RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 7 Jun 2017

HUJAH UNDI PAS ITU SAMA DENGAN MENGUNDI UMNO

MEMBERI UNDI KEPADA PAS ADALAH MEMBERI UNDI KEPADA UMNO/BN..!!

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Negara perlukan ‘pemandu baru’, PAS sedia ganti BN.

Pas dengan gagasan Budaya Politik Matang Sejahtera mendabik dada kononnya telah bersedia untuk mengganti BN.

Menurutnya, PAS bekerja keras bagi mencapai kemenangan setiap kerusi yang dipertandingkan.

Tuan Ibrahim, dalam pengakuannya sendiri pernah sebut, bahawa realiti politik di Malaysia, tidak ada satu parti yang boleh bersendirian. Umno sahaja tidak boleh memerintah negara. Pas sahaja tidak boleh memerintah, DAP sahaja tidak boleh memerintah...

Hj Hadi akan jadi drebar baru menggantikan Najib

Jadi bagaimana Pas mahu jatuhkan BN dan perintah negara kalau Pas bersendirian dan tidak mahu bersama dengan parti-parti lain yang telah bergabung mahu menumbangkan BN?

Oh! Senanglah itu! Kata Tuan Ibrahim lalu beliau berhujah dengan teori 'minor controls the majority!'

Kata Tuan Ibrahim, " Kalau Pas dapat 20 kerusi Parlimen, Ketika itu kalau kita (Pas) sokong Pakatan Harapan, Pakatan Harapan akan memerintah.

" Kalau kita sokong BN, BN akan memerintah. Kerusi Pas pada ketika itu mahal..."

Teringat akan hujah balas Saifuddin Nasution Ismail yang berkata, parlimen Malaysia ada 222 kerusi. Katakanlah BN dapat 100 kerusi, Pakatan Harapan juga dapat 100 kerusi dan yang selebihnya dimenangi oleh Pas...

"Pas memusuhi DAP, Pas memusuhi PKR, Pas memusuhi Amanah ... tuan-tuan ingat Pas akan memihak kepada Pakatan Harapan atau BN?" Tanya Saifudin kepada kita semua...

Sudah tentu Pas akan memihak kepada BN dan BN akan terus kekal perintah Malaysia! Orang-orang Pas jangan mimpilah kononnya Hj Hadi akan jadi drebar baru menggantikan Najib!

Yang terkini, Nasruddin Tantawi mengumumkan Pas akan bertanding hingga meningkat 100 kerusi! Sasaran menang Pas tetap istiqamah 40 kerusi.

Bermakna, 60 kerusi lagi tu, Pas memang tahu mereka akan kalah! Tapi mahu bertanding banyak kerusi kerana bertujuan untuk memecahkan undi pembangkang dan memberikan kelebihan kepada BN.

Untuk rekod, pada PRU 13 Pas bertanding 73 kerusi dan hanya menang 21 kerusi saja. Jangan lupa kemenangan 21 kerusi itu pun kerana dibantu oleh Pakatan Rakyat....

Ini bermakna, memberi undi kepada Pas, adalah seperti memberi undi kepada Umno/BN!

Tadbir Urus Kerajaan Islam Pas tidak efisen

Kemudian Tuan Ibrahim kata persoalan-persoalan seperti kebajikan, kebersihan, keselamatan pekerja, pembelaan golongan tertindas, tadbir urus kerajaan, sistem kenegaraan sebagai medan dakwah yang sangat luas.

Tuan Inrahim bercakap seolah-olah rakyat tidak nampak dan menyedari kegagalan urus tadbir kerajaan Pas di Kelantan.

Apabila orang ramai merungut kerana tidak berpuas hati dengan perkhidmatan PBT mengenai pengurusan sampah yang tidak dikutip, mereka diherdik dengan kata-kata yang angkuh.

Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar dengan sombong telah membidas dan mengancam mereka dengan kata-kata berikut :

"Seluas-luas Kota Bharu ni dio napok sapoh. Tidok ko gong eh? Sebesar-besar Kota Bharu sapoh hok dio napok"

"Hok jenis lagu nilah, ada akai tak pakai, mata tak sih tengok barang molek, telinga tak ngerti dengo barang baguih...maka tuhan kata, masuk neraka!
Pas gagal membela malah menindas rakyatnya

Kerajaan Kelantan masih gagal membela kebajikan mangsa-mangsa banjir yang lalu. Ramai yang masih tidak berumah dan tinggal dalam pondok usang dan khemah-khemah.

Kerajaan Pas juga dikatakan menindas kehidupan orang asli dengan membenarkan pembalakan haram menceroboh kawasan-kawasan penempatan mereka.

Husam Musa pernah mendedahkan mngenai tunggakan caruman guru-guru YIK yang berjumlah RM 14.6 juta hingga menimbulkan pelbagai kerumitan kepada pencarum/peminjam dan semakin makin parah kerana tunggakan makin hari makin besar.

Husam juga turut mendedahkan, 61 orang guru ini telah pun bersara tetapi gagal menikmati kemudahan atas caruman mereka kerana tunggakan itu. Itu belum lagi melibatkan jawatan tetap dan berpencen yang menyebabkan kebajikan guru tidak dapat dipenuhi.

Beriya benar Tuan Ibrahim mencadangkan 'kerajaan teknokrat' tetapi kenapa Pas tidak jadikan Kelantan sebagai model kerajaan teknorat? Lantik Exco ugama pun yang tidak cukup kelayakan.

Kerajaan Pas Kelantan mengakui telah melakukan kesilapan dalam perjanjian projek pembangunan Lembah Sireh sehingga menyebabkan tujuh projek yang dijanjikan syarikat pemaju Liziz Standanco Sdn. Bhd. tidak dilaksanakan. Baca di sini > https://m.utusan.com.my/…/lembah-sireh-kerajaan-pas-kelanta…

Terbukti Pas telah gagal membawa kesejahteraan kepada rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan tidak perlu memberikan mandat baru kepada Pas untuk terus mentasbir Kelantan.

Apa yang rakyat Kelantan perlu ingat ialah : Memberi undi kepada Pas, adalah seperti memberi undi kepada Umno/BN! Berilah undi tuan-tuan kepada HARAPAN./C&P

Isnin, 5 Jun 2017

PAS TIADA CITA-CITA KE PUTRAJAYA, MALAH REDHA UMNO TERUS BERKUASA

PJ Pas Pahang umumkan akan bertanding di 30 buah Kerusi Dun di Pahang. Ertinya, kalau Pas menang semua Kerusi Dun di Pahang, maka Pas akan mentadbir Pahang. Berbeza dengan Pas Pusat yg hanya mahu menang 40 Kerusi Parlimen dari 100 Kerusi Parlimen yg mahu ditandinginya. Dengan kata lain, di Putrajaya, Pas memang tidak mahu jadi kerajaan.

Pakatan Harapan Pahang pula akan meletakkan semua calon di semua Kerusi Dun dan Parlimen di Pahang hatta di kawasan Najb di Pekan. Di seluruh Malaysia juga, Pakatan Harapan akan metakkan calon2 mereka. Ertinya, kami serius untuk merampas Pahang dari rejim Umno/Bn begitu juga di Pusat. Pahang kami mahu, Putrajaya pun kami mahu.

Pakatan Harapan telah berusaha untuk menetapkan satu lawan satu dengan Umno/Bn di semua kawasan, namun ada parti yang mahu bergerak sendiri tetapi tidak mahu jadi kerajaan bagi melaksanakan agenda mereka.

Rakyat akhirnya akan faham, pihak manakah yang benar2 serius untuk menukar sistem bobrok dan kleptokrasi yang ada sekarang.