RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 21 Ogos 2010

ISTERI EZAM PUNYAI HUBUNGAN SULIT ?



Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 20 Ogos: Pakatan Rakyat dinasihatkan popularkan budaya politik yang lebih sihat dengan mengetepikan provokasi Senator Ezam Mohd Noor yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim berzina dan liwat.

Demikian nasihat Badrul Hisham Shaharin, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) supaya rakyat tidak muak dengan budaya politik Pakatan Rakyat kelak sebagaimana mereka muak dengan 'politikng' Ezam di sesawang sosial Twitter belakangan ini.

"Ezam membawa politik kebencian, provokasi dan sumpah sana dan di sini yang sebenarnya tiada kene mengena pun dengan rakyat.

"Apa untungnya ini semua pada rakyat sedangkan mahasiswa terbeban dengan hutang PTPTN, buruh hidup melarat dengan gaji yang kecil, rasuah dan jenayah sana sini, apa untungnya rakyat.

"Sekarang ini rakyat dah muak dengan politik yang 'politiking' seperti ini, rakyat susah dan sepatutnya kita (Pakatan Rakyat) perlu mencari jalan menyelesaikan masalah rakyat dengan budaya politik yang lebih sihat," ujarnya ketika dihubung Harakahdaily.

Beliau yang pernah menyertai Ezam menubuhkan Gerakan Anti Rasuah dan Korupsi (GERAK) berkata, beliau sebenarnya mampu bertindak 'politiking' sebagaimana Ezam sanggup bersumpah palsu dengan mengfitnah Anwar, Ketua Pembangkang untuk menghadapi aduan qazafnya semalam.

Namun, katanya lagi, dengan memanipulasi sejarah silam Ezam langsung tidak menguntungkan rakyat.

"Kalau kita nak main-main sumpah seperti Ezam, kita boleh membangkitkan sejarah Zaid Mat Arif menuduh Ghani Harun mempunyai hubungan sulit dengan isteri Ezam waktu dia dalam penjara.

"Sampai sekarang, ketiga-tiga mereka dalam Umno dan kalau dimain politik sumpah dengan minta ketiga-tiga mereka ini saling bersumpah sekarang pun tak selesai masalah pokok yang dihadapi rakyat," ujarnya sambil menegaskan 'politiking' saling bersumpah tidak menguntungkan rakyat.

Beliau yang lebih dikenali sebagai CheguBard berkata, aksi terbaru Ezam itu semata-mata untuk menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di samping menyambung rezeki keluarganya.

"Dia sebenarnya nak cari makan untuk keluarganya selepas gagal berebut kasih pemimpin tertinggi keadilan (PKR)," beliau menambah.

"Kalau dia gagal tarik perhatian (Datuk Seri) Najib Tun Razak (Perdana Menteri), akar umbi Umno khususnya di Selangor kian pertikai anugerah Senatornya dan percaturan Najib ke atasnya untuk menghadapi pengaruh Anwar (Ketua Pembangkang)."

Dakwanya lagi, Najib yang juga Presiden Umno merangkap Pengerusi BN terpaksa mengambik keputusan tidak popular itu disebabkan beliau tidak mampu menghadapi Anwar.

"Bukan ada pun jasa Ezam pada negara, tetapi dia (Najib) terpaksa lantik Ezam sebab dia tiada pilihan untuk menghadapi Anwar," ujarnya.

Bagaimana pun, sekiranya Ezam dilihat gagal menjadi 'baju pelindung' bagi Najib khususnya di negeri-negeri yang pernah menjadi kubu kuat Umno, seperti Selangor, katanya Najib akan menyingkirkan Ezam.

"Kalau Si Ezam ini nampak tidak berguna lagi, dia akan disingkirkan kelak, zaman rejim Mahathir Mohammad mungkin relevan.

"Tetapi, saya yakin dia akan disingkirkan kerana gaya provokasinya tidak sesuai untuk menghadapi politik rakyat yang jauh lebih sihat," beliau menambah.

Pun begitu, beliau berkata, inisiatif Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin membuat aduan qazaf di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) serta mencabar Ezam bersumpa petang semalam wajar dilihat sebagai suatu usaha menyuburkan politik sihat di samping menggunakan ruang perundangan syariah yang sedia ada.

Difahamkan inisiatif Shamsul itu merujuk pada Syeksen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang berbunyi, "mana-mana orang menuduh orang lain berzina (atau liwat) tanpa mengemukakan (saksi atau bukti), mengikut hukum syarak, empat orang saksi atau ikrar bahawa orang yang dituduh itu melakukan kesalahan."

Selain menuduh Anwar tanpa bukti dan saksi, Ezam didakwa qazaf ekoran tuduhan beliau kononnya Datik Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar yang juga Presiden PKR bersubahat melindungi perbuatan zina dan liwat itu.

"Saya juga telah lihat betapa jijiknya kerana kuasa politik seseorang isteri sanggup biarkan suami fitnah orang untuk tutup perangai kejinya yang meliwat.

"Azizah lindungi anwar sebagai isteri ok, tp (tapi) (tidak) x boleh biar anwar fitnah yg (yang) lain utk (untuk) tutup kejinya yang meliwat," tuduh Ezam seperti yang didapati pada Twitternya sejak 24 April lalu./Harakahdaily

KARPAL SINGH HINA ISLAM ATAU UMNO ?

Oleh: WFAUZDIN NS

KARPAL Singh sekali lagi tidak bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Nik Aziz yang menyebut bahawa hukum hudud boleh mengatasi masalah zina dan membuang bayi. Baca di sini. Kenyataan Karpal Singh itu tidak memeranjatkan bahkan tidak memberi kesan langsung ke atas kemuliaan hukum Islam kerana Islam wajib ditegakkan oleh umat-umat Islam sendiri bukannya berpandukan kepada penganut ugama lain.

Seandainya Karpal Singh seorang Muslim, sudah tentu kenyataannya itu boleh merosakkan akidah sepertimana terdapat beberapa pemimpin Melayu berugama Islam yang sejak dari dulu tidak bersetuju hudud dilaksanakan. Karpal berhujah dengan berpandukan Perlembagaan sekarang yang diasaskan oleh Lord Reid dan tentunya hujah Karpal Singh itu ada benarnya selagi Perlembagaan tidak berubah. Justeru itu, menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam samada dari PAS mahu pun Umno dan kesemuanya untuk memilih parti yang boleh menegakkan Islam di negara ini dengan mengubah Perlembagaan yang berasaskan sekular kepada Perlembagaan berasaskan Al-Quran dan Hadith.

Dalam aspek ini, parti manakah yang boleh diharap untuk berbuat demikian? Umno sudah semestinya tidak mampu melakukannya kerana sudah 50 tahun Umno berkuasa, Perlembagaan masih lagi tidak berubah bahkan tidak pernah diusulkan di dalam Parlimen untuk mengubahnya. Sekiranya Perlembagaan berubah kepada yang berasaskan Al-Quran dan Hadith, mungkin suara Karpal Singh tidak seperti sekarang. Ini adalah kerana beliau menentang hudud bukan kerana hukum hudud itu tidak praktikal tetapi adalah kerana perlaksanaannya tidak boleh dilakukan mengikut Perlembagaan yang sedia ada sekarang.

Karpal Singh hanya tidak bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Nik Aziz dan beliau tidak boleh dianggap menghina Islam. Mereka yang menghina Islam itu adalah mereka yang berugama Islam dan mempunyai kuasa eksekutif tetapi tidak berbuat demikian. Siapakah yang sedang berkuasa penuh sekarang? Mereka ini berkuasa kerana ada yang menyokongnya dan yang menyokong puak-puak ini mempunyai saham besar di dalam menggagalkan perlaksanaan hukum Islam di negara ini.

Tidak pelik jika Umno akan menggunakan kenyataan Karpal Singh ini untuk menunjukkan betapa PAS tidak boleh berbaik dengan DAP. Apakah jika PAS berbaik dengan Umno maka ada jaminan Islam akan ditegakkan secara syumul di negara ini? Jawapannya sudah pasti tidak, kerana Islam bukanlah cita-cita Umno sejak `azali' lagi. /wfauzdin.blogspot.com

ISU KHUTBAH - BANKRAP IDEA SANGGUP BUAT FITNAH

Khutbah: K'jaan negeri nafi nama Lim ganti Agong

Salhan K Ahmad
Ogos 20, 10

Kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan sekeras-kerasnya bahawa nama Ketua Menteri Lim Guan Eng menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat yang dibaca di beberapa masjid di negeri itu.

Exco Hal-Ehwal Agama negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata siasatan awal mendapati ianya tidak berlaku kerana teks khutbah Jumaat, yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam negeri, tidak menggunakan nama Lim.

Katanya, hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat.

Abdul Malik berkata, beliau telah membuat siasatan awal dan mendapati kejadian itu tidak berlaku seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga pengerusi perhubungan Umno negeri.

Abdul Malik menjelaskan, teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim, seperti yang didakwa.

"Dan kalau mereka tidak baca teks sekalipun, saya percaya hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan ganti nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah," katanya lagi.

Tambahnya, dakwaan itu juga tidak menyebut dengan jelas masjid yang terbabit, sebaliknya hanya menamakan kawasan Permatang Pauh, Jelutong dan Tasek Gelugor.

Ditanya lanjut, beliau berkata kerajaan negeri tidak akan mengambil tindakan lanjut atas dakwaan itu kerana "tidak timbul isu."

"Isu ini sengaja diada-adakan, sebab sememangnya tiada isu. BN yang sengaja wujudkan isu ini," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Abdul Malik juga berkata, sekiranya Ahmad Zahid mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut, beliau hendaklah membuat laporan supaya dakwaan tersebut dapat disiasat.

"Kalau dia ada maklumat, sepatutnya dia buat laporan kepada kerajaan negeri, atau kepada polis atau kepada pejabat mufti, bukannya pergi beri kenyataan kepada media," katanya lagi.

Sementara itu, bercakap dalam satu sidang media pagi ini, Abdul Malik juga berkata kerajaan negeri serta JAIPP tidak menerima sebarang arahan lisan mahupun bertulis untuk menukar nama tersebut dalam teks khutbah.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa sesetengah jawatankuasa masjid menggunakan isu tersebut untuk mensabotaj kerajaan negeri./Malaysiakini

FITNAH TERBARU UMNO

KENYATAAN MEDIA
20 OGOS 2010

Kami memandang serius fitnah terbaru yang dimainkan pimpinan Umno untuk menyemarakkan api kebencian di negara ini. Tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang Di Pertuan Agong telah digantikan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Saudara Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata. Saya sendiri memantau perkembangan tersebut, membaca teks khutbah yang diedarkan dan menerusi rakan-rakan di Pulau Pinang mendapati tuduhan tersebut tidak berasas bahkan ianya merupakan satu fitnah demi laba politik pemerintah yang kian hari kian terdesak.

Pimpinan Umno menerusi akhbar Utusan Malaysia berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang. Kegagalan pentadbiran Dato Sri Najib memahami nurani rakyat Malaysia keseluruhannya yang mahukan sebuah negara yang kekal aman dan sejahtera dizahirkan oleh kenyataan berunsur fitnah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tersebut.

Kita yakin usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecah belahkan muafakat masyarakat di negara ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera. Mereka menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan Perubahan dan demi Malaysia yang Adil. Oleh demikian saya menyeru rakyat Malaysia untuk perteguh keazaman bersama Pakatan Rakyat dan mara mengharungi serangan yang tidak akan kunjung diam dari pimpinan Umno itu. Hanya dengan melakukan Perubahan, politik perkauman sempit akan berjaya dihalang.

ANWAR IBRAHIM
AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH
KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA

LAGI KOMEN TENTANG DOA UNTUK KM P.PINANG

Justify Full
Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA telah menulis tentang cerita di P.Pinang di mana dikatakan terdapat masjid di sana yang mendoakan KM P.Pinang, Lin Guan Eng di dalam Khutbah Jumaat baru-baru ini. Tulisan saya boleh dibaca di sini.

Beberapa komen yang menarik dari pengunjung blog saya boleh kita kongsikan bersama. Di antaranya seperti berikut:

Dari tazkirah Ustaz Sobri Arshad beberapa bulan dahulu, saya tahu ada doa sedemikian, malah digalakkan untuk berdoa agar orang-orang bukan Islam dapat beriman dengan Islam.

Kes Lim Guan Eng ini doa dipohon kepada Allah agar Lim Guan Eng diberikan hidayah untuk memimpin negeri Pulau Pinang dengan baik sebagaimana yang dibuat oleh Umar Abdul Aziz.

Malah saya juga ada mendoakan kepada Allah agar Lim Guan Eng dan keluarganya diberikan pemahaman dengan Islam dan beriman dengannya, rugi rasanya jika dia sekadar menjadi Abu Talib.

Malah saya amat berharap agar semua orang bukan Islam di Malaysia memahami Islam dan memeluk agama Islam semuanya dengan kehendak sendiri tanpa paksaan, dan semoga mereka lebih warak dan zuhud melebihi dari ahli-ahli UMNO yang ada kini.

Saya ingin mendoakan untuk orang UMNO juga, tetapi saya selalu terkilan dengan pemimpin kamu yang kufur menyebabkan saya selalunya terlupa dengan puak ni, dan terkadang terdoa kemusnahan UMNO kerana tindak tanduk kamu menentang Islam secara terbuka mahupun tertutup. Namun saya selalu mendoakan ahli UMNO diberikan hidayah untuk meninggalkan UMNO, jika tidak menganggotai mana-mana parti lain setidak-tidaknya tidak menyokong kezaliman UMNO.

baginda® berkata...

as i know...

mmg ada sebut dalam masjid nama LGE...

bunyik lebih kurang camni...

ya allah berikanlah hidayah kepada LGM KM Penang untuk masuk Islam...

pada UMNGOK yang bangang itu salah... sebab takde cina lam Melayu... melayiu Umno!

Baca semula: wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 20 Ogos 2010

Umno Selangor Telah Memalukan Najib Razak

Program Umno Di Masjid Gagal ,Atas Bantahan Ahli Kariah

Akhirnya Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor tak jadi datang ke Majid Nurul Ehsan, Taman Medan, PJS. Akibat tentangan kuat dari ahli-ahli kariah khasnya Nazir dan SU Masjid majlis berbuka puasa bersama Najib itu, anjuran Umno Selangor terpaksa dipindahkan pada saat-saat akhir dari Masjid berkenaan ke tapak letak kereta berhadapan Masjid as Salam di Taman Sri Manja juga di PJS.

Itu pun pihak penganjur masih dengan bongkak menaikkan sepanduk dan kain rentang parti bagi menyambut kedatangan pemimpin mereka itu tanpa kebenaran mana-mana pihak. Negeri ini kan ada peraturan, ikutlah peraturan. Akhirnya pihak penguatkuasa Majlis Bandaraya PJ (MBPJ) telah bertindak menurunkan bendera dan kain rentang mereka itu.

Bukankah majlis ini sudah dipersetujui dianjurkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)? Bukankah antara syaratnya tidak dibenarkan sebarang bendera atau kain rentang parti politik dinaikkan? Kerajaan negeri menghormati hak PM untuk turun berjumpa rakyatnya, tetapi apabila turun ke negeri ini,maka undang-undang dan peraturan negeri perlulah dipatuhi dan turut dihormati.

Kalau ikut nafsu Noh Omar dan Khir Toyo memanglah begitu.

Akhirnya kerana tidak menghormati undang-undang dan peraturan yang diguna-pakai mereka sendiri menjadi susah.

Kedatangan Najib dan majlis berbuka puasa diadakan juga di bawah khemah di tapak letak kereta itu. Segala ucapan dan majlis bantuan diadakan di bawah khemah dan tidak di masjid, kerana mereka tahu jika buat di masjid sudah pasti mereka perlu patuhi peraturan yang dikenakan Jawatankuasa Masjid.

Akhirnya mereka sekadar bersolat di masjid. Itupun terpaksa mendengar tazkirah pula oleh penceramah jemputan masjid. Khabarnya Najib tidak tinggal untuk dengar tazkirah sebaliknya angkat kaki dan pulang ke Putrajaya.

Syabas diucapkan kepada ahli-ahli kariah kedua-dua masjid kerana berjaya menyekat masjid dari digunakan sebagai gelanggang politik oleh mereka-mereka yang "desperado" di Selangor ini. Syabas juga kepada ahli majlis yang bertindak menurut peraturan walaupun terhadap majlis PM!

Sesungguhnya peraturan yang ada bukannya menghalang sekadar majlis kibar bendera dan naikkan kain rentang, tetapi perlulah dipatuhi. Proses kelulusan dan kebenaran perlu dilalui walaupun ke atas siapa tanpa memilih bulu. Kalau dulu semasa BN ada arahan mengharamkan terus permohonan dari parti pembangkang tetapi kerajaan sekarang beri kelonggaran, syaratnya patuhilah proses yang ada.

Syabas sekali lagi semua pihak yang berani mempertahankan kebenaran di PJS......kita tunggu nasib Pengarah JAIS.

Dipetik dari : http://n32.blogspot.com/

LIM GUAN ENG HINA ISLAM ?

Oleh: WFAUZDIN NS

BENARKAH nama Lim Guan Eng disebut di dalam Khutbah Jumaat di P.Pinang? Jika benar, siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan Khatib berbuat demikian? Dan, adakah kesemua masjid di P.Pinang melakukan perkara yang sama? Ini persoalan yang masih belum terjawab.

Amat menghairankan, jika perbuatan seperti ini diarahkan oleh Kerajaan Negeri P.Pinang, mengapa tidak semua masjid melakukan perkara yang sama? Kita sangsi dengan berita yang dilaporkan seolah-olah menunjukkan Kerajaan Negeri P.Pinang tidak lagi sensitif dengan Islam. Tetapi kita jangan lupa, tidak mustahil satu perbuatan sabotaj mungkin dirancang untuk memburukkan Kerajaan PR di P.Pinang. Majlis Agama P.Pinang wajib menyiasat perkara ini.

Akhbar Kosmo yang melaporkan berita ini turut menyebut bahawa Zahid Hamidi kesal kerana KM P.Pinang Lim Guan Eng turut hadir sewaktu penyerahan wang zakat. Adakah KM P.Pinang tidak boleh hadir di dalam majlis yang baik seumpama itu? Adakah Lim Guan Eng telah melakukan satu perbuatan yang boleh membatalkan syarat sah pemberian zakat? Apakah Islam menjadi hina semata-mata Lim Guan Eng hadir di dalam majlis pemberian wang zakat? Dalam laporan tersebut, tidak disebut Lim Guan Eng melakukan penyerahan wang kutipan zakat itu tetapi disebut beliau hanya hadir sahaja.

Apa pun, kita semua perlu menunggu hasil siasatan ke atas segala dakwaan ini. Isu sepanduk yang mempamirkan Sultan Johor yang kununnya dilakukan oleh PKR Johor mengajar kita terhadap semua perancangan musuh-musuh yang semakin iri hati dan dengki dengan PR. Jika terbukti Khatib dengan sengaja melakukan perbuatan yang bercanggah dengan hukum Islam, maka tindakan tegas mestilah diambil./wfauzdin.blogspot.com

MEMALUKAN APABILA GUAN ENG MINTA ZAHID BERTAUBAT


Guan Eng tak tahu nama disebut dalam doa khutbah

Dzulfikar Mashoor

PETALING JAYA, 19 Ogos: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengaku bahawa beliau sendiri tidak mengetahui yang namanya disebut dalam doa dan khutbah Jumaat menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Saya tidak sedar dan tidak mengetahui wujudnya penggunaan nama saya dalam khutbah kedua (sebelum) solat Jumaat sebagaimana didakwa, maka sudah tentu nama saya tidak harus (atau) tidak boleh digunakan," ujarnya petang tadi pada majlis berbuka puasa bersama wartawan media-media alternatif di sebuah restoran di sini, malam ini.

Baginya, dakwaan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang bermotif politik provokasi.

"Saya pun hairan bagaimana hanya masjid tertentu di Kepala Batas dan Tasek Gelugur saja yang berlaku demikian," soalnya sambil tidak menolak kemungkinan isu tersebut sebagai provokasi pihak tertentu.

Bagaimanapun, beliau mengarahkan Abdul Malik Kassim, Exco kerajaan negeri untuk menyiasat isu yang ditiupkan oleh Ahmad Zahid dan Umno itu.

"Saya pun baru tahu, saya sudah menghubungi YB Abdul Malik dan saya diberitahu bahawa memang tidak tahu perkara seperti yang didakwa Datuk Zahid Hamidi," ujarnya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Sehubungan itu, beliau mencabar Ahmad Zahid mengemukakan bukti ekoran dakwaan berunsur provokasi itu.

Beliau turut menasihatkan Ahmad Zahid kembali bertaubat sempena kemuliaan bulan Ramadhan ini sekiranya dakwaannya itu adalah tidak benar.

Terdahulu, Bernama melaporkan Umno negeri memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang pada bacaan doa dan khutbah Jumaat bagi menggantikan penggunaan nama Tuanku Mizan.

Ahmad Zahid sendiri menuduh, penggunaan nama Guan Eng itu dikesan di beberapa masjid tertentu sejak beberapa minggu lepas.

Dijangkakan Guan Eng bakal menghadapi pelbagai cabaran lagi ekoran komitmennya mahu melihat rakyat tanpa berbilang kaum menikmati hidup yang lebih baik berbanding era Umno BN memerintah Pulau Pinang./Harakahdaily

SUARA KEADILAN PALING DITAKUTI

Oleh: WFAUZDIN NS

DI SEBALIK kita berbangga apabila permit akhbar Roket kepunyaan DAP telah diluluskan oleh KDN, kita meragui mengapa permit akhbar Suara Keadilan amat liat untuk diluluskan. Sebelum ini akhbar Harakah juga telah diberi kelulusan permit dan ini kununnya menunjukkan betapa KDN mengamalkan sikap `adil'.

Nampaknya mereka amat takut dan bimbang dengan akhbar Suara Keadilan dan kita memahami mengapa jadi begitu. Pendedahan demi pendedahan yang penuh dengan fakta tentang salahguna dan penyelewengan pemerintah oleh Suara Keadilan begitu membimbangkan mereka. Meskipun ada ketikanya Suara Keadilan terkhilaf di dalam beberapa laporannya, namun sikap Suara Keadilan yang tidak malu dan segan memohon maaf menunjukkan akhbar ini bersikap profesional. Sikap ini jauh sekali jika dibandingkan dengan akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia atau Berita Harian. Oleh itu, mengapa Suara Keadilan mahu disekat sedemikian rupa?

Selagi mereka menyekat akhbar yang semakin laris ini, jelas membuktikan betapa ada banyak penyelewengan oleh pemerintah yang mahu disembunyikan dari pengetahuan umum. Suara Keadilan dilihat amat berani di dalam hal ini. Syabas buat Suara Keadilan yang terus mencari alternatif lain selama akhbar ini digantung tidak bertali./wfauzdin.blogspot.com

Siapa penderhaka sebenar? Nurul persoal Zahid Hamidi

Aug 19, 2010

Kenyataan saya dalam temubual bersama KOMPAS adalah berdasarkan jawapan rasmi Menteri Pertahanan pada 17 Mac 2010 bahawa kapal KD Tunku Abdul Rahman tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami masalah teknikal.

Justeru, saya (Nurul Izzah Anwar, gambar kanan) sedia disiasat oleh pihak polis dan saya berharap permulaan siasatan ini akan membawa kepada isu-isu berkait lain terutamanya dalam soal pembelian yang diberi kepada syarikat pilihan serta penyelenggaraan kapal selam tersebut dan siasatan yang sedang dilangsungkan oleh pihak perundangan Perancis terhadap kapal selam yang sama.

Menyebut tentang imej dan keselamatan Negara, yang kononnya terjejas daripada kenyataan saya, ingin saya bangkitkan kenyataan Menteri di parlimen pada hari yang sama yang menyatakan bahawa masalah teknikal sebegini juga dihadapi oleh banyak negara lain di seluruh dunia. Kalau maklumat tentang status selaman mana-mana kapal selam di seluruh dunia dapat diperolehi secara terbuka, di manakah rasionalnya bahawa kenyataan saya menggugat keselamatan Negara?

Pada hemat saya, kenyataan yang menggugat keselamatan Negara adalah kenyataan seperti dibuat pada 6 Ogos 2010 bertajuk Kapal selam sertai latihan terbitan Bernama, di mana diakui bahawa Latihan Kemahiran Laut yang lazimnya dilakukan tiga kali dalam setahun telah dikurangkan kepada hanya sekali setahun bagi menjimatkan perbelanjaan.

Bercakap tentang imej dan keselamatan yang menjadi asas Laporan Polis Tentera Laut Diraja Malaysia, apakah mungkin reaksi musuh-musuh Negara apabila diketahui umum bahawa TLDM hanya melakukan latihan sekali setahun atas alasan berjimat cermat? Sedangkan prinsip dasar pertahanan adalah persediaan, dan persediaan ini merangkumi latihan yang mencukupi.

Saya bimbang, sebagai negara yang mempunyai sempadan laut yang luas, Malaysia hanya menjalankan Latihan Kemahiran Laut setahun sekali. Saya percaya kebimbangan saya ini turut dikongsi pegawai-pegawai TLDM khususnya dan juga seluruh pasukan keselamatan.

Di dalam hasrat untuk berjimat cermat, saya desak Kementerian Pertahanan untuk melakukan kajian menyeluruh kepada skop perbelanjaan dan pembelian yang dilakukan oleh Kementerian, seperti lawatan-lawatan ke luar Negara, dan acara-acara dan pembelian-pembelian yang tidak berkaitan dengan latihan diteliti supaya penjimatan sebenar dapat dibuat demi memastikan latihan TLDM, khusunya Latihan Kemahiran Laut tidak dikorbankan.

Bukankah penderhaka sebenar adalah mereka yang menggunakan dana negara untuk membayar kos penyelenggaraan tinggi untuk syarikat anak emas pilihan dan pembelian alatan ataupun kos projek yang berganda demi memenuhi poket-poket mereka yang terpilih? Kalau benar Menteri Pertahanan seorang patriot, kenapa beliau tidak menyokong siasatan SPRM terhadap bayaran komisyen lebih RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd untuk pembelian kapal selam Scorpene seperti yang dinyatakan oleh Speaker Dewan Rakyat pada 2 Julai lalu?

*Kenyataan media oleh Nurul Izzah Anwar, selaku ahli parlimen Lembah Pantai sebagai respon terhadap Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi.

-MerdekaReview

SAYA TIDAK MAHU GANGGU AZIZAH - ANWAR


Presiden PKR: Anwar main teka teki
Ogos 19, 10

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih bermain teka-teki dengan wartawan berhubung sama ada beliau akan bertanding jawatan presiden parti itu pada pemilihan November ini.

Pada sidang media di ibupejabat parti itu, hari ini, Anwar cuba mengalihkan tumpuan media dengan berkata beliau tidak pasti sama ada dicalonkan bagi jawatan berkenaan. "Saya tidak memikirkannya dan tidak ada rakan-rakan di PKR yang memberitahu saya, 'Anwar, awak mesti bertanding'. Hanya mereka di luar parti yang sibuk,” katanya.

Jawatan presiden PKR kini disandang oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang Anwar secara bergurau berkata mendapat lebih banyak sokongan daripada dirinya. "Azizah telah banyak menyokong saya...beliau telah menjalankan tugas dengan baik, jadi mengapa saya harus ganggunya?” soal Anwar sambil melemparkan senyuman./Malaysiakini

Khamis, 19 Ogos 2010

TERKEDU UMNO DENGAN `SMASH' DARI NIK AZIZ

Nik Aziz berang


KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan sikap pemimpin UMNO yang dilihat memberi bangkangan terhadap apa sahaja cadangan baik yang datang dari negeri itu.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, apa saja yang datang dari Kelantan ramai pemimpin UMNO cuba ‘menunjuk cerdik’ dengan pelbagai komen.

“Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka. Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan Pas di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi.

“Cuti dua hari seminggu digelar sebagai ‘budaya pemalas’. Akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, tindakan sama turut diambil Kerajaan Pusat terhadap pemerkasaan perbankan Islam yang turut bermula dengan langkah Kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam.

“Itu belum termasuk program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.

“Sekarang apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah dinar (emas) dan dirham (perak) pada 12 Ogos lalu, maka bersatulah pemimpin UMNO untuk menghentam langkah ini. Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam Kerajaan Kelantan,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan pimpinan Barisan Nasional enggan memulakan sesuatu, jangan pula menidakkan usaha pihak lain.

“Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan Kelantan bukanlah mata wang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem ‘barter trade’.

“Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan.

“Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak. Contohnya, memberi percuma dua blok minyak milik rakyat yang berharga ratusan bilion ringgit kepada kuasa asing atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti,” katanya.

Beliau tertarik apabila seorang Timbalan Menteri baru-baru ini, heboh meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa ‘Dinar Emas dan Perak Dirham’ ini boleh menyebabkan kerugian./Sinar

RIDHUAN TEE MAHU JADI `SENATOR PINTU BELAKANG' JUGA KAH ?

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca kenyataan dari Ridhuan Tee seorang Muallaf yang menggelar PAS sebagai parti yang suka mengkafirkan orang, hati saya merasa sakit. Selama ini saya amat menghormati orang yang saya panggil Ustaz itu, tetapi sekarang baru saya tahu Ridhuan Tee bukan seorang Ustaz jauh sekali orang politik, tetapi beliau masih mahu mencari publisiti di tepi-tepi jalan.

Saya bersetuju dengan kenyataan PAS, yang mahukan Ridhuan Tee memohon maaf kepada PAS terhadap kejahilan beliau itu. Selama ini saya tidak pernah memandang rendah terhadap pendakwah bebas kerana mereka mempunyai fungsi dan tanggungjawab masing-masing asalkan tidak lari dari hukum Islam yang ditetapkan. Kini, Ridhuan Tee telah mencemarkan imej beliau selaku pendakwah bebas sebelum ini kerana bercakap dengan tidak menggunakan ilmu di dadanya.

Beliau boleh sahaja menegur atau mengkritik PAS mahu pun Umno atau sesiapa sahaja, tetapi hendaklah dengan fakta di samping nas dari Al-Quran dan Hadith sebagai pelengkap kebenaran tegurannya. Ridhuan Tee gagal berbuat demikian dan ini meletakkan beliau setaraf dengan pencacai Umno yang lain. Samada beliau mahu atau tidak memohon maaf kepada PAS, ianya sedikit pun tidak merugikan PAS tetapi sebaliknya Ridhuan Tee semakin dijauhi masyarakat akibat keceluparannya itu.

Disarankan Ridhuan Tee memasuki gelanggang politik selepas ini. Jangan hanya mengharapkan tuah datang menggolek dengan cara mengampu Umno tanpa perlu berjuang dalam politik. Mungkin teringin sangat untuk dilantik sebagai Senator dari pintu belakang. Wallahu Aklam./wfauzdin.blogspot.com

KEMATIAN BENG HOCK - NOTA TIBA-TIBA MUNCUL MENCURIGAKAN, KATA PEGUAM

Dr Pornthip: Beng Hock Tidak Bunuh Diri

Teoh Beng Hock tidak membunuh diri tetapi besar kemungkinan menjadi mangsa kekerasan sebelum beliau dijumpai mati di perkarangan bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Shah Alam pada tahun lalu.
Remove Formatting from selection
Rumusan itu dibuat oleh peguam Malek Imitiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan Selangor, berasaskan ketegasan keterangan pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasonand pada inkues untuk menyiasat punca kematian mendiang.

Pornthip mengekalkan keterangan awal bahawa tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan Beng Hock membunuh diri.

Malah kesan luka pada leher Beng Hock adalah akibat kekerasan yang digunakan ke atas dirinya dan tidak konsisten dengan kecederaan mangsa jatuh dari paras tinggi.

Seperti yang dijangka, inkues terhadap punca kematian Beng Hock bertumpu kepada keterangan Pornthip yang terpaksa diberi kawalan keselamatan.

Ini kerana beliau menerima ancaman keselamatan selepas memberi keterangan pada Oktober tahun lalu.

Pakar patologi yang mempunyai pengalaman lebih 25 tahun ini memberitahu sidang inkues bahawa beliau yakin Beng Hock tidak membunuh diri setelah hadir pada bedah siasat mayatnya untuk kali kedua hujung tahun lalu.

Ketika itu beliau mengesan tanda- tanda luka pada leher mendiang yang menyokong hujah bahawa Beng Hock besar kemungkinan telah dikasari.

Tanda- tanda luka itu juga dikesan oleh pakar patologi kerajaan Dr Shahidan Mohamad Noor.

"DR Pornthip telah beri keterangan. Beliau tegaskan memang terdapat kecederaan- kecederaan sebelum jatuh. Beliau sahkan perkara itu. Kedua beliau pasti kes ini bukan kes bunuh diri. Kita akan menunggu keputusan daripada majistret," kata peguam mewakili keluarga mandiang, Gobind Singh Deo.

Dalam pada itu Pornthip juga ditanya mengenai nota bunuh diri yang kononnya ditulis oleh Beng Hock.

Nota itu hanya didedahkan oleh pejabat peguam negara 10 bulan selepas Beng Hock dijumpai mati pada Julai tahun lalu.

Beng Hock dijumpai mati setelah disoal siasat sepanjang malam oleh pegawai SPRM berhubung penggunaan wang lebih RM2000 oleh pejabat majikannya iaitu ahli EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Peguam keluarga Beng Hock, Gobind berkata Pornthip menegaskan sebarang nota yang berkaitan dengan kes kematian mencurigakan harus diserahkan untuk pelbagai ujian seperti DNA bagi mengesahkan kesahihannya.

Namun pejabat peguam hanya bertindak untuk mengeluarkan dokumen itu apabila sidang inkues memasuki babak- babak terakhir.

"Tiba- tiba ia muncul. Ini tidak adil dan ia sungguh mencurigakan. Kita sudah jalankan inkues ini setahun, tiba- tiba kamu datang dan bawa nota baru. Bagi saya ia langsung tidak adil," kata Gobind./TVSelangor

BUKTI LIM GUAN ENG ZALIM

Kakitangan awam Pulau Pinang dapat bonus RM400
Ogos 18, 10

Semua 3,577 kakitangan awam di Pulau Pinang akan menikmati bonus istimewa RM400 bagi menyambut Aidilfitri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri, geran kewangan istimewa yang membabitkan perbelanjaan RM 1.5 juta diluluskan oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini.

Pembayaran RM400 itu akan dibuat pada 3 September ini, iaitu kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri.

“Pembayaran istimewa sekaligus sebanyak RM400 sempena Aidilfitri tahun ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang.

“Exco negeri Pulau Pinang berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memberi perkhidmatan lebih baik,” kata ketua menterinya, Lim Guan Eng.

Menurut Lim, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, usaha yang jitu lagi berterusan dilaksanakan bagi mencorakkan penjawat awam profesional ke arah bertaraf dunia.

Katanya, Pulau Pinang tidak mampu untuk melonjak kepada status Bandaraya Antarabangsa tanpa usaha penjawat awam negeri memacu ke arah menjadi penanda aras antarabangsa.

Tindakan populis ini bukan yang pertama diambil oleh Lim sejak DAP menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sebelum ini, kerajaan negeri turut menghadiahkan RM500 dan anugerah negeri kepada pekerja bawahan yang bekerja keras membersihkan longkang dan parit di negeri itu. Selain itu, bayaran RM100 juga dibuat kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri itu./Malaysiakini

PAS SELANGOR PERLU LEBIH BIJAK

Oleh: WFAUZDIN NS

ISU kuota Bumiputera dipentaskan semula oleh MCA dan Umno. Sewajarnya PAS tidak turut menawarkan diri di dalam pentas sandiwara mereka. Apabila saya membaca kenyataan PAS Selangor di sini, saya sedikit terkilan dengan pendekatan PAS Selangor. Samada pendekatan itu dipersetujui oleh PAS Selangor atau tidak, Wallahu Aklam.

Sebenarnya semua telah maklum termasuk rakan di dalam PR sendiri bahawa PAS sejak dari dahulu lagi menyanjung keistimewaan orang-orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan. Begitu juga dengan PKR dan DAP, yang kesemua parti di dalam PR ini telah pun Justify Fullmenandatangani pengistiharan bahawa Perlembagaan tetap dipertahankan. Oleh yang demikian, tidak bijak jika kita di dalam PR melatah dengan sandiwara yang dimainkan oleh Umno, MCA mahupun PERKASA. Biarkan sahaja mereka `bersilat pengantin' yang setiap pukulan silat pengantin tidak akan mengenai sesiapa pun.

Saya cukup teruja apabila KM P.Pinang Lim Guan Eng yang mahukan DAP tutup mulut dari mencampuri urusan MCA, Umno dan PERKASA. Lim Guan Eng menyedari itu semua adalah helah mereka untuk memerangkap kita di dalam PR. Usaha Umno terutamanya ingin menyeret PAS agar dilihat `ekstrim' terhadap ketuanan Melayu boleh menyebabkan PAS akan hilang identiti sebagai Parti Islam yang berjuang untuk semua. "PAS For All' adalah slogan yang amat ditakuti oleh Umno dan parti komponennya.

Malangnya, PAS Selangor mungkin alpa dengan tipu muslihat mereka. Kenyataan PAS Selangor yang melenting tidak tentu pasal mungkin melegakan Umno dan MCA selaku pelakun utama drama ini. Adalah diharapkan selepas ini PAS Selangor lebih bijak di dalam mengatur gerak kerja dan strategi mereka. Orang-orang Melayu kini mengharapkan PAS untuk menyelamatkan mereka dan kaum-kaum lain juga tidak lagi sangsi dengan PAS.

Justeru itu, usah dimusnahkan apa yang telah kita bina di dalam PR. Kawal diri dan percakapan kita agar kita tidak dilihat seperti adik beradik atau suku sakat Umno yang keterlaluan itu. /wfauzdin.blogspot.com

PAKAIAN KEBANGSAAN SETIAP KHAMIS DI KELANTAN

Kelantan tukar batik kepada baju kebangsaan
Ogos 18, 10

Kelantan sekali lagi mencetus kelainan sempena Ramadan tahun ini apabila menggantikan baju batik kepada pakaian kebangsaan yang perlu dipakai pada setiap hari Khamis, lapor HarakahDaily.

Lazimnya, sebelum ini pada setiap Khamis kakitangan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun mengenakan baju batik bagi kakitangan lelaki.

Namun mulai 19 Ogos ini, kakitangan lelaki diarah memakai baju kebangsaan.

Baju kebangsaan dimaksudkan mempunyai lima butang dan (lengkap dengan songkok serta samping) dipakai setiap Khamis sepanjang bulan Ramadan.

Pekeliling mengenai arahan terbaru itu ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Shafie Ismail bertarikh 12 Ogos 2010.

Pekeliling yang diedar tersebut bertajuk 'Arahan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Kelantan Bil 2 /2010'.

Pekeliling terbabit dituju kepada semua ketua jabatan negeri, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri.

Difahamkan keputusan pemakaian baju kebangsaan tersebut dibuat pada mesyuarat majlis exco Ogos lalu.

HarkahDaily juga melaporkan pemakaian baju kebangsaan akan dipraktik secara tetap pada setiap bulan Ramadan./Malaysiakini

'BN pentaskan 'opera Cina' dibintangi Muhyiddin, Chua'


Ogos 18, 10

PAS menyifatkan 'pertelingkahan' antara Umno dan MCA dalam isu ekuiti bumiputera umpama bangsawan Melayu dan Opera Cina menjelang Operasi Lalang 1987 yang menyebabkan pemimpin pembangkang dikambinghitamkan.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (kiri) berkata selepas 23 tahun,ia dipentaskan semula dengan 'pelakon' yang berbeza.

"Kalau dulu (antara) Datuk Seri Najib dan (bekas timbalan presiden MCA) Datuk Lee Kim Sai, kini (giliran) Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan (presiden MCA) Datuk Seri Dr Chua Soi Lek," kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

"Apakah selepas ini ada operasi lalang kedua? (Akan ada) pemimpin pembangkang yang akan dikambinghitam (oleh) Umno/BN.

"(Mereka) akan terus berkuasa untuk meratah rakyat dan khazanah negara," katanya.

Najib ketika itu berkhidmat sebagai pemangku menteri belia dan sukan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata sejak tragedi berdarah 13 Mei 1969 lagi, pentas "politik bangsawan Melayu dan opera Cina" sentiasa menjadi tarikan untuk dipersembahkan.

Katanya, seperti pada tahun 1987, sandiwara itu dipentaskan ketika Umno dan MCA mengalami krisis kepercayaan daripada kaum masing-masing.

Ketika itu, tambahnya, orang Cina melihat MCA gagal melindungi bangsa merekam sebaliknya pemimpinnya dilihat membina kekayaan, manakala pemimpin Umno pula dilihat mengamalkan kronisma dan nepotisme demi mengumpul kekayaan.

"Dihunuskan keris bangsawan Melayu dan pedang opera Cina bergegak gumpita seluruh negara. Datuk Lee Kim Sai lantang memperlihatkan keberaniannya mempersoalkan hak Melayu.

"Umno pula berlagak seperti Hang Jebat pembela ketuanan Tuah. Umno mencadangkan himpunan umat Melayu di Stadium Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur.

"Jelajah mereka seluruh negara berpesan pada Melayu jangan lupa bawa mancis api dan senjata tajam keperhimpunan Melayu di Kuala Lumpur untuk bakar rumah Cina dan basahkan Kuala Lumpur dengan darah orang Cina," kata Mahfuz.

Setelah politik negara menjadi tegang, polis mengumumkan perhimpunan tersebut tidak dibenarkan dan berlakulah penangkapan beberapa pemimpin pembangkang bawah akta kontroversi ISA.

"Pelakon watak utama sandiwara bangsawan Melayu dan Opera Cina Datuk Seri Najib dan Datuk Lee Kim Sai diberi cuti ke Australia. Pemimpin pembangkang dan NGO diberi cuti rehat di Kem Kemunting," katanya./Malaysiakini

PEMUDA PAS BERHIMPUN DI RUSILA

P'raya: Ribuan Pemuda PAS berkampung di Rusila

Abdul Rahim Sabri
Ogos 18, 10

Ribuan Pemuda PAS akan berkumpul di Masjid Rusila di Marang pada 1 hingga 3 Oktober ini bagi membincangkan persediaan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Azman Shapawi Abd Rani berkata dijangkakan sekurang-kurangnya 6,000 akan berkumpul di masjid yang diasaskan oleh presidennnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

"Ia akan melibatkan Pemuda PAS seluruh Malaysia," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini.

Azman Shapawi berkata, Murysidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat dan wakil gerakan Islam daripada luar negara dijadual turut hadir menyertai perhimpunan yang dinamakan sebagai "Ijtimak Tarbawi" (Perkampungan Tarbiah).

Program tersebut diputuskan dalam mesyuarat dewan itu petang semalam, tambahnya.

Dalam tempoh menghadapi pilihan raya umum ke-13, Azman Shapawi berkata pihaknya akan mengadakan satu lagi perhimpunan besar-besaran pada tahun depan bagi tujuan yang sama.

Katanya, dalam perhimpunan di Kedah, dijangka pada Mac, seramai
puluhan ribu anggota Pemuda PAS akan hadir.

"Selepas Mac tahun depan, dijangkakan musim untuk (persediaan) pilihan raya," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Terengganu.

Katanya, tindakan itu bagi melaksanakan arahan daripada Pejabat Agung parti yang menjangkakan pilihan raya umum akan dilaksanakan antara April hingga Julai depan.

"Selepas raya (Aidilfitri),dijangka bulan 10, 11 tahun ini, DUN Sarawak dibubarkan." kata Azman Shapawi.

Sementara itu, beliau juga mengumumkan keputusan mesyuarat bulanan dewan itu semalam yang menerima perletakan jawatan setiausahanya Kamaruzzaman Mohamad.

Tempatnya digantikan oleh Ketua Pemuda PAS Johor Kharil Faizi Ahmad Kamil./Malaysiakini

Rabu, 18 Ogos 2010

`PENEMUAN BARU' OLEH ZAHRAIN ? PTUIHHHH....

'Perlembagaan baru' memang wujud

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini mengesahkan bahawa beliau mengetahui tentang kewujudan 'perlembagaan baru' yang dibuat oleh pihak tertentu.

Lebih mengejutkan, beliau juga mendakwa bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), semata-mata untuk meraih sokongan pengundi bukan Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

"Perkara ini memang benar-benar wujud dan ia merupakan idea PKR. Semuanya kerana PKR sedar bahawa sokongan bukan Melayu terhadap pembangkang semakin bertambah dan demi menjamin kelangsungan sokongan itu, Perkara 153 dan Perkara 11 perlu digugurkan."Perkara inilah yang menjadi salah satu sebab mengapa saya meninggalkan perjuangan PKR dan memilih untuk menjadi wakil rakyat Bebas. Inilah permainan bahaya PKR yang sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zahrain berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau mengetahui atau tidak tentang kewujudan 'perlembagaan baru', seperti mana yang didedahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Ahad lalu.

Harussani ketika membuat pendedahan mengejutkan itu berkata, 'perlembagaan baru' itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan sekarang.Mufti Perak itu bagaimanapun enggan mendedahkan pihak yang bertanggungjawab mewujudkan 'perlembagaan baru' berkenaan demi menjaga keselamatan negara.

Mengulas lanjut, Zahrain memberitahu, perancangan untuk mewujudkan 'perlembagaan baru' itu sudah dimulakan selepas pembangkang berjaya mencatat kemenangan besar dalam PRU Ke-12 lalu."Mereka sudah mula berangan bahawa langkah untuk menawan Putrajaya semakin hampir dan selepas cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) untuk membeli wakil rakyat Barisan Nasional (BN) gagal, maka perkara ini mula dirancang," katanya.

Dalam pada itu, Zahrain menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya segera mengambil tindakan tegas kerana perbuatan pembangkang mewujudkan 'perlembagaan baru' adalah satu perbuatan menghasut.Katanya, jika pihak berkuasa lambat bertindak, beliau khuatir tragedi 13 Mei 1969 akan berulang kembali kerana orang Melayu sudah tentu tidak akan membiarkan hak mereka dicabuli.

"Orang Putih dahulu pun sedar tentang bahaya jika Perkara 153 dan Perkara 11 disingkirkan tetapi PKR tidak pernah belajar daripada perkara itu.''Pada mereka matlamat mengejar kuasa adalah lebih penting berbanding kestabilan negara," katanya./justice for all

PAS Selangor sokong dan mempertahankan kuota Bumiputera

Aug 17, 2010

PAS Selangor kesal yang isu kuota 30% pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor ekonomi terus dipertikaikan. Terbaru ianya dibawa melalui resolusi Kongres Ekonomi Cina anjuran parti MCA Sabtu lepas. MCA yang merupakan komponen Barisan Nasional kelihatan begitu bersungguh mendesak mahu menghapuskan kuota ini.

Sesungguhnya golongan Bumiputera masih jauh ketinggalan dalam sektor ekonomi dan tindakan menghapuskan kuota ini sudah pastilah akan jauh menyisihkan lagi mereka dalam saingan ekonomi terbuka. Banyak usaha perlu dilakukan untuk melatih dan membantu golongan ini dan menghapuskan kuota hanya akan menambah rumitkan keadaan.

PAS Selangor juga akur selain mempertahankan kuota ini usaha untuk membantu golongan lain khasnya kelompok tercicir dalam sektor ekonomi termasuklah dari masyarakat Cina, India dan lain-lain perlu juga diberi perhatian.

Setelah hampir lebih 52 tahun Merdeka PAS Selangor merasakan isu-isu yang telah lama disepakati bersama termasuklah kuota pemilikan ekuiti Bumiputera ini sepatutnya tidak lagi dipertikai atau dipolitikkan oleh mana-mana pihak. Yang penting adalah usaha dan inisiatif semua pihak bagi memastikan yang semua kaum dalam negara terbela dan terjamin nasib dan kebajikan mereka dan tidak ada lagi mana-mana golongan yang tercicir khususnya dalam sektor sosial dan ekonomi.

PAS Selangor akan terus menyokong dan mempertahankan kuota ini selain apa sahaja usaha untuk memartabatkan taraf ekonomi golongan lain yang perlukan bantuan dari pihak berwajib.

*Kenyataan media oleh Roslan Shahir bin Mohd Shahir selaku Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor./MerdekaReview

TEOH CEKIK DIRI SENDIRI ? ADUHAIIII.....

Cekik diri sendiri

Razak kemudiannya mencadangkan kepada Pornthip bahawa Teoh mencekik dirinya sendirinya. Katanya, ini kerana empat daripada doktor telah mendapati bahawa tiada bukti menunjukkan Teoh dicekik.

Gobind bangkit dan mengarahkan Razak menunjukkan bagaimana seseorang mencekik diri sendiri. Razak menyahut cabaran itu dan cuba mencekik diri sendiri sambil digelakan daripada mereka di mahkamah itu.

"Saya cadangkan bahawa anda datang ke mari untuk serang SPRM,” katanya.

Beliau memberi beberapa kesilapan yang didakwa dilakukan oleh Pornthip tetapi dinafikan oleh pakar patologi Thailand itu. Menurut Pornthip, laporan yang dikemukakannya disokong dengan bukti saintifik.

Razak: Awak kata 80 peratus pembunuhan.

Pornthip: Saya telah terangkan. Awak mesti terima...

Razak:
Apabila awak beri keterangan 80 peratus adalah kes pembunuhan, ia dilaporkan di semua media negara ini.

Pornthip berulang-kali menggesa Razak supaya membaca laporannya, tetapi ketua pendakwa SPRM itu berkata: “Saya habiskan masa tiga hari membacanya.”

Orang ramai yang mengikuti perbicaraan kemudian mula berbisik yang menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dengan cara soalan Razak.

Razak kemudiannya bertanya sama ada objek tumpul yang dirujuk oleh Porthip pada awal inkues pagi ini merujuk kepada kerusi atau benda lain.

Pornthip: Saya ingin tanya sama ada awak seorang peguam?

Razak: Mungkin, saya lebih muda daripada awak tetapi saya telah berkhidmat sebagai peguam untuk 24 tahun.

Ini disambutan dengan cemuhan 'wah' daripada mereka yang hadir. /Seterusnya di Malaysiakini


KIBAR BENDERA ATAU......................

Enggan Kibar Tanda Protes

FARDILLA DIN

17 Ogos - Tindakan Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim memberi kata dua kepada peniaga sekitar Ipoh, Perak untuk mengibar Jalur Gemilang atau berdepan tindakan lesen perniagaan tidak diperbaharui, dilihat sebagai agak keterlaluan.

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, mengibar Jalur Gemilang memang tindakan yang patriotik tetapi ia bukan satu-satunya cara menunjukkan kecintaan kepada negara.

Memetik portal The Star Online, Roshidi yang menyebut peniaga diberi kata dua untuk mengibar Jalur gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan atau lesen mereka tidak diperbaharui tetapi menarik balik kenyataan tersebut selepas itu, dianggap sebagai memperlihatkan kegusaran Umno-BN dalam situasi tersebut.

Kata Nizar, sepatutnya penduduk termasuk peniaga diberi galakan bukannya dikenakan paksaan dan jika itu yang dilakukan mereka tidak akan marah dan seterusnya memprotes.

"Sebab Patriotisme ini datang dari perasaan sayang dan cintakan negara dan ianya daripada dalam"

Nizar juga berkata protes masyarakat untuk tidak mengibar Jalur Gemilang juga ada hubung kait dengan suasana politik di Perak yang kini diterajui Barisan Nasional melalui proses rampasan kuasa.

"Semua ketidak puasan dan kecelaruan itu mereka tunjukkan secara senyap dan aman dengan tak mahu pasang bendera Malaysia. Walaupun bulan ini bulan Merdeka, mereka enggan bendera tanda mereka protes" Kata Nizar./TVSelangor

Radio Rakyat Malaysia Online: Radio Rakyat Live Streaming.., ...

Radio Rakyat Malaysia Online: Radio Rakyat Live Streaming..,




...
: "Radio Rakyat Live Streaming.., Minicaster Radio PlayheadTo listen you must install Flash Player."

TIMBALAN PRESIDEN UMNO DIBERI TUNJUK AJAR OLEH PRESIDEN MCA ?

Chua kepada TPM: Sila ikuti peredaran zaman
Ogos 17, 10

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengingatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa keadaan sosio-ekonomi Malaysia telah berubah dan sehubungan itu, tidak perlu baginya mengungkit lagi pertumpah berdarah 13 Mei 1969.

Dalam kenyataan hari ini, Chua melahirkan rasa kecewa dengan amaran Muhyiddin semalam yang mengingatkan MCA supaya jangan terlalu ghairah menjuarai kepentingan dan tuntutan kaum sendiri sehingga boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian antara kaum di negara ini.

“Keadaan sosio-ekonomi Malaysia hari ini adalah jauh berbeza daripada 1969 di mana rakyat Malaysia kini mampu mengadakan perbincangan rasional tanpa perlu memalu gendang perang perkauman.

Diheret perang mulut

“Apa yang kami tuntut adalah setakat pembahagian yang adil. Usah gusar, kerana MCA tidak mempunyai rancangan dan kepentingan menidakkan komuniti lain berhubung apa yang telah menjadi hak mereka, “ kata Chua.

Chua dan pemimpin Umno sejak Kongres Ekonomi Cina, sabtu lalu diheret dalam perang mulut apabila kopngres anjuran MCA itu membuat resolusi yang mendesak ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.
Chua yang mempertahankan 13 resolusi yang diluluskan, berkata kongres berkenaan langsung tidak menyentuh hak istimewa masyarakat Melayu.

Sebaliknya, menurut beliau, MCA mencadangkan dalam usaha Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 - seperti sasaran Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Model Baru Ekonomi, ia mesti berdaya saing menarik pelaburan asing berjumlah RM115 bilion setiap tahun.

Chua berhujah ia hanya boleh dicapai melalui liberalisasi sektor minyak, gas dan telekomunikasi serta pemotongan subsidi. Selain itu, sistem tender yang sebelum ini memihak kepada bumiputera perlu digantikan dengan sistem terbuka.

“Bahagian ekonomi yang berkembang adalah umpama air pasang yang akan menaikkan semua bot, jadi semua rakyat Malaysia akan mendapat agihan kekayaan yang adil,” katanya.

“Kita tidak pernah sama sekali bercakap mengenai hak keistimewaan orang Melayu. Malah, kita memperakui bahawa dasar afirmatif perlu berdasarkan keperluan, merit dan mesra pasaran.

“Kami juga menyokong bumiputera diberikan keistimewaan dalam beberapa sektor ekonomi apabila ekonomi di liberalisasi bagi tender terbuka.

Jangan persoal kesetiaan MCA

“Bagi membolehkan bumiputera bersaing dengan wajar dan pantas, maka kami mencadangkan pengurangan 30 peratus ekuiti bumiputera secara berperingkat dan memperkenalkan harga preferensi,” katanya.

Chua juga mengketepikan dakwaan Muhyiddin dan naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang MCA mula memperlihatkan ketida-setiaan kepada BN.

Katanya, kesetiaan MCA tidak patut dipersoalkan kerana ia telah berjuang dengan Umno dan gabungan itu sejak sekian lama dan melalui pelbagai krisis bersama-sama.

“MCA amat sensitif dengan peranannya dalam rangka Barisan Nasional tetapi kita juga mempunyai peranan untuk dimainkan sebagai parti Cina supaya kita boleh terus menjadi relevan,” katanya./Malaysiakini

SEMUA KENAL WATAK EZAM KINI - BEKAS PRESIDEN ABIM

Budaya Fitnah Dalam Umno Sampai Tahap Maksima

Oleh Rusnizam Mahat

Budaya fitnah yang menjadi senjata politik dalam Umno telah sampai ke tahap paling maksima yang menyaksikan parti itu akan menggunakan apa sahaja cara untuk memastikan mereka terus kekal berkuasa.

Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, beliau menyifatkan budaya politik dalam Umno menggunapakai prinsip politik Machiaveli meskipun terpaksa menggunakan pendekatan tidak beretika dan bermoral.

"Umno memang sebagai sebuah parti yang tak menghayati prinsip syariah dan akhlak. Mereka betul-betul mewakili prinsip Machiaveli. Itu memang merupakan permainan mereka dan telah sebati dalam perjuangan Umno.

"Itulah sebabnya kita sendiri merasa terkejut, setelah rakyat dengan tegas menolak pusingan pertama dalam tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekarang pusingan kedua pula dibuat.

"Ini menunjukkan Umno itu adalah Machiaveli, mereka tidak sama sekali memperhitungkan persoalan moral yang bukan sahaja dalam Islam tetapi disebut agama-agama yang lain yang memperjuangkan demokrasi," komen beliau kepada Suara Keadilan.

Menurut Dr Muhammad Nur, selepas tsunami politik pada Mac 2008 yang menyaksikan beberapa buah negeri di Semenanjung jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, Umno kini semakin tertekan.

Berikutan itu, katanya, Umno-BN terpaksa menggunakan apa sahaja taktik termasuk memperalatkan agensi kerajaan bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat bagi mengelakkan fenomena 'tsunami 8 Mac' menular ke negeri-negeri lain pada pilihan raya umum akan datang.

"Ini amat merunsingkan pimpinan Umno-BN pada saat ini. Strategi pembantaian, untuk 'discredit' apa sahaja yang dilakukan kerajaan negeri, walaupun agensi kerajaan yang dinaungi oleh Umno seperti SPRM sudah menarik balik tuduhan (rasuah) terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Jelas, ini membuktikan bahawa mereka akan pergi kepada maksimum untuk menggugat kepercayaan rakyat kepada kerajaan negeri Selangor dari segi pengurusan, termasuklah dalam isu pasir sedangkan isu pasir telah lama berlaku sejak Menteri Besar yang lalu," ujar beliau.

Ditanya mengenai tindakan Senator Ezam Mohd Nor yang cuba mengulangi tuduhan jahat memburukkan imej Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, beliau berkata umum mengenali watak sebenar Ezam yang meninggalkan perjuangan kerana soal peribadi dan kini cuba menimbulkan keraguan dengan dakwaan yang tidak berasas.

"Sudah lama kita dengar percakapan untuk menggugat integriti Datuk Seri Anwar. Watak Ezam itu, orang tertentu memang mengenali sangatlah watak ini, dia (hanya) cuba untuk timbulkan keraguan (bagi memburukkan KEADILAN)," kata Dr Muhammad Nur.

Beliau yang mengenali Anwar sejak 1968 yakin dengan keperibadian Ketua Pembangkang dan menganggap tuduhan bekas Ketua Angkatan Muda KEADILAN itu hanya merupakan persepsi liar semata-mata.

"Saya yakin keutuhan moraliti Datuk Seri Anwar dan juga isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah," tegas bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) itu.

(Suara Keadilan)

REDHUAN TEE PUN SUDAH PANDAI TUDUH PAS, AMPU UMNO

'Ridhuan Tee, isyhtiharkan saja masuk Umno'

Ogos 17, 10


Ekoran tulisan yang menimbulkan kemarahan PAS, pendakwah terkenal Ridhuan Tee Abdullah diminta menarik balik kenyataannya yang mendakwa parti Islam itu "suka mengkafir" atau mengisytiharkan saja penyertaannya dalam Umno.

Timbalan ketua Pemuda PAS Azman Shapawi Abd Rani berkata, kenyataan 'Cina mualaf' itu Ahad lalu cenderung memburukkan PAS, sedangkan sebagai pendakwah bebas dan ahli akademik beliau "tidak sepatutnya tidak menyebelahi mana-mana pihak."

"Beliau (Ridhwan) seharusnya mempelajari Islam dengan lebih mendalam sebelum menuduh PAS atas tuduhan yang sebegitu rupa," kata Azmah Shapawi.

"Inilah akibat apabila belajar Islam dengan Umno yang memisahkan politik dengan agama yang mengakibatkan ramai yang kabur dengan Islam sebenar termasuk Ridhuan Tee sendiri."

Menulis dalam kolumnnya di Mingguan Malaysia awal minggu ini, Ridhwan berkata Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Persekutuan begitu memahami kedudukan Tanah Melayu ketika itu.

Sehubungan itu, tulisnya, perkara utama berkaitan Islam dan pribumi - seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata -difokuskan.

"Walaupun Pas menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam.

"Kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan pribumi inilah yang menimbulkan kedengkian dan rasa tidak puas orang ini dan ultra kiasu yang lain," coretnya dalam artikel berjudul 'Jangan terlalu berani mencabar'.

Dalam satu kenyataan hari ini, Azman Shapawi berkata sebagai seorang ahli akademik yang mendapat pendidikan Islam di peringkat pengajian tinggi, Ridhuan sepatutnya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan.

“Pemuda PAS menyifatkan bahawa kenyataan Ridhuan Tee (itu) tidak mencerminkan tahap pencapaian pendidikan yang beliau perolehi,” katanya.

Menurut Azman Shapawi, kenyataan pensyarah agama di Universiti Pertahanan Malaysia itu merupakan tuduhan yang serius dan boleh mencemarkan nama baik PAS sebagai parti yang berjuang menegakkan Islam.

“Atas dasar apa kenyataan ini dikeluarkan? PAS satu parti yang sejak dari dulu berjuang bukan sahaja atas nama Islam malah setiap tindak tanduk dan keputusan mestilah berlandaskan al-Quran, hadis, qias dan ijmak ulama," kata Azman Shapawi lagi./Malaysiakini

Selasa, 17 Ogos 2010

TIMBALAN PRESIDEN PKR - AZMIN, MUSTAFA KAMIL ATAU ZAID ?

Kongres tahunan PKR bakal menyaksikan persaingan sengit bagi kerusi timbalan presiden yang akan dikosongkan oleh penyandang sekarang, Dr Syed Husin ali. Bagi jawatan presiden pula akan terus mengekalkan Dr Wan Azizah Ismail.

Melalui sumber dalaman PKR, syed husin dikatakan tidak berhasrat untuk terus menyandang jawatan tersebut walaupun tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini. SIASAH difahamkan tiga tokoh daripada pimpunan itu akan dicalonkan untuk menduduki jawatan tersebut iaitu dua calon daripada naib presiden Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub serta ketua pkr WP Datuk Zaid Ibrahim.

Kata sumber parti itu, apa yang lebih menarik ialah calon-calon tersebut bukan bersaing secara individu sebaliknya mewakili kumpulan maisng-masing dalam PKR selaki gus dilihat sebagai usaha kumpulan tersebut menjadi lebih dominan dalam parti melalui kedudukan pemimpin nombor dua.

Azmin dikatakan mewakili kumpulan bekas-bekas ahli UMNO dan BN dalam PKR, Zaid berada dalam kumpulan liberal dan Mustafa dari kumpulan Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM). Dalam perkembangan terbaru ini, ketiga-tiga calon tersebut mempunyai kekuatan dan penyokong masing-masing melalui negeri-negeri tertentu yang dikuasai sekaligus akan menjadi pihak yang mengetengahkan nama calon untuk jawatan kedua tertinggi parti itu.

Malah kumpulan masing-masing dikatakan sudah menggerakkan kempen untuk calon mereka ketika ini ke kawasan-kawasan (cabang). Dalam perkembangan sama, Menteri Besar Selangor tan Sri Khalid Ibrahim turut menjadi perhatian dalam persaingan bagi jawatan kedua tertinggi parti itu. Walaupun Khalid tidak dicadangkan untuk jawtan tersebut tetapi ramai yang percaya calon yang mendapat sokongan Khalid akan mempunyai kelebihan untuk menang. SIASAH BILANGAN 0213 TERBITAN 15-21 OGOS 2010. /Tranungkite

SUSAH-SUSAH BUBAR SAJA UMNO P.PINANG...

UMNO Pulau Pinang:
Rumah siap, pahat masih berbunyi

Nazar Hashim

| Aug 16, 2010

Dilema dua bahagian UMNO dalam Negeri Pulau Pinang belum selesai sehingga ke hari ini. Walaupun persidangan perwakilan UMNO bahagian seluruh Pulau Pinang telah berjaya disempurnakan namun begitu bak kata pepatah rumah sudah siap, pahat masih berbunyi.

Dalam lain ertikata, walaupun kedua-dua kepimpinan UMNO Bahagian Bukit Bendera dan UMNO Jelutong telah selesai mengadakan persidangan masing-masing, masih ada suara dari perwakilan UMNO dalam bahagian masing-masing yang saling mempertikaikan kedudukan antara satu sama lain.

Bagi UMNO Bukit Bendera yang menyaksikan kemunculan semula mantan Ketua Bahagian, Ahmad Ismail untuk menerajui kepimpinan bahagian tidak kesampaian, apabila dalam sidang media beliau pada 5 Ogos yang lalu menzahirkan bahawa keputusan beliau adalah untuk tidak bertanding - semata-mata bagi memberi peluang kepada kepimpinan parti komponen untuk mendapatkan semula sokongan rakyat di Pulau Pinang.

Kontroversi yang dicungkil Ahmad Ismail

Sebelum itu, 36 Ahli Jawatankuasa UMNO Bukit Bendera telah meletakkan jawatan secara sukarela bagi membolehkan mesyuarat agung luar biasa diadakan. Ia juga bertujuan untuk membawa semula Ahmad yang telah digantung oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada September 2008 yang lalu menerajui semula bahagian tersebut.

Keahlian Ahmad digantung kerana didakwa telah menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan masyarakat Cina, apabila Ahmad dituduh menyifatkan mereka sebagai "penumpang" dalam negara ini ketika berceramah pada 25 Ogos 2008, semasa berkempen di PRK Permatang Pauh.

Keadaan bertambah buruk apabila Ahmad mendesak Gerakan yang merupakan komponen Barisan Nasional (BN) supaya keluar dari BN. Keadaan bertambah runcing apabila salah seorang penyokongn beliau mengoyak gambar Pengerusi Gerakan Negeri ketika itu, Koh Tsu Koon.

Namun begitu, pada Disember 2009 yang lalu, MT telah menarik balik keputusan penggantungan terhadap Ahmad. Beliau dibenarkan untuk aktif semula dan sekaligus mendapat sokongan dari bahagian lamanya.

UMNO bahagian Bukit Bendera yang diterajui oleh Abdul Jalil Ariffin yang sepatutnya mengadakan persidangan perwakilan mereka telah tertunda persidangan perwakilan mereka sebanyak dua kali, iaitu pada 11 dan 31 Julai yang lalu.

Persidangan perwakilan hanya dapat dijalankan pada 8 Ogos baru-baru ini ,bertempat di Eastin Hotel, Pulau Pinang dengan kehadiran wakil Perhubungan UMNO Negeri, Musa Sheikh Fadzir yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Negeri.

Kemunculan semula Ahmad itu bukan sahaja diberi sambutan meriah seorang wira bangsa dengan diserikan oleh pencak silat dan bunga manggar, tetapi juga dinobatkan sebagai seorang wira yang memperjuangkan masyarakat Melayu di bahagian Bukit Bendera oleh penyokong-penyokongnya.

Kemelut berlanjutan

Tidak lama selepas dinobatkan sebagai wira, kemelut yang melanda UMNO bahagian Bukit Bendera tidak terhenti di situ sahaja. Ketua Penerangan Pemuda UMNO bahagian, Rose Akmar Ahmed telah membuat laporan polis terhadap persidangan perwakilan yang dianggapnya sebagai melanggar peraturan mesyuarat.

Rose Akmar (gambar kiri) juga mendakwa bahawa ini bukan kali pertama beliau dinafikan hak sebagai perwakilan, malah pada tarikh asal iaitu 11 dan 31 Julai juga beliau bersama enam lagi perwakilan dalam cawangan Kampung Mutiara tidak menerima notis jemputan.

Beliau yang turut membuat laporan polis di balai polis Butterworth pada hari yang sama persidangan perwakilan bahagian diadakan turut melahirkan rasa kesal kerana sikap bahagian yang meminggirkan cawangannya yang sememangnya sah dari segi peraturan dan persidangan agung parti.

Manakala Musa semasa sidang media selepas persidangan pada 8 Ogos di Hotel Eastin turut menyatakan, bahawa mereka yang tidak berpuas hati dengan perjalanan persidangan boleh membuat bantahan dengan mengemukakan surat kepada perhubungan UMNO negeri.

Dilema merebak ke Jelutong

Dilema dalaman UMNO ini bukan saja terhenti setakat UMNO bahagian Bukit Bendera. Ia juga merebak kepada UMNO bahagian Jelutong yang diterajui oleh Abdul Razak Abdul Rahman sebagai ketua bahagiannya.

UMNO Bahagian Jelutong yang mempunyai 25 cawangan kini ternyata berpecah kepada dua apabila 17 cawangan yang turut didakwa hak mereka dinafikan apabila cawangan yang ada telah ditutup tanpa persetujuan mereka.

Abdul Wahab Abdullah yang mewakili 17 cawangan yang didakwa ditutup oleh Perhubungan UMNO Negeri turut mempertikaikan keputusan yang telah dibuat sebagai tidak menghormati seramai lebih dari 4,000 ahli UMNO yang masih setia kepada 17 cawangan-cawangan tersebut.

Namun begitu Setiausaha UMNO Negeri, Azhar Ibrahim (gambar kiri) turut menyatakan keputusan yang telah diambil oleh Perhubungan UMNO Negeri bukanlah untuk menganiayai mana-mana ahli UMNO dalam bahagian Jelutong, sebaliknya adalah bagi kebaikan dan masa depan UMNO.

Mereka telah diserapkan untuk menjadi ahli kepada 25 cawangan UMNO yang sedia ada. Walaupun begitu, persoalan yang timbul di sini oleh 17 cawangan yang didakwa masih wujud - atas alasan apa mereka tidak dibenarkan untuk aktif dan mewujudkan semula cawangan-cawangan yang ada?

Mereka juga mendakwa berlakunya ketidakadilan apabila hak mereka dinafikan dengan membiarkan hanya 25 cawangan yang sedia ada diaktifkan sedangkan ketakutan sudah jelas terbayang pada kepimpinan bahagian kerana dengan aktifnya 17 cawangan tersebut akan menggugat kepimpinan bahagian yang ada.

*Nazar Hashim ialah penulis khas untuk MerdekaReview.

UMNO GUNA STRATEGI LAPOK - AZMIN

Strategi lapuk BN

SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) menyalakan bara sentimen dalam kalangan orang Melayu sebagai strategi lapuk.

Naib Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata, BN/UMNO heboh mahukan orang Melayu bersatu sebagai kaum majoriti tetapi isu salah guna kuasa, rasuah dan kecurangan hanya ditutup sebelah mata.

“Persoalannya, bersatu untuk apa? Kita tidak rela kalau perpaduan bangsa hanya untuk membenarkan pimpinan elit UMNO menggunakan kuasa mereka dengan mengamalkan rasuah dan memperkaya diri sendiri.

“Seandainya orang Melayu termakan umpan dan bersatu menyokong kecurangan ini, maka musibah akan melanda bangsa dan negara kelak,” kata Azmin dipetik dalam laman blognya www.azminali.com.

Menurutnya, perpaduan perlu mempunyai asas dan tidak boleh digunakan untuk perkara yang mengongkong individu.

“Ini kerana ia bertentangan dengan jaminan Tuhan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan maruah yang perlu dijamin.

“Kita bersyukur apabila orang Melayu kini cukup matang dan tidak mudah terperangkap dalam polemik diskaun 7 peratus Bumiputera untuk belian tanah dan rumah mewah.

“Masih terdapat pelbagai inisiatif dan subsidi untuk golongan kaya tetapi malang apabila subsidi rakyat dihakis sehingga ayam dan gula di dapur juga semakin mahal,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, perkara yang perlu dikaji ialah rumah mampu dimiliki rakyat pada harga yang munasabah terutama majoriti orang Melayu.

“Lihat sahaja kualiti rumah untuk rakyat miskin dengan dapur yang sempit, kamar tidur bersiling rendah, bilik mandi dipasang dengan jubin yang tidak berkualiti, tiada padang permainan dan jumlah rumah yang terlalu padat.

“Ini adalah realiti sebenar kesempitan dan himpitan hidup yang menimpa majoriti orang Melayu di setiap bandar ketika tanah dan kawasan strategik diberikan kepada tauke-tauke dan kroni mereka,” katanya./Sinar

MURAHNYA UMNO DI SELANGOR.......

Roslan SMS

Isu Umno mahu mempolitikkan masjid di bulan Ramadhan ini terus hangat. Siang tadi saya menerima panggilan bertalu-talu dari berbagai pihak menyatakan bantahan terhadap cadangan Umno Selangor untuk mengadakan majlis berbuka bersama PM (yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor) di Masjid Nurul Ehsan, Kg Medan, Petaling Jaya.

Malah petang tadi saya telah menemani Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hasan Ali bersama Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Sdr Khairuddin Othman bertemu dengan Dato' Menteri
Besar di rumah beliau bagi melahirkan kebimbangan PAS Selangor terhadap apa yang berlaku.

Sedang kami berada di rumah MB berbagai pihak bertandang ke masjid berkenaan termasuklah kontraktor yang mahu memasang khemah tetapi dihalang oleh pihak pimpinan masjid. Pimpinan Umno Selangor turut berada di masjid kononnya untuk berunding.

Tanpa segan-silu mereka mengguna dan menjual berbagai nama untuk melanggar masuk mengguna masjid, termasuklah nama MB, EXCO Agama malah nama istana pun turut dibabitkan.

Mujurlah pihak pimpinan masjid menghadapi isu ini dengan tenang dan membenarkan kami dan MB merundingkan suatu penyelesaian terbaik demi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Hakikatnya Umno Selangor mahu guna masjid. Surat permohonan atas nama parti itu diserahkan kepada Nazir masjid. Pihak masjid keranan menjunjung titah Tuanku Sultan telah menolak permohonan itu kerana masjid tidak boleh digunakan bagi tujuan politik. Itu bukan arahan MB atau EXCO Agama, itu perintah Tuanku sendiri. Jangankan Umno, PAS dan PKR pun tidak pernah membuat sebarang permohonan begitu untuk guna masjid di Selangor ini!

Saya masih ingat semasa Muktamar Tahunan PAS di Shah Alam tahun lalu, Pengarah JAIS mentah-mentah menolak permohonan bagi membenarkan YAB Mursyidul Am dan YB Presiden PAS berkhutbah dimana-mana masjid di Selangor. Lalu apa istimewanya Umno yang merupakan parti pembangkang di Selangor ini?

Kalau pusat-pusat, kemudahan dan bangunan milik kerajaan Persekutuan, pimpinan kerajaan negeri diharamkan menjejak kaki, apa pula istimewa Umno di pusat-pusat, kemudahan dan bangunan milik negeri.

Saya difahamkan apabila ditolak oleh Nazir, maka Umno Selangor mengguna apa sahaja talian hayat yang tinggal pada mereka, walaupun tanpa mengiku peraturan untuk memastikan agenda mereka itu dapat diteruskan juga. Surat Umno ditukar dengan surat dari Pejabat PM dan kali ini diserah terus kepada JAIS.

Apakah mereka ini sudah hilang pertimbangan sehingga menjadi jahil dan buta peraturan. Mengapa dari awal tidak buat permohonan rasmi?

Jika PM mahu turun sepatuntnya Pejabat PM menghubungi Pejabat MB, tidakkah itu sopan dan mengikut saluran namanya? Kenapa perlu digunakan surat berkepala Umno, ditandatangani oleh SU Kerja Umno Negeri dialamatkan kepada Nazir.........beginikah cara Umno mengurus diri mereka?

Akhirnya setelah berunding, kata putusnya pihak negeri memberikan laluan tetapi bersyarat. Antaranya tiada sepanduk dan bendera Umno dibenar dikibarkan, tiada ucapan politik, semua pimpinan setempat termasuklah ahli parlimen, ADUN, ahli majlis dan lain-lain mesti diundang dan paling penting sekali majlis itu nanti mesti dianjurkan oleh pihak JAIS dan bukan parti politik.

Saya mendengar sendiri arahan yang diberi oleh Dato MB kepada Dato Setiausaha Kerajaan Negeri melalui telefon. Kemudiannya Dato Hasan menghubungi Nazor masjid memberikan arahan yang sama, kata Dato Hasan yang dibenar memberi ucapan adalah Nazir dan PM.

Malah apabila saya bertanya kepada Dato MB, bagaimana jika Noh Omar berucap, bagaimana jika Ezam Md Nor berucap? Kata Tan Sri mereka tiada tauliah, tidak boleh, jika bercakap juga kita tangkap!

Walaupun berat kita terima keputusan negeri, tetapi kita wajib memastikan yang pihak pemohon mematuhi semua peraturan yang disebutkan di atas. Kepada ahli kariah Masjid Nurul Ehsan, raikanlah mereka tetapi berwaspada jika ada pihak-pihak lain selain yang dibenarkan itu berucap,ambil tindakan./Harakahdaily

BENDERA KITA SUDAH BERUBAHKAH ?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Sejak bila Jalur Gemilang ditambah dgn tanda 1Malaysia? Tidakkah ini mencemar bendera kebangsaan? Siapa keluarkan? Kenapa jual pada murid2?

Demikian soalan bertubi-tubi dari Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dalam twiiter.

Ini berikutan penemuan satu bendera baru iaitu Jalur Gemilang yang diletakkan logo 1 Malaysia di tengah-tengahnya.

Laporan lanjut menyusul./Harakahdaily