TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

Sabtu, 13 Februari 2010

ISU JK DISIPLIN PAS - ABDULLAH ATAU TUAN IBRAHIM YANG BERBOHONG?

Abdullah Karim jawab Tuan Ibrahim
Jimadie Shah Othman
Feb 13, 10


Exco Pemuda PAS Abdullah Karim - yang mengecam Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man dalam isu jawatankuasa disiplin - kini bersumpah dengan nama Allah bagi mempertahankan hujahnya.

"Saya bahkan bersumpah dengan nama Allah bahawa apa yang ditulis oleh Tuan Ibrahim itu adalah tidak benar sama sekali," katanya.

Tuan Ibrahim pada 3 Februari, antaranya mendakwa aduan Abdullah - berhubung penglibatan ahli PAS dalam "konspirasi menjatuhkan Pakatan Rakyat" - kepada jawatankuasa disiplin tidak dilayan kerana tidak berasas dan dibuat berdasarkan dengar cakap.

Abdullah yang juga timbalan ketua Pemuda PAS Pahang sebelum itu mempertikaikan kewibawaan jawatankuasa tersebut susulan kontroversi penggantungan jawatan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad pada 29 Januari lalu.

Abdullah antaranya dilaporkan membayangkan jawatankuasa disiplin PAS berat sebelah apabila memejamkan mata terhadap aduan-aduan tertentu, termasuk yang dilaporkannya kepada jawatankuasa itu dan pejabat agungnya.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini kelmarin, Abdullah menyatakan keraguannya kemungkinan "terdapat sebab-sebab lain" aduannya ditolak.

"Saya menegaskan bahawa saya tidak pernah pada bila-bila masa dimaklumkan oleh Tuan Ibrahim atau mana-mana orang lain bahawa aduan saya tidak boleh diambil tindakan kerana ada bukti, atau kerana ia sekadar dengar cakap sahaja, atau kerana sebab-sebab lain yang menyebabkan aduan ini ditolak," katanya.

Kenyataan tidak dibetulkan

Setelah ditegur Tuan Ibrahim sebelum ini, Abdullah berkata, beliau telah menggunakan "saluran yang betul" dengan menghubungi sendiri naib presiden itu melalui panggilan telefon dan e-mel.

"Namun, selepas seminggu berlalu, Tuan Ibrahim tidak menjawab e-mel saya dan tidak juga memperbetulkan tulisan tersebut yang masih kekal ada di dalam blognya.

"Maka, saya tidak mempunyai pilihan bagi menyatakan kebenaran ini melainkan membuat penjelasan terbuka dan saya berharap hal ini dan perkara-perkara lain yang bersangkutan dengannya dapat diperjelaskan di dalam mesyuarat jawatankuas pusat PAS yang akan datang," katanya.

Jawatankuasa pusat PAS akan dijadual bersidang esok di ibu pejabatnya di ibu negara.

Abdullah juga sekali lagi mempersoalkan kedudukan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mengelolakan aduan kepada jawatankuasa disiplin kerana ia dilihat memberikan kuasa yang cukup besar kepadanya.

Perkara itu juga, tambahnya, menunjukkan jawatankuasa itu seolah-olah hanya menerima arahan dari setiausaha sgung.

"Jika inilah keadaannya, ianya perlu diperbetulkan bagi mengelakkan konflik kepentingan dan juga angapan-anggapan negatif yang lain. Soal menentukan sesuatu aduan tatatertib itu mempunyai merit atau sebaliknya, tidak sepatutnya diputuskan oleh seorang individu sahaja.

Beliau juga sempat menempelak Mustafa yang tidak langsung memanggilnya berhubung aduannya walaupun telah memberitahu media akan melakukannya segera awal bulan ini./Malaysiakini

Australia gesa gugur tuduhan liwat Anwar

SYDNEY - Lebih 50 Ahli Parlimen Australia mengemukakan memorandum bantahan rasmi kepada Malaysia menggesa dakwaan liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan.

Kumpulan itu yang terdiri daripada Ahli Parlimen dan Senator dalam dua parti terbesar di Australia, memberi amaran bahawa dakwaan tersebut akan mencemarkan imej Malaysia di mata dunia.

Mereka mendesak kes ke atas Anwar diketepikan dalam usaha memulihkan keyakinan terhadap kedaulatan undang-undang di Malaysia.

Memorandum bantahan itu diserahkan oleh Ahli Parlimen daripada Parti Buruh dan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Salman L Ahmad di Canberra, kelmarin.

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mendakwa kementeriannya akan menjelaskan fakta-fakta mengenai perbicaraan kes liwat Anwar ke:pada Ahli Parlimen Australia.

"Kerajaan sedia maklum bahawa perbicaraan Anwar akan menarik perhatian pelbagai pihak sama ada di dalam atau di luar negara, seperti perbicaraan lain yang melibatkan beliau sebelum ini.

"Reaksi daripada beberapa Ahli Parlimen Australia dalam perkara ini bukanlah satu perkara yang di luar dugaan," katanya.

Beliau berharap pihak berkenaan dapat menghayati, menghargai dan menghormati keluhuran undang-undang Malaysia yang mengutamakan keadilan dan hak rakyat tanpa mengira pangkat dan darjat./Sinar

PAK LAH, UMNO KENA KELENTONG OLEH UTUSAN MELOYA

Maulidur Rasul Guan Eng Bidas Utusan, Cabar TPM Sertai Sama

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengesahkan perarakan Maulidur Rasul tahunan akan diadakan seperti biasa sambil membidas laporan Utusan Malaysia, yang mencetuskan rasa tidak senang dan protes di kalangan pemimpin Umno dan umat Islam, sebagai satu pembohongan.

Lim juga menafikan dakwaan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pentadbirannya anti-Islam atas alasan kononnya telah membatalkan perarakan itu kali ini.

Sebaliknya beliau menjemput timbalan perdana menteri itu sendiri mengambil bahagian dalam sambutan tiga hari akhir bulan ini.

“Saya mencabar timbalan perdana menteri untuk menyertai perarakan ini apabila ia diadakan,” kata Lim sambil menambah, media arus perdana dengan sengaja membelakangkan berita atau tidak melaporkan perkara yang sebenar tentang Pulau Pinang.

“Utusan Malaysia berbohong dan saya tidak mahu Muhyiddin memalukan dirinya sendiri dengan mempercayai pembohongan itu,” kata Lim kepada The Malaysian Insider.

Setiausaha agung DAP itu kini berhadapan dengan siri dakwaan bekas pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Zahrain Hashim yang semalam keluar parti itu untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Bulan lalu Zahrain mengecam keras kepimpinan Lim dan semalam pula mengumumkan keluar Pakatan Rakyat.

Lim yang mengetuai Pulau Pinang sejak Mac 2008, sendiri pernah mengambil bahagian dalam perarakan itu selaku ketua menteri bagi memperlihatkan beliau juga mengambil berat tentang sentimen umat Islam.

“Jangan mempolitikkan isu ini. Timbalan perdana menteri tidak harus bergantung pada maklumat-maklumat Utusan Malaysia yang tidak disahkan. Laporan bahawa kami hendak membatalkan perarakan ini adalah satu pembohongan,” katanya.

Lim telah pun melarang Utusan Malaysia dan New Straits Times, kedua-duanya dikaitkan dengan Umno, kerana menurut beliau seringkali salah lapor dan enggan membawa jawapan balas beliau.

Semalam Muhyiddin berkata tindakan kerajaan negeri di bawah pimpinan Lim yang membatalkan acara tradisi umat Islam yang diadakan sebagai tanda rasa cinta dan sayang mereka kepada Nabi Muhammad, seolah-olah menunjukkan mereka tidak menyokong hasrat dan cita-cita orang Islam.

Katanya perkara yang telah menjadi amalan tradisi tidak sepatutnya diberhentikan apatah lagi dalam situasi negara yang perlu sentiasa menjaga sensitiviti semua kaum.

Menurut Muhyiddin sebagai sebuah kerajaan negeri yang memerintah, mereka sepatutnya meneruskan amalan yang membawa kebaikan kepada sesebuah masyarakat di negeri berkenaan kerana ia melambangkan pimpinan memahami dan menghormati agama-agama lain.

“Apakah ini hendak menunjukkan satu sikap baru daripada DAP bahawa mereka tidak menyokong hasrat dan cita-cita umat Islam? Kita tanya balik pada dia (Guan Eng),” kata Muhyiddin.

Menurut laporan Utusan Malaysia semalam, mesyuarat jawatankuasa induk majlis sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah/2010 Masihi peringkat negeri pada 3 Feb lalu memutuskan perarakan tersebut dibatalkan tetapi majlis perhimpunan ummah diteruskan di Dewan Sri Pinang.

Akhbar itu turut melaporkan bahawa pekeliling mengenai perkara itu telah diedarkan kepada semua ketua jabatan, ketua badan berkanun dan ketua pengurusan pihak berkuasa tempatan.

Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga melahirkan pandangan sedemikian dengan meminta kerajaan Pulau Pinang tidak wajar membatalkan perarakan Maulidur Rasul di negeri itu kerana ia adalah perarakan aman dan tidak mendatangkan keburukan.

Abdullah yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia berkata tindakan membatalkan perarakan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa kerajaan negeri mengandaikan perarakan itu akan menjadi sesuatu yang tidak baik, membawa keburukan serta menyebabkan pergaduhan.-MalaysianInsider/TVSelangor

Anwar: 'Zahrain khianati penyokongnya'


Feb 12, 10 6:44pm
Peletakan jawatan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim daripada PKR merupakan 'pengkhianatan' terhadap mereka yang bertungkus-lumus memenangkannya dalam pilihan raya lepas, kata ketua umumnya.

"Ini belum pernah terjadi, beliau telah mengkhianati semua yang bekerja keras membantunya memenangi kerusi tersebut (Bayan Baru) untuk PKR dan Pakatan Rakyat," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga ketua pembangkang diminta mengulas keputusan Zahrain yang meletakkan semua jawatannya dalam PKR dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas pagi ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Anwar berkata, beliau kesal dengan keputusan Zahrain tersebut.

Beliau juga menambah, segala tuduhan yang dilemparkan Zahrain terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berasas sama sekali.

Anwar juga tidak bersetuju bahawa DAP 'tidak dapat disentuh' dan berkata PKR, PAS dan DAP telah berjaya duduk bersama membincangkan pelbagai isu.

"Semalam baru saja kami bertemu, (Presiden PAS Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, Lim dan saya," katanya.

Anwar bagaimanapun enggan mengulas berhubung soalan sama ada lebih ramai wakil rakyat PKR akan meninggalkan parti itu.

Zahrain sebelum ini memegang jawatan sebagai ketua PKR bagi cabang Bayan Baru.

Sementara itu, timbalan ketua PKR cabang itu M Nyanasegaran - yang juga kawan rapat Zahrain - mengakui berasa sedih terhadap keputusan itu.

Bagaimanapun, Nyanasegaran menambah, cabang itu akan terus bekerja mempersiapkan cabaran menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

"Ini bukanlah penghujung dunia... hidup mesti diteruskan," katanya./Malaysiakini

Jumaat, 12 Februari 2010

VIDEO CERAMAH DS ANWAR GEMPUR NAJIB MALAM TADI (KLIP VIDEO SETERUSNYA TERDAPAT DI DALAM BLOG INI)

REFORMASI BERGEMA DI BATU CAVES, ANWAR TERUS MENDAPAT SAMBUTAN

3,000 banjiri dewan dengar ceramah Anwar
Salhan K Ahmad
Feb 12, 10
3:19pm

Lebih 3,000 orang yang membanjiri Dewan Sri Siantan di Batu Caves malam tadi untuk mendengar pemimpin Pakatan Rakyat bercakap mengenai kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Para penceramah di program 'Bersama Selamatkan Malaysia' itu - termasuk Anwar sendiri - berkali-kali menegaskan bahawa kes berkenaan sengaja diada-adakan untuk memfitnah dan mengaibkan bekas timbalan perdana menteri itu.

Di samping mengulas mengenai keterangan Mohd Saiful Bukhari di mahkamah, Naib Presiden PKR, Azmin Ali turut menyeru hadirin supaya memboikot akhbar Utusan Malaysia, dalam satu kempen 'bankrapkan Utusan Malaysia.'

"Saya seru supaya semua kerajaan Pakatan Rakyat dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri bawah Pakatan Rakyat supaya tidak lagi melanggan dan membeli iklan di Utusan Malaysia.

"Saya cadang supaya semua GLC bawah Pakatan Rakyat guna media baru termasuk Suara Keadilan, Harakah, Malaysiakini dan The Malaysian Insider," katanya lagi.

Tambahnya, jika kempen itu dijalankan dengan bersungguh-suingguh, maka penerbit Utusan Malaysia boleh muflis dalam masa tiga bulan.

Sementara itu, seorang lagi penceramah, Gobind Singh Deo pula berkata penyokong Anwar tetap berani menangkis tohmahan terhadap ketua umum PKR itu, termasuk oleh bapanya sendiri Karpal Singh.

Sebelum itu, Karpal Singh dilaporkan berkata, memandangkan Hakim Mohamad Zabidin tidak berterus terang kerana tidak merujuk Utusan Malaysia bagi kesalahan menghina mahkamah berhubung laporan yang dianggap palsu, pihak pembelaan melihat itu sebagai “satu pembohongan oleh Yang Arif”.

Gobind, yang juga ahli parlimen Puchong juga berkata ketegasannya membangkitkan isu, juga menyebabkan beliau digantung daripada Dewan Rakyat selama setahun, tahun lalu.

"Bila saya tanya (Datuk Seri Najib Razak) apa yang terjadi kepada Altantuya Shaariibuu di dalam dewan, apa dia buat? Saya digantung daripada dewan.

"16 Mac ini saya akan masuk semula ke dewan dan (akan) tanya Najib semula," katanya.

Ketika memperkenalkan bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin selepas itu, Gobind juga mengumumkan Nizar sebagai "menteri besar Perak yang sah."

Nizar dalam ucapannya selepas itu, tanpa membuang masa, mengulas mengenai keputusan mahkamah dalam menentukan siapakah antara beliau dan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, menteri besar perak yang sah.

"Tapi keputusan itu sudahpun kita jangka. Kita sudah agak ia akan berlaku begitu," katanya sambil menambah keputusan itu juga kini membuatkan semakin meningkatkanya penolakan rakyat Perak terhadap BN.

"Akibat keputusan hakim itu, sokongan kepada kita kini bertambah dan kini menggerunkan BN. Banyak lagi negeri yang akan tumbang hasil daripada kezaliman yang mereka lakukan di Perak," katanya.

Menyentuh kes liwat Anwar, Mohd Nizar berkata ia tidak mungkin berlaku kerana Anwar sering mengimamkan solat jemaah.

"Kalau Datuk Seri Anwar pergi ke mana-manapun, orang akan menjemput beliau supaya menjadi imam. Siapa pernah tengok Najib mengimamkan solat?

"Jadi, adakah seorang kaki liwat boleh mengimamkan solat?" kata Mohd Nizar.

Anwar yang menaiki pentas kemudiannya berkata beliau telah mendapat pelbagai jolokan sepanjang menjadi pembangkang, termasuk sebagai 'ejen Cina', 'ejen Yahudi' dan juga 'pengkhianat Melayu.'

"Sekarang mereka panggil saya peliwat," katanya sambil menambah, beliau kini setentunya diberikan gelaran 'Tun' jika terus bersama Umno.

Mengulas lanjut, Anwar berkata perbicaraan kes liwat ke atasnya itu merupakan satu usaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

"Kita faham perkara ini akan dilakukan sejak tiga bulan lalu, kes perbicaraan saya dan juga keputusan mahkamah ke atas menteri besar Perak," katanya lagi.

Dalam ucapannya hampir satu jam, Anwar juga berkata kes perbicaraan liwat ke atasnya itu turut mendapat perhatian pemimpin ulama dunia, Dr Yusoff Qardawi yang telah menelefonnya berhubung perkara itu.

"Dia suruh saya bangkit dari tidur dan duduk di sejadah. Saya tanya kenapa, beliau jawab 10,000 orang pada masa itu dalam satu perhimpunan majlis zikir yang sedang berdoa untuk saudara," katanya lagi.

Selain itu, menurut Anwar, kes itu juga kini mendapat perhatian ulama tempatan termasuk pemimpin PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tambahnya, Abdul Hadi akan mengulang cetak sebuah buku karangan presiden PAS itu berkaitan hukum qazaf yang ditulis 10 tahun lalu bagi menerangkan kepentingan kes itu didengar di mahkamah syariah./Malaysiakini

Komen Blogger:

Saya pun hadir di dalam ceramah DS Anwar dan YAB Nizar malam tadi bertempat di Batu Caves. Seperti biasa laluan sesak, sudahlah trafik light banyak, Polis pula buat sekatan berhampiran Trafik Light. Yang peliknya, ketika penceramah lain berucap, speaker luar dewan dibenarkan berfungsi. Di luar dewan, sesak dengan orang ramai menonton skrin yang disediakan. Tiba-tiba, ketika DS Anwar bangun untuk berucap, pihak berkuasa mengarahkan Speaker pembesar suara di luar dewan ditutup.

Maka, YB Azmin mengarahkan semua yang hadir memenuhi dewan sehinggakan mereka memanjat pentas mengelilingi DS Anwar yang berucap. Dewan yang sebesar itu masih juga tidak menampung kehadiran ramai rakyat yang terus menyokong DS Anwar. Siapa yang berkata DS Anwar kini tidak lagi punyai sokongan? Malam tadi terbukti sudah.

Kelemahan penganjur malam tadi adalah:

1. Sistem pmbesar suara di luar dewan kurang memuaskan.
2. Skrin luar dewan tidak diselenggara dengan baik, gambar yang dipancarkan tidak memuaskan.
3. Kurang persediaan bagi menyambut kehadiran tokoh utama.

Apa pun, tahniah juga buat penganjur kerana dapat menjayakan program malam tadi. Segala kelemahan kecil seperti ini diharapkan akan diatasi di masa-masa akan datang.

http://wfauzdin.blogspot.com


BELI KAPAL SELAM TIDAK BOLEH MENYELAM ?

Scorpene tidak boleh menyelam


KD Tunku Abdul Rahman selamat tiba di pangkalan Pusat Hidrografi Nasional Tentera Laut Diraja Malaysia di Pulau Indah, Klang pada September tahun lalu.

KUALA LUMPUR - Panglima Tentera Laut Jen. Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan terdapat kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam.

Beliau berkata, kerosakan mekanikal itu dikesan pada 17 Januari lepas ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.

"Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk yang menyebabkan kapal itu gagal untuk dilancarkan ke bawah permukaan air," katanya./Kosmo

FACEBOOK `I HATE SAIFUL BUKHARI' DAPAT SAMBUTAN HANGAT

'I Hate Saiful Bukhari' dapat sambutan

SHAH ALAM – Laman sosial Facebook terus menjadi medan kepada orang ramai menyalurkan kebencian terhadap individu.

Sasaran terbaru, saksi pertama kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25 yang menjadi mangsa kebencian pelbagai pihak dalam satu akaun kumpulan Facebook mengelarkan diri sebagai ‘I hate Saiful Bukhari’.

Sinar Harian difahamkan akaun kumpulan itu ditubuhkan 5 Februari lalu iaitu pada hari ketiga prosiding kes liwat Anwar, di Mahkamah Tinggi Jalan Duta dibicarakan.

Setakat ini, kumpulan itu berjaya mengumpul hampir 10,000 peminat.

Laman Facebook kumpulan itu juga memaparkan gambar profil Saiful bersut hitam, dalam keadaan terbalik serta tertera perkataan ‘gua benci lu’./sinar

MARI PAKAT BANGKRAPKAN UTUSAN - AZMIN

Utusan Bankrap Melayu Selamat

“Mari bankrapkan Utusan.” Itulah seruan Naib Presiden Parti Keadilan (PKR) , Mohamed Azmin Ali pada ceramah Selamatkan Malaysia semalam.

Azmin mengajak semua masyarakat akar umbi termasuk rakyat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sektor korporat dan swasta di negeri Pakatan Rakyat supaya memboikot dan menghentikan langganan terhadap Utusan Malaysia.

"Saya nak rumuskan, dalam ucapan pada malam ini. Saya nak menjaga orang melayu khususnya dan rakyat Malaysia. Kita kena buat keputusan yang penting pd mlm ni saya nak mencadangkan kpd rakyat Selayang, rakyat Gombak, rakyat Selangor dan rakyat Malaysia. Setuju atau tidak kita lancarkan kempen bankrapkan Utusan Malaysia,"katanya.

Azmin berkata demikian dalam ucapannya di sesi penerangan ‘Selamatkan Malaysia’, semalam.

Hal ini disebabkan tindakan Utusan Malaysia yang sering menyiarkan berita, gambar dan artikel yang memprovokasi keharmonian antara kaum dan memperburukkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Menurut Azmin, Utusan Malaysia tidak memajukan langsung bangsa Melayu malahan meruncingkan lagi masalah perhubungan mereka dengan bangsa lain.

"Utusan Malaysia sebenarnya memperlekehkan dan memperbodohkan orang melayu dalam negara ini .Lagi cepat kita humban utusan malaysia, lagi cerdik orang melayu dalam negara kita,"katanya./TVSelangor

Khamis, 11 Februari 2010

KENYATAAN TPM YANG `KELUAR DARI BONTOT'

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAYSIA menuju ke arah keadaan yang tidak stabil. Itulah bunyinya laporan yang dikeluarkan oleh Perunding Politik dan Risiko Ekonomi (PERC) sepertimana yang disiarkan oleh Malaysiakini hari ini. Maka, TPM Muhyiddin Yassin seperti biasa menangkis dakwaan tersebut dengan menganggap laporan itu `keluar dari hidung'. TPM ini masih menganggap rakyat Malaysia sekarang adalah rakyat seperti di zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman atau pun di zaman Almarhum Tun Razak yang mana rakyat kebanyakannya percaya bulat-bulat kenyataan pemimpin kerajaan, laporan akhbar dan radio pada ketika itu.

Sampai bila Muhyiddin hendak bermimpi indah-indah belaka? TPM ini sememangnya terkenal dengan sikap `penafian'nya walaupun setiap yang dinafikannya beliau gagal mengemukakan hujah atau fakta yang boleh dianggap cerdik sejajar dengan jawatan yang disandangnya. Seperti contoh, beliau pernah menuduh DS Anwar pengkhianat Melayu. Tanpa hujah dan fakta langsung, semata-mata beliau menggunakan mulutnya yang busuk itu. Beliau juga memutarbelitkan kenyataan MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz tentang isu perbincangan PAS dengan Umno. Sebelum ini juga, beliau mahu rakyat Perak menghormati keputusan mahkamah yang dikatakan mengikut lunas demokrasi. Semenjak bila mahkamah menjadi simbol demokrasi di dalam menentukan pemilihan dan pembentukan kerajaan? Malang sungguh TPM ini yang amat cetek pengetahuannya tentang demokrasi.

Kalau Muhyiddin menganggap laporan yang dikeluarkan oleh PERC itu adalah kenyataan yang `keluar dari hidung', suka kita memberitahu beliau bahawa beliau pun sudah lama banyak mengeluarkan kenyataan yang `keluar dari bontot'. Jika ditanya kepada mana-mana pakar ekonomi yang `tidak boleh dibeli' nescaya sememangnya mereka turut bersetuju dengan laporan dari PERC tersebut. Cuba kita lihat bagaimana DS Anwar membuat ulasan tentang pencapaian ekonomi negara di waktu ini, ulasan beliau dipenuhi dengan fakta dan rujukan yang kita sendiri boleh lihat. Berlainan sama sekali dengan Muhyiddin yang bercakap mengikut sedap mulut sahaja. Tidak hairanlah jika kita lihat sekarang Muhyiddin seperti tidak berfungsi di dalam kabinet Najib. Beliau adalah satu-satunya TPM yang paling lemah pernah dilahirkan di negara kita ini.

Mudah-mudahan negara kita dapat diselamatkan dari mempunyai pemimpin seperti beliau. Memang wajar sekali di negeri tempat kelahirannya ramai yang tidak yakin dengan kebolehan Muhyiddin apatah lagi apabila melihat rekod pentadbirannya sewaktu beliau menjadi MB Johor suatu ketika dahulu./Kembali ke laman asal di sini.

JAMIL KHIR DARI KAGAT KEPADA `KAGET DAN KARAT'?

Najib Takut Permohonan Qazaf Anwar.

Oleh: mohdnoorawang

"Seluruh rakyat Malaysia yang peka telah lihat betapa proses keadilan dan proses bicara mahkamah di Malaysia bagaikan sarkas. Jelas badan kehakiman dilacur oleh pemimpin UMNO demi menyelamat pehak tertentu dalam perkara tertentu. Bermula zaman Tun Mahathir badan kehakiman dan mahkamah mengikut telunjuk pemimpin yang berkuasa dalam memutuskan sesuatu kes. Namun satu lagi episod duka badan kehakiman dan mahkamah mengikut telunjuk pemimpin yang berkuasa untuk menentukan sesuatu kes oleh Datuk Seri Najib Razak idolanya Tun Mahathir.

Namun tak cukup dengan jabatan kehakiman dan mahkamah sivil dilacurkan oleh pemimpin umno yang bernama Najib Razak. Hari ini perjalanan mahkamah syariah pula menjadi sasaran pemimpin umno. Permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim dimahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerima bantahan awal atau menolak permohonan qazaf Anwar dengan Saiful Bukhari Azalan dalam kes liwat. Permohonan bantahan awal telah dibuat oleh Datuk Jamil Khir Baharun Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bersama dengan Shamsuddin Husain Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan dan Datuk Che Mat Che Ali Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan. Ketiga-tiga badut ini telah menfaikan permohonan bantahan di pejabat Pendaftar Mahkamaaifulh Tinggi Syariah.

Mengapa permohonan qasaf Anwar Ibrahim untuk membicarakan pertuduhan liwatnya bersama Saiful dibantah oleh Datuk Jamil bersama dua yang lain untuk dibicarakan mengikut undang undang yang sedai ada di Mahkamah Tinggi Syariah. Datuk Jamil tidak bertindak keseorangan dalam hal ini, Orang yang berkuasa berada dibelakang Datuk Jamil ialah perdana menteri Datuk Najib Razak. Dengan itu untuk menyelamat kedudukkan dan pangkat Jamil dan kedua orang tersebut perlu membuat sesuatu agar Najib tidak diperangkap dalam isu qazaf. Malah Jamil, Husain dan Che Mat perlu mencari jalan untuk mengagalkan proses qazaf yang dituntut oleh Anwar Ibrahim. /Tranungkite Online

SIAPA ARAHKAN POLIS RAMPAS BUKU BERKAITAN ALTANTUYA?

Rumah ibu kepada Ahli Pimpinan Tertinggi Parti Rakyat Malaysia (PKR), Badrul Hisham Shaharin diserbu polis petang semalam, bagi merampas buku 'Di Sebalik Misteri Altantuya'.

Badrul yang lebih mesra dikenali sebagai CheguBard ketika dihubungi TVSelangor berkata, beliau sudah menjangka perkara itu.

Katanya, beliau tiada di rumah itu ketika serbuan tapi dimaklumkan ibunya mengenai kehadiran sekumpulan polis ke rumah kira-kira jam 5 petang.

Beliau berkata, polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman itu mahu memasuki rumah ibunya di Seremban yang menjadi alamat tempahan buku itu, tetapi dihalang kerana tiada waran.

"Bagaimanapun, polis mengugut untuk kembali membuat rampasan apabila memperoleh waran geledah," katanya.

Sehingga kini, Badrul berkata, hanya beberapa ratus sahaja berbaki manakala lebih 3,000 sudah dimiliki rakyat yang begitu dahagakan maklumat kes itu.

Beliau berkata, buku yang mendapat sambutan hangat dalam tempoh kurang sebulan itu, akan diulang cetak supaya masyarakat didedahkan dengan kisah sebenar kontroversi itu./TV Selangor

DEBAT ROYALTI MINYAK TANGGUH KERANA WAKIL UMNO MEMBISU

Debat royalti minyak ditangguh
Feb 11, 10


Debat royalti petroleum yang dijadualkan berlangsung di Kota Bharu Sabtu ini, telah ditangguhkan kerana pihak penganjur tidak menerima pengesahan dua ahli panel yang dijemput.

Mereka ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Penganjur debat tersebut, Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) berkata pegawai pejabat dua menteri berkenaan telah mengesahkan menerima surat jemputan debat.

Dua lagi ahli panel - exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa dan naib presiden PAS yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub - telah mengesahkan menyertai debat tersebut.

Walaupun ditangguhkan, kata GEGAR, pihaknya akan berusaha untuk menjayakan program debat tersebut dan akan menetapkan tarikh baru setelah mendapat persetujuan semua ahli panel.

Sementara itu, GERAK meminta rakyat Kelantan - tanpa mengira di mana sahaja - supaya mengibarkan bendera Kelantan di kereta dan premis kediaman sepanjang bulan Mac 2010 sebagai tanda keprihatinan dan komitmen mereka terhadap tuntutan royalti petroleum.

Dalam satu kenyataan, pengerusi bersama GERAK, Dr Abdul Halim Yusof dan
Mohamad Fauzi Abu Samah berkata, langkah itu bertujuan sebagai:

1. Menandakan sokongan terhadap tuntutan rakyat Kelantan mendapatkan royalti petroleum seperti mana perjanjian tahun 1975 yang telah dimeterai.

2. Menandakan sokongan rakyat Kelantan dalam mendokong semangat Persekutuan Malaysia; dan Kelantan sebagai negeri di bawah Persekutuan hendaklah diberikan hak-hak menurut Perlembagaan, undang-undang dan perjanjian yang telah termerai.

3. Bersempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang akan menjelang tidak lama lagi, rakyat Kelantan menzahirkan perasaan kasih dan dekatnya rakyat kepada kepada DYMM al-Sultan.

"GEGAR menyeru seluruh rakyat negeri Kelantan terus berdoa agar Allah s.w.t mengurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan, rahmah dan inayah-Nya kepada DYMM Sultan Kelantan," kata kenyataan itu./Malaysiakini

Boleh Singkir PM Tanpa Undi Tidak Percaya - Prof Dr Abdul Aziz Bari

Profesor Dr. Abdul Aziz Bari menyifatkan keputusan mahkamah persekutuan mengenai isu siapa Menteri Besar yang berpihak kepada UMNO Barisan Nasional, membangkitkan persoalan mengenai kedudukan kerajaan dalam sistem demokrasi dari sisi perundangan.

Professor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa itu berkata perkara ini serius kerana Menteri Besar sepatutnya hanya boleh disingkir melalui Dewan Undangan Negeri.

“Pada hakikatnya kalau di negeri Perak itu Sultan boleh menyingkirkan Menteri Besar tanpa melalui undi tidak percaya dalam dewan secara formal, maka di peringkat pusat juga peringkat persekutuan boleh menyingkirkan perdana menteri tanpa melalui undi tidak percaya,"katanya.

Aziz berkata demikian ketika ditemubual TVSelangor.com

Beliau percaya kepada amalan yang dipraktik selama ini iaitu melalui undi tidak percaya secara formal di Dewan Undangan Negeri bagi menentukan siapa Menteri Besar.

“Jadi, itu yang menyebabkan timbulnya perspepsi ataupun tanggapan bahawa apa yang berlaku itu boleh memberi kesan kepada perlembagaan dan ini semakin boleh mengkompromikan sistem Raja itu sendiri,”katanya.

Kes ini akan menjadi rujukan tetapi malangnya ia perkembangan yang tidak sihat kerana undang-undang pada masa ini boleh menyingkirkan pemimpin dengan mudah, tanpa mematuhi prosedur yang betul.

“Dengan keputusan yang terbaru itu, mengatakan bahawa Menteri Besar ataupun Perdana Menteri boleh disingkir tanpa melalui undi tidak percaya, ini merupakan kesan langsung, dengan kata lain undang-undang yang dihuraikan yang diputuskan mahkamah semalam adalah perkembangan yang tidak sihat pada kes-kes akan datang,”katanya./TVSelangor

NIZAR MB PERAK YANG SAH MENURUT PERLEMBAGAAN - TENGKU RAZALEIGH

27 Safar 1431H
Email : Topeng Perak® Unmasked

“Biar saya lanjutkan apa yang pernah saya katakan mengenai status Menteri Besar”

Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ia merupakan asas dan sumber kepada kuasa undang-undang, dan Raja-Raja telah bersumpah untuk mempertahankannya.

Menurut Perlembagaan, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri.

Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa.
Dua prinsip perlu dijelaskan:

Pertama, kerajaan yang memerintah diasaskan menurut undang-undang dan prinsip yang terdapat dalam Perlembagaan. Inilah yang membezakan di antara kerajaan yang dibentuk secara sah dan yang dibentuk secara kekerasan melalui undang-undang rimba.

Kedua, kerajaan yang dibentuk secara sah menurut Perlembagaan memperolehi kuasanya daripada mandat yang diberikan rakyat, hanya melalui cara itu. Mandat diberikan oleh rakyat kerana kerajaan itu dibentuk menurut Perlembagaan, dan pemimpin-pemimpinny a mereka pilih melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Kita perlu menguji mandat ini secara berkala. Pada waktu-waktu penting seperti apabila sesebuah kerajaan akan dibentuk atau dibubarkan, Perlembagaan memperuntukkan kaedah ujian yang formal dan definitif untuk mengukur sejauh mana mandat rakyat diperolehi oleh kerajaan berkenaan.

Jadi, kita adakan pilihan raya untuk menguji sejauh mana sokongan di kalangan rakyat yang diperolehi oleh seseorang calon pimimpin. Persoalan dikemukakan dalam pilihan raya yan dikawal oleh undang-undang dan persetujuan yang mendahului masa.

Jika pilihan raya tidak diadakan, atau sekiranya pilihan raya itu diragui kebebasan dan keadilannya, maka persoalankeabsahan kepimpinan tidak dapat ditentukan.
Walau seramai mana pun orang berarak dan meneriakkan nama anda, semuanya itu tidak diambil kira. Anda perlu membuktikan bahawa anda mempunyai sokongan pengundi melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Sama juga, Perlembagaan menyediakan satu kaedah definitif untuk menguji sama ada seseorang Menteri Besar atau Perdana Menteri masih mempunyai majoriti di Dun atau Parlimen. Kita akan kemukakan undi tidak percaya di Dun atau Parlimen.

Apa yang akan diambil kira nanti ialah keputusan persidangan tersebut. Ia tidak mengambil kira sebanyak mana akuan bersumpah, peralihan sokongan, sidang media dan perisytiharan yang dibuat. Ia juga tidak mengambil kira berapa banyak bentuk pengiklanan, pameran, tarikan dan tenaga yang ditanggung bagi menghadapi persoalan tersebut.

Bagi menguji secara formal mandat kerajaan sekarang, sama ada di Perak, Sabah atau kerajaan Persekutuan, persoalan perlu dikemukakan kepada rakyat melalui pilihan raya negeri, atau menerusi persidangan melalui undi formal di dewan. Inilah ujian-ujian yang diambil kira dalam demokrasi berperlembagaan kita.

Inilah juga apa yang diertikan sebagai demokrasi berparlimen. Untuk menyingkir atau membentuk kerajaan melalui cara selain itu akan menyalahi Perlembagaan, melunturkan kuasa undang-undang dan berhadapan dengan risiko pembentukan kerajaan yang haram.

Pihak berkuasa yang sah hanya boleh ditubuhkan melalui kaedah demokratik seperti yang disebut oleh Perlembagaan. Kuasa yang sah dan betul berbeza sepenuhnya daripada kuasa buas yang boleh dibeli, jual atau dirampas menggunakan kekuatan.

Tengku Razaleigh Hamzah

SIAPA YANG RUKUK DULU SEBELUM IMAM ? KHALID ATAU HASSAN ALI?

Hadi gagal puaskan hati penyokong Khalid
Jimadie Shah Othman
Feb 11, 10


Setelah bersemuka sendiri dengan penyokong Khalid Samad berhubung isu tindakan disiplin terhadapnya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih gagal memuaskan hati penyokong ahli parlimen Shah Alam itu.

Pertemuan tertutup selama hanya kira-kira 20 minit itu berlangsung pada 5 Februari lalu di Hotel Intekma Shah Alam. Bagaimanapun, kelewatan Abdul Hadi - lebih dua jam - menyebabkan banyak soalan dan "isu-isu besar" tidak dapat diajukan kepadanya.

"Tidak puas hati itu bukannya apa, sebab masa dialog itu pendek. Kita tunggu lama tetapi akhirnya (peluang itu) berlalu begitu," kata pemangku yang dipertua (YDP) PAS Shah Alam, Azli Yusof.

PAS Shah Alam menghantar surat untuk bertemu dengan Abdul Hadi susulan keputusan mesyuaratnya pada 31 Januari yang tidak puas hati terhadap tindakan jawatankuasa disiplin parti yang menggantung jawatan Khalid.

Pada 29 Januari, pengerusi jawatankuasa itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga naib presiden parti mengumumkan, Khalid dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali bersalah, masing-masing terhadap dua pertuduhan terhadap mereka.

Ekoran itu, Khalid digantung jawatan sebagai YDP Shah Alam dan anggota biro politik manakala Dr Hasan hanya diberikan amaran bertulis. Keputusan tersebut yang dianggap berat sebelah mendapat kritikan pelbagai pihak, termasuk di blog.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Azli berkata tidak perlu diadakan pertemuan kedua dengan Abdul Hadi walaupun pertemuan pada Jumaat lalu gagal memuaskan hati banyak pihak.

'Suka menghukum ahli'

"Kalau buat sekali lagi, jawapan (Abdul Hadi) sama juga," katanya.

Dalam pertemuan tersebut kira-kira jam 11.30 malam, hanya tiga soalan sempat diajukan kepada Abdul Hadi oleh anggota Dewan Pemuda, Dewan Muslimah dan Himpunan Penyokong PAS (HPP).

Soalan pertama berkisar tindakan PAS yang didakwanya "suka menghukum ahli berbanding menyelesaikan isu sebenar" iaitu kerajaan perpaduan dengan Umno.

Anggota dewan itu juga berkata, teguran Khalid terhadap Dr Hasan - yang menyebabkan beliau digantung - dibuat berdasarkan tindakan Dr Hasan yang dilihat lari daripada landasan Pakatan Rakyat.

Sementara soalan kedua daripada ketua Muslimat PAS Shah Alam, Zarina Dzulkifli menyentuh soal pendirian parti berhubung tahaluf siasi (kerjasama politik) bersama PKR dan DAP.

Manakala pemimpin HPP berbangsa Cina mengajukan soalan berhubung kegagalan PAS mendepani isu-isu berkaitan bukan Islam di Selangor.

Menjawab kesemua soalan itu tidak sampai sepuluh minit kepada 80 pemimpin dan ahli akar umbi PAS di Shah Alam, Abdul Hadi mempertahankan keputusan jawatankuasa disiplin yang disifatkannya sebagai tindakan "untuk mengatasi kelemahan manusia".

Menurut ahli parlimen Marang itu, kelemahan-kelemahan manusia perlu ditegur dan dinasihat. Kalau ditegur, dinasihat tidak berhasil, perlu diambil tindakan untuk mendisiplinkan.

'Hukuman sangat ringan'

Abdul Hadi juga menyifatkan "tindakan yang ringan" itu sebagai ujian terhadap kesetiaan pemimpin terbabit kepada parti Islam itu.

Beliau juga menyifatkan keputusan yang diambil itu sangat ringan berbanding dengan keputusan (pada tahun-tahun) yang lalu.

Menurutnya, kalau masa dulu, tokoh popular PAS, Almarhum Abu Bakar Hamzah dipecat kerana dituduh mengeluarkan kenyataan akhbar yang bercanggah dengan pusat.

Menurut Hadi, Abu Bakar membuat kenyataan sendiri, maka jawatankuasa disiplin ambil keputusan memecatnya daripada PAS berapa tahun.

Namun begitu, jelasnya, Abu Bakar tidak masuk Umno walaupun dipecat dan akhirnya diterima balik menjadi ahli PAS.

Presiden PAS juga menyifatkan kesalahan Khalid dan Dr Hasan hanyalah kesalahan disiplin, bukannya kesalahan maksiat.

"Cumanya adap kita berjemaah, kadang-kadang rukuk dulu (sebelum) daripada imam, sujud dulu daripada iman," kata Abdul Hadi berkias.

Menyentuh soal pembocoran rahsia parti yang dituduh terhadap Khalid, Abdul Hadi menegaskan bahawa ahli PAS mesti disiplinkan berhubung perkara itu.

Beliau dipetik berkata: "Hal yang begitu tidak boleh dibuka. Dalam kerajaan ada OSA (Akta Rahsia Rasmi), kita tidak ada undang-undang itu."

Menjawab soalan Zarina, Abdul Hadi menegaskan parti hendaklah didahulukan jika bercanggah dengan pendirian Pakatan.

"Antara dua ini, sekiranya berlawanan antara parti dan Pakatan, yang mana kita hendak dahulukan? Mesti didahulukan parti, bukan Pakatan," Hadi dipetik berkata./Malaysiakini


ANWAR DAN NIZAR GEMPUR UMNO MALAM INI DI BATU CAVES

Oleh: WFAUZDIN NS

IBARAT harimau terluka, kedua-dua pemimpin PR yang telah dizalimi ini akan meneruskan perjuangan mereka tanpa mengenal erti tewas dan gentar. DS Anwar kini di dalam proses untuk membersihkan namanya dari terus menjadi mangsa konspirasi politik musuh ketatnya, manakala DS Nizar pula yang baru dirampas kerusinya secara tidak berdemokrasi akan terus mempertahankan haknya. Inilah dua tokoh pemimpin yang tidak pernah serik untuk memberitahu rakyat betapa negara ini sedang menghadapi kehancuran akibat mainan politik yang jahat dan rakus.

Malam ini, bertempat di Dewan Kompleks Sri Siantan, Jalan Sungai Tua, Batu Cave, Selangor mulai jam 9 mlm, kedua-dua pemimpin ini akan mendedahkan berbagai kemungkaran dan kezaliman Umno/Bn. Sudah pastinya rakyat akan menantikan apakah reaksi kedua-dua pemimpin ini setelah keduanya merasai kesan kezaliman ke atas diri mereka. DS Anwar dikatakan telah mula kekurangan sokongan puak reformasi apabila melihat kekurangan golongan ini ke mahkamah beberapa hari lalu. Benarkah begitu? Jika benar, apa perlunya amaran demi amaran dibuat oleh pihak berkuasa untuk mencegah penyokong-penyokong DS Anwar berhimpun secara aman di mahkamah? Baru-baru ini ceramah DS Anwar dihalang oleh mereka, kerana apa? Takut kepada pemimpin yang dikatakan kehilangan penyokong inikah?

Us Azizan pemimpin dari PAS Kedah pula mahu rakyat Perak menerima secara terbuka keputusan mahkamah ke atas DS Nizar. Mursyidul Am PAS pula mahukan rakyat Perak sekurang-kurangnya `benci' kepada keputusan itu dan kerajaan haram yang dilantik itu. Bagaimana pula pendirian kita? Justeru itu, marilah kita bersama-sama mendengar sendiri dari mulut pemimpin yang telah menjadi mangsa kezaliman ini.

Selain dari DS Anwar dan DS Nizar, ceramah pada malam ini juga akan dipanaskan suasananya dengan pidato YB Azmin Ali. Apakah isu di Selangor atau pendedahan penglibatan Pemuda Umno di dalam isu pembakaran gereja seperti yang didakwa oleh YB Azmin turut akan didedahkan? Sama-sama kita saksikan malam nanti.

Harapan kita, kezaliman tidak berterusan lagi malam ini. Jangan lagi ada sekatan untuk merealisasikan demokrasi di negara ini. PR telah diasuh untuk tidak menjadikan negara ini huru-hara dan kacau bilau. Oleh itu, jangan khuatir kepada perhimpunan ceramah malam ini. Kepada pihak berkuasa, utamakan lah tugas kamu membenteras jenayah yang semakin menular sekarang ini dari kamu terus mengawasi kami yang tidak pernah terbukti melakukan huru-hara./Kembali ke laman asal di sini.

Rabu, 10 Februari 2010

KEPUTUSAN MAHKAMAH - KENYATAAN USTAZ AZIZAN DAN TOK GURU NIK AZIZ BERBEZA?


Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca kenyataan Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz di sini, beliau menyeru agar semua rakyat khususnya di Perak agar membenci keputusan yang tidak adil itu. Beliau tidak menggalakkan rusuhan mahu pun demontrasi atau berbuat huru hara, tetapi memadai setiap rakyat benci kepada kerajaan yang didirikan bukan atas pilihan rakyat. YB Nizar tidak pernah melepaskan jawatannya, tiada persidangan undi tidak percaya terhadapnya berlaku di dalam Dun Perak tetapi beliau hilang jawatan sekelip mata di mahkamah. Mengapa tiada usul undi tidak percaya dibuat di dalam Dun Perak sekiranya benar 3 Adun dari PR telah melompat menyokong Bn? Mengapa terus sahaja menggunakan Istana untuk melucutkan jawatan MB Perak?

Bagaimana kita ingin menyeru agar rakyat Perak menerima kerajaan yang dibentuk secara demikian? Oleh yang demikian, seruan Tok Guru Nik Aziz memang releven. Tetapi kenyataan beliau itu dilihat bertentangan pula dengan kenyataan MB Kedah YAB Azizan Razak yang juga merupakan pimpinan PAS. Ustaz Azizan mahu rakyat Perak menerima dengan terbuka keputusan mahkamah. Kenyataan ini tidak ubah sama seperti kenyataan Najib, Muhyiddin dan juga Rais Yatim. Terima saja keputusan itu dan habis cerita. Kenyataan Us Azizan ini secara tidak langsung boleh mematikan semangat yang berkobar-kobar rakyat Perak untuk memperjuangkan keadilan.

Bukan niat untuk mengkritik kenyataan Us Azizan, jauh sekali untuk membandingkan kedua-dua tokoh PAS senior ini. Us Azizan selaku MB Perak sebenarnya telah berjaya mentadbir Negeri Kedah dengan begitu baik sekali. Saya bimbang sekiranya peristiwa di Perak berlaku pula di Kedah, bagaimana agaknya perasaan Us Azizan ketika itu? Amat malang sekali jika terus putus harap dan terus menerima tindakan yang tidak adil berlaku kepada kita.

YB Nizar tentunya ketika ini amat memerlukan sokongan dan kata semangat dari penyokong-penyokong serta pimpinan PAS yang lain. Kenyataan Us Azizan saya lihat tidak menjurus ke arah itu. Beliau mungkin mempunyai `taqlid' yang tertentu tetapi kepada saya `taqlid' dari Mursidul Am lebih baik untuk diikuti. Mungkin Us Azizan tidak mahu kepada huru hara yang mungkin akan berlaku di Perak lanjutan dari keputusan mahkamah tersebut. Mungkin itulah sebabnya Us Azizan berkata sedemikian. Tok Guru Nik Aziz juga tidak mahu kepada huru hara, tetapi pandangan Musyidul Am itu dilihat lebih bijak demi menjaga hati pejuang-pejuang keadilan yang telah bersusah payah sepanjang krisis ini berlaku.

Kita berharap agar YB Nizar tidak patah semangat. Percayalah, rakyat Perak tetap akan mempercayai bahawa satu hari nanti kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat tetap akan wujud di Perak. Jika benar YB Zambry yakin kepada sokongan rakyat terhadapnya, pasti beliau akan membubarkan Dun Perak secepat mungkin. Selagi ianya tidak dilakukan, bererti beliau sendiri tahu rakyat Perak tidak bersamanya. Ia umpama `kahwin paksa'. /Kembali ke laman asal di sini.

Selasa, 9 Februari 2010

ANCAMAN BUNUH - SAIFUL TIDAK LAPOR PADA NAJIB TERUS KE?

Oleh: WFAUZDIN NS

AKU terkejut juga bila dengar khabar ada yang tergamak kirim email ancaman bunuh kepada budak yang kena liwat tu. Samada kita setuju atau tidak dengan budak muda tu, mengapa perlu kita ancam keselamatan beliau. Beliau mungkin sudah teruk menderita sebelum, diliwat serta tidak buang air besar dua hari selepas kena liwat. Itu katanya sendiri kat mahkamah. Jadi, jangan kita bebankan dia dengan ugutan jenayah seperti itu. Lagi pun, bukan anak jantan kita kalau kita mengancam beliau yang juga `anak jantan' walaupun beliau kelihatan `slow and steady'.

Aku samasekali tidak setuju jika sesiapa yang melakukan kerja jenayah ugut seperti itu. Samada ugutan itu berbentuk gurauan atau serius, ianya amat salah di sisi undang-undang. Apa pun tahniah aku ucapkan kepada budak muda `mangsa diliwat orang tua' itu kerana sepantas kilat melaporkan kepada pihak Polis. Laporan itu dibuat kerana beliau bimbang akan keselamatan diri dan keluarganya, katanya. Aku ucapkan syabas kerana budak muda ini tidak menunggu `dua hari' atau pendamkan sahaja ancaman itu sebelum membuat laporan Polis. Cuma, alangkah baik dan lebih berkesan lagi jika budak muda ini terus berjumpa Najib untuk menceritakan bahawa beliau diancam bunuh. Kes bunuh ini lebih besar dari kes liwat, jadi wajar juga kalau budak muda ini berjumpa Najib, bukan?

Tahniah, Saiful kerana cepat bertindak. Mudah-mudahan orang yang membuat ugutan jahat itu dapat diberkas. Ancaman bunuh bukan main-main. Sama juga dengan orang yang suka buat `fitnah' kerana bukankah `fitnah' itu lebih teruk dari membunuh?/Kembali ke laman asal di sini.

TIDAK PERLU PILIHANRAYA, RAJA BOLEH TENTUKAN - NIZAR

Nizar: Malaysia menuju monarki mutlak
Hafiz Yatim
Feb 9, 10


Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini akan mengakibatkan situasi kemungkinan berlakunya monarki mutlak di Malaysia, dakwa menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menurut beliau tidak perlu diadakan pilihan raya kerana raja-raja boleh menentukan siapa yang akan mengetuai kerajaan negeri ataupun pada peringkat persekutuan.

Pada sidang media, sejurus selepas mahkamah menolak permohonannya, hari ini, Nizar berkata: “Ini adalah risiko paling besar yang dihadapi oleh negara masa kini dan kita perlu perbetulkannya. Keputusan mahkamah itu mengketepikan prinsip-prinsip yang ditetapkan dalam perlembagaan.”

Nizar juga berkata dia belum membuat keputusan samada akan merayu berhubung keputusan itu yang mengistiharkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

“Kami akan teliti keputusan bertulis penghakiman dan kemudiannya membuat keputusan,” katanya sambil meminta penyokongnya supaya bertenang.

“Ini adalah hari yang paling sedih bagi Malaysia kerana ia membuktikan sistem penghakiman negara adalah tidak bebas. Sasaran kita sekarang ini ialah merampas semula Perak.

“Rakyat ingin melihat badan kehakiman bebas membuat keputusan. Tetapi berdasarkan apa yang didengar tadi, ia menunjukkan badan kehakiman masih tidak bebas dan dipengaruhi pihak tertentu.”

Menurut Nizar, krisis di Perak tidak sepatutnya berakhir dengan keputusan mahkamah tetapi perlu diserahkan kepada rakyat untuk menentukan siapa yang patut mewakili mereka./Malaysiakini

SAPINA KE MAHKAMAH - WARTAWAN TAK BERANI TANYA NAJIB ?

Saksi Pada Perbicaraan Anwar : Najib Dan Rosmah Membisu

Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor enggan menyatakan sama ada mereka bersedia untuk di panggil ke mahkamah bagi memberi keterangan pada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selasa lalu, Anwar mengesahkan pasangan itu akan disapina untuk memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana mereka berjumpa dengan pengadu Saiful Bukhari Azlan sebelum beliau membuat dakwaan liwat yang disifatkan fitnah itu.

Walaupun hadir dibeberapa majlis rasmi susulan kenyataan Anwar itu, Najib mahupun Rosmah enggan mengesahkan sama ada bersedia ke mahkamah untuk memberi keterangan.

Anwar berkata beliau mempunyai bukti yang cukup untuk mensabitkan bahawa Najib dan Rosmah mendalangi tuduhan fitnah itu semata-mata untuk membunuh karier politiknya disamping mengekang kemaraan Pakatan Rakyat.

Najib dan Rosmah dijangka mengambil jalan pintas yang digunakan oleh Mahathir Mohamad apabila beliau dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan Anwar tahun 1999.

Mantan Perdana Menteri itu yang membuat pelbagai tuduhan terhadap Anwar dikatakan berselindung di belakang mendiang Hakim Augustine Paul yang mengisytiharkan Mahathir tidak perlu memberi keterangan kerana 'tidak relevan' kepada pertuduhan Anwar.

Dalam hal Najib, yang lebih memalukan ialah tindakan media arus perdana enggan mengajukan soalan kepada Najib sama ada beliau bersedia ke mahkamah.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits times, A. Kadir Jasin bersetuju bahawa adalah amalan biasa untuk wartawan bertanyakan soalan seperti itu apabila ia membabitkan orang kenamaan (VIP).

Sebagai contoh, jika penyanyi Datuk Siti Nurhaliza disapina ke mahkamah, ia adalah berita "besar" dan tentunya pemberita wajar bertanya soalan kepada penyanyi itu mengenai kesanggupannya untuk memberi keterangan di mahkamah.

"Dalam situasi sekarang yang ada banyak pelbagai media termasuk media baru, tidak banyak perkara dapat disembunyikan," kata Kadir yang bagaimanapun enggan mengulas secara langsung mengenai keperluan Najib memberi keterangan di mahkamah.

Ketua Pengarang Sinar Harian, Abdul Jalil Ali pula mengelak memberi komen berkaitan keperluan pemberita bertanya soalan mengenai sapina terhadap Najib.

"Saya tidak boleh komen kerana kes masih dalam perbicaraan. Saya tidak tahu sangat hal undang-undang. Berbahaya untuk buat kenyataan yang boleh mengganggu perbicaraan itu," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerjak, Sim Tze Tzin berpendapat, aspek sapina Najib sepatutnya diberi penekanan oleh media massa tetapi media arus perdana seolah-olah sengaja tidak mengendahkannya.

Beliau melihat media arus perdana seakan-akan bergabung sesama sendiri bagi menutup aib yang melibatkan pimpinan BN dari diketahui umum.

Saiful berjumpa dengan Najib beberapa hari sebelum beliau mendakwa diliwat walaupun pemeriksaan pakar-pakar dan doktor hospital swasta dan Kuala Lumpur kemudian mendapati tidak ada bukti klinikal yang menyokong dakwaannya itu. /TVSelangor

BERANIKAH ZAMBRY KE `MAHKAMAH RAKYAT' PULA?

Nazri Abdullah

PUTRAJAYA, 9 Feb: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya membubarkan Dun Perak dan bertarung di 'mahkamah rakyat'.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan ratusan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang masih berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan tengah hari ini.

Bercakap pada sidang media sebelum itu, beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya berhubung Menteri Besar Perak yang sah tidak dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku di negeri itu.

Sehubungan itu, katanya Dun Perak perlu dibubarkan supaya dipilih semula wakil untuk menyelesaikan masalah yang berlaku itu.

Begitupun, beliau menerima keputusan mahkamah itu.

“Kita terima keputusan mahkamah walaupun ia menyedihkan bagi kita,” ujarnya yang juga Adun Pasir Panjang.

Beliau juga menyeru rakyat supaya bertenang dan jangan ada yang bertindak dan melakukan provokasi.

Baginya, keputusan itu merupakan petanda amat hitam di Malaysia kerana rakyat negeri Perak mahu diberi ruang sebesar-besarnya untuk memilih pemimpin negeri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menyifatkan mahkamah belum lagi bebas daripada pengaruh pihak-pihak tertentu.

“Keputusan ini tidak menyelesaikan kemelut negeri Perak. Keputusan ini juga ketepikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, ia juga menjadi demokrasi lebih kusut,” katanya.

Tambahnya, Pakatan Rakyat (PR) akan memperhalusi dan meneliti keputusan tersebut.

Para penyokong PR bersurai sekitar jam 12.05 tengah hari./Harakahdaily

PERLANTIKAN TUAN IBRAHIM SEJAK AWAL LAGI TIDAK KENA - TPJ PAS PAHANG

Cadangan EGM PAS timbul semula
Jimadie Shah Othman
Feb 9, 10


Cadangan Mursyidul Am PAS, Datuk Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini supaya muktamar khas (EGM) PAS diadakan bagi menangani masalah yang berbangkit dalam parti, ditimbulkan semula oleh seorang pemimpin kanan PAS Pahang.

Timbalan pesuruhjaya PAS Pahang, Dr Hamzah Jaafar membuat gesaan tersebut kerana mendakwa jawatankuasa disiplin parti itu dilihat 'gagal' menangani masalah dalam parti itu.

Beliau merujuk kepada keputusan jawatankuasa itu terhadap dua PAS Selangor yang telah menimbulkan pelbagai reaksi yang berat sebelah terhadap kedua-dua pihak.

"Daripada sudut penghakiman sudah adil. Tetapi sebenarnya tidak betul. Walaupun kita kena akur pada keputusan jawatankuasa disiplin, ia mungkin tidak betul.

"Sebab itu ia perlu diselesaikan secara muafakat. Saya hendak petik (pakar perlembagaan) Dr Abdul Aziz Bari, mahkamah tidak selalu menyelesaikan masalah, begitu juga dengan jawatankuasa disiplin," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Dr Hamzah diminta mengulas lanjut mengenai tulisan di blognya, yang antaranya merakamkan kembali ketidakpuasan hati banyak pihak terhadap keputusan jawatankuasa yang dipengerusikan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang juga pesuruhjaya PAS Pahang.

Pada 29 Januari lalu, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali didapati bersalah, masing-masing terhadap dua pertuduhan terhadap mereka.

Bagaimanapun, permulaan rasa tidak puas hati tercetus apabila Khalid digantung jawatan di pelbagai peringkat, manakala Dr Hasan pula hanya diberikan surat amaran.

Dr Hamzah menegaskan, beliau tidak mempertikaikan keputusan jawatankuasa tersebut atau cuba membela exco Pemuda Abdullah Karim - yang paling lantang membuat mengkritik - tetapi meminta kedua-dua pihak dihormati.

Katanya, kedua-dua pihak, sama ada yang menyokong atau menentang keputusan itu, dilihat berat sebelah menyatakan pandangan masing-masing terhadap kedua-dua pemimpin terbabit.

"Sebab itu saya cadangkan kita ambil jalan tengah ( dengan berbincang)," katanya.

"Eloklah kita kembali pada cadangan mursyidul am Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya mengadakan EGM.

"Asalnya hendak selesaikan masalah kerajaan perpaduan, tetapi meleret pula, berkait-kait dengan Khalid pula," katanya.

Beliau berharap pemimpin parti itu di peringkat pusat dapat membincangkan cadangannya itu kerana pemimpin sepertinya hanya boleh memberikan komen semata-mata.

Pada 22 Oktober lalu, Nik Aziz mencadangkan PAS mengadakan EGM membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah" dan isu kerajaan perpaduan.

Antara pemimpin yang dinamakannya, Dr Hasan, timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Bagaimanapun, setelah dibincangkan dalam jawatankuasa pusat parti itu, cadangan tersebut digantikan dengan seminar politik yang turut melibatkan ahli akademik dan pengamat politik.

Sementara itu, Dr Hamzah juga mencadangkan supaya perlembagaan parti itu dipinda bagi membolehkan tokoh PAS yang tidak berada dalam organisasi parti mengetuai jawatankuasa disiplinnya.

"Ambillah orang yang tidak ada kepentingan dalam parti. Kalau orang parti ini mungkin serba salah sikit kalau ahli jawatankuasnya sendiri buat salah.

"Keputusan (melantik Tuan Ibrahim) ini dari awal lagi sudah tidak kena. Harap pimpinan ambil berat," katanya./Malaysiakini

Isnin, 8 Februari 2010

TAHNIAH PKR SELANGOR DAN WILAYAH KERANA BERJAYA KELUARKAN KAKI-KAKI YANG BUSUK

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca berita yang dilaporkan oleh Bernama di sini, sedikit pun tidak merisaukan kita bahkan kita patut mengucapkan tahniah kepada PKR Selangor dan Wilayah. Berita keluarnya beberapa kerat kaki yang busuk dari PKR di Selangor dan Wilayah tidak memeranjatkan kerana sememangnya kita sedia maklum bahawa di dalam PKR masih ada lagi manusia yang lapar dan sentiasa mahu disuap. Mereka masih di alam purba yang mengharapkan PKR akan bertindak seperti Umno apabila berkuasa.

Sejak dari awal lagi sebaik sahaja PR mendapat kuasa memerintah di Selangor, mulut-mulut yang berkaki busuk ini sentiasa menganga untuk disuap. Malang bagi mereka, PR bukan seperti Umno/Bn yang sentiasa mendahulukan kaum kerabat dan rakan taulan. PR adalah wadah perjuangan rakyat dan pemimpin mereka hanya berkhidmat untuk rakyat. Berkali-kali pimpinan PKR mencabar sesiapa sahaja yang tidak dapat menerima alaf politik baru yang memperjuangkan rakyat ini agar keluar serta merta. Nah, Alhamdulillah, mereka ini akhirnya munculkan diri dan mengangkat tangan tidak sanggup lagi `berlapar' tanpa sebarang imbuhan bersama PKR.

Mudah-mudahan lebih ramai lagi yang sedang `berlapar dan menganga' di dalam PKR sekarang ini akan keluar segera dari PKR dan mintalah apa pun dari Umno/Bn agar perut mereka berisi segera. Tahniah sekali lagi kepada PKR kerana sikit demi sedikit parti ini berjaya mengeluarkan beberapa kerat kaki busuk yang banyak merosakkan PKR bagi menghadapi pilihanraya akan datang,/Kembali ke laman asal di sini.

ANTARA DUA KATAK, KATAK EMAS DAN KATAK JAMBATAN

Oleh: WFAUZDIN NS

"KATAK bukan sebarang katak, ini katak emas", Itulah akuan oleh MP Pasir Mas yang menumpang tiket PAS di dalam Pilihanraya Umum yang lalu. Cuba baca akhbar Sinar hari ini. Kita tidak peduli katak itu katak emas ke, katak tembaga ke, katak besi ke, yang penting Berahim Ali mengaku dia katak. Apa jenis katak pun tetap haram dimakan dan menjijikkan. Letaklah apa jenama katak pun, katak tetap perangainya melompat ke sana ke mari. Itulah gambaran Berahim Ali. Cumanya, sedikit kelebihan bila beliau sinonim dengan gelaran raja katak.

Jika raja katak ini beranggapan Rais Yatim juga dari jenis katak, maka kita bersetuju dengan beliau cumanya Rais boleh dipanggil `katak jambatan' kerana peristiwa `membakar jambatan'. Raja katak seperti Ibrahim ini mungkin sesuai diberi nama `katak menumpang' kerana tiket MP yang dipegangnya kini hasil dari menumpang. Umpama mengangkat diri sendiri di dalam tempurung, raja katak ini berkata beliau juga banyak berjasa pada PAS. Jika begitu keadaannya, mengapa PAS sejak dari dulu tidak pernah mempelawa raja katak yang berjasa banyak pada PAS ini untuk menyertai PAS? Ruginya PAS bukan?

Di dalam Umno sendiri pun ramai yang berbelah bahagi untuk memelihara `katak' yang dikatakan emas ini. Maka, sehingga sekarang raja katak ini terawang-awang umpama roh yang tidak sampai ke langit. Beliau berkata kerana sikap beliau yang tegas itu lah kununnya nama beliau popular dan dicemburui ramai. Perasan sungguh raja katak ini. Beliau tidak sedar namanya sering disebut orang kerana beliau terkenal dengan kata-kata atau hujahnya yang seperti kebudak-budakan, ditambah pula dengan sikap `gedebe' tetapi jahil dan penakut. Dulu, sewaktu era reformasi tatkala DS Anwar ditangkap, raja katak ini mendakwa DS Anwar pernah menangis dibahunya. Kemudian, bila DS Anwar dibebaskan beliaulah di antara yang awal-awal terhegeh-hegeh berjumpa DS Anwar tanpa di undang sewaktu DS Anwar mendapat rawatan di Jerman. Itulah yang menyebabkan raja katak ini terkenal.

Katak tetap katak. Bertukar corak bagaimana sekali pun kulitnya orang tetap kenal makhluk yang melompat ini. Oleh itu, kita pakat-pakat lihat nanti raja katak ini akhirnya akan mencium keris telanjang Umno dan penyudahnya Umno sepak sekali lagi katak ini. Adakah selepas itu PAS teringin untuk memelihara katak ini sekali lagi? Kirim salam sajalah./kembali ke laman asal di sini.

Siswa dijemput bertemu Anwar, Khalid Ibrahim esok

Monday, February 8, 2010

Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : Kumpulan mahasiswa Pro Mahasiswa dan semua kumpulan mahasiswa lain yang terlibat dengan pilihan raya kampus baru-baru ini boleh mengadukan sebarang permasalahan dan aduan mereka kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pegawai Khas kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Saifullah Zulkifli berkata, pihaknya kini sedang membuka ruang kepada seluruh mahasiswa yang ingin mendedahkan segala permasalahan dan penyelewengan pihak pentadbiran universiti, khasnya yang berhubung dengan pilihan raya kampus baru-baru ini.

"Dijemput untuk menghadiri pertemuan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama mahasiswa esok," kata beliau kepada erapakatan.com di sini, hari ini.

Pada 5 Februari (Jumaat) lalu, berlaku pergaduhan sengit antara kira-kira 50 mahasiswa di tepi tangga bangunan Kompleks Perdana Siswa (KPS) Universiti Malaya bermula jam 3:30 petang sehingga tamat waktu pejabat.

Kumpulan Pro Mahasiswa Universiti Malaya itu ingin mengirim patung replika demokrasi kepada Timbalan Naib Canselor yang didakwa terlibat dengan beberapa projek membabitkan wang sehingga melumpuhkan kepercayaan mereka terhadap beliau selaku pengendali PRK baru-baru ini.

Di Universiti Kebangsaan Malaya, pada hari yang sama, berlaku perhimpunan besar-besaran anjuran Pro Mahasiswa di kampus tersebut selepas solat Jumaat, gara-gara tindakan pihak pentadbiran universiti itu yang tidak mempedulikan bantahan mahasiswa ke atas keputusan pilihan raya kampus berasaskan sistem e-undi sebelum ini.

Selain itu, di Universiti Putra Malaysia (UPM) pula, berlaku kekecohan apabila pihak pentadbiran universiti berkenaan membatalkan pencalonan kumpulan Pro Mahasiswa ekoran tindakan mereka menjalankan kempen PRK melalui laman sesawang sosial Facebook.

Sikap yang diambil oleh UPM ini bercanggah dengan pendirian Naib Canselor Universiti Sains Malaysia Profesor Dzulkifli Abdul Razak yang menyifatkan kempen PRK tidak perlu dijalankan terlalu lama kerana mahasiswa hari ini boleh menggunakan kempen melalui laman sosial seperti Friendster dan Facebook.

Mahasiswa yang mahu maklumat lanjut berhubung pertemuan bersama Ketua Pembangkang dan Menteri Besar Selangor itu boleh terus menghubungi saudara Saifullah Zulkifli di talian 013-3005461.

MEREKA BERDEMO KERANA FAKTA INI KAH? BODOHNYA MEREKA

Kontraktor Melayu dapat 44 kontrak RM68 juta
Feb 8, 10 2:52pm


Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata daripada 66 projek kerajaan Pulau Pinang dalam tempoh dua tahun lepas, 44 daripadanya bernilai RM68 juta diberikan kepada kontraktor Melayu.

lim guan eng 160305Projek-projek itu adalah berkaitan dengan kerja pemasangan paip oleh Perbadanan Bekalan Air (PBA), katanya kepada pemberita hari ini.

Lim juga berkata sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan projek oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) juga diberikan kepada kontraktor Melayu.

Bagaimanapun beliau tidak menyebut nilai projek-projek itu.

Katanya dengan amalan sistem tender terbuka, kontraktor yang mempunyai kebolehan tidak perlu lagi ke luar negara untuk mendapatkan projek.- Bernama/Malaysiakini

MARI KITA TEKA - APAKAH SOALAN PEGUAM ANWAR?

Oleh: WFAUZDIN NS

SEKADAR main teka-teka, sekiranya peguambela DS Anwar hari ini diberi peluang untuk menyoal balas saksi pertama iaitu Saiful, apakah agaknya soalan-soalan dari beliau? Saya banyak bercerita dengan kawan-kawan tentang hal ini dan di antara ramalan teman-teman yang mungkin dibangkitkan di mahkamah nanti oleh barisan peguambela DS Anwar adalah seperti berikut:

1. Apa TUJUAN UTAMA Saiful berjumpa Najib di Pejabat TPM ketika itu?

2. Benarkah Saiful memohon sokongan Najib untuk mendapatkan biasiswa?

3. Ada atau tidak temujanji dibuat terlebih dahulu sebelum Saiful ke Pejabat TPM?

4. Untuk apa biasiswa itu dipohon, sekiranya benar beliau memohon biasiswa?

5. Benarkah Saiful telah datang bertemu Najib di rumah TPM ketika itu? Dan, jika benar, adakah juga temu janji dibuat?

6. Mengapa Saiful tidak terus membuat laporan Polis sebaik sahaja dirinya diliwat, sebaliknya terus bertemu Najib?

7. Bilakah tarikh sebenar Saiful berjumpa Najib untuk menceritakan dirinya diliwat?

8. Dikatakan kejadian liwat berlaku pada 26hb, mengapa selepas kejadian yang menakutkan itu Saiful masih ingin bekerja dengan DS Anwar?

9. Mengapa Saiful membuat laporan Polis setelah dua hari kejadian dikatakan berlaku?

10. Benar atau tidak, pada 27hb selepas kejadian, Saiful turut serta di dalam satu perjumpaan dengan DS Anwar bersama AIC di mana Saiful menghidangkan air?

11. Mengapa Saiful tidak melawan atau melarikan diri sebaik sahaja DS Anwar mengajaknya melakukan perbuatan keji itu?

12. Apakah dengan hanya sepatah perkataan `WHAT' atau `WHY' dari DS Anwar, maka Saiful terus menuju ke bilik air, mandi serta memakai tuala sehingga berlakunya kejadian itu?

13. Dari mana Saiful memperolehi KY Jelly seperti yang ditunjukkan di mahkamah tempohari? Adakah ia dibawa oleh DS Anwar atau dibawa sendiri oleh Saiful sebelum berlakunya kejadian tersebut?

14. Sekiranya KY Jelly itu dibawa oleh DS Anwar, adakah DS Anwar meninggalkannya selepas digunakan atau menyerahkannya kepada Saiful?

15. Sekiranya Saiful yang membawanya, adakah Saiful tahu bahawa dirinya akan diliwat?

16. Adakah DS Anwar pernah membawanya ke mana-mana tempat untuk membeli pakaian untuk dihadiahkan kepadanya?

17. Jika tidak pernah, bagaimana DS Anwar boleh tahu saiz seluar dan baju yang dipakai oleh Saiful ?

18. Bagaimana seluar dalam Saiful yang ditunjukkan di mahkamah tempohari boleh berada di tepi mesin basuh rumah tunangnya?

Dan, masih banyak lagi yang kami bincangkan tentang kemungkinan dalam soal balas ini nanti. Tentunya peguambela DS Anwar sudah bersedia untuk berbuat apa sahaja demi membuktikan bahawa tuduhan ini merupakan satu konspirasi. Manakala, keadilan juga turut diberikan kepada Saiful yang sebelum ini begitu tidak sabar untuk memberi keterangan di mahkamah. Akhirnya, mahkamah juga akan buat keputusan. Sekiranya anda ada soalan yang anda ingin ramalkan, nyatakan di ruangan komen artikel ini.

InsyaAllah, kebenaran akan mengatasi kebathilan. Jika tidak di dunia, pastinya akan diberi di Akhirat. Laknat dan celakalah bagi mereka yang munafik. /Kembali ke laman asal di sini.

KRITIK JK DISIPLIN PAS - US NASA MAHU DEWAN PEMUDA TEGAS AMBIL TINDAKAN

Keputusan Jawatankuasa Disiplin Perlu Di Taati


Oleh: admin_ann

"Berikut adalah temuramah ringkas pihak ANN bersama YB Ust Nasharudin Mat Isa di KLIA sejurus sebelum beliau berangkat ke Doha, Qatar.

ANN : Selepas Jawatankuasa Disiplin PAS membuat keputusan dengan memberi amaran kepada Pesuruhjaya Pas Selangor, YB Dato Dr. Hasan Ali dan menggantung jawatan parti selama 6 bulan kepada Yang DiPertua PAS Shah Alam, YB Khalid Samad, kedengaran suara-suara dikalangan blogger, ahli dan pimpinan PAS sendiri yang tidak berpuashati terhadap hukuman tersebut,lebih-lebih lagi dikalangan pengikut dan rakan-rakan YB Khalid Samad. Bagaimana YB melihat perkembangan tersebut?

YB Nasharudin : Selepas keputusan keluar masih terdapat respon-respon yang seolah-olah mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin tersebut. Saya ingin memberikan nasihat dan pandangan di sini. Pertamanya, keputusan jawatankuasa disiplin itu adalah keputusan yang dibuat secara kolektif oleh jawatankuasa bukan oleh individu, bukannya oleh pengerusi jawatankuasa disiplin dan sudah tentulah selepas menerima bahan-bahan bukti yang sewajarnya dan selepas mengadakan perbincangan dan juga selepas mengadakan soal jawab bersama mereka yang terlibat, keputusan tersebut telah dibuat.

Isunya saya lihat ada beberapa kenyataan termasuk kenyataan yang keluar daripada pimpinan Dewan Pemuda yang merupakan salah seorang ahli jawatankuasa pemuda yang mempertikaikan keputusan tersebut.Ini adalah sebuah jamaah Islam, sebuah gerakan Islam, sebuah parti Islam yang mempunyai disiplinnya sendiri. Disiplin itu adalah disiplin untuk kita mentaati keputusan parti. Memang parti tidak pernah menyekat seseorang untuk memberikan pandangan, pendapat dan sebagainya, tetapi pandangan dan pendapat itu mestilah dalam kerangka jamaah itu sendiri, dalam kerangka Islam,dalam kerangka adab dan akhlak Islam.Saya melihat mempertikaikan kenyataan/keputusan jawatankuasa disiplin ini adalah sedikit keterlaluan kerana saya sebutkan tadi keputusan itu dibuat secara kolektif dan bagi saya keputusan ini bukan sekadar perlu dihormati tetapi perlu ditaati keputusan tersebut kerana itu mewakili parti dan ianya telah dibuat dengan penilitian dengan bahan bukti dengan temubual dengan mereka yang berkenaan dan bukan sesuatu yang dihasilkan oleh individu-individu tertentu di dalam jawatankuasa tersebut.Jadi disiplin ini adalah disiplin yang perlu kita fahamkan kepada seluruh ahli bahawa sebuah jamaah Islam,

kita perlu akur kerana ianya bukan melanggar syarak tetapi cuba melaksanakan tuntutan syarak itu dan kalau terus menerus mempertikaikan keputusan-keputusan parti dan juga keputusan jawatankuasa disiplin ini akan menimbulkan suasana yang tidak sihat di dalam parti dan boleh membawa kepada keretakan yang akan memberikan kesan yang negative kepada parti kita.Saranan saya adalah sepertimana juga yang telah disebut oleh Yang Berbahagia Setiausaha Agong dan pengerusi Jawatankuasa Disiplin.

Sebagai Timbalan Presiden, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan peringatan kepada ahli-ahli kita bahawa keputusan parti dan dalam konteks ini yang diwakilkan kepada jawatankuasa disiplin, harus ditaati dan tidak perlu dibuat ulasan-ulasan yang boleh menimbulkan spekulasi yang berbagai tentang keadaan di dalam parti kita. Kalau ada permasalahan yang tidak puas hati, bawa ke dalam parti. Kita punya mekanisma tertentu di dalam parti yang boleh kita bangkitkan sesuatu isu ataupun menyelesaikan sesuatu isu bukan untuk dibawa urusan rumahtangga ini kepada media luar untuk diketahui oleh seluruh dunia.Mungkin ramai orang yang pandai menulis, yang pandai berikan pandangan/pendapat, tetapi sekali lagi mestilah di dalam kerangka yang telah ditetapkan oleh parti sendiri.

ANN : Perlukah tindakan dikenakan terhadap ahli jawatankuasa dewan pemuda yang mengeluarkan kenyatan terbuka mempertikaikan keputusan jawatankuasa disiplin tersebut?

YB Nasharudin : Saya difahamkan Dewan Pemuda sudahpun membuat satu perbincangan khabarnya kebarangkalian tindakan yang diambil ke atas exco yang berkenaan. Bagi saya Dewan Pemuda harus firm disini, harus bertegas dalam konteks ini kerana ianya melibatkan keseluruhan dewan itu dan juga keseluruhan parti. Jadi, mereka harus bertegas untuk tindakan yang sewajarnya dikira perlu untuk diambil bagi memastikan ianya tidak menjadi satu kanser yang akan merebak di dalam parti.

Sumber: Tranungkite Online

Ahad, 7 Februari 2010

EZAM `RAJA SESUMPAH' DARI INDON HASUT RAKYAT MENJADI BARUA SEPERTI DIRINYA

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA memang telah menjangkakan bahawa mamat Ezam `raja sesumpah' atau `raja kotak' ini pasti muncul tatkala isu DS Anwar panas. Ini adalah kerana perjuangan Ezam cuma satu iaitu musnahkan karier politik DS Anwar. Baginya selagi DS Anwar disokong oleh rakyat, ia akan meletakkan Ezam sebagai `pencacai hina' di sisi Umno. Kemasukan beliau ke dalam Umno bukan tidak bersyarat, dan DS Anwar adalah sasarannya. Justeru itu, umpama anjing lapar, beliau akan mencari apa jua bangkai yang perlu dimakannya asalkan perutnya berisi. Nah, bangkai telah dijumpai di mana media pencacai sahaja yang boleh dijadikan makanannya. Utusan Meloya, TV 3 Suku dan beberapa media lain yang terkenal dengan `pengampu' nombor Wahid kepada Umno adalah tempat raja kotak ini mencari makan. Media alternatif lain? Kirim salam.

Terbaru di sini, akhbar Sinar turut menyiarkan kenyataan Ezam raja sesumpah agar rakyat tidak mempercayai lagi DS Anwar. Tanpa fakta, tanpa hujah kukuh dan lebih dahsyat lagi dengan emosinya selaku orang yang tertendang keluar dari pejuang reformasi, Ezam cuba menghasut rakyat agar menjadi beku dan dungu sepertinya. Mamat yang lama tinggal di Indon ini cuba kembali dan keluar dari tempurungnya untuk mengambil kesempatan di saat beliau lihat DS Anwar sedang terluka akibat fitnah. Baginya ini lah saat paling sesuai untuk menyerang DS Anwar kerana tokoh reformasi ini sedang bergelut dengan tindakan zalim diktator pujaan Ezam. Dendam Ezam raja sesumpah ini tidak pernah padam terhadap DS Anwar serta seluruh keturunannya. Ezam pernah menyerang isteri DS Anwar seorang wanita bahkan ernah menyerang anak perempuan DS Anwar juga. Inilah Ezam yang memang wajar Umno letakkannya di dalam `kotak' di hujung tandas.

Di dalam kenyataannya di akhbar Sinar hari ini, Ezam becadang untuk membawa yayasan dari Indon itu ke Malaysia kununnya berjuang untung menentang rasuah. Sesiapa yang tidak pecah perut ketawa dengan kenyataan Ezam itu, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Di era Najib dan Rosmah, di dalam keadaan KJ jadi Ketua Pemuda Umno, di saat Ali Rustam masih kekal sebagai KM Melaka, Ezam cuba menjadi jaguh kununnya untuk membebaskan rasuah. Sedangkan ketika beliau berada di dalam GERAK, apa yang Ezam lakukan? Mana hasilnya laporan Polis beliau yang berkotak-kotak dahulu ketika beliau berada di dalam GERAK? Perjuangkan yang itu dahulu, wahai mamat.

Kita sedar, Ezam muncul tiba-tiba kerana disaat ini DS Anwar mesti diserang. Pilihanraya di Perak mungkin bila-bila masa sahaja dan seperti biasa Ezam akan keluar mencari makan. Bukti telah menunjukkan, setiap kali Ezam muncul pasti akan membawa `bencana' buat Umno. Bila Ezam tidak muncul di Bagan Pinang, Umno menang besar. Di tempat lain, Umno bungkus dan Ezam lari semula ke Indon. Di mana suara Ezam tentang misteri pembunuhan Altantuya dan apa komen Ezam tentang dua Akuan Sumpah Bala? Ezam tidak bersuarakah tentang kehilangan injin pesawat dan juga isu PKFZ? Bagaimana pula komen Ezam tentang kaki rasuah yang dilantik sebagai pemimpin Umno dan juga Ketua Menteri? Soal kebocoran rahsia keselamatan negara yang dikata bocor baru-baru ini, masakan Ezam tidak tahu? Soal hak royalti di Kelantan dan Terengganu seperti yang diterangkan oleh Ku Li semasa ceramah di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini adalah masalah kezaliman terhadap dua negeri Melayu terbesar. Di mana suara Ezam?

Mulut Ezam terkunci dari menyentuh soal ini kerana beliau pernah memberitahu rakyat, "Tunjukkan pada saya siapa yang memasuki Umno itu ikhlas?" Ezam telah buktikan kata-katanya. Ezam tidak perlu lagi buang masa bersumpah ke hulu ke hilir kerana nilai sumpah Ezam sama nilai dengan tisu tandas buat rakyat. Bukankah beliau pernah berjanji tidak akan memasuki mana-mana parti termasuk Umno sewaktu beliau berada di dalam GERAK? Kita boleh dengar kembali kata-kata beliau itu di dalam blog saya ini, kerana saya amat berminat dengan pidato Ezam sewaktu beliau masih berakal dahulu.

Saya nasihatkan Ezam, jika ingin mengampu biarlah berpada-pada. Jangan jadi seperti jurucakap Najib yang terlalu mengampu sehingga dicampakkan orang. Bukan mudah untuk menjadi pejuang yang boleh dipercayai rakyat kerana rakyat ingin melihat apa yang kita perjuangkan. Apa yang Ezam perjuangkan semenjak beliau bermazhab Umno? Cuma satu, iaitu memburukkan imej DS Anwar dan sehingga kini perjuangan beliau tidak pernah berjaya. Ini adalah kerana prinsip dan perjuangan beliau dengan DS Anwar tiada tandingan. Ezam kini bercakap seperti Ketua Pemuda Umno Cawangan yang berbual kosong di warung kopi.

Apa pun, kita berharap Ezam kembali sedar kerana kita tidak mahu bekas Ketua Pemuda KeADILan ini terus-terusan dibuli oleh Umno. Tidak sanggup lagi kita melihat Ezam umpama anjing yang memungut bangkai di merata-rata demi untuk sesuap nasi. Cukuplah, wahai mamat./kembali ke laman asal di sini.

SIRI JELAJAH NAJIB - BILA KUCING TIADA, TIKUS BERKELIARAN

Beranikah Najib ke Mahkamah?
Oleh: WFAUZDIN NS

TIDAK menghairankan sejak dua tiga hari ini dan ianya akan berterusan, Najib akan terus menjelajah bumi Malaysia ini dengan membawa retorik-retoriknya sambil menabur `gula-gula' buat rakyat. Beliau merasa agak selesa dan selamat berbuat demikian kerana DS Anwar kini Justify Fullsibuk berulang alik ke mahkamah untuk mempertahankan dirinya sebagaimana beliau dakwa sebagai fitnah dan konspirasi jahat ke atasnya. Pada waktu ini lah Najib merasa saat paling sesuai kerana diwaktu DS Anwar diaibkan, beliau akan menonjolkan dirinya kununnya sebagai pemimpin pembela nasib rakyat.

Mungkinkah Najib tidak sedar bahawa setiap kali rakyat menatap wajahnya, rakyat seperti ingin melihat apakah beliau berani hadir ke mahkamah apabila di sapina oleh DS Anwar? Kita lihat setiap kali Najib ke mana-mana, memang ramai yang menanti, almaklumlah, pasti ada `gula-gula' yang ditaburkan. Di Melaka, berpuluh buah bas yang datang membawa manusia yang ingin makan percuma. Pengumuman demi pengumuman yang Najib istiharkan seolah-olah beliau begitu mengambil berat tentang nasib rakyat. Baru-baru ini di Kg Baru, KL usah ditanya sambutan ke atas Najib. Orang-orang di Kg Baru lebih tahu kerana di kawasan itu sudah seperti kampung halaman DS Anwar. Namun, Najib berani menjejakkan kakinya ke situ untuk mencuba nasib ketika beliau tahu DS Anwar kini lebih menumpukan kes terhadapnya. "Apabila kucing tiada, tikus berkeliaran".

Adakah dengan kehadiran Najib rakyat telah lupa apa yang berlaku di negara ini? Mana mungkin rakyat lupa bahawa ekonomi negara ini terlalu teruk di kalangan negara-negara jiran kita? Rakyat tidak lupa hadiah istimewa darinya berupa kenaikan harga gula sempena tahun baru. Rakyat tertanya apakah kesudahannya skandal PKFZ dan kecurian injin pesawat yang memakan duit rakyat berbillion ringgit itu? Hati kita juga musykil apakah negara ini selamat setelah terbongkarnya cerita maklumat pertahanan kita bocor kepada negara asing. Najib tidak dapat lari dari menjawab cabaran dari Tengku Razaleigh berkaitan isu royalti minyak melibatkan Kelantan dan juga Terengganu. Bukankah Kelantan dan Terengganu merupakan dua buah negeri yang majoritinya hampir 100% Melayu berugama Islam, tetapi mengapa kedua-dua negeri ini diumpamakan negeri `Tok Fakir'? Tidak malukah Najib bila mengaku beliau pemimpin Melayu yang berjuang di dalam parti yang kununnya membela orang-orang Melayu?

Kisah pembunuhan Altantuya masih tidak selesai di mulut rakyat. Di mana keberanian untuk mencari dan membawa pulang seorang saksi penting berkaitan kes tersebut yang telah membuat akuan bersumpah melibatkan Najib iaitu Bala? Bagaimana pula kesudahan drama rampasan kuasa di Perak? Adakah Najib akan berlepas tangan terhadap kesemuanya ini? Mungkin bagi rakyat yang tidak mementingkan ketelusan dan tanggungjawab, mereka mungkin akan sentiasa mengikut belakang Najib asalkan diberi makan. Tetapi tidak semua yang sanggup menjual maruah diri lebih-lebih lagi maruah negara tercinta ini ke tangan pemimpin seperti Najib.

Sebelum saya akhiri tulisan ini, saya ingin bertanya kepada rakan-rakan perwira kita di kem Bagan Pinang, Port Dickson yang baru-baru ini banyak membantu parti Najib mencapai kemenangan di dalam Pilihanraya Kecil di sana. PDRM telah mendapat kenaikan gaji, apakah anda semua akan menanti pilihanraya satu lagi untuk menuntutnya? Apakah anda di sana sudah melihat tanda-tanda Padang Futsal disiapkan? Bagaimana dengan wifi di seluruh kem yang dijanjikan beserta kolam renang? Jika belum ada tanda-tanda, bersabarlah, tunggulah pilihanraya sekali lagi./kembali ke laman asal di sini.

Jom Kongsi Dalam FB Anda