TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

SIAPA MB SGOR PILIHAN ANDA?

Sabtu, 7 Julai 2012

APA LOJIKNYA ANWAR MAHU BERSARA DARI POLITIK?

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA DS Anwar menyebut bahawa beliau mungkin akan memikirkan untuk bersara di arena politik sekiranya PR gagal mengambil alih Putrajaya selepas PRU ke 13 akan datang, maka tokoh Pembangkang yang pertama mengulas isu ini adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz.  Kemudiannya beberapa pimpinan dari PKR dan DAP serta tidak ketinggalan juga dari beberapa tokoh Umno.

Ulasan Tuan Guru Nik Aziz penuh pengertian iaitu DS Anwar seharusnya terus `mengajar' rakyat Malaysia berpolitik tidak kira samada PR menang atau tewas.  Pimpinan dari PKR sepertima kenyataan Naib Presiden PKR YB Nurul Izzah terus mempertahankan Ketua Umum iaitu ayahandanya sendiri bahawa PKR masih memerlukan bimbingan DS Anwar.  Pimpinan DAP pula tegas dari dulu iaitu DS Anwar mesti mengetuai PR dan DAP tetap yakin kali ini rejim Umno/Bn akan tumbang di Putrajaya.



Berbeza dengan ulasan pimpinan Umno.  Di antaranya kenyataan Fuad Zakarshi dan Idris Haron yang masih ragu-ragu akan kenyataan DS Anwar dan menganggap itu hanya satu kenyataan politik dan permainan psikologi bagi meraih simpati.  


Secara peribadi, saya bersetuju dengan kehendak DS Anwar itu.  Ada lojiknya kerana sudah terlalu lama DS Anwar menghambakan dirinya untuk rakyat dengan berbagai dugaan dan fitnah yang beliau tempuhi.  Kini, usia beliau mencecah 65 tahun di dalam keadaan tidak begitu cergas akibat penyakit tulang belakang yang dihidapinya.  Namun, tokoh reformasi ini terus melupakan semua itu dan pada setiap saat tiada waktu yang tidak melibatkan beliau dengan rakyat jelata.  Sabab hari, siang dan malam DS Anwar bersama rakyat, susah dan senang.  Tidak terfikir oleh kita, di dalam usia se tua itu, tokoh ini mampu bergerak di dalam dua atau tiga program serentak pada satu malam, kadangkala menjelajah di dua negeri dalam tarikh yang sama.  Terlalu kuat staminia yang `dipaksa' oleh DS Anwar.



Dari segi psikologi, amat mustahil tokoh yang sudah berusia ini mampu bergerak seaktif ini di dalam keadaan ditekan begitu hebat oleh musuh-musuh politik beliau melalui serangan tidak pernah putus melalui media.  Tuduhan seks, liwat, ejen asing, rasuah, fahaman ugama liberal, pro kaum Cina dan berbagai lagi tuduhan yang sehingga kini tiada satu pun yang dapat dibuktikan dan dipercayai rakyat yang bijak.  Malahan serangan berbentuk fizikal melibatkan diri dan keluarga beliau sendiri.  Bukan satu fitnah apabila kereta beliau disabotaj, anak beliau YB Nurul Izzah diugut melalui SMS, di baling batu ketika ceramah, kereta dikemekkan dan berbagai lagi sehingga beliau dapat menyaksikan bagaimana seorang tua penyokong kuatnya berdarah di hadapan beliau akibat dibaling batu oleh rejim sekutu Yahudi.



Beliau cuba hadapinya dengan kekuatan tenaga yang tidak sekuat orang muda.  Kekuatan rohani yang ada beliau memberanikan diri untuk mencabar ketua rejim Umno iaitu Najib Razak agar berdepan dengannya di pentas debat sebagai menebus penderitaan rakyat yang selama ini dizalimi oleh rejim sekutru Apco itu.  Malangnya, Najib yang lebih muda dari beliau, bukan lelaki sejati.  Najib hanya layak menjadi Menteri Wanita.  Najib sehingga kini terus mempamirkan sikap penakutnya untuk berdepan dengan DS Anwar.  Najib terpaksa gunakan media untuk melindungi telornya yang hilang di dalam seluar.

Di dalam usia mencecah 65 tahun sekarang ini, DS Anwar mungkin memikirkan apakah beliau boleh berdiri sekuat sekarang untuk 5 tahun lagi seandainya PR tidak mampu ke Putrajaya?  Jika PR tewas (Nau'zubillah) di dalam PRU ke 13 nanti, kita terpaksa menunggu untuk 5 tahun lagi.  Ketika itu, tokoh ini telah mencapai usia mencecah 70 tahun.  Mungkin beliau berfikir, apakah yang boleh beliau lakukan di dalam keadaan usia sedemikian?  

Saya juga boleh bersetuju jika kenyataan DS Anwar ini merupakan kenyataan psikologi yang baik.  Beliau mahu semua pemimpin dan penyokong di dalam PR, terutamanya di dalam PKR sendiri untuk bekerja keras dari sekarang seperti yang beliau telah lakukan.  Jika mahu beliau menerajui negara ini di dalam keadaan masih bertenaga seperti sekarang, tiada pilihan lain kecuali rampas Putrajaya di dalam PRU ke 13 ini.  Di samping itu, pimpinan semua parti di dalam PR mesti lah bersedia untuk menampilkan tokoh muda yang berkaliber bagi meneruskan perjuangan ini.  



Umumnya, kita menyokong PKR atau PR bukan kerana tubuh DS Anwar.  Samada beliau masih ada bersama kita, atau beliau di dalam penjara, mahupun beliau bersara atau pergi selama-lamanya dari dunia yang fana ini, kita yang masih hidup wajib terus berjuang tumbangkan rejim zalim Umno/Bn.  Cuma, pada waktu ini, ketika dan saat ini, kita perlukan nakhoda yang kuat, gagah dan licik seperti DS Anwar.  Tapi, untuk 5 tahun akan datang kita tidak tergamak lagi untuk `memaksa' tokoh ini terus menghadapi dugaan dan fitnah seperti yang sedang beliau hadapi sekarang. /wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 5 Julai 2012

VIDEO - CERAMAH DI HADAPAN WARGA TENTERA/BEKAS TENTERA DI PORT DICKSON



Sebagai bekas tentera, aku ingin berkongsi beberapa perkara dengan warga tentera/bekas tentera untuk bersama melakukan perubahan.

Pada 30 Jun yang lalu, aku dijemput berceramah di Batu 4, Port Dickson khusus bagi penerangan kepada warga tentera/bekas tentera.  Semoga kita bersama lakukan perubahan DEMI RAKYAT.

Rabu, 4 Julai 2012

BETAPA BANGSATNYA HASSAN JATI APABILA GILA KUASA

Oleh:  WFAUZDIN NS
 
DI DALAM mana-mana ceramah Hassan beras JATI@Akidah ini kita akan dapati isi kandungan tetap sama iaitu mensasarkan PAS, Anwar dan DAP.  Maka, dibawa lah isu kononnya PAS, Anwar dan DAP ini adalah anti Islam serta suka jika umat Islam ini dimurtadkan.  Ertikata lain, hanya beliau dan Umno sahaja yang amat prihatin dengan gejala murtad ini.
 
 

Jika dahulu orang ramai kenal Hassan Ali adalah penceramah hebat, tambahan pula beliau adalah bekas Pengacara atau Pengerusi Forum Perdana Ehwal Islam sewaktu kegemilangan rancangan ini bersama dengan Ahli Panel seperti Prof Dr Haron Din Al-Hafiz, Us Ismail Kamus dan Tuan Ibrahim Tuan Man.  Waktu itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam amat popular sekali. Itu dulu.

Sekarang sejajar dengan namanya yang berubah kepada Hassan JATI@Akidah, beliau masih popular tetapi tidak lebih popular dari betina Umi Hafilda jika pun tidak satu level dengan Datuk Nalla.  Kalau Umi Hafilda betina tua yang masih bujang ini popular dengan ceramah lucah dan fitnah, Hassan JATI juga tidak kalah.  Umi Hafilda yakin Anwar kaki seks, Hassan JATI pun selalu mempersoalkan moral Anwar.  Ertikata lain, "jodoh" Hassan JATI dengan Umi Hafilda ini umpama "pinang dibelah dua."

Baru-baru ini, beliau menafikan bahawa JATI terlibat mengedarkan risalah tentang bagaimana DAP terlibat untuk memurtadkan umat-umat Islam dan ingin mencabar kedudukan agama Islam di dalam Perlembagaan.  Baca DI SINI.  Risalah ini didapati diedar sewaktu program JATI.

Pelikkah kita jika risalah sedemikian diedar di dalam program ceramah Hassan JATI? Sebelum ini kita selalu dengar ucapan Hassan JATI di majlis-majlis ceramah JATI mengenai cubaan menukar Malaysia jadi republik oleh DAP, pengkristianan Melayu dan penghapusan Raja-Raja Melayu.  Tidakkah ceramah beliau selari dengan risalah berkenaan?  Jadi, apa yang peliknya?
 
Dari ucapan disalin menjadi risalah, apa bezanya? Isi tetap sama nak menghentam DAP dan balas dendam kesumat terhadap PAS yang menerajang beliau dari parti.  Hassan JATI ini ada harga diri ke? Manusia ini telah menipu ribuan pengundi PAS dan yang benci Bn di Selangor dan Daerah Parit Buntar, Perak.  Ribuan pengundi yang menderma untuk memenangkannya sewaktu dia bertanding di Parit Buntar, Perak di setiap ceramahnya dulu, begitu ramai pakcik-pakcik dan dan makcik-makcik yang meredah bendang di waktu malam gelita untuk mendengar ceramahnya menghentam Umno dan kemudian menderma untuknya. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang jujur ini tidak pernah merasa dan faham erti gaji puluhan ribu yang pernah dirasai oleh Hasan JATI selepas beliau dipilih untuk menjadi Wakil Rakyat, bahkan sebagai Exco di Selangor.
 
Kini manusia yang hina ini menjaja sumpah seranah yang ditujukan kepada PAS yang disokong oleh pakcik-pakcik dan makcik-makcik serta anak-anak muda yang jujur dan tidak mengharapkan apa-apa imbuhan kewangan. Hanya kerana apa?  Hanya kerana sakit hati dan dendam kesumat, hati busuk dan dengki akibat tidak boleh menjadi MB Selangor.  Manusia bangsat ini sanggup ke hulu ke hilir memburukkan PAS, Anwar dan DAP yang sehingga kini tiada satu bukti atau fakta yang beliau boleh tunjukkan kebenaran dakwaannya di dalam setiap ceramahnya.  
 
Apabila tuduhan beliau terhadap PAS, Anwar dan DAP dijaja siang malam tanpa sebarang bukti, ertinya beliau dan Umi Hafilda sama taraf.  Kesihan anak bini Hassan JATI terpaksa tebalkan muka apabila berdepan dengan masyarakat angkara ayah yang gila dan meroyan mahu menjadi MB./wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 2 Julai 2012

TIBA-TIBA UMNO MAHU HUDUD DI JOHOR?

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA, tiba-tiba ada ADUN Umno dari Johor berminat untuk berbicara soal Hudud setelah Umno berkuasa lebih 50 tahun.  Mengapa?  Adakah beliau ini baru memeluk Islam atau baru sehari dua ini telah menemui ayat tentang Hudud di dalam Al-Quran?  Baca di SINI.

Peliknya, beliau berkata Hudud yang beliau mahu Umno Johor laksanakan di Johor itu tidak sama seperti yang ingin dilaksanakan oleh PAS.  Ertikata lain, ini Hudud Umno agaknya.  PAS dari awal tidak sebut Hudud itu adalah Hudud PAS tetapi hukum tersebut adalah seperti yang diperintahkan oleh Al-Quran.  Sebab itulah sejak berzaman lagi Umno tidak pernah berani menyahut seruan dan cabaran PAS untuk berdebat mahupun untuk bermuzakarah tentang isu Hukum Hudud ini kerana mereka tahu PAS sememangnya berpandukan kepada Al-Quran, sedangkan Umno berpandukan akal dan lojik mereka semata-mata.  Mana mungkin akal yang sedikit yang dicipta oleh Allah untuk manusia itu boleh melawan Al-Quran Kalamullah?

Hujah Adun Umno yang jahil ini, Hudud yang beliau mahu Johor laksanakan itu akan merangkumi semua termasuk bukan Islam.  Justeru itu katanya, orang-orang bukan Islam harus diberi kefahaman terlebih dahulu tentang hukum ini.  Bagi PAS, memang benar, adalah penting untuk memberi kefahaman kepada bukan Islam tentang hukum Hudud dan ini lah yang sudah lama dilakukan oleh PAS.  Tetapi, memberi kefahaman kepada bukan Islam tentang hukum ini bukan bererti memaksa mereka menerima hukum Hudud.  Ini lah beza Umno dan PAS.  Umno berpendapat bukan Islam hendaklah diberi kefahaman kepada mereka tentang Hudud kerana Hudud akan dikenakan kepada bukan Islam juga.  Ini lah yang dikatakan hukum akal.

Sebagai contoh, kita memberi kefahaman kepada rakan kita tentang berpuasa agar mereka memahami apa itu berpuasa bagi umat Islam dan mereka boleh menghormati kita sewaktu kita berpuasa umpamanya mereka tidak akan makan minum di hadapan kita.  Adakah kita perlu paksa kawan kita bukan Islam ini untuk berpuasa?  

Apa pun, benarkah Umno ikhlas dengan hukum Allah ini?  Jika hukum menutup aurat pun pemimpin Umno gagal mahu perintahkan kepada isteri masing-masing, lojik kah pada akal pemimpin Umno mahu laksanakan Hudud?   Ini semua politik Umno yang mahu menjual agama semata-mata takut akan kebangkitan PAS di Johor, itu sahaja./wfauzdin.blogspot.com


TAMPIL BERSAMA WARGA TENTERA DI PORT DICKSON

Oleh:  WFAUZDIN NS

PADA 30hb Jun baru-baru ini, sejarah tercipta buat aku apabila tampil di pentas ceramah umum di Batu 4, Port Dickson iaitu tempat di mana aku dilatih di dalam bidang ketenteraan dahulu.  Sasaran program tersebut sudah pastinya adalah warga tentera sekitar Port Dickson dan bekas-bekas tentera yang menetap di sana.



Atas kapasiti KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera) yang diwujudkan di dalam PKR Pahang, diasaskan oleh Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman maka aku penuh yakin bahawa kali ini di dalam PRU akan datang, undi majoriti warga tentera akan berpihak kepada PR.  Kehadiran malam itu, majoritinya adalah warga tentera dan bekas-bekas tentera kerana telah diwar-warkan bahawa program malam itu memang khusus untuk golongan ini.

Malang sedikit, program malam tersebut tidak dapat menyaksikan kemunculan Brig Jen (B) Hadi, bekas Panglima dari TUDM yang ada kaitan dengan isu kontroversi kehilangan injin pesawat TUDM.  Beliau tidak dapat hadir di saat-saat akhir kerana keuzuran.  Namun, program malam tersebut dipanaskan oleh seorang tokoh muda yang hebat iaitu Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR Pusat.  Aku beranikan diri di pentas untuk bercakap berkaitan isu-isu tentera.





Di antara yang aku sebut adalah mengapa warga tentera mesti berpolitik.  Mengapa politik itu penting untuk warga tentera walaupun mereka dilarang untuk menyertai mana-mana parti politik.  Mengambil tahu tentang politik akan dapat memastikan bahawa warga tentera tidak boleh diperdayakan sesuka hati oleh pemimpin-pemimpin politik.  Aku juga menyentuh beberapa isu berkaitan aspek keselamatan dengan membawa kisah atau peristiwa Sauk (Al-Maunah) yang terjadi pada tahun 2000 yang lalu.  Terbaru, peristiwa pencerobohan kem tentera di Melaka.

Sesuai dengan tempatnya, aku juga menyentuh tentang janji-janji Isa Samad (Adun Bagan Pinang) sewaktu beliau berkempen di dalam PRK Dun Bagan Pinang sebelum ini.  Sdr Rafizi menambahkan lagi panas ceramah malam itu apabila beliau turut mendedahkan betapa Najib adalah pengkhianat negara kerana sanggup menjual rahsia keselamatan negara di dalam isu pembelian Scorpene.

Dan, banyak lagi isu-isu berkaitan dengan tentera disentuh malam itu bukan sahaja oleh KOBAT tetapi juga oleh Sdr Rafizi.  Aku merasa program malam itu sangat berjaya kerana bukan mudah untuk mengumpulkan warga tentera dan bekas-bekas tentera untuk hadir di dalam program ceramah seumpama ini.  Syabas pihak penganjur dan terima kasih kepada warga tentera serta bekas-bekas tentera yang sudi hadir./wfauzdin.blogspot.com


Jom Kongsi Dalam FB Anda