RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 8 Jun 2013

HIMPUNAN 505 PADA 15 JUN - JIKA RASA 'TERPAKSA' JANGAN TURUN

HIMPUNAN 505 di jadualkan di Padang Merbuk, KL pada 15 Jun ini adalah satu perhimpunan AMAN.  Rakyat Malaysia masih beradab dan bersopan di dalam menyuarakan bantahan, buktinya di dalam beberapa siri Himpunan Rakyat Black 505 di beberapa negeri sebelum ini berjalan dengan penuh aman, tidak seperti yang berlaku di Stadium Darul Makmur, Kuantan baru-baru ini di dalam Perlawanan Bolasepak Separuh Akhir Pertama, Piala FA di antara Pahang menentang Johor DT.

Khabarnya permohonan untuk menggunakan Padang Merbuk, KL masih menemui jalan buntu.  Kita tidak kisah apa pun mainan mereka kerana rakyat sudah lali dengan mainan jijik seperti ini.  Pihak berkuasa berkata, permit boleh diberikan asalkan pemilik padang tersebut membenarkan padang mereka untuk digunakan.  Pemilik padang pula menyatakan pihak mereka tiada masalah untuk membenarkan padang itu digunakan asalkan pihak penganjur mendapat kebenaran dari pihak berkuasa.  Mainan apakah ini?  

Di sebalik ini semua, terdapat pula di kalangan kita menyebut kita sertai himpunan ini kerana 'terpaksa".  Siapa yang memaksa mereka?  Semenjak bila kita menganjurkan perhimpunan dengan 'memaksa' orang?  Dari Himpunan BERSIH 1.0, BERSIH 2.0, BERSIH 3.0, Himpunan HKL, Himpunan Black 505 dan beberapa himpunan kecil yang lain, adakah kita dipaksa?  Apa yang kita tahu, kumpulan yang menyebut 'terpaksa' itu pun tidak pernah nampak batang hidung mereka di dalam setiap perhimpunan jauh sekali dari dapat menghidu gas FRU.

Amat malang sekali golongan seperti ini.  Mereka di kalangan orang yang sepatutnya meniupkan semangat Jihad tetapi begini lagak mereka.  Jika kamu tidak berminat atau gentar untuk hadir himpunan aman, usah  banyak membebel kelak kamu tidak lagi dihormati.  Jika kamu rasa 'terpaksa' hadir, lebih baik jangan hadir kerana kamu akan menyemakkan mata memandang.  Hadirlah dengan Nawaitu yang jelas iaitu untuk memperjuangkan keadilan dan menentang penipuan, InsyaAllah, dapat pahala dari Allah SWT.


Khamis, 6 Jun 2013

HIMPUNAN 15 JUN - KITA PILIH RUANG YANG SEMPIT SELAGI ADA RUANG

HIMPUNAN 505 di KL pada 15 Jun ini dilakukan secara aman.  Oleh kerana ianya dibuat secara aman, maka kita ada pula Akta Himpunan Aman.  Mengikut DS Anwar Ibrahim, Himpunan 15 Jun ini adalah sepakatan daripada Pakatan Rakyat dengan kerjasama beberapa NGO.

Siapa mahu kata himpunan itu nanti perhimpunan haram atau himpunan menghuru-harakan negara?   Jangan cepat keluarkan fatwa, sila rujuk kepada Pakatan Rakyat dahulu.  Kita tidak akan menyerah kepada kezaliman dan penipuan.  Aku sokong himpunan aman selagi kita ada ruang di negara ini walaupun ruang itu sempit, gunakan ruang yang sempit itu terlebih dahulu.  Jika semua ruang telah ditutup, tentulah ruang 'jalanan' akan kita terokai.

Mereka jangan fikir kita pilih himpunan aman untuk selama-lamanya.  Kita masih waras untuk buat pilihan, jadi pihak kerajaan mesti peka dengan kehendak rakyat.  Pilihan kita selama ini amat bersopan dan berhemah sekali, walaupun ada yang lebih suka kita redha dan bersabar.  Berbagai pendapat dari kalangan kita dan kita sama-sama raikan asalkan kita tidak menghalang kehendak majoriti rakyat yang mahu berhimpun.




Isnin, 3 Jun 2013

"PENULIS KIASU" TIBA-TIBA PUJA PAS.....

ADUHAIII....Penulis "Kiasu" Ridhuan Tee.  Di dalam akhbar Sinar hari ini (03 Jun 13), "Penulis Kiasu" tersebut tiba-tiba memuji dan memuja PAS.  Siapa lupa bagaimana hebatnya "Penulis Kiasu" yang lebih Melayu dari Melayu berbangsa Tiong Hua ini mengutuk PAS sebelum PRU 13 yang lalu?  Mengapa hari ini si Pengampu mula memuji dan memuja PAS?  Tidak lain dan tidak bukan, mahu cari makan kerana mahu menulis apa jika tiada modal lagi?

Aku mahu jawab satu persatu hujah bodoh Sang Kiasu ini.  Pertama, dia sebut semenjak kebelakangan ini pemimpin PKR semakin kurang ajar dengan PAS.  Beliau mengambil contoh sikap Ketua Wanita PKR, YB Zuraidah yang mendakwa Kerusi MB Selangor adalah milik PKR sewaktu isu pengisian jawatan MB Selangor baru-baru ini.  Hujah tersebut aku sokong, tetapi bukan mewakili PKR yang kurang ajar tetapi YB Zuraidah yang 'kurang ajar'.  Aku sendiri telah menulis mengkritik Ketua Wanita tersebut di dalam blog ini sebelum ini.  Ketua Pemuda PAS Selangor juga telah bangkit mengkritik sikap YB Zuraidah tanpa perlu menunggu Ridhuan Tee membuka mulut mengambil kesempatan.  Sekarang, Ridhuan Tee sudah ketinggalan bas.  Mengapa lembab sangat?

Hujah bengap beliau seterusnya adalah tentang perebutan kerusi yang bertindih di beberapa tempat di antara PAS dan PKR.  Isu ini pun Ridhuan Tee terlewat bas kerana isu ini menjadi topik panas di alam maya di antara ahli-ahli dan penyokong PAS serta PKR.  Masing-masing ada hujahnya tersendiri bagaimana berlakunya pertindihan kerusi.  Adakah dengan itu hubungan PAS dan PKR tergugat?  Jawapannya tidak kerana kami ahli-ahli PKR dan PAS sedia maklum kami bebas mengkritik sesama kami demi untuk melihat parti pujaan Penulis Kiasu terkubur.  Siapa tidak pernah mendengar Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim dikritik?  Siapa tidak pernah mendengar Presiden PAS dikritik?  Inilah hebatnya kami.  Harapan Ridhuan Tee untuk melihat berlaku perpecahan di antara PAS dan PKR, kemudiannya PAS melutut dengan Umno samalah juga dengan harapan Ridhuan Tee untuk melihat dirinya berubah dari seorang Cina kepada Melayu.

Hujah Ridhuan Tee bahawa PAS meletakkan calon di Damansara kononnya atas alasan PAS tolak Sosialis ternyata hujah yang bangang.  Bagaimana pula di Dun Sg Acheh?  Siapa Sosialis di situ?  Chegu Bard?  Mengapa berlakunya pertindihan di situ?  Ini bermakna hujah tolak Sosialis bukan hujahnya, tetapi adalah kerana percaturan pimpinan yang tidak tepat dan lewat buat keputusan untuk menentukan calon.  Bukan masalah Kerusi tersebut asalnya Kerusi PAS yang mahu direbut oleh PKR kerana banyak Kerusi PKR pada asalnya milik parti tersebut diserahkan juga kepada rakan-rakan di dalam PR.  Contohnya di Bentong.  Parlimen Bentong PKR serahkan kepada DAP, bahkan di dalam Parlimen Bentong tiada satu pun Kerusi Dun diperolehi oleh PKR.  Adakah PKR Tamak?  Di Gelang Patah juga begitu, dan banyak berlaku di tempat lain.  Ini menunjukkan hujah Ridhuan Tee bahawa PKR tamak Kerusi satu hujah yang kebudak-budakan.

"Penulis Kiasu" ini mendakwa PAS silap 'bertahalluf Siyasi" dengan PKR dan DAP.  Hujahnya Tahalluf Siyasi tidak boleh berlaku dengan mereka yang menolak Islam.  Cuba sebutkan satu hujah DAP tolak Islam?  Adakah kerana DAP menentang hukum Hudud (atas faktor Perlembagaan) maka DAP tolak Islam?  Adakah sikap DAP menentang rasuah, kronisme, menentang ISA, menentang kezaliman, menyokong hak asasi manusia dan berbagai lagi kemungkaran Umno/Bn itu sebagai bukti DAP tolak Islam?  Jika di dalam 10 perkara yang dituntut oleh Islam, DAP hanya tentang satu perkara maka DAP tolak Islam?  Bagaimana pula dengan Umno sendiri?  Sudahlah Umno menentang Hukum Hudud, laksanakan pula amalan rasuah bahkan mengangkat pemimpin yang terang-terang rasuah.  Usah ditanya kepada MCA dan Gerakan.  Siapa tidak tahu apa yang Chua Soi Lek perkatakan tentang hukum Islam.  Ridhuan Tee dibutakan matanya untuk melihat semua ini.

Baru-baru ini, Lim Guan Eng selaku KM P.Pinang menubuhkan Jawatankuasa Anti Murtad.  Adakah ini bererti DAP anti Islam?  Lim Guan Eng tidak perlu menunggu Hassan Jati mahu pun Zul Kulum untuk beliau laksanakan usaha membenteras gejala murtad ini.  Biarlah Hassan Jati dan Zul Kulum menyalak siang malam bercakap pasal murtad, tetapi Lim Guan Eng lebih dahulu lakukan dari negeri-negeri di bawah Umno.  Anti Islam kah DAP?

Cukup-cukuplah Ridhuan Tee mahu memperlihatkan kebodohan beliau.  Jika mahu cari makan pun tolonglah malu sedikit dengan ilmu yang beliau ada walaupun terlalu sedikit tetapi carilah keberkatan.  


Ahad, 2 Jun 2013

MENIPU HUKUMNYA HARAM, MELAWAN PENIPUAN PUN HARAM?

MENGAPA cepat sangat berfatwa?  Himpunan Rakyat "Black 505" Suara Rakyat Suara Keramat boleh menjadi 'haram' semata-mata mereka tidak menyokong kerajaan minoriti sekarang?  Paling nampak tok peti ini ketinggalan zaman adalah bila beliau sebut himpunan yang mencetuskan huru-hara itu diharamkan oleh Islam, sedangkan satu contoh pun tok peti ini tidak tunjukkan mana satu program Himpunan Rakyat yang telah pun mencetuskan huru-hara.

Huru-hara yang merosakkan negara semua kita tahu hukumnya haram.  Sebab itulah kita bangkit menentang puak yang menghuru-harakan demokrasi di negara ini dengan cara menipu untuk terus berkuasa.  Hukum menipu rakyat jelas haram, kita bangkit melawan penipuan itu pun haram juga?

Kepada tok peti yang kolot ini, aku nasihatkan kalau kamu tidak mahu melaksanakan suruhan Allah agar menentang penipuan atau sengaja serah diri untuk ditipu, lebih baik kamu jangan bercakap.  Jika kamu bercakap akan memperlihatkan kejahilan dan kedunguan kamu.  Jika kamu seorang saja yang nampak bodoh tidak mengapa sebab kamu tidak pernah cerdik pun selama ini bila memberi komen tentang isu-isu politik.   Tetapi, perbuatan ampu kamu itu akan menjejaskan imej ramai lagi tok peti-tok peti yang lain.

Kita mahu beritahu, kita di dalam Himpunan Rakyat khususnya "Black 505" ini tidak akan ke jalanraya selagi suara kita didengari.  Kerajaan tidak boleh memaksa kita untuk ke jalanraya dengan meneruskan kezaliman dan kerakusan kuasa dengan menangkap sesiapa sahaja yang mereka suka.