RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 23 Jun 2012

TERUS TERANG SAHAJA MEDIA KITA MEMANG BANGSAT

Oleh:  WFAUZDIN NS
 
RAIS YATIM, Menteri Komunikasi dan Kebudayaan pada 7 Jun lepas berkata parti politik akan dibenarkan membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi RTM setelah kertas Kabinet mengenainya diluluskan Jemaah Menteri.  Ada yang percayakah dengan cakap-cakap Ahli Parlimen Jelebu yang kuat berbohong ini?
 
Jika Rais Yatim yang dahulunya pernah `membakar jambatan' dengan Umno kemudian melutut semula dengan Umno untuk cari makan, adakah rakyat boleh percaya lagi dengan beliau?  Berkenaan kebenaran parti-parti politik untuk membentangkan manifesto masing-masing melalui RTM, belum pun sempat ianya dilaksanakan, ada pencacai lain tolong jelaskan apa yang Rais Yatim maksudkan itu.  Pengerusi SPR bercakap bagi pihak Rais Yatim iaitu hanya rakaman sahaja dibenarkan.

Ertinya, kita bentangkan manifesto dan RTM rakam, kemudian akan disiarkan.  Orang gila mana yang percaya jika rakaman dibuat kemudian disiarkan tanpa disunting?  Siapa tidak kenal media di bawah kawalan Umno ini?  Kononnya jika manifesto dibuat secara langsung, nanti ada yang tidak terkawal contohnya mengaibkan seseorang pemimpin.

Semenjak bila RTM peka dengan kerja-kerja mengaibkan pemimpin ini?  Pengerusi SPR tidak pernah menonton TV kah?  Sudah bertahun media haprak ini buat kerja mengaibkan pemimpin pembangkang.  Daripada isu yang dicipta-cipta sehinggalah kepada isu seks dan lucah, mana pernah media ini berhenti sehingga sekarang?  Mengapa di dalam bab manifesto ini bukan main lagi Pengerusi SPR ini mengampu Rais?

Sudahlah.  Cakap sahaja terus terang memang tiada kebebasan media di dalam negara ini sebab kita kenal siapa Pengerusi SPR ini.  Bangsat sungguh./wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 22 Jun 2012

GOLONGAN JAHILIYYAH JUGA ADA HAK UNTUK BERHIMPUN

Oleh:  WFAUZDIN NS

SESUNGGUHNYA aku merayu agar pihak Kerajaan dan keselamatan serta pihak stadium membenarkan puak-puak Jahiliyyah Kumpulan Anti BERSIH ini untuk berhimpun kerana hak berhimpun secara aman dipelihara oleh Perlembagaan tidak kira samada mereka terdiri daripada golongan Jahiliyyah mahu pun tidak.

Ini berikutan Kumpulan anti-BERSIH Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) berkeras untuk mengadakan perhimpunan besar anti gabungan pilihan raya bersih dan adil di stadium.  Bagaimanapun, menurut Pengerusinya Datuk Jamal Md Yunus, buat masa ini pihaknya masih menunggu kebenaran daripada pengurusan Stadium Merdeka dan kebenaran pihak polis, yang telah dipohon sejak dua minggu lalu.
 
Tiada sebab untuk pihak berkuasa menyekat golongan Jahiliyyah ini daripada berhimpun kerana mereka juga manusia biasa walaupun kadangkala ada yang berperangai aneh tidak seperti manusia seperti menggoyang-goyangkan punggung umpama lembu baru lepas kencing.  Cuma mungkin kena pastikan mereka jangan bawa air mineral, garam atau tuala good morning kerana dibimbangi dituduh untuk merampas kuasa.  Lagi pun, perlu apanya mereka membawa kesemua bahan tersebut kerana kita berani potong jari kalau ada gas-gas yang dilepaskan ke atas golongan Jahiliyyah ini nanti.
 
Daripada mereka hadir ke stadium dengan tangan kosong, alangkah baiknya ratusan ribu dari mereka yang bakal berhimpun itu nanti masing-masing membawa peralatan untuk berniaga Burger.  Burger bukanlah alat atau bahan yang boleh ditakrifkan amat merbahaya seperti garam dan air mineral.  Jika tidak percaya cuba tanya Nazri Aziz.  Mereka boleh berniaga sesama mereka dan jika masih alami kerugian juga, mereka boleh saman sesama mereka menuntut kerugian akibat tindakan mereka berhimpun itu./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 20 Jun 2012

MUHYIDDIN MENUNJUKKAN KEJAHILANNYA MERATA-RATA


  

Oleh:  WFAUZDIN NS
 
MUHYIDDIN YASSIN selaku TPM terus tidak segan silu menipu rakyat.  Mungkin beliau kini kehabisan modal lagi untuk mengajak rakyat terus bersama parti korup yang bernama Umno.  Mungkin juga beliau mahu `cover' malunya apabila dihentam oleh DS Anwar Ibrahim apabila Ketua Pembangkang ini mengajak beliau bersama-sama dedahkan akaun atau kekayaan masing-masing.
 
Di Kuala Nerang, TPM berterusan menggunakan modal lapuk lagi usang untuk menyerang PR terutamanya PAS kerana di Kedah sekarang PAS mengetuai kerajaan.  Saya mahu menjawab hujah-hujah lapuk Muhyiddin itu kerana bagi saya hujah Muhyiddin terlalu `low class' untuk dijawab oleh pimpinan kita.
 
Beliau menyebut bahawa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan sesiapa mengundi PAS mendapat pahala sedangkan sebelum ini Nik Aziz mendakwa sesiapa yang mengundi PAS akan masuk syurga manakala mengundi Umno akan masuk neraka.  Jelas, Muhyiddin menipu apabila beliau mendakwa Tuan Guru Nik Aziz ada mendakwa `mengundi PAS masuk Syurga, mengundi Umno masuk Neraka".  Bahkan, Tuan Guru Nik Aziz pernah mencabar pemimpin-pemimpin Umno termasuk para Mufti menunjukkan bukti bahawa beliau ada berkata sedemikian.
 
Apa yang sering disebut oleh Tuan Guru Nik Aziz adalah, menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dengan niat untuk menegakkan Islam itu berpahala, sebaliknya sesiapa yang menyokong mana-mana golongan yang menentang perjuangan Islam atau golongan yang memperjuangkan dasar kebangsaan semata-mata, dasar komunis atau apa jua dasar yang bertentangan dengan Islam akan mendapat dosa.  Apabila disebut pahala, Allah telah menjanjikan Syurga manakala jika disebut dosa Allah menjanjikan Neraka.  Ini bukan soal PAS atau Umno, tetapi soal hukum memperjuangkan Islam.  Tuan Guru Nik Aziz pernah menyebut jika Umno sanggup memperjuangkan Islam, PAS akan dibubarkan dan semua ahli PAS akan bersama Umno dan biarlah Umno memerintah negara ini sehingga kiamat.  
 
Mengapa begitu jahilnya Muhyiddin yang dikatakan bapanya seorang yang kuat agama ini? Memanglah urusan Syurga dan Neraka itu hak Allah, tetapi sebagai hambanya Allah perintahkan kita untuk menurut kehendak Islam.  Adakah jika kita menurut kehendak Islam, maka Allah tempatkan kita ke Neraka?  Contohnya mudah, Allah halalkan minum susu lembu dan Allah mengharamkan minum arak.  Jika kita minum arak juga, adakah Allah letakkan kita ke Syurga? 

Muhyiddin juga menunjukkan kejahilannya di dalam hukum terhadap rakyat yang menerima BR1M sebanyak RM 500 itu.  Katanya, apabila kerajaan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), PAS mengeluarkan fatwa ia adalah rasuah tetapi anggota (parti) mereka tetap mengambilnya.  Kalau rasuah janganlah terima, kata Muhyiddin.  PAS tidak pernah mengatakan penerima BR1M itu sebagai penerima rasuah, malahan PAS sentiasa menyeru rakyat agar mengambilnya.  
 
Apa yang dimaksudkan oleh PAS sebagai rasuah itu adalah jika si penerima BR1M itu mengambil wang berkenaan, dan dengan mendapat wang tersebut beliau sanggup mengikut kehendak si pemberi dengan menyokong Umno/Bn maka itulah rasuah namanya dan ianya tetap wang rasuah.  Sebaliknya, jika rakyat menerima wang berkenaan dan tidak berubah pendirian mereka, maka wang itu bukan rasuah dan wang itu memang hak mereka yang sepatutnya mereka terima.  Ertikata lain, pemberian wang atau projek atau bantuan sebanyak mana sekali pun selagi tidak mempengaruhi mereka, maka ianya bukan perbuatan rasuah.  Susah sangatkah Muhyiddin mahu menafsirkan erti rasuah ini?

Kata Muhyiddin lagi, Pakatan pembangkang mengeluarkan Buku Jingga yang merupakan janji-janji mereka jika berjaya menawan Putrajaya tetapi kalau diteliti, jika ia dilaksanakan, boleh menyebabkan negara muflis.  Hujah bengap dari Muhyiddin ini pasti akan ditertawakan oleh rakyat yang berakal kecuali mereka yang bersekongkol dengan lembu-lembu kondo.  Muhyiddin patut sebut di bahagian manakah di dalam Buku Jingga yang boleh menjadikan negara ini bankrap?  Penurunan harga minyak?  Kemudahan wifi percuma?  Penghapusan Tol?  Beliau tidak berani sebut kerana jika beliau sebut menampakkan lagi kebebalannya.  Semua hujah Muhyiddin tersebut telah dijawab awal lagi oleh DS Anwar.  Sebab itulah DS Anwar berkali-kali mencabar Najib atau Muhyiddin untuk berdebat mengenai Buku Jingga.  
 
Masalahnya, pemimpin Umno tidak mampu untuk berhujah dengan DS Anwar kerana mereka tahu apa yang terkandung di dalam Buku Jingga itu releven dan boleh direalisasikan.  Cuma Umno sahaja tidak mampu melaksanakannya kerana Umno dan rasuah tidak boleh dipisahkan.  Tidak ada negara yang dasarnya membantu rakyat dan tidak rasuah boleh bankrap.  Apa yang selalu kita lihat negara menjadi bankrap apabila negara tidak dapat diurus dengan baik, telus dan amanah. Kita masih ingat, sewaktu awal-awal PR memerintah Selangor dengan memperkenalkan air percuma dan beberapa insentif lain untuk kebajikan rakyat Selangor, pemimpin Umno memberi amaran kerajaan di bawah Tan Sri Khalid itu hanya mampu bertahan 3 bulan sahaja.  Sekarang terbukti, hampir sepenggal PR memerintah Selangor, usahkan bankrap malahan bertambah kantung simpanan Selangor melebihi 1 Bilion.  Sekali lagi Muhyiddin menunjukkan kecetekan beliau di dalam membicarakan soal ekonomi.
 
Kunci pertama untuk kita menilai samada pemimpin Umno ini ikhlas atau menipu rakyat amat mudah.  Pertama, kita lihat rekod 50 tahun lebih mereka mentadbir negeri atau negara ini.  Adakah kita semakin senang atau susah?  Adakah kita boleh mendabik dada mengatakan kita kini hidup di dalam kesenangan hanya kerana mendapat BR1M sebanyak RM500 dan pemberian RM15, 000 buat Peneroka Felda?  Kita jangan mengukur kesenangan hidup hanya dengan duit, itu pun setelah mereka memerintah lebih 50 tahun baru mereka mahu menghulur sebanyak itu.  Sudah berapa banyak wang rakyat lesap ditelan oleh mereka selama berpuluh tahun sebelum ini?  
 
Keduanya, jika pemimpin Umno ini benar-benar ikhlas dan jujur mereka pasti akan sanggup berdepan dengan cabaran DS Anwar untuk berdebat di dalam soal ekonomi negara.  Apa yang perlu mereka takutkan jika mereka benar?  Apa yang mereka mahu khuatirkan jika mereka tidak rasuah dan menyeleweng?  Kononnya DS Anwar akan bankrapkan negara, kononnya DS Anwar tidak boleh mengurus ekonomi negara, jika mereka ada hujah sedemikian alangkah baiknya jika mereka gunakan hujah-hujah mereka untuk menangkis Buku Jingga yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat di dalam perdebatan.  Ketika itu, jika rakyat merasakan hujah pemimpin Umno itu betul maka sudah tentu rakyat tidak mempercayai janji-janji Pakatan Rakyat.  Tetapi, jika rakyat pula melihat bahawa terbukti Umno mengamalkan rasuah dan penyelewengan, maka sudah pasti rakyat akan menolak Umno.  Itulah sebenarnya yang amat ditakuti oleh Najib dan Muhyiddin.
 
Sehubungan itu, tiada sebab rakyat di Kedah, Selangor, P.Pinang, Kelantan dan Perak untuk menukar kerajaan yang mereka pilih pada Tahun 2008 yang lalu.  Bahkan, di negeri-negeri lain juga mereka telah melihat betapa jauh bezanya umpama langit dan bumi pemerintahan di bawah Pakatan Rakyat di negeri-negeri berkenaan (kecuali Perak yang telah dirampas oleh lanun) berbanding ketika berada di bawah Umno/Bn. Maka, tiada sebab untuk rakyat tidak memilih Pakatan Rakyat bagi mengambil alih Putrajaya kecuali mereka yang buta hati sahaja yang masih mengharapkan parti penuh rasuah ini untuk terus berkuasa./wfauzdin.blogspot.com 

Isnin, 18 Jun 2012

RAJA MANA YANG BERTUAH DAN RAJA MANA YANG MALANG?

Oleh:  WFAUZDIN NS

OLEH kerana Tunku Mahkota Johor telah menimbulkan isu 'Mengapa Orang Melayu Sahaja Yang Suka Menjatuhkan Raja" di dalam Twitter beliau seperti yang dipetik oleh Malaysiakini di SINI, maka terpanggil untuk saya mengulas isu berkenaan.  

Hakikatnya orang-orang Melayu terlalu sensitif dengan Raja mereka.  Ada rakyat yang benar-benar mahu melihat institusi Raja benar-benar berperanan sebagai pelindung kepada ugama, bangsa dan negara.  Rakyat jenis ini kebanyakannya terdiri dari semua kaum, tidak kira Melayu atau bukan Melayu.  Tetapi, ada juga rakyat yang mahu `menumpang' nama Raja-Raja untuk kepentingan diri mereka atau kumpulan mereka sahaja, terutama apabila mereka terdesak atau tertekan.  Golongan ini hanya kembali kepada Raja setelah mereka merasa lemah, tetapi sewaktu mereka gagah mereka ketepikan Raja-Raja bahkan mereka menghina Raja-Raja sesuka hati.  Bukti dan fakta adalah jelas jika kita imbau kembali terutamanya pada tahun 1993.  Saya telah menulis fakta-fakta dan bukti ini di dalam penulisan saya sebelum ini.



Persoalan mengapa kaum-kaum lain tidak sehebat kaum Melayu yang saya maksudkan kaum Melayu tertentu pada tahun 1993 itu di dalam mempersendakan Raja-Raja?  Sebenarnya kaum-kaum lain akur bahawa isu Raja amat sensitif buat mereka sentuh kerana institusi Raja ada sejarahnya kepada kaum Melayu dan negara ini.  Tidak menyentuh isu Raja bukan bermakna semua tindakan Raja-Raja dipersetujui oleh kaum-kaum bukan Melayu.  Siapa boleh nafikan bahawa tidak semua Raja bertindak dengan betul.

Memang kita bertuah kerana mempunyai Raja dan Raja juga bertuah kerana memiliki rakyat yang seharusnya dipayungi oleh Raja.  Tetapi seandainya negeri atau negara tiada Raja, ianya tidak bererti akan punah ranah atau hancurlah bangsa di negeri atau negara itu.   Mari rujuk Melaka, sebuah negeri yang dahulunya mempunyai Raja tetapi kini Melaka tiada Raja atau Sultan.  Adakah hilang bangsa Melayu atau Islam di Melaka?  Rakyat Melaka berbangsa Melayu kini masih berbahasa Melayu dan berugama Islam dan berapa orang Melayu di Melaka yang berkahwin dengan keturunan penjajah Portugis akibat tiadanya Raja di Melaka sejak tahun 1511?



Mana-mana negeri yang masih memiliki Raja, rakyatnya haruslah menyanjung institusi Raja dan mempertahankannya.  Menyayangi Raja bukan bererti membodek Raja.  Sayang kepada Raja mestilah peka kepada Raja, yang baik rakyat wajib sanjung tetapi sebagai manusia Raja juga kadangkala khilaf, maka rakyat yang sayang kepada Raja mestilah menegur.  Raja yang baik adalah Raja yang boleh menerima teguran rakyat.

Sekiranya Tunku Mahkota Johor merasa pelik mengapa orang-orang Melayu suka menjatuhkan Raja, sejarah tahun 1993 ada jawapannya.  Tun Mahathir juga ada jawapannya.  Tahun 2008, di Terengganu persoalan Tunku Mahkota Johor ini tentu boleh dijawab oleh puak-puak Idris Jusoh waktu itu.  Memang benar, di hadapan Istana Terengganu waktu itu bukan kaum Cina yang memasang pemidang menggelar Raja bahkan Yang DiPertuan Agung dengan satu gelaran yang amat buruk.  

Amat malang sekali jika ada lagi kaum Melayu yang bercita-cita untuk menjatuhkan Raja atau memalukan Raja-Raja seperti di tahun 1993 itu.  Tetapi, amat bertuah sekali jika ada seorang rakyat dari bangsa Melayu yang berani menegur Raja kerana cintakan Raja nya. Bertuahlah mana-mana Raja yang ada disekelilingnya rakyat yang boleh menegurnya jika tersalah, dan malang lah mana-mana Raja yang di sekelilingnya hanyalah para pengampu dan pembodek./wfauzdin.blogspot.com