RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 9 Januari 2010

TERANG, BUKAN SERANG - HJ HADI

Nazri Abdullah
SHAH ALAM, 9 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini mengingatkan seluruh kepimpinan parti di seluruh peringkat agar terus memberi penerangan kepada masyarakat khususnya berkaitan isu-isu semasa yang melanda negara.


Berucap sewaktu merasmikan program Taklimat Penerangan Isu-isu Semasa di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pagi ini beliau memberitahu tugas menyedarkan masyarakat bukan sahaja diberi ganjaran pahala yang besar malah ianya juga prasyarat mencapai kemenangan.

"Kewajipan kita lebih banyak menerang, bukan menyerang, sebab itu kita namakan lajnah penerangan, bukan penyerangan," ujarnya.

Apatah lagi katanya, perkembangan teknologi sekarang khususnya kemunculan blog yang kadang kala melaporkan maklumat yang tidak benar boleh memberi kesan buruk jika tidak pandai ditangani.


Namun apa yang penting ujarnya, adalah iltizam dan istiqamah pimpinan parti memberi keterangan sebenar kepada masyarakat berdepan maklumat yang salah yang dilapor dalam blog.

"Maklumat yang betul tidak apa, maklumat salah menimbulkan masalah kadang kadang menimbulkan masalah dalaman.


"Sebab itu tugas penerangan sangat besar dalam hal ini," katanya lagi.

Menyentuh isu semasa, beliau turut mengutuk keras serangan membakar gereja yang dianggap bukan dari ajaran Islam.

"Kenapa berlaku bakar gereja, serang gereja? Ajaran mana mereka dapat?

"Ini punca sikap jahil terhadap agama islam itu sendiri, jahil feqah dan jahil politik," katanya lagi.


Lebih 500 pemimpin PAS khususnya jentera penerangan disegenap peringkat hadir menyertai taklimat anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat hari ini.

Mereka terdiri dari Ahli Majlis Syura Ulama, AJK Pas Pusat, pimpinan dan AJK Dewan Ulama’, Pemuda dan Muslimat Pas Pusat, Dewan Harian, Badan Perhubungan Negeri dan Wilayah, Ketua dan Setiausaha Penerangan Ulama’/Pemuda/Muslimat Negeri-Negeri, AJK Lajnah Penerangan Dan Dakwah Pas Pusat, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara, Adun-Adun dan Ketua serta setiausaha Penerangan Kawasan.Program sehari ini antara lain akan membentangkan secara khusus isu-isu nasional serta isu-isu yang berlaku di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Dalam program ini juga semua jentera penerangan akan didedahkan cara berdepan dengan beberpa isu yang dimanipulasi media dan perti pemerintah.

Mereka juga akan dibentangkan isu-isu nasional dan isu-isu disekitar negeri Pakatan Rakyat sama ada Kelantan, Kedah, Selangor dan termasuk juga isu Perak.

Program hari ini juga dijangka berakhir jam 5.30 petang ini dengan perasmian penutup akan disempurnakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat./Harakahdaily

Jumaat, 8 Januari 2010

APABILA `PELACUR JALANAN' BERDEMONTRASI PERTAHAN NAMA ALLAH


Gambar bertarikh 27 Mac 2008.

Gambar ini diambil dari blog Pemuda Umno cawangan Jln Enggang.

Gambar Bendera PAS Dgn Kalimah Allah dalam Gereja di Shah Alam.

Apakah serangan ke atas gereja hari ini hasil dari tanaman saham pengapian tersebut?


Sumber: Tranungkite


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Oleh: WFAUZDIN NS

JIKA inilah kerja puak-puak yang sentiasa mendendami PAS atau PR, inilah kerja paling celaka yang telah mereka lakukan. Mereka kehabisan modal politik kerana mereka tahu PAS akan terus komited bersama PR melepasi sempadan perkauman tidak sepertimana puak mereka amalkan dulu, kini dan selamanya. Kenyataan pimpinan PAS yang mengutuk kejadian membakar gereja baru-baru ini amat menyakitkan hati mereka kerana tektik mereka untuk memerangkap PAS gagal.

Kenyataan media oleh PR juga menambahkan sakit hati mereka. Terbukti terlalu banyak peristiwa yang merungsingkan kita di bawah era Najib. Benarkah kata orang inilah yang berlaku apabila satu-satu kerajaan itu dipimpin oleh yang tiada lagi maruah yang penuh dengan berbagai skandal. Pimpinan yang tiada lagi keberkatan ini menyusahkan rakyat. Parti mereka hampir karam, parti gabungan mereka juga porak poranda. Kini, mereka ingin melihat PR juga seperti mereka.

Tahniah buat Pemuda PAS yang berjaya mengelak diri dari bertembung dengan puak-puak yang tidak ikhlas kononnya berdemontrasi untuk memelihara nama Allah. Siapa yang tidak tahu parti mereka ini tidak pernah inginkan Islam ditegakkan secara syumul di bumi negara kita ini. Mereka sanggup jadi `pelacur' murahan yang berdemontrasi untuk `menjual diri' mereka./Kembali ke laman asal.

APABILA `PELACUR JALANAN' TURUT BERDEMONTRASI PELIHARA NAMA ALLAH






Gambar bertarikh 27 Mac 2008.

Gambar ini diambil dari blog Pemuda Umno cawangan Jln Enggang.

Gambar Bendera PAS Dgn Kalimah Allah dalam Gereja di Shah Alam.

Adakah UMNO sengaja mengapi-apikan sentimen agama?

Apakah serangan ke atas gereja hari ini hasil dari tanaman saham pengapian tersebut?


Sumber: Tranungkite

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Oleh: WFAUZDIN NS

JIKA inilah kerja puak-puak yang sentiasa mendendami PAS atau PR, inilah kerja paling celaka yang telah mereka lakukan. Mereka kehabisan modal politik kerana mereka tahu PAS akan terus komited bersama PR melepasi sempadan perkauman tidak sepertimana puak mereka amalkan dulu, kini dan selamanya. Kenyataan pimpinan PAS yang mengutuk kejadian membakar gereja baru-baru ini amat menyakitkan hati mereka kerana tektik mereka untuk memerangkap PAS gagal.

Kenyataan media oleh PR juga menambahkan sakit hati mereka. Terbukti terlalu banyak peristiwa yang merungsingkan kita di bawah era Najib. Benarkah kata orang inilah yang berlaku apabila satu-satu kerajaan itu dipimpin oleh yang tiada lagi maruah yang penuh dengan berbagai skandal. Pimpinan yang tiada lagi keberkatan ini menyusahkan rakyat. Parti mereka hampir karam, parti gabungan mereka juga porak poranda. Kini, mereka ingin melihat PR juga seperti mereka.

Tahniah buat Pemuda PAS yang berjaya mengelak diri dari bertembung dengan puak-puak yang tidak ikhlas kononnya berdemontrasi untuk memelihara nama Allah. Siapa yang tidak tahu parti mereka ini tidak pernah inginkan Islam ditegakkan secara syumul di bumi negara kita ini. Mereka sanggup jadi `pelacur' murahan yang berdemontrasi untuk `menjual diri' mereka./Kembali ke laman asal.

PERHIMPUNAN POLITIK PIJAK GAMBAR YB KHALID

1,000 sertai perhimpunan dalam masjid Shah Alam
Salhan K Ahmad
Jan 8, 10


Perhimpunan kira-kira 1,000 umat Islam kerana membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam berlangsung secara aman di dewan solat utama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, satu lagi perhimpunan anjuran Anak Muda Islam Selangor (Amis) berlangsung di perkarangan masjid berkenaan di mana mereka memijak gambar ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Mereka bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan pemimpin PAS itu sebelum ini, yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Seorang peserta demonstrasi itu turut melaungkan "bakar gereja," tetapi laungannya itu tidak diendahkan orang ramai yang beredar dari masjid itu selepas selesai solat Jumaat.

Kumpulan itu turut dilihat memegang kain rentang bertulis "Khalid Samad Peliwat Agama," yang turut didapati digantung di dalam dewan solat utama, tempat perhimpunan yang lebih besar berlangsung.

ADUN Pelabuhan Klang yang meninggal PKR, Badrul Hisham juga kelihatan di situ.

Turut kelihatan ialah mereka yang menyertai protes kepala lembu tahun lalu.

Bagaimanapun, imam besar masjid berkenaan, Ahmad Mustafa Mohd Sidin berkata, kain rentang itu tidak dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan di dalam dewan solat.

"Amis tidak bersama dalam mesyuarat dengan polis," kata Ahmad yang menjelaskan,bahawa dalam satu pertemuan Rabu lalu, polis tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan di perkarangan masjid.


"Sebab itu kita adakan di dalam dewan solat," katanya lagi sambil berkata bahawa beliau telah memberi jaminan kepada polis yang perhimpunan itu tidak condong kepada mana-mana parti politik.

Katanya, rancangan untuk mengadakan perhimpunan itu diadakan dengan persetujuan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan juga Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Dalam pada itu, beberapa orang pemimpin pertubuhan Islam dalam ucapan mereka di perhimpunan di dalam dewan solat menyuarakan bantahan mereka, dalam situasi yang terkawal.

Yem Ismail, yang merupakan yang dipertua PIMPINAN - persatuan bagi imam dan pegawai masjid serta jurunikah di Selangor - menyeru para jemaah supaya berdoa agar mahkamah menarik balik membenarkan kalimah Allah digunakan oleh akhbar Katholik, Herald.

Turut berucap ialah yang dipertua Abim Selangor, Zawawi Ahmad Mughni dan pengerusi persatuan ulama Malaysia cawangan Selangor, Zamri Mohd Shafik./Malaysiakini

DEMO PEMUDA PAS LEBIH IKHLAS DARI PUAK MEREKA

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Lebih seribu berhimpun secara aman di hadapan Kedutaan Mesir di ibu negara hari ini bagi menyerahkan memorandum membantah tindakan kerajaan negara itu yang bersekongkol dengan Israel menindas umat Islam Palestin.

Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) itu bermula di perkarangan Kompleks Tabung Haji selepas solat Jumaat tengahari tadi dan seterusnya berarak lebih kurang 4 kilometer ke bangunan Kedutaan Mesir yang terletak di Jalan Rhu, Ampang.

Perarakan diketuai Ketua DPPP, Nasrudin Hassan dan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub serta beberpa kepimpinan PAS lain.

Himpunan kali ini bagi membantah tindakan kerajaan Mesir yang menghalang pasukan konvoi Palestin di Pelabuhan El-Arish, yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan bernilai lebih AS$1 juta kepada rakyat di sana.


Laungan takbir dan 'Hidup Islam', 'Hancur Yahudi, 'Bebas Palestin, Bebas Al Aqsa, 'Hancur Hosni Mubarak' bergema dalam perarakan itu.

Pelbagai bentuk bantahan dizahirkan termasuk memakai mafla warna bendera Palestin, sepanduk mengecam Mesir dan Israel serta bermacam lagi.

Turut bergema sepanjang perarakan adalah nyanyian lagu nasyid "Al-Amalulillah" yang bermaksud 'beramal kerana Allah' sebagai pembakar semangat peserta himpunan.

Pihak keselamatan mengawal baik himpunan dengan menjaga lalu lintas untuk memberi laluan kepada peserta himpunan.

Manakala pasukan Unit Amal menjadi barisan hadapan dan menjaga keselamatan peserta himpunan.

DPPP meminta pihak Kedutaan membenarkan lima wakil mereka masuk untuk meyerahkan memorandum namun hanya empat orang sahaja yang dibenarkan masuk.

Mereka ialah Salahudin, Nasrudin, Timbalan DPPP, Azman Shapawi Abdul Rani dan Ketua Muslimat, Nuridah Salleh.

Sementara menunggu pertemuan dan serahan memorandum selesai di dalam, beberapa peminpin berucap dengan menyampaikan pidato kepada peserta himpunan di luar pintu masuk bangunan kedutaan dengan dikawal sebilangan anggota unit simpanan persekutuan (FRU).

Antara yang berucap adalah Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat Dr. Dzulkifli Ahmad, Hanipa Maidin dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin.


Kesemua mereka mengutuk keras tindakan kerajaan Mesir yang didakwa bersekongkol dengan rejim Zionis menindas umat Islam Palestin.

Mereka juga menyeru Umat Islam seluruh dunia bangkit membuat penentangan berterusan di atas sikap kerajaan Mesir tersebut.

Memorandum bantahan berkenaan bagaimanapun berjaya diserahkan kepada Duta Mesir, Hani Abdel Kader Ahmed sendiri dalam pertemuan hampir 15 minit.

"Kami telah menyatakan hasrat kami agar Mesir memainkan peranan penting membenarkan aktivis antarabagsa menghantar bantuan mereka ke Gaza.

"Beliau berjanji untuk mainkan peranan penting dan menyatakan kesedian memberikan bantuan kepada umat Islam Palestin," beritahu Salahudin pada sidang media sejurus menyerahkan memorandum bantahan tersebut.


Selain itu, Mesir juga jelasnya perlu menunjukkan sikap lebih bertoleransi dan terbuka dalam meyelesaikan masalah umat Palestin dan tidak terus menerus dilihat sebagai boneka Amerika.

Di kesempatan sama, Salahuddin juga menyampaikan ucapan penghargaan tidak terhingga PAS buat semua badan-badan dunia sama ada Islam mahupun bukan Islam, yang sentiasa teguh di belakang umat Islam Palestin.

Manakala Nasrudin pula memberitahu, turut dituntut agar Mesir menghentikan usaha membina tembok di sempadan negara itu yang dilihat sengaja untuk mengepung penduduk Palestin.

"Kami juga meminta kerajaan Mesir segera menghentikan usaha membina tembok sepanjang 6 kilometer menyebabkan ummat Islam Palestin bagai terpenjara, dihalang makanan,minuman, bekalan perubatan.

"Andai kata berlaku peperangan, sudah tentu sukar bagi umat Islam Palestin untuk keluar menyelamatkan diri," kata Nasrudin./ Harakahdaily

Lebih 2 suspek terbabit bakar gereja: Polis


KUALA LUMPUR: Polis percaya lebih daripada dua orang suspek terlibat dalam kejadian kebakaran sebuah gereja di Desa Melawati, Wangsa Maju, di sini awal hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata ini berdasarkan maklumat saksi yang ternampak dua buah motosikal diletakkan berhampiran gereja tersebut kira-kira 12 tengah malam.

Saksi juga nampak kelibat satu lembaga melemparkan sesuatu ke arah gereja tersebut sebelum berlaku letupan yang memusnahkan hampir 80 peratus ruang tingkat bawah gereja tiga tingkat itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata polis kini giat mengesan suspek berdasarkan petunjuk yang diperoleh.

Katanya setakat ini polis belum dapat mengenal pasti motif perbuatan khianat itu tetapi tidak menolak kemungkinan kejadian ada kaitan dengan isu penggunaan kalimah "Allah" oleh penerbit majalah mingguan Katolik, Herald./Metro

BAKAR GEREJA KERJA TERKUTUK - PAS

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyerang gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, di sini awal pagi ini.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, tindakan sedemikian tidak mencerminkan sikap Islam yang sebenar terhadap penganut agama lain yang dijamin hak dan kebebasan mereka.

Bahkan, katanya, Allah dengan tegas melarang umat Islam bertindak terhadap mana-mana rumah ibadat penganut agama lain sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran.

Tambahnya, Rasulullah s.a.w. juga mengingatkan para sahabat yang menyertai peperangan supaya tidak membunuh mereka yang berlindung di rumah-rumah ibadat agama lain, sama sekali tidak bertindak membakarnya.

Begitu juga, katanya sewaktu pembukaan Mekah oleh tentera Islam yang dipimpin Rasulullah s.a.w. di mana penduduk yang berada di dalam rumah-rumah ibadat dijamin keselamatan mereka selain berlindung di rumah sendiri.

“PAS mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan menyerang gereja berkenaan,” tegasnya kepada Harakahdaily pagi ini.

Harakahdaily difahamkan, tingkat bawah gereja berkenaan musnah akibat serangan itu./Harakahdaily

MENANTU NIK AZIZ JADI ISU UMNO, KENAPA MENANTU MUSA AMAN MAKSUM DARIPADA SPRM?

Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

KES menantu Tok Guru Nik Aziz, Ariff Fahmi Abdul Rahman, suatu ketika dahulu pernah menjadi topik sensasi perbualan sehingga ianya dilihat bagaikan suatu 'dosa' yang maha besar

Kerana apa? Kerana Tok Guru Nik Aziz seorang Mursyidul Am dalam PAS. Bukannya Mursyidul Am dalam UMNO/BN. Kalau Tok Guru Nik Aziz dalam UMNO/BN semuanya OK sahaja. Bisa diatur.

Pengarah SPRM Negeri, Mohd Jaafar Hussen telah memberikan kenyataan akhbar bahawasanya 'tiada kesalahan' yang telah dilakukan oleh Ariff Fahmi Abdul Rahman dan segala tohmahan yang diwar-warkan oleh badut-badut UMNO tidak berasas sama sekali.

Jadi sekarang siapa mahu jawab dan bagaimana mahu jawab? Seluruh gagasan UMNO/BN beria-ia memperkotak-katikkan Tok Guru Nik Aziz yang kononnya menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Besar kerana melantik menantunya sendiri.

Kenapa sekarang tidak ada lagi suara-suara sumbang yang berkata-kata, mengutuk, menuduh Tok Guru menyalahgunakan kuasanya melantik menantunya kejawatan tinggi setaraf dengan ijazah dan kebolehannya sering dipertikaikan dengan kes ini? Kini badut badut UMNO itu tertempek dengan ludah sendiri.

Sebelum mengorek kesalahan orang lain, yang akhirnya Alhamdulillah dengan restu Allah swt terserlah kebenarannya, kenapa tidak dikorek dulu kesalahan dalam UMNO/BN sendiri?

Kenapa tidak ada yang menyarankan SPRM untuk siasat bilamana Khairy Jamaluddin dan Ali Rostam disahkan menggunakan rasuah politik wang semasa musim pemilihan UMNO tahun lepas? Padahal sudah terang lagi bersuluh mereka didapati bersalah menggunakan politik wang untuk membeli undi perwakilan. Hari ini mereka masih lagi gah berdiri di persada rasuah politik wang UMNO.

Khairy malah dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Kita percaya, undi yang di perolehi beliau adalah hasil 'dagangan' Khairy kepada perwakilan. Ali Rustam meskipun tidak dibenarkan bertanding, tetapi masih teguh menggenggam kerusi Ketua Menteri Melaka. Itu apa cerita? Kenapa perkara ini boleh terlepas pandang? Atau sengaja 'dilepas-pandangkan'? Wallahua'lam bisawab, hanya Allah swt yang maha mengetahui.

Begitu juga senario yang berlaku di Sabah. Musa Aman senang-senang melantik menantunya menjawat jawatan Pengerusi SEDCO, manakala anak-anak buah terapatnya diberikan beberapa jawatan yang penting di Sabah. Malah dulu salah seorang 'isteri'nya juga di berikan jawatan yang penting di Yayasan Sabah. Apa kes kawan? Kenapa tiada yang berani memanjangkan perkara ini kepada SPRM?

Projek mega, konsesi balak diberikan oleh Musa Aman KM Sabah, kepada Michael Chia. Semua rakyat Sabah hanya mampu memandang tanpa suara. Bukan takut untuk bersuara, bak kata orang kampung, "sayang-sayang liur saja bah".

Dibuat laporan SPRM, datang tukang siasat konon-konon mahu siasat Musa Aman, terus diam dan pulang tanpa ada laporan dek kerana 'imbuhan' istimewa berserta gelaran kebesaran negeri Sabah. Dapat gelaran 'Datuk Seri Panglima' kes semua hilang kemana! Very dramatic!

Hotel Le Meriddein di Kota Kinabalu, siapa punya? Bangunan UMNO di Kota Kinabalu siapa yang empunya? Jawabnya, 'mereka dan keluarga mereka sendiri'. Kenapa SPRM tidak mahu ambil tahu hal-hal sebegini? Adakah mereka tiada kuasa atau memang "tak kuasa?"

Berbuihlah mulut para pembangkang menyuarakan kesalahan-kesalahan rasuah yang dilakukan oleh pemimpin UMNO, hasilnya masuk habuk keluar asap. Laporan hanya tinggal sejarah. NO CASE TO ANSWER.

Begitu senang mereka buat kerja. Bertambah senang dan mewah lagi kalau kena siasat 'IKAN-IKAN BESAR' ini, sebab makin besar ikan disiasat, makin besar juga 'imbuhan pencuci mulut' bakal terhidang di hadapan mata.

Dapatlah bawa anak-bini bercuti ke luar negeri. Bercuti di kapal-kapal persiaran mewah. Rakyat biasa dan orang-orang kampung? Jangan haraplah dapat merasa keindahan bercuti ala-ala orang kaya ini . Correct…Correct..correct..?

Banyak kes 'tragis' di Sabah ini dan selagi UMNO pimpinan Musa masih lagi berkuasa, selagi itulah semua kesalahan ini hanya ibarat angin lalu. Berkoyan-koyanlah laporan di buat kepada SPRM, betul mereka terima laporan, tapi tindakan? ZERO. No action taken. Semuanya dingin bak salju.

Akan tetapi bila mana melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat, semua mahu diambil berat. Hinggakan kes-kes sebesar semutpun bisa dijadikan sebesar gajah. Demi untuk menjatuhkan martabat Pakatan Rakyat.

Namun Allah swt maha berkuasa, semakin mereka berusaha memudaratkan Pakatan Rakyat, semakin penipuan dan penyelewengan yang mereka lakukan terserlah.

Azmin Ali dan Anwar Ibrahim dituduh punya saham berjuta-juta disiasat oleh SPRM, tapi Ketua Executive Sabah punya hotel, punya kedai, punya bangunan bertingkat tingkat, mereka tidak pun disiasat. kenapa double standard?

Insya Allah, kita yakin PRU 13 bakal memberikan sirna baru kepada rakyat Malaysia. Say NO kepada Musa Aman, lagi lama Musa Aman jadi Ketua Menteri Sabah, lagi senang Pakatan Rakyat memberi tahu rakyat dalam PRU13 nanti./

http://www.sabahkini.net

SIASATAN KE ATAS YB KHALID SAMAD SELESAI

Khalid: Jangan lama macam kes enjin TUDM
Abdul Rahim Sabri
Jan 7, 10


Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berharap siasatan lembaga disiplin PAS terhadapnya tidak mengambil masa sepanjang kes kecurian enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari pangkalan tentera di Sungai Besi pada 2007.

"(Harap jangan) sama lama macam kes enjin jet hilang," katanya berseloroh.

Enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disedari hilang pada 2007 telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan.

Khalid ditemui selepas selesai memberi keterangan kepada jawatankuasa tersebut berhubung siasatan dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan yang "melanggar displin dan merosakkan imej parti".

Beliau memberi keterangan itu di pejabat agung PAS di ibunegara selama kira-kira satu jam setengah mulai pukul 3.30 petang tadi.

Oktober lalu, mesyuarat khas barisan pemimpin atasan PAS memutuskan untuk membawa PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplin parti itu.

Ekoran itu jawatankusa displin menghantar surat tunjuk sebab kepada Khalid dan pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali yang disifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai "beberapa pemimpin bermasalah".

Khalid gembira kerana dapat memberi penjelasan kepada jawatankuasa displin parti itu berhubung tuduhan terhadapnya itu.

"Saya dipanggil (oleh jawatankuasa displin) tentang apa yang berlaku. Saya gembira dapat memberi keterangan. Terserah kepada jawatankuasa untuk menyiasat.

"Sekiranya saya bersalah, saya akan dikenakan tindakan displin dari parti, sekira saya tidak bersalah, saya lepas," katanya.

Ditanya mengenai pertuduhan terperinci terhadapnya, Khalid yang juga yang dipertua PAS Shah Alam berkata:

"Mungkin kenyataan yang saya dikeluarkan. Mungkin melibatkan kenyataan di blog dan akhbar berhubung PAS Selangor." .

Ditanya apakah siasatan terhadapnya itu ada kaitan dengan kes bai'ah talak, Khalid berkata ia "tidak ada kena mengena" dan "perkara tersebut telahpun diselesaikan".

Bagaimanapun beliau tidak pasti sama ada beliau akan dipanggil lagi oleh jawatankuasa tersebut.

Khalid muncul dari bilik tempat beliau memberi keterangan, bersama dengan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.

Saari hadir sebagai saksinya untuk "menjelaskan beberapa isu yang perlu dijelaskan".

"Beliau bertindak sebagai saksi untuk membuat penjelasan, bukan sebagai proksi," kata Khalid sambil tersenyum.

Menurutnya, sesi soal siasat itu dikendalikan oleh pengerusi jawatankuasa disiplin yang juga naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersama dua lagi./Malaysiakini

PAS TIDAK TERLIBAT DEMO ISU KALIMAH ALLAH, PAS BANTAH MESIR

Nazri Abdullah & Salmah Mat Hussin

KUALA LUMPUR, 7 Jan: PAS mengingatkan seluruh ahlinya agar tidak terlibat dalam mana-mana demonstrasi berhubung penggunaan kalimah Allah yang dianjurkan pihak tertentu di masjid-masjid atau di mana-mana tempat selepas solat Jumaat esok.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu, penganjuran demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah esok, bukan pendirian PAS namun yakin ianya adalah perancangan pihak tertentu khususnya Umno.

"Kita menyeru seluruh ahli PAS agar tidak terheret sama dalam demonstrasi yang didalangi Umno itu," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

PAS, jelasnya telah membuat pendirian jelas berhubung perkara itu melalui kenyataan Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas menyuarat khas lajnah politik parti itu, Isnin lalu.

Selain itu, katanya PAS telah membuat keputusan untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan zalim kerajaan Mesir yang telah menghalang kemasukan pasukan konvoi Viva Palestina ke Gaza.

Sehubungan itu, semua ahli PAS diminta turun ke perhimpunan aman tersebut di hadapan bangunan Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat esok dan bukannya menyertai demonstrasi berhubung penggunaan kalimah Allah.

"PAS telah putuskan untuk membuat bantahan rasmi terhadap kerajaan Mesir esok, jadi kita seru seluruh ahli kita untuk bersama dalam himpunan di Kedutaan Mesir esok, bukan di tempat-tempat lain," katanya.

Dalam perkembangan sama, masyarakat bukan Islam turut diajak menyertai perhimpunan menyerah memorandum bantahan kepada kedutaan Mesir di Kuala Lumpur petang esok.

Program tersebut dianjurkan Dewan Pemuda PAS Pusat bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Ketuanya, Nasaruddin Hassan berkata, tindakan kerajaan Mesir tersebut membuktikan negara berkenaan tidak berperikemanusiaan dan kurang berminat membebaskan rakyat Palestin daripada terus dizalimi Israel.

“Dewan Pemuda akan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Bebaskan Palestin tidak lama lagi bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mereka,” katanya di sini.

Oleh itu beliau berharap semua anggota masyarakat yang prihatin penderitaan umat Islam di Palestin turut sama membantah tindakan kerajaan Mesir./Harakahdaily

Ibu pilu anak mohon ampun - Kes pembunuhan empat sekeluarga di gemencheh, Negeri Sembilan


ZAHARAH yang meraung kesedihan dipapah ahli keluarga ketika bertemu Rashidi di dalam van polis di Kampung Batang Rokan, Gemencheh semalam.



KERATAN Kosmo! semalam.


TAMPIN - "Ampunkanlah dosa-dosa yang telah saya lakukan, mak."

Demikianlah kata-kata ringkas yang diucapkan oleh Rashidi Ismail, 34, kepada ibunya, Zaharah Atan, 59, pada pertemuan singkat di pintu van polis ketika dibawa ke lokasi kejadian pembunuhan empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh di sini semalam.

Suspek dibawa ke tempat kejadian untuk membantu siasatan sebaik sahaja polis mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari daripada Mahkamah Majistret Gemas.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Nor Shafirda Hashim mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Permohonan reman dibuat oleh Ketua Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, Asisten Supritendan Khairil Anuar Saidin.

"Walaupun hanya sekejap jumpa dia (Rashidi) tetapi ia cukup bernilai. Dia menyatakan rasa kesal dengan apa yang telah berlaku dan minta maaf," kata Zaharah sambil mengalirkan air mata./Kosmo

Setiausaha Agung PKR Letak Jawatan

07 Jan 10

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Datuk Salehuddin Hashim hari Khamis meletak jawatan sebagai setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menumpukan perhatian terhadap bidang kerjayanya.

Bagaimanapun, beliau, yang mengambilalih jawatan tersebut daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khlaid Ibrahim, pada Mac 2008, kekal sebagai anggota biasa dalam part itu.

"Cukuplah enam tahun saya aktif dalam parti, lagi pun saya nampak ada orang lain ang lebih berkebolehan dan lagi pandai untuk menggantikan saya," katanya kepada Bernama di sini.

Salehuddin berkata surat perletakan jawatan sudah pun dihantar kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali pada pukul 5 petang tadi.

Katanya beliau ingin menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang perundingan pengurusan minyak dan gas di Amerika Syarikat.

Salehuddin mula menyertai PKR pada 2004 sebagai setiausaha pengelola sebelum dilantik menjadi setiausaha agung.

-- BERNAMA

Khamis, 7 Januari 2010

Pegawai SPRM kena tindakan hina mahkamah


Jan 7, 10


Mahkamah Koroner Shah Alam, yang mendengar inkues punca kematian Teoh Beng Hock, mengarahkan seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Koroner Azmil Muntapha Abas memerintahkan prosiding tersebut terhadap pegawai SPRM Cawangan Siasatan Putrajaya, Raub Ghani, didengar pada 15 Januari ini.

Pada 1 Januari lalu, pegawai itu membuat aduan polis agar pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, disiasat kerana disyaki membocorkan maklumat laporan bedah siasat kedua, 22 November lalu, kepada pihak tidak sewajarnya.

Aduan polis dibuat susulan penerbitan berita 'Pornthip sahkan Beng Hock dibunuh' di akhbar rasmi PKR Suara Keadilan edisi 29 Disember - 5 Januari yang menyimpulkan bekas setiausaha politik exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, mati dibunuh.

Dr Pornthip, yang dilantik oleh kerajaan Selangor, kemudian dilaporkan enggan memberikan keterangan pada inkues tersebut kerana bimbang berdepan tindakan tersebut.

Permohonan terhadap Raub dibuat oleh peguam Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, kedua-duanya mewakili keluarga Teoh, dalam prosiding inkues yang bersambung pagi ini.

Teoh ditemui mati dekat pejabat SPRM di Shah Alam, 16 Julai tahun lalu - kematian yang menjadi kontroversi politik terhangat tahun lalu sehingga kerajaan mengarahkan inkues tersebut diadakan dan penubuhan suruhanjaya diraja menyiasat tatacara siasatan SPRM./Malaysiakini

ISU KALIMAH ALLAH - TINDAKAN BIJAK PEMUDA PAS

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 7 Jan: Ketika Pemuda Umno dan Ngo yang menyokongnya mahu mengadakan demo, Pemuda PAS telah menghantar satu surat semalam dan mahu mengadakan pertemuan serta dialog bersama Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam dalam tempoh terdekat ini berhubung isu nama Allah.


Surat itu dihantar oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah (DPPWP), Kamaruzaman Mohamad (gambar).

Pemuda Umno bersama beberapa Ngo telah merancang untuk mengadakan demo bagi membantah keputusan mahkamah itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussein pula dalam langkah yang mengejutkan telah membenarkan demo itu diadakan walaupun jelas demo itu akan memanaskan hubungan antara agama dan kaum di negara ini.

Dalam satu kenyataan medianya, Kamaruzaman berkata, Pemuda PAS Wilayah tidak berhasrat untuk menyertai atau mengadakan apa-apa demontrasi berhubung isu nama Allah pada masa ini demi mengelakkan ketegangan antara agama yang berlaku menjadi lebih serius.

"DPPWP melihat pertemuan sebegini adalah ruang yang lebih positif bagi membincang dan menyampaikan hasrat umat Islam berhubung isu yang sensitif ini secara matang," katanya.

Menurutnya, ruang diplomasi masih ada dan pihaknya menolak sebarang tindakan agreasif bersifat provokasi yang boleh memburukan lagi keadaan ini.

"DPPWP menyokong keputusan PAS Pusat supaya perkara ini dibincang dengan mengambil kira sensitiviti rakyat keseluruhannya," katanya.

DPPWP juga bercadang untuk menjemput beberapa pimpinan lain untuk turut serta selepas pihak mereka memberikan jawapan berhubung hasrat pertemuan ini.

"Kita amat berharap agar pihak mereka menerima tawaran dialog ini demi kebaikan rakyat keseluruhannya," katanya.

DPPWP juga berharap agar umat Islam dapat bertenang dan tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh memburukkan imej Islam./Harakahdaily

Pas anjur perhimpunan aman bantah Mesir

SHAH ALAM – Pas menyeru semua ahli, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan golongan yang simpati kepada nasib rakyat Palestin untuk menyertai perhimpunan aman Jumaat ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Idris Ahmad berkata, Pas menyokong tindakan Pemuda Pas mengadakan perhimpunan aman Jumaat ini membantah tindakan Kerajaan Mesir yang didakwa berkerjasama dengan Israel menindas umat Islam di Gaza, Palestin.

Ketua Penerangannya, Datuk Idris Ahmad berkata, satu memorandum bantahan akan diserahkan ke Kedutaan Mesir pada perhimpunan yang akan disertai ahli parti itu dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kezaliman Mesir ini jelas membuktikan sokong mereka kepada tindakan Israel yang menutup pintu sempadan di Nahal Ozz di timur pusat bandar Gaza dan mengepung rakyat Palestin dengan hanya membenarkan satu laluan sahaja dibuka untuk memasuki Gaza iaitu melalui Kerem Shalom di tenggara Semenanjung Gaza,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, Mesir juga didapati menutup mata dengan tindakan Israel yang meluluskan pembinaan empat bangunan apartmen baru untuk peneroka haram Yahudi di timur Baitulmaqdis yang berada dalam wilayah rakyat Palestin.

“Pas kesal kerana sebagai sebuah negara Islam dan anggota OIC, Mesir tergamak bersubahat dalam menindas rakyat Palestin,”/Sinar

TUNTUTAN QAZAF DS ANWAR - PAGI INI BERMULA ?


MAKLUMAN MEDIA
Tarikh: 6 Januari 2010


Dato' Seri Anwar Ibrahim akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, 7hb Januari 2010, hari Khamis, jam 10 pagi untuk menghantar affidavit serta menandatangani wakalah berhubung tuntutan qazaf yang sengaja ditangguhkan itu.

Responden bagi tuntutan ini ialah:

1. SHAMSUDDIN BIN HUSSAIN, KETUA PENDAKWA SYARIE WILAYAH PERSEKUTUAN

2. DATO’ HJ CHE MAT BIN CHE ALI, PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

3. MEJAR JENERAL DATO’ HJ JAMIL KHIR BIN HJ BAHAROM (B) MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Antara tuntutan tersebut:

1. Bahawa Mahkamah yang Mulia ini melaksanakan kuasa-kuasanya di bawah Seksyen 244 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 dan memerintahkan Responden Pertama supaya menggunakan kuasanya yang diberi di bawah Seksyen 58(2) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 bagi mendakwa Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan kerana kesalahan Qazaf di bawah Seksyen 41 Akta Jenayah Syariah 1997 dan/atau Hukum Syarak dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh Perintah Mahkamah

2. Bahawa Mahkamah yang Mulia ini melaksanakan kuasa-kuasanya di bawah Seksyen 244 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 dan memerintahkan Responden Kedua dan Responden Ketiga supaya menunaikan amanah dan melaksanakan kewajipan mereka di bawah undang-undang dan Hukum Syarak.


PEJABAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

JANDA USTAZ AKIL BAKAL BERNIKAH TAHUN INI

Naik pelamin Mei

Oleh Muhd Izawan Baharin

KUALA LUMPUR: “Jarak usia bukan satu masalah kerana yang penting ialah keserasian,” kata bekas isteri penceramah bebas, Akhil Hayy, Maizawati Zainal yang bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuda berusia 23 tahun pada Mei depan.

MAIZAWATI...pilih jejaka 23 tahun.
MAIZAWATI...pilih jejaka 23 tahun.

Maizawati, 33, berkata walaupun usia bakal suaminya itu lebih muda, pemuda dari Sabah itu serasi dengan diri serta anaknya. “Insya-Allah, majlis pernikahan akan diadakan Mei ini walaupun sebelum ini mengikut perancangan is sepatutnya bulan depan. “Kami terpaksa menundanya kerana ibu bakal suami dimasukkan ke hospital disebabkan masalah kesihatan,” katanya yang dihubungi, semalam.

Maizawati bagaimanapun keberatan memberitahu nama serta latar belakang pemuda yang ‘mencuri’ hatinya itu. “Biarlah saya simpan dulu nama serta latar belakangnya, nanti bila tiba masanya kita akan maklumkan,” katanya.

Dia turut bersyukur kerana bakal suaminya turut serasi dengan anak dan mengharpakan sebuah perkahwinan yang bahagia. “Majlis pernikahan dan persandingan akan dilaksanakan di Ipoh, Perak dan mungkin persandingan turut diadakan di Sabah,” katanya.

Menurutnya, dia dan bakal suami juga merancang sama-sama terbabit dalam perniagaan selepas perkahwinan nanti. Nama Maizawati yang kini terbabit dalam perniagaan madu dan makanan untuk minda mula mendapat perhatian umum apabila membuat pendedahan terbuka menerusi program televisyen mengenai masalah rumah tangga yang dibina dengan penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, Mei lalu.

Pasangan itu akhirnya bercerai pada 15 Julai lalu selepas Akhil melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh./Metro

Kalimah Allah: Ini pendirian PAS Selangor

06 Jan 2010

Pas Selangor bertegas penggunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain bagi mengelak salah faham umat Islam, kata Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Dr Hasan Ali.

Menurutnya, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam memberi tamparan hebat kepada umat Islam.

Beliau memberi amaran kepada pihak yang cuba mengeksploitasi isu itu supaya menghentikan niat mereka.

Enakmen dan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa juga tidak mengizinkannya.

“Jika perkataan Allah ini dibenarkan, ia akan mengundang salah tafsir, khususnya dalam kalangan bukan ahli agama, Pas Selangor memberi amaran kepada pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi isu ini supaya menghentikan niat mereka,” katanya.


Beliau menyeru supaya semua ahli Pas bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru.

“Pimpinan parti di semua peringkat, ahli dan penyokong diminta tidak mengambil tindakan yang boleh merugikan perjuangan jemaah. Sila rujuk kepada pimpinan negeri sekiranya wujud keraguan terhadap tindakan yang akan diambil,” katanya.

Beliau mencadangkan semua pihak berdoa supaya tindakan yang boleh merugikan umat Islam tidak berjaya./KLpost


Selasa, 5 Januari 2010

Dr Mahathir paling tidak senang DAP, PAS dan PKR bersatu

Oleh Subky Latif

SYABAS buat PAS dan DAP yang sama-sama mengisytiharkan mendukung cita-cita Pakatan Rakyat dalam konvensyen pertama pakatan itu pada 19 November lalu.Tentu juga syabas itu berhak diberi kepada PKR atas pencapaian bersama mereka.

Saya asingkan PKR bukan mahu mengurangkan pentingnya ia dalam muafakat Pakatan Rakyat tetapi mengenangkan masa yang lama sebelum wujudnya PKR, lebih 30 tahun dulu.

Saya teringat satu forum yang saya sertai di Universiti Malaya. Dua penalis lagi ialah Tan Sri Senu Abdul Rahman, Setiusaha Agung UMNO ketika itu dan Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP. Saya belum menyertai PAS dan bercakap di forum itu sebagai wartawan Utusan Melayu.


Saya menyertai PAS pimpinan Datuk Asri seminggu selepas PAS kalah di Kelantan setelah 19 tahun berkuasa.

Malam itu saya sebutkan tentang kebijaksanaan parti-parti perkauman dalam Barisan Nasional terutamanya Umno, MCA dan MIC. Mereka semuanya perkauman. Tetapi kebijaksanaan mereka ialah dapat berpakat membentuk satu barisan, berjaya menguasai politik negara sejak merdeka.

Saingan kepada Barisan Nasional tidak ada masa itu. Saingan Umno ada iaitu PAS. Saingan MCA dan MIC pun ada iaitu DAP. Tetapi kedua-duanya tidak dapat bersatu bagi menyaingi BN.

Pernah sebelumnya wujud satu persaingan antara Perikatan dan Front Sosialis, gabungan Parti Rakyat yang majoriti ahlinya Melayu dan Parti Buruh yang majoriti ahlinya Cina dan India. Ia berjaya menguasai Bandaraya Pulau Pinang, perbandaran Kuala Lumpur, Melaka dan lain-lain bandar besar.

Tetapi muafakat itu pecah, maka saingan bagi Perikatan atau BN kembali kosong.

Parti Rakyat sejak mula tidak dapat sambutan orang Melayu. Selepas berpecah dengan Parti Buruh keadaannya seperti hidup segan mati tak mahu.

Parti Buruh kuat satu masa. Ia punya ramai pimpinan yang baik. Kerana parti itu tidak disokong oleh semua kaum, ia juga kalah dalam pilihan raya. Sesudah beberapa kali kalah, ahli-ahlinya terasa penat dan mereka tidak nampak ia ada pontensi masa depan, maka ahli-ahli yang penat tadi memikirkan alternatif lain.

Penyokong-penyokongnya mencari parti alternatif yang mungkin boleh memberi kemenangan. Apabila Seenivasagam menubuhkan PPP di Ipoh penyokong beralih kepada PPP.

Apabila DAP ditubuhkan bermulalah penghujung Parti Buruh. Kerana DAP asalnya PAP Singapura ia bermula dengan jalan sukar, maka Prof. Syed Hussein Al-Atas yang bertugas di Universiti Singapura datang membentuk Gerakan, seolah-olah ada rancangan Singapura bagi menjadikan Gerakan sebagai alternatif kepada DAP.

Kerana Gerakan menyertai BN, maka DAP dapat bertahan menjadi parti yang disokong oleh bukan Melayu khususnya Cina dan India.

Tetapi berapa lama DAP dapat bertahan menjadi pembangkang yang tiada harapan membentuk kerajaan pusat. Akhirnya mungkin penyokong-penyokong juga akan penat seperti penyokong-penyokong Parti Buruh dulu.

Jika DAP tidak mengambil langkah-langkah mengadakan muafakat dengan mana-mana parti orang Melayu, maka akan kekal sebagai pembangkang yang ada pasang surutnya. Akhirnya penyokongnya juga penat dan memikir alternatif lain.

Begitu juga PAS, seelok mana pun, sekalipun ia mendapat perhatian hebat dari orang Melayu, tetapi tidak nampak dalam waktu yang terdekat itu ia menarik penyokong bukan Melayu.

Apabila ia selama-selamanya menjadi pembangkang, tiada harapan untuk maju membentuk kerajaan pusat, maka penyokong-penyokongnya juga penat. Kuasa yang ada padanya masa itu juga satu hari boleh berakhir dan adalah sukar untuk mengganti kerajaan yang hilang itu.

Orang tidak kata PAS tidak baik. Ramai yang mengharapkan kemenangannya, tapi politik dan komposisi kaum yang ada, tidak dapat difikirkan bagaimana PAS boleh menang.

Bukan orang yang berjiwa Islam dan Melayu tidak tertarik dengan PAS, tetapi kerana PAS payah menang kerana tidak disokong oleh kaum lain, maka mnyertai PAS dan berjuang di dalamnya dirasakan membuang masa saja.

Orang itu lalu tidak berjuang dan pilihan setengahnya makan gaji dengan UMNO dengan menyertainya.

Tentu DAP dan PAS ada iealismanya, ada kehebatan, kebaikan dan keindahannya, tetapi kerana kedua-duanya tidak berupaya memikirkan untuk bermuafakat seperti Umno, MCA dan MIC, maka selama itulah masing-masing akan terus pasang surut sebagai pembangkang.

Saya anjurkan pada malam itu agar kedua parti mencari jalan untuk bermuafakat bagi menyaingi Barisan Nasional dan yang ada potensi bagi menjadi parti alternatif kepada BN.

Walau pun kedua parti itu dirasakan perkauman oleh yang satu lagi; PAS melihat DAP perkauman Cina dan DAP melihat PAS perkauman Melayu, tetapi apabila keduanya boleh berpakat ada cara bagi meredakan perkauman itu. Sebelum penyokong masing-masing penat dan mencari tempat berpijak yang lain, munasabah bagi keduanya membentuk pakatan kedua bagi menyaingi BN.

Reaksi Lim Kit Siang dalam forum itu tentang anjuran saya itu hanyalah, ‘Satu andaian Subky yang menarik.’

Pemimpin PAS yang hadir malam itu berkata pada saya, ‘Senang bercakap sebagai orang bebas.’

Kedua-dua pihak tidak terasa anjuran saya itu penting atau perlu disegerakan. Hampir 40 tahun kemudian pemimpin PAS dan pemimpin DAP yang ada malam itu duduk sebaris berikrar membentuk Pakatan Rakyat bersama PKR. Ia adalah suatu yang amat tidak disukai oleh Dr. Mahathir./Detikdaily

Dr Asri pertikai Dr Haron Din isu 'Allah'


Jimadie Shah Othman
Jan 5, 10


kemaskini 4.13pm Kenyataan tokoh ulama PAS Datuk Dr Haron Din - yang mengaitkan sokongan kepada keputusan mahkamah kes kalimah 'Allah' boleh membawa kepada kekufuran - dipertikaikan.

Membidas pengamal perubatan Islam itu, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Dr Haron patut memberikan pandangan yang rasional dan tidak menafsirkan dengan salah pendapat orang lain.

"Saya hendak tanya Dr Haron, kalau kita dengar orang bukan Islam berkata, 'Allah menciptakan alam', adakah kita hendak ambil tindakan pada mereka?

"Adakah kita hendak suruh mereka kata tuhan lain yang menciptakan alam?" kata bekas mufti Perlis.

Sementara ahli majlis syura PAS, Ahmad Awang pula berpendapat isu akhidah dan keputusan mahkamah merupakan dua hal yang berbeza sama sekali.

"Kefahaman bahawa kalimah Allah itu eksklusif untuk orang Islam sahaja, saya percaya (kefahaman) itu lagi sesat.

“Sedangkan Allah itu tuhan semesta alam, tuhan kepada semua manusia,” katanya, sewaktu diminta mengulas pandangan timbalan mursyidul am PAS.

Dr Haron hari ini dilaporkan berkata umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur – membenarkan mingguan Katholik Herald The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya – boleh membawa kepada kekufuran.

Beliau dipetik berkata, menurut kaedah ilmu akidah, bersetuju dengan penggunaan nama Allah oleh Kristian membawa maksud menyekutukan Allah kerana agama itu mempercayai konsep tritunggal (trinity).

Usaha mendapatkan penjelasan lanjut Dr Haron setakat ini belum berhasil.

ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Mohd Asri berkata kenyataan Dr Haron itu bertentangan dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri berhubung perkara yang sama.

"Hendak mengkafirkan orang bukan senang. Parti beliau sendiri kata golongan bukan Islam boleh menggunakan perkataan Allah.

"Keizinan menggunakan nama Allah juga telah digunakan sejak zaman nabi. Dalam perjanjian dengan Quraish (perjanjian Hudaibiah), nabi tulis nama Allah," katanya.

Abdul Hadi dalam kenyataannya semalam berkata, berdasarkan kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya dibenarkan kepada penganut agama Kristian dan Yahudi.

Bagaimanapun, Abdul Hadi juga berkata, penggunaannya secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Dr Mohd Asri sekali lagi menekankan keperluan mewujudkan satu panduan atau undang-undang berhubung penggunaan kalimah tersebut bagi mengelakkan berlakunya sebarang provokasi.

Sementara Ahmad pula menyifatkan keputusan mahkamah 31 Disember lalu mempunyai hikmah supaya umat Islam memantapkan lagi kepercayaan dan kefahaman tauhid masing-masing.

Selain itu, bekas pesuruhjaya PAS Perak itu berkata, bagi mengelakkan penggunaan kalimat tersebut secara salah, beliau mencadangkan pendekatan undang-undang dan dialog antara agama./Malaysiakini

Kufur jika sokong bukan Islam guna kalimah Allah: Haron Din


BANGI - Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguan The Herald Catholic Weekly boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung menyebabkan kekufuran dan syirik.

Menurutnya, semua pihak termasuk Institusi Raja-raja dan kerajaan digesa supaya mengambil serius isu penggunaan kalimah Allah ini dan mengambil langkah segera dalam menangani masalah ini.

“Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka. Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur,” katanya dalam sidang media, semalam.

Beliau berkata, isu ini merupakan isu yang melibatkan agama yang mampu mewujudkan suasana tidak harmoni dalam negara sekiranya penggunaan kalimah tersebut dibenarkan.

Menurutnya, niat sebenar akhbar tersebut untuk menggunakan kalimah yang sebelum ini hanya digunakan oleh umat Islam diragui kerana agama Kristian sebelum ini hanya menggunakan perkataan God, Jesus dan Lord :dalam kitab Injil mereka.

“Saya mahu tunjukkan bukti bahawa hanya agama Islam sahaja yang menggunakan kalimah Allah berdasarkan kitab al-Quran dan Injil.

“Dalam Kitab Injil agama Kristian tidak menggunakan perkataan Allah sebaliknya mereka menggunakan perkataan God, Jesus dan Lord, namun kalau kita merujuk pula dalam al-Quran kalimah Allah digunakan dalam setiap muka surat,” katanya.

Beliau berkata, umat Islam perlu bersatu membantah usaha ini bagi mengelakkan yang buruk berlaku kepada agama Islam pada masa hadapan./Sinar

Isnin, 4 Januari 2010

KETUA ULAMAK UMNO NIK AZIZ ATAU ASTORA JABAT?

Ketua Ulamak Umno - Mungkinkah perlu dilantik Astora Jabat?

Oleh: WFAUZDIN NS


JIKA anda hendak ketawa atau terkentut menahan ketawa apabila membaca tajuk ini, harap bersabar dulu. Memang ia tajuk yang melucukan awal tahun 2010 ini, tetapi bukannya diada-adakan oleh penulis tetapi itu kenyataan yang merupakan harapan tinggi Umno khususnya Umno Kelantan. Di sebalik mereka menuduh Tok Guru Nik Aziz sesat dan beberapa kali meminta Tok Guru bertaubat, mereka mau pula melantik Tok Guru sebagai Ketua Ulamak Umno. Bertambah `nyanyok' Umno Kelantan sekarang ini.

Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Bazlan Baharuddin telah mempelawa Tok Guru sertai parti yang reput itu serta menawarkan pula jawatan Ketua Ulamak Umno. Bukan orang-orang PAS sahaja yang mungkin tertawa dengan kenyataan dan lawak bodoh Setiausaha itu, malahan saya percaya orang-orang Umno yang sedikit cerdik itu pun mungkin terbahak-bahak ketawa. Pertamanya, ada atau tidak jawatan Ketua Ulamak dalam Umno? Masakan selaku Setiausaha Pergerakan Pemuda beliau tidak tahu atau jahil sangat tentang organisasi di dalam Umno?

Keduanya, jika ada sekali pun sehingga kini kita tidak tahu siapakah sekarang ini yang memegang jawatan Ketua Ulamak Umno. Setahu kita yang mungkin ada hanyalah Ketua `Ular dalam semak' di dalam Umno. Yang itu tentunya bersepah kerana tugas `Ular dalam semak' ini adalah untuk menjaga pemimpin Umno walaupun terpaksa menjual agama. Mereka ini termasuk di dalam golongan `Ulamak Jahat' yang Nabi pernah ceritakan. Ulamak ini akan terlebih dahulu memasuki Neraka. Nanti timbul pula kata saya lebih tahu siapa yang masuk Syurga dan Neraka. Saya tidak tahu kalau Nabi tidak menceritakannya.

Apa yang melucukan kita, orang-orang jahil yang tidak tahu apa-apa pun kini semakin menjauhi Umno dan mereka bertambah cerdik apabila berada di dalam PAS. Ini kan pula Tok Guru Nik Aziz yang tiada seorang pun `Ular dalam semak' Umno yang berani berdebat dengannya dipelawa untuk menyertai parti Assabiyyah itu. Sekiranya Umno ingin menyerang PAS sekali pun, biarlah teknik serangan itu masuk akal dan tidak ditertawakan orang. Kita pun tidak tahu bagaimana Bazlan Baharuddin ini boleh dilantik sebagai Setiausaha Pemuda Umno jika inilah caranya dia berpolitik. Mungkin benarlah kata orang di Kelantan, hanya yang manusia yang kurang akal sahaja akan terliur dengan Umno. Di dalam ramai=ramai yang kurang akal itu, mungkin dialah yang paling `cerdik' agaknya. Saya yakin jika ditanyakan kepada raja katak Ibrahim Ali pun, pasti Ibrahim Ali akan berguling-guling ketawa di dalam `tempurung'nya.

Di saat masyarakat kini begitu menyokong kepimpinan Tok Guru sehinggakan ada cadangan untuk melantik Tok Guru sebagai PM jika PR memerintah, ada pula yang ketinggalan ingin mempelawa Tok Guru menjawat jawatan Ketua Ulamak Umno di dalam jawatan yang tidak wujud itu. Apalah malang nasib Umno yang bertimpa-timpa. Adakah baik jika Umno mencadangkan Jamil Khir, Hamid Othman, Harussani atau setidak-tidaknya Astora Jabat dilantik untuk jawatan Ketua Ulamak itu?

Usah diharap Jawatan Ketua Ulamak di dalam Umno akan diwujudkan. Jika Bazlan Baharuddin masih mengharapkan jawatan itu akan diwujudkan di dalam Umno apatah lagi di bawah Najib, samalah seperti beliau mengharapkan Rosmah Mansor menutup auratnya. Bolehkah?/Kembali ke laman asal di sini.

BUKTI UMNO AKUI KEILMUAN NIK AZIZ

M Faqih
KOTA BHARU, 3 Jan: Umno dianggap benar-benar ketandusan kepemimpinan ulama sehingga terpaksa menawarkan jawatan Ketua Ulama Umno kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sedangkan jawatan seumpama itu tidak pernah wujud dalam sejarah perjuangan Umno sejak 1946.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, hari ini Umno baru mengakui tiada tokoh dalam parti itu yang boleh dilantik sebagai mengetuai kumpulan ulama dalam Umno.

“Ini kerana ulama yang makan gaji dengan kerajaan yang ada sekarang hanya sebagai alat untuk menggambarkan Umno juga mendaulat Islam.

“Namun sebaliknya ulama seperti itu tidak mampu dilantik sebagai ketua di kalangan mereka. Lagi pun saya cukup hairan sejak bila pula tiba-tiba Umno mengiktiraf peranan ulama,” katanya di sini.

Akhbar sebelum ini melaporkan Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Bazlan Baharuddin mempelawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyertai Umno bagi membolehkan dilantik sebagai ketua ulama Umno.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, lebih baik Bazlan dan pengikutnya menyertai PAS kerana baru menyedari kepentingan peranan ulama dalam kehidupan umat Islam.

“Tinggallah parti assobiah yang sempit itu kerana perjuangan mendaulatkan bangsa dan meninggalkan ketaatan kepada Allah akan menemui kehancuran,” ujarnya.

Beliau juga melahirkan rasa hairan tiba-tiba pemuda Umno melahirkan idea seperti itu sehingga memperlihatkan bertentangan sama sekali dengan tindak tanduk mereka sebelum ini.

Menurutnya juga pelawaan seperti itu biar pun tujuan mempersendakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, namun ia memperlihatkan tahap pemikiran sebenar pemimpin Umno.

“Orang ramai yang membaca kenyataan itu tentunya ketawa seorang diri. Ia seumpama meludah ke langit yang terkena kepada dirinya sendiri,” tambahnya./Harakahdaily

Ahad, 3 Januari 2010

USTAZ AKIL KEMBALI KE PENTAS PAS, WAHEEDA MEMAKAI NIQAB ?

Bergambar sebelum pulang

Menerang bukan menyerang
Bersama Us Abdullah Hussin
Apakah Us Akil akan di gam oleh Astro selepas ini?

Kenapa PAS Johor Bahru Panggil Akhil Hayy


Oleh: Jundullah-PASJB

"Baru-baru ini PAS Johor Bahru telahpun berjaya menganjurkan satu lagi siri ceramah yang bertajuk Ceramah Menjelang Hijrah dengan menjemput Ust Abdullah Hussin selaku Ketua Dewan Ulama PAS Johor dan Ust Akhil Hayy Rawa seorang bekas penyanyi rock yang kini berkecimpung dalam bidang dakwah dan muzik alternatif. Kami mendapat kritikan dan teguran yang cukup banyak bilamana tersebar sahaja berita PAS JB akan menganjurkan ceramah tersebut dengan pelbagai alasan dan andaian lantaran kontroversi yang melanda Akhil Hayy sekarang ini.Ada banyak sebab kenapa PAS JB menganjurkan ceramah tersebut walaupun banyak dari ahli jawatankuasa kami berihtilaf dalam isu ini dari seawal Jun yang lalu bilamana PAS Selangor juga turut memanggil Akhil Hayy dalam Konsert Kesenian Islam di Malam Muktamar PAS ke-55 di Shah Alam dengan dalil apakah patut memanggil beliau duduk berdiri dipentas memandangkan isu beliau dengan penyanyi dan pelakon Waheeda.Akhil Hayy juga dikaitkan dengan 'demand' yang tinggi setiap kali diundang berceramah dan isu beliau tidak pulang kerumah bekas isterinya menjadikan ianya cukup kuat sebagai alasan untuk tidak mengundang beliau.

Kami akhirnya bermesyuarat dan mengambil kata putus majoriti dalam isu ini dengan mengambil kira Akhil Hayy sebenarnya berdepan dengan isu peribadi dan rumahtangga yang sepatutnya kita tidak turut tumpang sekaki dengan media yang melaporkan yang negatif tentang beliau dan sepatutnya kita memberikan beliau ruang untuk menjawab isu tersebut seluas-luasnya kerana Islam mengajar kita untuk tidak cepat berprasangka lebih-lebih lagi sesama Islam.PASJB mengambil keputusan untuk membenarkan beliau berceramah di Kg Kurnia, Kebun Teh dan menggandingkan beliau dengan Ust Abdullah Hussin yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Johor yang juga bersetuju untuk bertemu mata dengan Akhil Hayy memandangkan banyak perkara yang beliau hendak sampaikan dan kongsi bersama memandangkan lamanya mereka tidak bergandingan.

Pada malam ceramah seperti biasa Akhil Hayy mengalunkan zikir memuji kebesaran Allah dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW dan beliau tanpa disuruh terus bercerita tentang kemelut rumah tangga beliau, isu teguran kepada artis dan isu tauliah yang hangat sebulan dua ini.Beliau mengatakan inilah kali pertama beliau berceramah setelah beberapa bulan menyepikan diri dan beliau mengakui silap beliau sebagai antara punca fitnah rumahtangga yang berlegar-legar dimedia sekarang ini.Malam itu juga beliau mengeluarkan surat tauliah dari Perak dan membacakan kepada hadirin yang hadir dimalam tersebut dan menceritakan kemelut beliau dengan JAIS sebenarnya sudah lama dan pernah ditangkap sebelum Pakatan Rakyat berjaya memerintah Selangor 2008 yang lalu.

Perkembangan terbaru isteri beliau Waheeda juga sangat dinantikan oleh hadirin yang hadir dan beliau mengatakan isteri beliau sekarang ini sudah berhenti menyanyi dan memakai Niqab tanpa disuruh oleh beliau dan beliau mengatakan ini adalah hikmah dan kurnia Allah kepada beliau.Beliau juga mengatakan keluarga Waheeda ramai yang terdiri dari orang-orang Umno dan bapa mertua beliau sendiri adalah ketua cawangan umno dan tidak berhalangan untuk Akhil Hayy terus berdakwah.Akhil juga mengatakan tidak lama lagi beliau dan Astro akan bekerjasama untuk mewujudkan rancangan realiti Akedemi Imam yang dirancang sejak sekian lama.

Sebenarnya banyak lagi yang hendak diceritakan tetapi cukuplah ini sahaja bimbang kalau komen berlebihan nanti dikatakan saya juga pengkagum Akhil Hayy.Saya juga secara peribadi awalnya tidak bersetuju dengan Akhil Hayy tetapi saya juga sendiri yang bersungguh akhirnya supaya Akhil Hayy ceramah di Johor Bahru kerana memikirkan dakwah Islam lebih utama dari segala-galanya.


Sumber: Layari : http://www.pasjohorbahru.com/

SAMPAI AJALNYA HAKIM INI.....

02 Januari, 2010 20

Hakim Augustine Paul Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri S. Augustine Paul meninggal dunia Sabtu akibat penyakit kronik yang dideritainya sejak beberapa lama.

Beliau berumur 65 tahun.

Beliau meninggalkan seorang isteri Datin Seri Dr Mary Paul dan dua anak iaitu Dr Juliana Sharmini, 29, dan Alan John, 27.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 2.45 petang di Hospital Selayang, kata menantunya Robert Devan, 37.

Keranda yang membawa jenazahnya akan berlepas dari kediamannya di No. 16, Lorong Taman Pantai 7, Bangsar, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang Ahad ke Parish of St Peter di No. 441, Seksyen 96A, Jalan Changkat Riong bagi upacara pengebumian pada 2.30 petang.

Augustine, lulusan Barrister-at-Law dari Inner Temple, England, memulakan kerjaya beliau pada 1971 sebagai Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara dan kemudiannya sebagai majistret di Ipoh, Perak.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Sesyen di Temerloh, Pahang, Melaka dan Pulau Pinang dan merupakan pengerusi jawatankuasa khas mengenai percukaian sebelum dilantik Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Mei, 1998.

Kira-kira enam bulan selepas disahkan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, beliau diberikan tugas besar mengendalikan kes rasuah dan liwat membabitkan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula pada November 1998 dan bagi hampir enam bulan, nama beliau sering menjadi bahan berita berikutan sering membuat keputusan "tidak relevan" dalam kes itu./Selanjutnya di BERNAMA