RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 7 September 2010

PEMILIHAN PKR - DATO ZAID TETAP WIRA WALAUPUN TIDAK BERTANDING

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca kenyataan akhbar Dato Zaid Ibrahim terasa juga sedih dihati. Beliau merasakan seperti beliau tidak lagi disanjung atau dilupakan seperti yang pernah terjadi kepada Almarhum Tun Ghafar Baba. Ini berlaku bila mana beliau mengumumkan keputusan untuk Justify Fullbertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR di dalam pemilihan kali ini.

Memang benar ramai yang menyanjung Dato Zaid di atas keberaniannya menegakkan keadilan dan keluar dari parti Umno yang membusuk itu. Di atas kepercayaan dan sanjungan ramai itulah beliau diangkat menjadi calon PKR di dalam PRK Parlimen Hulu Selangor tidak lama dahulu. Sedangkan bukan sedikit yang mulanya tidak bersetuju di atas pencalonan Dato Zaid memandangkan ketika itu beliau `baru beberapa hari' menyertai PKR. Namun kerana ketokohan beliau dan sikap beraninya keluar dari Umno, kita semua terus memberikan sokongan terhadap beliau secara bermati-matian walaupun akhirnya beliau tewas secara `anak jantan'.

Cuma, di dalam pemilihan kali ini tentunya berbeza kita menilai seseorang calon yang ingin bertanding. Apatah lagi jawatan Timbalan Presiden PKR adalah satu jawatan yang teramat penting. Jika ingin dibandingkan kesetiaan atau keberanian, anda sendiri boleh bandingkan kedua-dua tokoh iaitu Azmin Ali dan juga Dato Zaid Ibrahim. Sukar untuk mencari kekurangan di antara keduanya tetapi tentulah ada sedikit kelebihan salah seorang daripada mereka.

Berkaitan terdapat beberapa pihak yang berkempen memburukkan Dato Zaid mahu pun Azmin Ali, tentunya cara sedemikian tidak elok di dalam parti yang mendukung prinsip keadilan seperti PKR ini. Namun demikian, harus diterima hakikat bahawa setiap ahli di dalam PKR bahkan pemimpin mereka bukannya bersifat seperti Malaikat. Sudah tentu ada yang melakukan perkara yang negatif semata-mata untuk menaikkan tokoh yang mereka mahukan. Tetapi ini bukan satu hujah untuk Dato Zaid menyebut betapa beliau kini sudah mula dilupakan kerana jumlah yang berbuat demikian terlalu kecil dan tidak boleh mewakili kehendak semua ahli parti.

Selaku pemimpin yang sudah lama di dalam politik, tentunya Dato Zaid faham risikonya apabila berada di dalam sebuah wadah politik. Parti PAS yang dasarnya Islam itu pun terdapat golongan yang seperti Dato Zaid sebutkan. Justeru itu, Dato Zaid mestilah terus berusaha dengan jujur dan lebih gigih lagi untuk mendapatkan sokongan. Akhirnya ahli-ahli sendiri yang menentukan pemimpin yang mereka fikirkan layak untuk disokong.

Sedikit kesilapan Dato Zaid mungkin adalah kerana sebelum ini pernah berulangkali menyebut bahawa beliau tidak mahu kepada jawatan tinggi di dalam parti. Secara tiba-tiba beliau berubah fikiran walaupun beliau punyai alasan untuk mengubah fikirannya. Di dalam politik, mungkin alasan tertentu sukar diberi pertimbangan untuk ahli-ahli mempercayainya. Adalah lebih baik pemimpin itu berterus terang dan berani membuat keputusan.

Saya merasakan tidak benar sama sekali jasa Dato Zaid kini telah mula dilupakan. Beliau tetap seorang wira selagi beliau berada di dalam PKR, cuma belum tiba masanya untuk beliau berada di peringkat tertinggi sekarang. Seorang wira tidak semestinya berada di kerusi Presiden atau Timbalan Presiden. Jangan kisah Almarhum Tun Ghafar ingin dijadikan contoh, kerana pemilihan di dalam Umno jauh berbeza dengan pemilihan di dalam PKR. Jika ingin dijadikan contoh juga, sokongan terhadap DS Anwar ketika itu amat kuat kerana ketokohan DS Anwar ternyata lebih menonjol daripada Almarhum Tun Ghafar waktu itu. Bukan kerana Almarhum Tun Ghafar tidak dianggap wira Melayu, tetapi ketika itu Umno mahukan seorang pemimpin yang lebih dari itu.

Oleh yang demikian, Dato Zaid sewajarnya memikirkan kembali keputusan beliau untuk bertanding di kerusi Timbalan Presiden PKR. Jika beliau tidak bertanding, rakyat tetap menganggap beliau sebagai wira bahkan imej beliau lebih dipandang tinggi dan mulia selaras dengan janjinya dahulu untuk tidak memikirkan jawatan tersebut./wfauzdin.blogspot.com

6 ulasan:

  1. itu pasal jangan cakap basa politik.....
    masuk politik ....lepas tu kata taknak jawatan ...sekarang kata nak jawatan....

    mula kijer jadi pion...takkan nak kata taknak jadi ketua kerani......

    bila kena tibai sikit merajuk ala gapar baba...belum lagi kena isa ..kena belasah dlm lokap....

    woittt..nasihat mudah aku pada zaid...kalau takut dilambung ombak..jangan berumah di tepi pantai laaa....

    kah kah kah kah kah kah ....

    BalasPadam
  2. Tu la orang-orang PAS, Pandai Menuduh, Pandai Tuding Jari, Pandai Lempar Tahi....

    Apa yang depa buat..
    Pandai buat honar, bising sana-bising sini, hari ni cakap lain, besok cakap lain....
    jenis lidah biawak macam LGE.

    Sepatutnya.. jika nama parti Islam.
    Ajak manusia buat kebaikan.
    Yang tidak betul, perlu dinasihat.

    Tapi orang-orang PAS suka kepada lidah bercabang...macam kafir LGE.
    kih.. kih...

    Bagaimana nak perintah negara.
    Pungkor sendiri pun penuh Tahi dan berulat lagi.

    Kata dulang, paku serpih.
    Mengata orang, PAS YANG LEBIH.

    BalasPadam
  3. Kita syg pada Azmin dan kita syg pada Dato Zaid. Kedua2 mereka pendokong kekuatan PKR. Kita tak nak kehilangan kedua2nya atau salah seorang dari mereka...maka carilah jalan tolerensi diantara keduanya.

    BalasPadam
  4. salam,
    zaid ibrahim tentu beralasan kuat untuk menukar fikirannya untuk bertanding. tetapi ramai menjadi panik dan tak kurang yang melihat ciri-ciri UMNO-BN menonjol dalam PKR. untungnya pada zaid dan rakyat ialah betapa ini menunjukkan belang atau sikap sebenar dikalangan MP PKR - ramai atau sedikit jumlahnya tidak penting. ini kayu ukur yang bagus untuk rakyat menilai peranan anwar dan presiden PKR juga. kerana isu-isu politik semasa bergolak sekitar keMalaysiaan dan pembangunan negara bangsa, tidak ramai di dalam PKR yang berupaya mendepani isu-isu ini dengan berani tetapi berakal dan seimbang. tidak dinafikan kekutan sejarah perjuangan azmin itu, tetapi seperti kata khalid ibrahim, dia perlukan masa untuk menjadi matang berpolitik. ciri setiakawan dan jalur keras azmin tidak sesuai, pada pandangan saya, untuk kegawatan politik nasional hari ini. dia mungkin lebih sesuai di peringkat negeri selaku MB jika ada rezekinya kelak. tetapi karisma anwar sendiri mampu dibayangi oleh zaid sebenarnya - keberanian, kejujuran, intelek dan keupayaan berkomunikasi merentas sempadan partisan dan rakyat berbilang bangsa. pakatan memerlukan politik liberal dan pragmatik, sophisticated dan segar - anwar sendiri menyedarkan kita politik baru bukan kerana dia lagi, tetapi kerana rakyat mahukan perubahan. saya bersetuju azmin dan zaid sangat relevan kepada PKR. tetapi, mereka juga jelas berbeza pemikiran dan gaya politiknya. dan untuk kelangsungan pakatan dan sokongan rakyat Malaysia khususnya, saya tidak yakin azmin ada nilai tambah seorang negarawan yang dapat dilihat dan dirasai pada tokoh-tokoh berjiwa besar lain yang pandangan politiknya progresif dan menambat hati rakyat yang tajam dan jauh pemikirannya. benarlah, perubahan pada PKR nanti akan menentukan keseimbangan PAKATAN dalam banyak hal. mungkin pengalaman PAS semasa kekalahan Husam kepada Nasharuddin merebut kerusi nombor 2 boleh dijadikan rujukan kepada pengundi terus PKR. Maju terus!

    BalasPadam
  5. Hoi Tanpa Nama 09:55
    Aku yakin hang bukan jenis kaki surau atau masjid.Sah hang ni kaki betina,kaki judi ,kaki arak dan raja segala maksiat(dan juga kaki EKOR).
    Tak usah berselindong disebalik tanpa nama.Pengecut dan penakut.Inilah SEBAHAGIAN daripada spesis parti yang dah nak mampus.

    BalasPadam
  6. Kepada Zaid,bersabarlah dahulu. Biarlah orang yang dah lama berjuang mendepani kita. Anda bukan tak boleh bersuara tanpa jawatan tinggi. Azmin pun bukanlah mahu menjatuhkan PKR, so bersabarlah dahulu.

    BalasPadam