RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 19 September 2015

RAIKAN KEMASUKAN TSKI KE DALAM PAS

KHABAR menyatakan TSKI akan sertai Pas.  Alhamdulillah, elok benar tu.  Tak manis terlalu lama menjanda, dan jangan terlalu memilih pasangan hidup.  Cukuplah dengan yakin bahawa pasangan itu secucuk dengan kita.

Bagi KEADILAN, tentunya tidak merasai kesan apa-apa kerana KEADILAN sentiasa mendukung konsep demokrasi.  Jika KEADILAN telah memecat TSKI maka tentulah KEADILAN tidak lagi boleh menghalang TSKI untuk membujang lama seperti Faekah atau untuk memilih pasangan hidup politiknya.  Jika KEADILAN boleh terima keluarnya Prof Dr Aziz Bari dari parti dan sertai Dap, dan KEADILAN juga boleh terima penyertaan MP Tumpat, KJ dari Pas untuk sertai KEADILAN, maka kemasukan TSKI ke dalam Pas adalah sebahagian dari proses demokrasi itu.

Apa yang penting KEADILAN mesti terus maju ke hadapan. 

Jumaat, 18 September 2015

HABIS IDEA, WALAUN MAIN ISU LOGO AMANAH


SAMADA logo Amanah itu diciplak atau ianya satu kebetulan, dari segi kebijaksanaan untuk mempromosikan parti baru ini lebih baik ianya ditukar.  Lagi pun Parti Amanah Negara belum pun didaftarkan atau diluluskan oleh ROS dan belum pun ada bendera resmi Amanah ini.

Memanglah logo itu tiada kaitan dengan dasar atau prinsip parti berkenaan.  Baik atau buruknya parti itu terletak pada dasar dan kepimpinannya.  Namun, logo itu tidak kurang pentingnya kerana melalui logo dan bendera itu nanti segala program dan aktiviti Amanah ini boleh dipromosikan.  Tidak lah bijak jika ada logo lain yang seakan-akan menyerupai logo Amanah.

Biarkan bendera Pas dikatakan seakan bendera Jepun mahupun Bangladesh atau mana-mana sekalipun, bahkan Jalur Gemilang pun seakan-akan bendera Amerika Syarikat, namun memandangkan Amanah masih baru dan masih belum diluluskan oleh ROS, maka tidak terlewat untuk menukar logo berkenaan.

Cuma pelik sedikit apabila yang kecuh tentang logo Amanah ini adalah dari walaun.  Mungkin sudah kehabisan idea untuk mencari salah dan silap Amanah.  Percayalah, jika logo Amanah ini nanti ditukar, walaun hati busuk ini tetap terus mencari salah Amanah.  Maklumlah, "Bai'ah cerai talak tiga" sudah tidak laku lagi kerana di dalam dunia ini bukan Pas sahaja yang ada Ulamak.  Mereka yang berani keluar Pas yang terikat dengan Bai'ah ini lebih awal mendapatkan pandangan dan hukum berkaitan isu Bai'ah cerai talak tiga ini.

Jadi, tidak pelik jika mereka menggunakan isu logo Amanah sebagai satu isu besar seolah-olah berdosa besar menggunakan logo yang hampir sama dengan pihak lain.  Lucunya mereka tidak cermin parti mereka sendiri.  Bukankah puak-puak ini memang suka menghukum?




Khamis, 17 September 2015

BIJAK ATAU TIDAK SIKAP KEADILAN DAN AMANAH?

RAMAI yang bertanya mengapa seolah-olah KEADILAN mahu sangat kepada PAS untuk berada di dalam gabungan Pakatan 2.0?  Kita semua tahu hakikat bahawa sebaik-baik bala tentera untuk berdepan dengan musuh tentunya tentera yang digabungkan di antara darat, laut dan udara.  Serangan dari segenap penjuru pastinya lebih memberi kesan berbanding serangan yang tidak menentu dan kadangkala tersasar ke kubu rakan-rakan sendiri.  Ertinya, penyatuan itu penting jika serius mahu menjatuhkan rejim.

Aku melihat tawaran KEADILAN kepada Pas ini lebih kepada konteks tersebut.  Namun, KEADILAN juga sedar bahawa Pas tidak berminat langsung dengan Dap dan Amanah.  Ertikata lain, Pas yakin boleh jatuhkan rejim hanya dengan KEADILAN sahaja.  Sebaliknya KEADILAN tidak berfikiran begitu.  Dap juga sedar diri bahawa partinya telah dibuang oleh Pas di dalam muktmar yang lalu.  Walaupun sehingga kini kita tidak tahu status yang sah daripada AJK Pas Pusat untuk menerima usul yang dibawa oleh Dewan Ulamak Pas di dalam Muktamar yang lalu, dan diluluskan oleh MSU tetapi terhenti setakat itu.    Apa pun, hakikatnya Pas telah menolak Dap.

Amanah, sebuah parti yang baru dilancarkan semalam berpendirian sama seperti KEADILAN namun meletakkan syarat bahawa Pas mesti berubah sikap.  Amanah lebih faham sikap Pas sebelum ini terutamanya stail Hj Hadi selaku Presiden Pas.  Presiden Amanah, Mat Sabu adalah mantan Timbalan Presiden Pas.  Beliau lah yang sering dijadikan wakil oleh Hj Hadi di dalam banyak mesyuarat atau perjumpaan dengan pimpinan PR dulu.  Lihat seperti sekarang pun, Ustaz Tuan Ibrahim pula merasai apa yang Mat Sabu rasai.  Telah dua kali perjumpaan Pas dengan KEADILAN bagi membincangkan penyertaan Pas ke dalam Pakatan 2.0 yang mana Us Tuan Ibrahim dihantar mewakili Presiden.  Amanah tahu komitmen Hj Hadi, sebab itu tidak salah jika Amnah meletakkan syarat.

Bagaimana dengan Pas?  Meskipun Nik Abduh sebut memang Pas tidak boleh bersendirian dan ini juga diakui oleh Timb Mursyidul Am, iaitu MB Kelantan bahawa Pas berharap Dap sanggup berunding semula dengan Pas.  Ertinya, mereka sedar Pas tidak mampu bersendirian.  Tetapi berlainan dengan Hj Hadi.  Pas kuat dan mampu bersendirian.  Melihat kepada kelazimannya, aku yakin akhirnya semua akan wala' dengan Hj Hadi.

Oleh itu, jika Pas tidak bersama Pakatan 2.0, maka terlepaslah 'dosa' KEADILAN dan Amanah dari dituduh khianat kepada Pas.  Pas sendiri memilih untuk yakin bahawa partinya kuat dan mampu sendiri.  Ikut emosi, memanglah ramai yang mahu KEADILAN buat keputusan segera putus hubungan dengan Pas.  Namun, bila difikir jauh sedikit, ada bijaknya cara KEADILAN dan Amanah ini untuk melepaskan diri dari Pas.  Itu pun jika Pas ada maruahnya sendiri.


Rabu, 16 September 2015

Ini bukan muktamar atau Kongres Rakyat, jauh sekali himpunan merah

Ini bukan muktamar atau Kongres Rakyat, jauh sekali himpunan merah.
 

Hari ini, Pelancaran Parti Amanah Negara peringkat Kebangsaan. Parti "nyamuk' yang dibidani oleh Mat Sabu ini baru berusia beberapa hari saja tapi telah memiliki jiwa yg besar apabila bersedia menerima sesiapa saja termasuk parti lamanya untuk bersama dalam Pakatan 2.0 nanti. Malangnya, pihak di sana agak sukar menerima kehadiran parti ini.

walau bagaimanapun, atas dasar kemanusiaan, adab juga akhlak, Parti Amanah ini sependapat dengan KEADILAN untuk 'mempelawa' Pas bersama atas prinsip rejim harus dijatuhkan melalui muafakat semua parti Pembangkang dan Ngos. Masalah satu pihak yang merasakan kekuatan bersendirian itu kita serahkan kepada mereka. Memang terlalu sukar untuk memikirkan bagaimana mereka boleh bersama Amanah kerana gelaran \pengkhianat' yang telah mereka berikan pada Amanah. Lojik akal, tidak mungkin satu parti Islam boleh bertahalluf dengan 'pengkhianat'. Tapi tidak mustahil ada "ijtihad' baru nanti.
 

KEADILAN pun begitu. KEADILAN tahu di peringkat akar umbi, mereka sudah serik. Tapi, satu2nya kelemahan pimpinan KEADILAN adalah mereka suka "berbaik sangka' walaupun bila di tahap keterlaluan berbaik sangka, ahli2 di bawah jadi meluat. Salah satu sebab aku masih yakin dengan pendekatan KEADILAN ini adalah kerana masih ramai pimpinan utama di dalam KEADILAN yang siang malam membantu Amanah. Walaupun telah di"ugut' jika KEADILAN membantu Amanah, Pas akan memutuskan hubungan dengan KEADILAN, namun kita tetap ada prinsip iaitu sesiapa saja yang ingin melawan rejim Umno/Bn boleh kita berkawan. Cuma yang tidak pasti, apa prinsip mereka selepas KEADILAN terang-terang membantu Amanah?

Syabas kepada Amanah. Satu lagi parti Islam yang ingin merealisasikan Islam yang syumul akan berada di dalam saf Pakatan 2.0. Pendekatan Amanah "Serulah ke arah Tuhanmu dengan Hikmah dan bijaksana serta ihsan" adalah sejajar dengan ajaran Islam. Kehadiran pada hari Pelancaran Amanah ini amat di luar jangkaan di dalam masa yang sama himpunan merah diadakan.

Adalah diharapkan Amanah tidak menjadi 'anjing' yang hanya tahu menyalak 'babi' di atas bukit. Amanah juga tidak perlu menjadi seperti 'babi\ yang berada di atas bukit. Amanah mesti menjadi 'pemburu' anjing gila dan babi tidak kira di mana berada.

Isnin, 14 September 2015

KJ DAN MUHD MUHAMAD TAIB SERTAI KEADILAN, MACAI TSKI PULA YANG MEROYAN

AKU dah agak akan ada yang sakit hati bila MP Tumpat, Kamarudin Jaafar serta mantan MB Selangor, Muhd Muhamad Taib menyertai KEADILAN.  Bukan AMANAH atau Dap yang sakit hati tetapi pihak lain.  Mereka lebih suka agaknya kalau kedua-dua tokoh ini sertai Umno.

Tidak kurang juga yang sakit hati itu penyokong TSKI.  Mereka ingat bila TSKI dipecat dari KEADILAN, maka parti ini pun berkubur.  Alhamdulillah, tiada TSKI masih ada yang lebih berwibawa dari mantan MB Selangor korporat ini.  Tabik aku kepada MP Tumpat yang berani mara menungkah arus 'Bai'ah' .  Beliau tahu, di dalam dunia ini terlalu banyak Ulamak muktabar yang boleh dirujuk bukan hanya ulamak Rusila sahaja.  Tidak munasabah hanya perlu merujuk kepada ulamak yang pernah menfitnah orang lain sebagai pengedar pil kuda dengan hanya berselindung dengan alasan tidak sebut nama.

Ada yang tanya, tidakkah Amanah terasa hati bila KJ melompat menyertai KEADILAN, bukannya parti Amanah?   Jawapannya mudah, KEADILAN juga tidak merasa kecil hati bila Prof Aziz Bari sertai Dap.  Khabarnya, Mustafa Kamil Ayob pun mahu sertai Pas.  Ada KEADILAN kecil hati?  KEADILAN bukan ada 'Bai'ah Talak Tiga".  Mereka bebas untuk sertai mana-mana parti politik yang mereka rasa baik untuk perjuangan mereka.  Jika mereka sertai Umno, mungkin sedikit sedih sebab kita kesihan ahli-ahli kita berada di dalam parti sesat dan mengarut itu.

Pedulikan apa orang nak kata.  Pewala' TSKI memang ramai yang mahu melihat KEADILAN tersungkur.  Mereka bela Pas pun bukan kerana Pas itu kononnya dasar Islam, tetapi sakit hati dengan KEADILAN semata-mata.  Sebab itu, mereka cuba mahu panaskan keadaan para penyokong Amanah agar mereka marah kepada KEADILAN seolah-olah KEADILAN mempengaruhi KJ untuk bersama KEADILAN.  Alhamdulillah, pimpinan Amanah profesional dan terbuka.  Bahkan Salahuddin Ayob ucap tahniah kepada KJ dan Muhd Muhamad Taib kerana bersama Pakatan melalui KEADILAN.

Pas pun tidak boleh marah walaupun Ketua Pemudanya kecewa kerana KEADILAN terima KJ.  Gamaknya kalau KJ pilih Umno, tentu Nik Abduk seronok sangat.  Tentulah ada yang tidak kena bila KJ tinggalkan Pas.  Patutnya Pas cari apa punca dan kelemahan parti tersebut sehingga menjadi semakin teruk sekarang.