Rabu, 8 September 2010

PEMILIHAN PKR - KOMEN PENYOKONG DATO ZAID IBRAHIM

SECARA peribadi, saya menyokong YB Azmin Ali untuk dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR di dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR nanti. Sokongan ini bukan bermakna untuk menjadikan Dato Zaid Ibrahim senasib dengan Almarhum Tun Ghafar Baba di dalam Umno seperti yang Dato Zaid khuatirkan itu.

Tentulah banyak perkiraan kita yang mana menyokong YB Azmin Ali begitulah juga yang menyokong Dato Zaid Ibrahim. Kedua-duanya adalah wira rakyat dan mereka sudah menjalani ujian untuk melayakkan diri mereka sebagai pemimpin di dalam PKR. Bagi saya, YB Azmin dilihat lebih hampir dan sinonim dengan rakan utama PKR iaitu dari PAS dan DAP. Justeru itu, mustahak Timbalan Presiden PKR adalah tokoh yang mesra dan sinonim dengan parti sekutu PR itu. Lebih penting lagi, keperibadian pemimpin juga memainkan peranan penting dan saya lihat YB Azmin mempunyai kelebihan dalam aspek itu.

Tentunya Dato Zaid juga punyai kelebihan lain. Saya suka untuk menyiarkan komen seorang pengunjung blog ini berkaitan artikel saya sebelum ini. Berikut adalah komen beliau yang mana boleh kita kongsi bersama. Terima kasih kepada penulis komen berkenaan;
Tanpa Nama berkata...

Salam,


Zaid ibrahim tentu beralasan kuat untuk menukar fikirannya untuk bertanding. tetapi ramai menjadi panik dan tak kurang yang melihat ciri-ciri UMNO-BN menonjol dalam PKR. untungnya pada zaid dan rakyat ialah betapa ini menunjukkan belang atau sikap sebenar dikalangan MP PKR - ramai atau sedikit jumlahnya tidak penting.

Ini kayu ukur yang bagus untuk rakyat menilai peranan anwar dan presiden PKR juga. kerana isu-isu politik semasa bergolak sekitar keMalaysiaan dan pembangunan negara bangsa, tidak ramai di dalam PKR yang berupaya mendepani isu-isu ini dengan berani tetapi berakal dan seimbang. tidak dinafikan kekutan sejarah perjuangan azmin itu, tetapi seperti kata khalid ibrahim, dia perlukan masa untuk menjadi matang berpolitik.

Ciri setiakawan dan jalur keras azmin tidak sesuai, pada pandangan saya, untuk kegawatan politik nasional hari ini. dia mungkin lebih sesuai di peringkat negeri selaku MB jika ada rezekinya kelak. tetapi karisma anwar sendiri mampu dibayangi oleh zaid sebenarnya - keberanian, kejujuran, intelek dan keupayaan berkomunikasi merentas sempadan partisan dan rakyat berbilang bangsa. pakatan memerlukan politik liberal dan pragmatik, sophisticated dan segar - anwar sendiri menyedarkan kita politik baru bukan kerana dia lagi, tetapi kerana rakyat mahukan perubahan.

Saya bersetuju azmin dan zaid sangat relevan kepada PKR. tetapi, mereka juga jelas berbeza pemikiran dan gaya politiknya. dan untuk kelangsungan pakatan dan sokongan rakyat Malaysia khususnya, saya tidak yakin azmin ada nilai tambah seorang negarawan yang dapat dilihat dan dirasai pada tokoh-tokoh berjiwa besar lain yang pandangan politiknya progresif dan menambat hati rakyat yang tajam dan jauh pemikirannya. benarlah, perubahan pada PKR nanti akan menentukan keseimbangan PAKATAN dalam banyak hal. mungkin pengalaman PAS semasa kekalahan Husam kepada Nasharuddin merebut kerusi nombor 2 boleh dijadikan rujukan kepada pengundi terus PKR. Maju terus!

3 ulasan:

  1. Sebagai ahli biasa PKR yang tiada berkempentingan, saya juga berpendapat bahawa Zaid Ibrahim adalah lebih sesuai sebagai Tim.Presiden atau Presiden PKR sekalipun. Kerana kebolehan dan aura beliau yang boleh menyaingi dan berlari seiring dengan DSAI. Pengalaman politik serta survivor hidup beliau jauh mengatasi Azmin Ali dan inilah yang kebanyakan ahli biasa harapkan untuk memacu parti ke era perjuangan politik terkini. Dalam hal ini, DSAI perlu memilih sejarah lebih dari kesetiaan jika mahu parti yang dibayanginya terus hidup dan diingati oleh generasi akan datang.

    BalasPadam
  2. penyokong azmin dan zaid boleh bagi mcm2 alasan utk memperlihatkan mereka berdua kononnya bagus, aku bukan ahli pkr pun secara peribadi pilih azmin berasakan kesetian, zaid klu nk bela rakyat tak semestinya jadi timbalan president, naib president pun boleh,

    BalasPadam
  3. Zahrain, Zul Nordin dan Ezam Md Noor adalah antara orang yang paling dikatakan setia suatu masa dahulu?

    BalasPadam