaporkan, Ketua Pembangkang Dr Mohamad Khir tidak lagi berminat kembali menjadi menteri besar Selangor sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu daripada Pakatan,

Sebaliknya beliau menyarankan supaya jawatan berkenaan diserah kepada pemimpin yang lebih layak di kalangan BN, jika berjaya merampas semula negeri itu.

Dr Khir memberi alasan, beliau tidak mahu mewarisi masalah-masalah yang berlaku di negeri itu selepas Pakatan menubuhkan kerajaan di Selangor kerana ia 'sangat teruk' dan tidak dapat dipulihkan dalam jangka masa singkat.

Bercakap kepada saluran televisyen dalam talian kerajaan negeri semalam, Faekah juga berkata label "sangat teruk" yang dinyatakan itu Dr Mohamad Khir itu sepatutnya dituding kepada dirinya sendiri kerana Pakatan baru dua tahun mentadbir negeri itu.

Faekah berkata, agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dilaksanakan kerajaan Pakatan di Selangor, terpaksa menempuh jalan sukar berikutan masalah-warisan kerajaan BN, khususnya ketika pimpinan Dr Mohd Khir (kiri) sendiri.

Bercakap kepada TV Selangor, Faekah percaya kenyataan Dr Khir itu hanya bertujuan melindungi keinginan sebenar.

"Saya tidak perlu risau pun dia tidak berminat. Dia minat pun, dia tidak akan dapat dengan cara mereka menguruskan Selangor selama 50 tahun ini" katanya yang percaya rakyat Selangor sudah bosan dengan corak kepimpinan Umno-BN.

Sementara itu, PAS Selangor pula berpendapat isu sama ada Dr Mohamad Khir berminat atau tidak untuk kembali menjadi menteri besar tidak berbangkit kerana telah membuat keputusan menukar kerajaan.

"Beliau (Dr Mohd Khir) mungkin tidak menyedarinya dan masih mengagung-agungkan era kepimpinan beliau, namun hakikatnya semasa beliau (menjadi) MB, api kemarahan rakyat meluap-luap dan diterjemahkan langsung melalui peti undi pada pilihan raya umum ke-12, yang mengakibatkan Umno dan BN hilang kuasa di Selangor," kata Ketua penerangannya Roslan Shahir Mohd Shahir./Malaysiakini

4 ulasan:

  1. baru dua tahun memerintah, kebinasaan terhadap bumi selangor seolah2 iblis telah memerintah 10 tahun..punye la teruk selangor dirompak hasil buminye..

    gile babi penangan pakatan rompak..

    anak selangor..

    BalasPadam
  2. hehehe...marah nampak puak Umno yg tak dpt projek pasir....ehehhh

    BalasPadam
  3. Tanpa nama 02:58
    itulah hang,dok harap meng ketedarah dan melantak dan membaham muntah babi dan anjing saja selama 50 tahun dibawah umno-bn,sampaikan bila kalah tak tau apa dah nak buat bagi isi perut supaya sikit kenyang.
    adakah yang hang maksudkan IBLIS ini ialah bapa saudara hang sewaktu jadi MB dulu,satu buntingkan betina,dan satu lagi timbang kilo RM di Australia,sampai ditendang olih yang murka.dan toyo ni pula dgn rumah yang aku ingat kalau hang nak buat sampai hang mampuih pun hang tak mampu.

    BalasPadam
  4. Punya banyaknya info yang didedahkan...maalaun 02:58 tak lagi faham-faham...bebal sungguh otak kamu ni!!!!

    BalasPadam