RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 9 Februari 2010

TIDAK PERLU PILIHANRAYA, RAJA BOLEH TENTUKAN - NIZAR

Nizar: Malaysia menuju monarki mutlak
Hafiz Yatim
Feb 9, 10


Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini akan mengakibatkan situasi kemungkinan berlakunya monarki mutlak di Malaysia, dakwa menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menurut beliau tidak perlu diadakan pilihan raya kerana raja-raja boleh menentukan siapa yang akan mengetuai kerajaan negeri ataupun pada peringkat persekutuan.

Pada sidang media, sejurus selepas mahkamah menolak permohonannya, hari ini, Nizar berkata: “Ini adalah risiko paling besar yang dihadapi oleh negara masa kini dan kita perlu perbetulkannya. Keputusan mahkamah itu mengketepikan prinsip-prinsip yang ditetapkan dalam perlembagaan.”

Nizar juga berkata dia belum membuat keputusan samada akan merayu berhubung keputusan itu yang mengistiharkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

“Kami akan teliti keputusan bertulis penghakiman dan kemudiannya membuat keputusan,” katanya sambil meminta penyokongnya supaya bertenang.

“Ini adalah hari yang paling sedih bagi Malaysia kerana ia membuktikan sistem penghakiman negara adalah tidak bebas. Sasaran kita sekarang ini ialah merampas semula Perak.

“Rakyat ingin melihat badan kehakiman bebas membuat keputusan. Tetapi berdasarkan apa yang didengar tadi, ia menunjukkan badan kehakiman masih tidak bebas dan dipengaruhi pihak tertentu.”

Menurut Nizar, krisis di Perak tidak sepatutnya berakhir dengan keputusan mahkamah tetapi perlu diserahkan kepada rakyat untuk menentukan siapa yang patut mewakili mereka./Malaysiakini

16 ulasan:

  1. PRU12:
    UMNO 27
    PAS 6

    BalasPadam
  2. bangang punya nizar.."Menurut Nizar, krisis di Perak tidak sepatutnya berakhir dengan keputusan mahkamah tetapi perlu diserahkan kepada rakyat untuk menentukan siapa yang patut mewakili mereka./Malaysiakini"

    Saper yg bawak gi mahkamah?
    Rakyat dah tentukan dlm PRU12 lalu.
    Lain kali belajar la mengira.

    BalasPadam
  3. UMNO LAGI BANGANG LA MACHA....
    RAMPAS KUASA GUNA "KATAK"...
    MEMANG DASAR ORANG UMNO MAKAN BENDA HARAM...

    BalasPadam
  4. LU lagi bodoh..
    PRU 12 di Perak sape yg rakyat pilih?PR atau BN haprak..

    Lain kali jgn jd buta perut xdak akai...

    BalasPadam
  5. Kalau UMNO berani buat pilihanraya semula, aku anak Perak tak bekenan bebenor Zamry Mamak jadi MB Perak....

    BalasPadam
  6. LU PUN BODOH LA UMNO GILA

    BalasPadam
  7. Kehakiman Malaysia dah jadi seperti Zimbabwe, yang berkuasa akan menentukan keputusan setiap kes.

    BalasPadam
  8. dah agak dah... klu kalah kt mahkamah kata hakim kena bayar, klu kalah pilihan raya kata SPR kena byr, come on la... open ur mind.

    BalasPadam
  9. Hahahaha.... meroyan semua2 ni.
    Mlm ni nak nyalakan lilin kat mana? Aku nak dtg ni.. tp bukan nak join.. aku nak tiup satu persatu.
    Hahahaha....

    BalasPadam
  10. haram ttp haram...la ni dgn kputusan hakim barua trus jd haramjadah...
    lahanatla sapa2 yg trlibat 7 keturunan...
    pi jahanam dgn bee end...matilah kamu suma dgn hina skali...

    BalasPadam
  11. Rampas??
    16 sept tu boleh pulak?

    Itulah yg dikatakan org tamak selalu rugi. Yg dikejar tak dpt, yg dikendong berciciran.

    BalasPadam
  12. Fuyooo.. maki mamun tu. Doa pecah perut pun ada. Camni ker sifat2 org yg kononnya memperjuangkan Islam?
    Malu la perangai camni.
    Klu tak malu pada musuh politik korang.. sekurang2nya malu la pada Allah SWT.

    BalasPadam
  13. taat lah pada raja selagi baginda tidak menyuruh melakukan kemungkaran, gua percaya baginda melakukan yg terbaik utk negeri perak. Kembalilah pada islam. Apakah islam mengajar umat menderhaka pd raja??? Ingat..orang yg menderhaka pada raja akan dihina Allah di dunia lg.. ustaz kazim (PAS) sila turun kebawah dan bg ceramah sikit pada kawan2 seangkatan ente...buat malu je...menjatuhkan martabat orang islam.
    Nak berpolitik berpolitiklah cara sihat..bukan menggunakan islam utk kepentingan diri..

    BalasPadam
  14. Bekas Ketua Hakim Negara????

    BalasPadam
  15. sekarang ni undi tak percaya tak payah buat kat DUN, buat dlm longkang jer dah kira sah...

    BalasPadam
  16. Nak komen disini, gunakan akal dan fikiran.
    Jangan guna emosi. Sumpah menyumpah, maki memaki bukan caranya. Komen tu biarlah ada fakta, gunakan ilmu yang ada..

    Komen kita biarlah dalam bentuk ilmiah dan biarlah cerdik.. kita hari ini, bukanlah dizaman jakun. Dizaman sekarang, semuanya dah
    berpelajaran. Gunakan bahasa yang baik dan bersopan santun..

    BalasPadam