Jumaat, 17 September 2010

PRESIDEN PKR `BONEKA' - WAJARKAH ZAID IBRAHIM BERKATA DEMIKIAN?

Zaid akui dakwaan jawatan Presiden hanya boneka

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim (gambar) 'mengiakan' dakwaan pelbagai pihak yang mengatakan presiden dalam parti itu hanyalah jawatan boneka kerana dakwanya ada pihak lain yang lebih berkuasa.

Zaid berkata, dalam PKR, presiden selaku orang nombor satu tidak mempunyai kuasa seperti sepatutnya kerana terdapat pihak yang lebih berkuasa iaitu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dalam PKR, jawatan nombor satu pun tak ada kuasa seperti ketua umum, iaitu jawatan yang tidak boleh ditandingi. Jadi, saya tidak faham mengapa riuh rendah pasal jawatan nombor dua (timbalan presiden) ini," katanya dalam blognya, http://www.zaiduntukrakyat.com.

3 ulasan:

  1. Realitinya apa yang dizahirkan olih Zaid memang benar,kecuali akan jadi tidak benar jika orang melihat Zaid sebagai penentang Azmin dalam pertandingan Tim Presiden PKR.kalau Zaid di anggap betul sewaktu keluar drp umno kerana mempertahankan perinspnya(kaitan ISA),perkara yang sama perlu kita lakukan bila ia melihat Wan Azizah sebagi Presiden tanpa kuasa.

    BalasPadam
  2. perkara itu mmg dah lama di ketahui tetapi dari mulut pemimpin umno , skrg ni zaid pula bersuara mengapa?, apakah zaid terasa yg anwar menyokong azmin sebagai timbalan president?, zaid mungkin merasakan dirinya besar dan banyak pengaruh sehingga melayakan dirinya bertanding timbalan president pkr, baginya mungkin bertanding sebagai naib president tak setaraf dgn dirinya..

    BalasPadam
  3. Berkata benarlah walaupun pahit

    BalasPadam