Salam Hormat, 
Entri kali ini dimulakan dengan petikan  kata-kata kepimpinan PAS dalam isu pembentukkan perpaduan di antara PAS  dan UMNO.
Apa kata Ketua Dewan Pemuda PAS;
"Maka, apalah salahnya jika kini UMNO pula  mengambil giliran dan langkah serupa seperti dulunya PAS pernah  menyertai Perikatan demi penyatuan melayu Islam di era Tun Abdul Razak [  Lagi pun pemimpin UMNO kini yang beria - ia benar mahukan penyatuan ] .
"Kini di era YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul  Razak pulalah menghulur tangan, sanggup dan sedia bersama PAS menyertai  Pakatan Rakyat memperjuangkan Islam dan bangsa melayu Islam agar kita  dapat membina sebuah negara yang aman, makmur, sejahtera, adil, telus,  saksama tanpa sebarang pertelagahan atau persengketaan yang merugikan  ummat Islam dan bangsa Melayu itu sendiri.
Apa kata 3 Naib  Presiden PAS; 
Mahfuz Omar Berkata;
“Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak  nafas mereka akan meminta 'oksigen' dari PAS,”. Umno secara jelas  melalui pemimpin utamanya yang menguasai Kerajaan Malaysia telah  melantik syarikat perunding APCO Worldwide yang merupakan proksi kepada  gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan 
politik Israel dan Amerika sebagai penasihat Kerajaan  Umno Barisan Nasional (BN). “Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada  perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin,”
Salahuddin Ayub Berkata;
Jika benar Umno mahukan perpaduan, Umno perlu  menyertai Pakatan Rakyat bersama PAS, PKR dan DAP.
Tuan Ibrahim Tuan Man Berkata;
PAS menyatakan dengan tegas kita perlu  bersatu di atas landasan yang digariskan oleh Allah; “Bertolong bantulah  kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam  perkara dosa dan permusuhan”. Lantaran itu PAS lebih rela Melayu  berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam  mendurhakai Allah!
PAS tidak akan merelai perpaduan bagi  mendokong tindakan yang bertentangan dengan Islam yang ditaja oleh UMNO.  Mereka sanggup menghalalkan perjudian di atas nama kebajikan dan sukan  walhal dengan jelas Islam menyatakan judi itu haram!
  
Apa kata  Timbalan Presiden PAS;
  
PAS masih lagi berpegang dengan ketetapan yang telah  dibuat dalam muktamat-muktamar yang lalu. PAS akan terus memfokuskan  kepada gerak kerja mendepani pilihan raya umum k-13 untuk membentuk  kerajaan persekutuan yang baru. 
  
Saya juga menyeru kepada seluruh pimpinan dan ahli agar  dapat melipatgandakan usaha untuk memantapkan organisasi, terutama di  peringkat cawangan dan kawasan serta menambah keahlian baru PAS  semaksima mungkin.
  
  
Apa kata Presiden PAS ;
  
(Maaf, ikhlasnya saya  katakan, tiada lagi komen dari TG Presiden setakat ini, dan ia bukanlah  satu kesalahan kerana timb. presiden dan naib-naib presidennya telah  memberi komen serta penegasan. Namun saya percaya pendirian TG Presiden  adalah senada)
  
   
Apa kata Mursyidul Am PAS;
  
PERGI JAHANAM DENGAN UMNO  !!!
Oleh demikian, saya memohon kepada semua pucuk pimpinan  UMNO supaya berfikir dengan akal yang dikurniakan oleh Allah,  bahawasanya, pinangan UMNO terhadap PAS adalah ditolak tanpa syarat dan  tanpa bicara, kerana tindak-tanduk dan kebejatan melampau  UMNO itu sendiri telah menjadi faktor betapa PAS dan UMNO tidak mungkin  bersatu buat ketika ini.
  
Sepertimana yang dilafazkan oleh Puteri Gunung Ledang  terhadap Sultan Melaka berkenaan terjemahan-terjemahan yang berupa  permintaan itu, adalah sebenarnya satu penolakkan. 
  
Kepada rakan-rakan  seperjuangan dan mereka yang di ambang perubahan, sedarlah bahawa  permainan propaganda UMNO ini sebenarnya satu perangkap yang  menang-menang bagi UMNO. Ini kerana apabila PAS menolak kerjasama  politik demi perpaduan melayu dan Islam, maka PAS akan dilihat jahat  kerana membelakangkan perpaduan yang dituntut.
Akhirnya tiba satu  perenggan yang membunuh segala prasangka, hadir dari Tuan Ibrahim Tuan  Man yang berbunyi - PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati  perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah!
  
Persoalan di sini ialah,  adakah PAS akan dilihat jahat kerana menolak pelawaan UMNO? Adakah PAS  akan dipandang serong sekiranya tidak menerima tawaran perpaduan melayu  dan Islam
ini ?
  
Sedarlah  saudara dan saudari sekalian. PAS bukan berdepan dengan tawaran  perpaduan sesama Islam, PAS juga bukan berdepan dengan tawaran perpaduan  walau sesama melayu sekalipun. PAS sebenarnya berdepan sebuah tawaran  perpaduan dari sebuah gerombolan pengkhianat bangsa!
  
PAS berhadapan dengan  tawaran perpaduan dengan gerombolan yang tidak bertanggungjawab terhadap  peristiwa Memali, mengamalkan Akta zalim ISA, merancang kudeta rampasan  kuasa di Perak, menafikan hak royalti Terengganu dan Kelantan ketika  PAS berhak ke atasnya, dan yang paling menyedihkan, PAS berhadapan  tawaran perpaduan oleh pihak yang mengfitnah PAS sebagai parti ajaran  sesat.
  
Oleh  demikian, di atas kelaku gerombolan terdesak seperti di atas, wajarkah  PAS dipandang serong sekiranya menolak tawaran perpaduan? Saya yakin,  sesiapa sahaja tidak akan dipandang serong sekiranya menolak untuk  berpakat serta bersubahat dengan perompak. Inikan pula menolak lamaran  penggadai maruah agama dan bangsa. Seperti itu jugalah Puteri Gunung  Ledang menolak lamaran seorang sultan yang zalim.
  
Perlu diingat, penyatuan  PAS dan UMNO merupakan jalan terakhir bagi menyelamatkan sebuah empayar  yang berdiri di atas keringat rakyat. UMNO tidak akan membiarkan harta  yang disiap-sediakan untuk tujuh keturunan mereka dirampas oleh kuasa  rakyat setelah berdepan kekalahan pertama kerajaan pusat pada PRU yang  semakin hampir. Walaubagaimanapun, kita harus bersyukur kerana  kesepakatan kepimpinan PAS hari ini telah melemahkan peluang talian  hayat terakhir UMNO.
  
Hari ini, minggu ini, telah dibuktikan bahawa UMNO itu  benar-benar semakin lemah dari pelbagai aspek. Pertelingkahan antara  mereka ada di mana-mana, Mesyuarat cawangan dan bahagian lemau tidak  bermaya, yang bertumbuk juga ada. Malah, isu pasir yang mereka tembak ke  arah Kerajaan Selangor juga telah menyebabkan pergaduhan sesama mereka,  serta menerbitkan 'overkill' yang memberi kelebihan kepada Pakatan  Rakyat.
  
Dikesempatan  ini, saya menyeru kepada semua kepimpinan Pakatan Rakyat agar bertindak  bijak, sepertimana yang berlaku hari ini, minggu ini.
  
Salam Perjuangan, Salam  Reformasi, Salam Revolusi 308 
  
Saya akhiri dengan sebuah slogan yang telah dimodifikasi  ;