RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 1 November 2013

PRK DUN SG LIMAU - MANA LEBIH BAHAYA, GAMBAR EDIT ATAU SUSU TAMAT TEMPOH?

MEDIA telah mainkan isu gambar edit yang terdapat di dalam risalah kempen PAS di PRK Dun Sg Limau.  Apakah itu satu isu yang besar dan merugikan rakyat berbanding dengan bantuan susu 'tamat tempoh' yang diberikan oleh mereka kepada para pengundi di sana?

Tiada apa yang kelihatan besar salahnya tentang gambar edit itu kecuali menampakkan hanya kesilapan teknikal PAS yang mungkin kurang teliti di dalam menyediakan risalah.  PAS berani mengaku kesilapan dan memohon maaf atas kesilapan itu.  Jika mahu ditonjolkan calon PAS pernah bersama Almarhum Us Azizan sebagai bahan kempen, bak kata Mahfuz Omar memang banyak gambar-gambar calon tersebut bersama Almarhum Us Azizan.  Ini menunjukkan tiada niat samasekali PAS untuk menipu rakyat, dan apa untungnya jika menipu sekalipun?  

Susu tamat tempoh untuk rakyat?
Jika gambar calon itu ditonjolkan sedang memberi bantuan kepada rakyat miskin, atau sedang menziarahi rumah orang-orang miskin di sana, sedangkan gambar itu adalah di edit, itu baru betul ada maksud penipuan yang menguntungkan PAS.  Tetapi ini hanya gambar menunjukkan calon bertemu MB Kedah waktu itu.  Pelikkah jika ahli PAS, bahkan pimpinan muda dari PAS mengunjungi MB Kedah yang juga pemimpin PAS?  Tidak pelik, bahkan pernah berlaku.  Silapnya, gambar itu bukan gambar calon PAS tetapi sebenarnya di edit dari gambar kakitangan atau wartawan Sinar.  Itu silap kecil yang dibesarkan walaupun PAS mengakui itu satu kesilapan oleh pereka yang menyediakan risalah kempen.

Adakah PAS menipu?  Jawabnya tidak.  PAS hanya cuai saja.  Yang menipu adalah pereka risalah tersebut dan orang itu wajib diberhentikan kerana sedikit sebanyak memalukan PAS.  PAS hanya cuai dari segi menyemak semua risalah sebelum diedarkan.  Siapakah yang bertanggungjawab menentukan risalah ini?  Orang itu patut diambil tindakan oleh PAS.  

PAS hanya cuai di dalam menentukan risalah yang tepat.  Apakah PAS berniat untuk menipu sedangkan tiada keuntungan apa-apa?
Dari segi moralnya, PAS tidak menipu untuk kepentingan politik.  Tiada untungnya PAS mahu tunjuk calon PAS itu berjumpa Almarhum Us Azizan kerana itu memang lazim berlaku.  Oleh itu, media perdana cuba gambarkan PAS sanggup menipu sedangkan media tersebut tidak pernah sebut satu penipuan yang lebih dahsyat bila mana bantuan susu diberikan kepada rakyat di sana adalah susu telah tamat tempoh.  

Ini lah kerja media yang besarkan perkara kecil dan lenyapkan perkara yang lebih besar.  Harga gula dinaikkan atas alasan mahu jaga kesihatan rakyat dari kencing manis atau diabetes, di dalam masa yang sama rakyat diberikan susu tamat tempoh.  Butakah rakyat di Dun Sg Limau terhadap perkara ini?  Jangan butakan mata hati sewaktu buat pilihan.  Cukuplah anda diperbodohkan sebelum, semasa dan selepas Pilihanraya Umum yang lalu. 

Isnin, 28 Oktober 2013

MOHON SOKONGAN RAKAN-RAKAN SEMUA

ANDA mungkin telah mengetahui kewujudan Radio KOBAT FM, iaitu Radio Kor Bekas Angkatan Tentera (KOBAT) stesen radio internet yang bersiaran selama 24 jam.  Siaran radio ini anda boleh ikuti melalui TUNEiN sekiranya anda mempunyai tel bimbit, Tab atau Ipad yang mempunyai aplikasi Anroid.  Taip saja "KOBAT FM' pada carian TUNEiN anda.



Sekiranya ingin mendengar siaran radio ini melalui blog atau link, anda boleh klik pada http://kobatfm.blogspot.com .  Blog ini dan juga beberapa blog telah pun mempunyai siaran radio ini secara automatik.  Masih banyak kekurangan pada radio KOBAT FM, terutamanya tenaga DJ yang setakat ini dikendalikan oleh saya selaku DJ tetap dan DJ sementara iaitu DJ Kak Em.  Sehubungan itu, DJ akan bersama anda pada waktu-waktu tertentu yang mana kami akan hebahkan terlebih dahulu melalui FaceBook saya, FaceBook DJ Kak Em, FaceBook Kelab Kobat FM Pendengar dan juga di Fanpages KOBAT FM sendiri.



Radio ini mempunyai objektif untuk memberikan hiburan kepada anda di samping menyampaikan maklumat-maklumat atau isu-isu semasa khususnya berkaitan politik.  Tentunya radio ini membawa agenda Pakatan Rakyat kerana ianya diasaskan oleh PKR Pahang dan diresmikan oleh Ketua Umum, DS Anwar sendiri.

Namun demikian, sebagaimana yang kita maklum mengendalikan radio internet banyak cabarannya terutama di dalam menguruskan dana bagi menampung operasi radio ini.  Kita maklum, radio internet yang bersiaran 24 jam memerlukan belanja yang besar.  Kami bernasib baik pada awal penubuhannya kami telah menerima beberapa bantuan daripada pihak-pihak tertentu dan individu yang menyokong kewujudan radio alternatif ini.  Namun, setiap bulan kami terpaksa menampung kos pembiayaan internet dan server dan tugas DJ di radio KOBAT FM ini tidak bergaji dan sukarela.  Bagi kami itu tidak penting, yang pentingnya adalah pengurusan radio ini.

Kami sedang berusaha untuk mencari mana-mana pihak yang sanggup menaja siaran kami.  Bagi anda yang tidak berkemampuan untuk membantu kami, memadailah anda semua menyokong usaha kami dengan mendengarkan siaran kami terutamanya sewaktu DJ bertugas.  Justeru itu, saya memohon jasa baik anda yang ikhlas menyokong usaha kami ini untuk menyertai Fanpages KOBAT FM agar segala maklumat berkaitan radio ini dapat kita kongsikan bersama.

Untuk menyertai Fanpages KOBAT FM, anda hanya perlu klik di link yang diberikan ini dan LIKE sahaja.  Sokongan anda amat kami hargai agar radio ini terus dipanjangkan hayatnya, InsyaAllah.  Klik di sini ----->