RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 18 Ogos 2010

`PENEMUAN BARU' OLEH ZAHRAIN ? PTUIHHHH....

'Perlembagaan baru' memang wujud

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini mengesahkan bahawa beliau mengetahui tentang kewujudan 'perlembagaan baru' yang dibuat oleh pihak tertentu.

Lebih mengejutkan, beliau juga mendakwa bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), semata-mata untuk meraih sokongan pengundi bukan Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

"Perkara ini memang benar-benar wujud dan ia merupakan idea PKR. Semuanya kerana PKR sedar bahawa sokongan bukan Melayu terhadap pembangkang semakin bertambah dan demi menjamin kelangsungan sokongan itu, Perkara 153 dan Perkara 11 perlu digugurkan."Perkara inilah yang menjadi salah satu sebab mengapa saya meninggalkan perjuangan PKR dan memilih untuk menjadi wakil rakyat Bebas. Inilah permainan bahaya PKR yang sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zahrain berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau mengetahui atau tidak tentang kewujudan 'perlembagaan baru', seperti mana yang didedahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Ahad lalu.

Harussani ketika membuat pendedahan mengejutkan itu berkata, 'perlembagaan baru' itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan sekarang.Mufti Perak itu bagaimanapun enggan mendedahkan pihak yang bertanggungjawab mewujudkan 'perlembagaan baru' berkenaan demi menjaga keselamatan negara.

Mengulas lanjut, Zahrain memberitahu, perancangan untuk mewujudkan 'perlembagaan baru' itu sudah dimulakan selepas pembangkang berjaya mencatat kemenangan besar dalam PRU Ke-12 lalu."Mereka sudah mula berangan bahawa langkah untuk menawan Putrajaya semakin hampir dan selepas cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) untuk membeli wakil rakyat Barisan Nasional (BN) gagal, maka perkara ini mula dirancang," katanya.

Dalam pada itu, Zahrain menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya segera mengambil tindakan tegas kerana perbuatan pembangkang mewujudkan 'perlembagaan baru' adalah satu perbuatan menghasut.Katanya, jika pihak berkuasa lambat bertindak, beliau khuatir tragedi 13 Mei 1969 akan berulang kembali kerana orang Melayu sudah tentu tidak akan membiarkan hak mereka dicabuli.

"Orang Putih dahulu pun sedar tentang bahaya jika Perkara 153 dan Perkara 11 disingkirkan tetapi PKR tidak pernah belajar daripada perkara itu.''Pada mereka matlamat mengejar kuasa adalah lebih penting berbanding kestabilan negara," katanya./justice for all

4 ulasan:

  1. tan sri harussani tidak mahu mendedahkan sumbernya sebab sumbernya adalah orang umno sendiri, jadi sudah tentu 'perlembagaan baru' direka semata-mata untuk menaikkan kemarahan orang melayu. Jika sumbernya didedahkan tentu usahanya takkan berhasil.

    BalasPadam
  2. antara "pereka"perlembagaan ini tentulah zahrain sendiri,sebab tu depa tau benda ni ada.dan depa yang bawa benda untuk dibawa oluh Mufti Harussani

    BalasPadam
  3. Dewasa ini ada 4 makhluk bila berbicara kita ragu untuk percaya, iaitu Zahrain, Ezam, Zul Nordin dan Harussani.

    BalasPadam