RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 23 Ogos 2017

RUNDINGAN DENGAN PAS BANYAK BUANG MASA KEADILAN DALAM MASA YANG SAMA PAS DAN UMNO SEMAKIN INTIM

 
 
PRU14 semakin hampir. Ahli-ahli parti di bawah diminta membuat persediaan rapi dengan menggerakkan jentera masing-masing. Kami diberitahu bersedia untuk hadapi pertandingan lebih dari dua penjuru.

Kami juga diminta untuk merapatkan hubungan dan kerjasama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan. Ahli-ahli dikerah untuk menghadiri berbagai kursus yang dianjurkan oleh parti demi menghadapi PRU14.

Kami mahu bertanya, apakah pemimpin di atas juga telah bersedia dengan pertembungan tiga penjuru? Apakah pemimpin di atas juga telah merapatkan saf serta persafahaman di dalam Pakatan Harapan? Apakah kelian juga telah bersedia untuk bekerjasama satu hati satu jiwa bersama-sama di dalam Pakatan Harapan?

Jika jawapannya sudah bersedia untuk itu semua, apa jadahnya lagi untuk membuang masa dengan Pas? Bukankah kita telah terlalu banyak memberikan masa untuk rundingan dijalankan? Apa perkembangannya? Semakin positif atau negatif? Kalau semakin positif, ya, elok diteruskan. Tapi semua dapat melihat lagi banyak rundingan dibuat, lagi banyak pengumuman oleh Pas untuk bertanding di Kerusi-Kerusi Keadilan, bahkan dalam rundingan pun Pas tidak segan silu umumkan untuk merampas Permatang Pauh dari Keadilan.

Sekiranya kita mahu berunding, ianya mesti menampakkan hasil dan kemajuan positif. Kalau semakin kusut bahkan semakin menghuru-harakan di dalam Pakatan Harapan sendiri, elok lah berhenti dari berunding. Biar rakyat tahu bahawa kita telah cuba untuk berpakat, tetapi Pas telah mulai jatuh cinta dengan Umno.

Jangan satu hari nanti bila anjing yang kita cuba lepaskan itu menggigit tangan kita, baru kita teringat kepada kawan-kawan kita yang lain.

Buat baik berpada-pada. Tidak rugi satu sen pun tinggalkan Pas. Kalau kita perkuatkan Pakatan Harapan dan biarkan Pas diternak oleh Umno, yang rugi besar nanti adalah Umno kerana usaha mereka mahu lihat Pakatan Harapan berpecah akan gagal.

Kepada pimpinan Keadilan yang masih percayakan Pas, jika berlaku apa-apa yang tidak baik kepada parti ini, saya berlepas diri. Jangan salahkan ahli-ahli di bawah jika berlaku apa-apa kepada parti.

Sewajarnya dalam waktu yang semakin suntuk ini kita perhebatkan jentera semua parti di dalam Pakatan Harapan bukannya sibuk melayan keegoaan lebai. Biarkan lebai terjun dengan labu-labunya.