RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 12 Mei 2012

PRU KE 13 - KAMI TELAH `DILATIH' OLEH FRU, MAKA PENDATANG ASING JANGAN CUBA MENGUJI KAMI

Oleh:  WFAUZDIN NS

DIBERITAKAN beberapa hari lagi Najib `Haramjadah' (perkataan popular yang beliau sendiri perkenalkan) akan mengumumkan pembubaran Parlimen.  Ertinya, tuntutan BERSIH 3.0 tidak akan dilayan dan Umno/Bn kini telah bersedia untuk menjadi Pembangkang selepas PRU ke 13 nanti.  

Bukan mudah untuk kita ke Putrajaya kerana kita berdepan dengan sistem `haramjadah' oleh pemimpin `haramjadah'.  Mahu tidak mahu, PR terpaksa lalui sistem `haramjadah' ini kerana SPR yang `haramjadah' itu kesemuanya pekak dan tuli.  Ada yang mencadangkan PR boikot Pilihanraya Umum yang akan datang ini, tetapi tindakan ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh parti sekutu Apco itu untuk terus `mengharamjadahkan' rakyat apabila parti mereka menang di semua kerusi Parlimen dan Dun sekiranya PR memboikot PRU akan datang.

Di samping kita bertawakkal kepada Allah yang lebih berkuasa dari puak `haramjadah' itu, kita juga mesti berusaha dengan apa cara sekali pun untuk mengurangkan tipu daya `syaitan haramjadah' ini.  Apa caranya? Salah satu caranya adalah mengunakan apa jua bentuk samada lembut atau keras bagi  menghalang pendatang-pendatang tanpa izin atau sesiapa sahaja yang tidak layak mengundi tetapi diberi kelayakan atas tujuan untuk menipu. 

Setiap negeri tentukan di setiap Cabang PKR, PAS Kawasan dan DAP Bahagian melantik satu kumpulan yang agresif berkawal sepanjang masa mengundi di semua tempat peti undi.  Kumpulan ini hendaklah peka dan sensitif dengan sesiapa sahaja yang mara ke kawasan tempat membuang undi.  Tidak sukar untuk menentukan mereka itu pendatang asing atau tidak.  Lakukan sesuatu tindakan yang boleh menakutkan pengundi-pengundi haram ini agar mereka akan pulang memberitahu rakan-rakan mereka yang lain supaya tidak tampil sebagai pengundi haram.

Kita tidak lagi mementingkan No Kad Pengenalan atau nama mereka berada di dalam Daftar Pemilih kerana sehingga kini daftar pemilih masih tidak dibersihkan.  Apa yang penting, tentukan mereka adalah pengundi haram yang sepatutnya tidak boleh mengundi itu dihalau dari Pusat Membuang Undi.  Periksa 100 % identiti mereka termasuk tempat kediaman, waris-waris mereka, alamat mereka bekerja atau apa jua maklumat lain yang boleh membantu kita mengenalpasti samada mereka hadir sebagai pengundi yang sah atau pengundi yang `disahkan' untuk menjadi pengundi `haramjadah'.

Kalau kita boleh bertahan berdepan dengan FRU dan Polis sewaktu Himpunan BERSIH, tidak masuk akal kita boleh biarkan pendatang asing ini senang lenang mengundi dan menentukan pemimpin kita.  Buat SPR, jika kamu tidak peka dengan tuntutan BERSIH, maka kami di dalam PR tidak akan peka lagi dengan undang-undang dan peraturan kamu.  Kini, kami telah bersedia untuk berdepan dengan pengundi-pengundi `haramjadah' kerana kami telah diuji secara ganas sewaktu BERSIH 1,2 dan 3.0 yang lalu./wfauzdin.blogspot.com

BEKAS TIMB KETUA CABANG INDERA MAHKOTA YANG KELUAR PARTI INGIN RUJUK SEMULA?

Oleh:  WFAUZDIN NS

MERUJUK kepada berita yang aku baca dari PDO, khabarnya terdapat bekas pemimpin PKR Pahang yang telah keluar parti ingin merujuk semula kepada parti tersebut.  Aku cuba juga merisik, setakat ini melalui maklumat beberapa pimpinan PKR Pahang, berita ini tidak dapat disahkan.

Khabarnya, bekas Timbalan Ketua Cabang Indera Mahkota, Kuantan yang tidak beberapa lama dahulu meninggalkan PKR ingin memasuki parti ini semula.  Beberapa pimpinan yang telah aku dapatkan komen mereka menyebut bahawa PKR tiada masalah untuk menerima borang permohonan kemasukan semula sesiapa pun yang telah keluar dari parti ini, tetapi belum tentu borang permohonan tersebut diluluskan.

Melihatkan kepada peluang yang mungkin ada untuk menjadi calon di Parlimen Indera Mahkota iaitu di kawasan yang berpeluang cerah untuk dimenangi oleh PKR, maka sudah tentu terdapat ramai yang berminat untuk dicalonkan di dalam PRU akan datang.  Oleh yang demikian, bukan mudah rasanya PKR Pahang boleh menerima seseorang secara tiba-tiba memohon untuk menyertai parti ini semula.

Harus kita fikir, sewaktu mereka ini keluar dari PKR dahulu, alasannya adalah hilang kepercayaan terhadap DS Anwar terutamanya berkaitan dengan moral Ketua Umum PKR ini.  Tiba-tiba, apabila mereka mengambil keputusan untuk menyertai parti ini semula, alasan yang diberi adalah mereka merasa meluat dengan Umno yang sering bermain dengan politik lucah dan fitnah yang membabitkan DS Anwar.  Boleh diterimakah alasan seumpana ini?

Secara peribadi, aku tidak yakin keikhlasan mereka untuk menyertai PKR semula melainkan jika mereka sanggup bekerja kuat membantu parti ini tanpa apa-apa syarat atau jawatan yang ditawarkan.  PKR juga harus memikirkan kebarangkalian mereka ini `diutus' khas untuk menjadi perisik di dalam parti.  Tidak mustahil kerana perangai puak-puak sekutu APCO ini sanggup lakukan apa sahaja asalkan mereka boleh gagalkan cita-cita kita untuk menawan Pahang khususnya dan Putrajaya, amnya.

Jangan lupa, Ibu Pejabat PKR Pahang baru-baru ini telah diceroboh dan komputer yang mengandungi beberapa data berkaitan parti telah dicuri.  Dikhabarkan beberapa dokumen parti juga turut hilang.Peliknya, mengapa pencuri berminat untuk mencuri beberapa dokumen dan segala wayar letrik di dalam pejabat diputuskan?  Ianya seolah-olah ingin melumpuhkan Ibu Pejabat parti berkenaan.

PKR Pahang harus berhati-hati dengan tipu muslihat musuh menjelang PRU yang dikatakan tidak beberapa hari sahaja lagi./wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 11 Mei 2012

POLITIK BANGANG DARI RAHIM NOR

Oleh:  WFAUZDIN NS


(Keratan berita NST 8 Mei 2012)

RAHIM Nor sudah tidak mengaku bahawa beliau ada menyebut bahawa Tuan Guru Nik Aziz itu "Father Of Kafir".  Bapak pembohong ini sudah mula merasa panas sendiri akibat mulut celupar beliau sebelum ini.  
 
Maka, siapakah sebenarnya yang mendakwa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'bapak kafir'?  Apakah akhbar NST itu memutarbelitkan kenyataan bekas KPN yang ditamatkan perkhidmatan secara keji itu?  Jika benar, Rahim Nor selaku bekas KPN tentu tahu tindakan yang sewajarnya boleh diambil terhadap akhbar tersebut.  Jika tidak, Rahim Nor mengaku sahaja, habis cerita kerana jika beliau tidak mengaku sekali pun rakyat sudah tentu betapa Rahim Nor ini memang kaki penipu.

Di dalam keadaan beliau menepis dakwaan terhadapnya, beliau menyerlahkan lagi ketololannya.  Menurut Rahim, apa yang beliau katakan hanya sikap para pemimpin PAS termasuk Nik Aziz dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menggunakan hujah agama untuk melawan Umno.  Jika bukan hujah agama yang dibawa oleh PAS, maka hujah apa lagi yang PAS boleh bawa?  Hujah lembu Umporno?  Hujah Yahudi atau Apco?  Atau, PAS mestilah berhujah mengikut ugama Kristian atau Budha?

Masakan Rahim Nor terlalu bodoh untuk mengenali PAS.  PAS adalah parti yang dasarnya Islam, maka sudah tentulah PAS akan berhujah dengan Agama Islam.  Seperti juga Umno, sebuah parti sekular bersemangat Kebangsaan maka sudah tentulah pemimpin Umno akan berhujah mengikut fahaman sekular dan perkauman (Assobiyyah) yang sesat itu.

Kita lihat sekarang Rahim Nor semakin menampakkan kebodohannya.  Beliau sepatutnya duduk diam sahaja di rumah selepas terpelanting dari jawatan KPN kerana beliau bukan orang politik.  Apabila beliau cuba untuk menjadi jaguh pengampu orang politik Umno, jelas kepada kita begitu dangkalnya otak Rahim Nor untuk membicarakan soal politik.  

Amat malang sekali, beliau sanggup menjadi bodoh dan ditertawakan orang demi untuk menjadi pengampu di penghujung usianya.  Sudah-sudahlah Rahim Nor, kamu tidak akan mendapat tempat di dalam Umno jauh sekali untuk dicalonkan sebagai calon Umno di dalam PRU akan datang.  Cukup-cukuplah `lembu' yang ada di dalam kondo Umporno setakat ini, jangan pula kamu ingin menambahkan lagi bilangan lembu di sana.  
 
Adalah lebih baik Rahim Nor berehat sahaja di rumah kerana lagi banyak beliau bercakap, ianya akan memalukan seluruh anggota Polis di negara ini.  Sudah tentu warga Polis merasa malu dengan tingkah laku bekas bos mereka itu.  Jika dahulu warga Polis merasa malu bila mendapat tahu bekas bosnya dahulu Hanif Omar adalah penyumbang amalan judi di negara ini, kini Rahim Nor pula memalukan mereka./wfauzdin.blogspot.com  

USAHA LAGAKAN SAYA DENGAN TAN SERI KHALID, TAK JALAN - YB AZMIN


 
Azmin 'terkejut' Dr Mahathir sokong beliau saman Utusan


Abdul Rahim Sabri

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali 'terkejut' apabila mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan beliau mengambil tindakan mahkamah susulan laporan media mengaitkan beliau sedang melakukan aksi seks dengan seorang perempuan.

Malah, Azmin juga turut mengucapkan terima kasih kepada Mahathir yang menasihatinya supaya menyaman media berkenaan yang membuat dakwaan demikian.

 
 
"Dr Mahathir pun sokong saya. Saya terkejut. Beliau kata, 'Azmin, saya cadangkan Azmin saman media sebab mengaibkan Azmin' dan beliau sendiri tidak percaya dengan gambar-gambar," katanya secara sinikal.

"Saya tweet kepada Tun, mengucapkan terima kasih kerana menasihati saya. Kalau Tun Mahathir simpati dengan saya, takkan Tan Sri Khalid tak simpati dengan saya," katanya dalam sidang media petang ini.

Azmin menjawab soalan pemberita berhubung tanggapan umum bahawa Menteri Besar Tan Sri Khalid "tidak mempertahankan" beliau susulan laporan muka depan Utusan Malaysia yang memaparkan gambar lelaki miripnya dengan seorang wanita melakukan aksi seks.

Mengulas perkara tersebut, Azmin yang juga pengerusi PKR Selangor menepis tanggapan umum berhubung Khalid tidak menyokongnya.

"Siapa kata Tan Sri Khalid tidak sokong saya, dia sokong saya saman Utusan Malaysia... Dia kata 'no comment' sebab tak dapat maklumat betul atau menyeluruh.

"Tetapi keesokan harinya beliau sokong saya saman Utusan Malaysia. Jangan laga-lagakan saya dengan Tan Sri Khalid. Tak boleh makan," katanya sambil disambut ketawa kecil beberapa pimpinan yang hadir.

 
 
Beliau juga menjelaskan berhubung pesanan tweetnya mengenai kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menyuruh beliau bertemu ibunya.

Katanya, beliau dapat memahami maksud Wan Azizah tetapi khuatir rakyat "akan keliru sebab peranan media yang cuba melaga-lagakan" pemimpin di kalangan mereka.

"Saya mendapat simpati yang luar biasa, silaplah Utusan Malaysia," katanya.

Ditanya sama ada serangan terhadapnya sejak sebulan lalu bakal mengubah sokongan rakyat kepadanya, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata yakin dengan kebijaksanaan rakyat, menyerahkan kepada mereka untuk menentukan.

Bahkan beliau menegaskan hubungan kekeluargaan dan perkara berkaitan isu kekeluargaan perlu diharmonikan dan disejahterakan daripada diaibkan.

Sambil mengulangi bahawa beliau tidak pernah menderhakai ibunya, Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa mempersoalkan tujuan media mengheret ibunya dalam isu yang dikaitkan dengannya.

"Jangan media heret untuk kepentingan Umno. Untuk apa?... Adakah dia (Umno) minat dengan fakta... Dalam satu bulan, tujuh serangan kepada saya.

"Tidak ada jalan untuk saya jadi lemah, saya akan terus lawan... Apa jenis politik ni, saya pun tak tahu," katanya.

Sebelum itu, dalam Majlis hi-tea bersama media dan penulis blog, Azmin berkata Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan "politik longkang dan kotor" sewaktu mentadbir negeri itu.

Maalah, Pakatan Rakyat Selangor akan memastikan hala tuju dan janji gabungan itu dalam Buku Jingga dapat dilaksanakan sekiranya menguasai Putrajaya.

Memetik kata-kata seorang pengamal media India MD Akhbar yang menegaskan kuasa dan pengaruh media terletak kepada kredibiliti maklumat yang disampaikan, Azmin mendakwa jualan dan edaran Utusan Malaysia merudum ekoran "kredibiliti kewartawanan".

"Kalau fitnah dan pembohongan (berleluasa), tidak ada lagi kredibiliti dan pengaruh... Media yang disokong oleh rakyat, nak kuat kena ada kredibiliti dan adil (dalam laporan)," katanya sambil menegaskan tidak gusar dengan serangan media arus perdana terhadapnya./MK

Khamis, 10 Mei 2012

DI MANA SUARA HASSAN AKIDAH TERHADAP KENYATAAN RAHIM BABI TUNGGAL INI?

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA berbicara tentang seekor babi tunggal bernama Rahim Noor yang menggelar Tuan Guru Nik Aziz sebagai `Bapa Kafir', aku mahu bertanya di mana suara Hassan Akidah?  Apa komen Hassan Akidah yang kerjanya siang malam kononnya bercakap soal murtad dan akidah walaupun sebenarnya yang banyak tersembur dari mulut busuk Hassan Akidah atau Hassan kayu Jati ini adalah Anwar...Anwar...Anwar...Azmin.

Aku rasa Hassan Akidah yang gila mahu menjadi MB Selangor ini pasti bersetuju dengan babi tunggal yang dipecat dari menjadi bos segala Polis kerana bagi Hassan Akidah sesiapapun yang menghina, mengeji atau menfitnah pemimpin Pembangkang adalah sahabat karibnya yang akan setia bersamanya ke lubang neraka.

Mengapa lambat sangat Hassan Akidah mengulas kata-kata Rahim babi tunggal ini?  Sebabnya hanya satu kerana jika beliau mengulas berpandukan Al-Quran dan Hadith dengan tepat, pasti beliau akan rugi kerana ianya menguntungkan sekutu DS Anwar.  Apa jua yang menguntungkan DS Anwar, pasti membuatkan Hassan Jati sesak nafas umpama nak mampus.

Di mana pula suara Majlis Fatwa?  Isu Himpunan BERSIH mendatangkan minat Majlis Fatwa untuk mengeluarkan fatwa.  Apa pula hukum perbuatan Rahim babi tunggal ini?  Sunat, harus atau makruh?  Beranikah Majlis Fatwa mengatakan hukum selain dari itu?/wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 9 Mei 2012

RAHIM NOOR `BAPA SEGALA BABI'

Oleh:  WFAUZDIN NS

MENGULAS seperti yang dilaporkan di Malaysiakini, jika benar bekas KPN, Rahim Noor kata menggelar Tuan Guru Nik Aziz `Bapa Segala Kafir', maka aku tabik dengan Rahim Noor kerana darjat dia adalah `Bapa Segala Babi' yang menyondol semua yang ada di hadapannya tanpa menggunakan otak dan akal yang Allah kurniakan.

wajah si Rahim yang sebenar?
Tepat dan wajar Rahim Noor manusia bangsat ini ditamatkan perkhidmatannya dari menjadi ketua kepada segala Polis kerana `level' dan otak beliau hanya layak menjadi ketua segala Babi.  Mungkin akibat tingkah laku beliau sewaktu berada di dalam perkhidmatan dahulu yang bersekongkol dengan mamak bendahara yang sebangsat dengannya, maka Allah anugerahkan kepadanya otak babi yang tidak henti-henti menyondol.

Bapak penipu sewaktu beliau bertugas dahulu, sewaktu kes DS Anwar beliau tidak mahu menjadi anak jantan sejati untuk mengaku bahawa beliau adalah bacul yang membelasah DS Anwar di dalam lokap dengan tangan DS Anwar bergari dan mata ditutup.  Amat memalukan, sebagai bos kepada pasukan Polis, membelasah orang dengan tangan terikat, sedangkan budak-budak sekolah jika bergaduh pun mereka bergaduh secara `gentleman'.  Akhirnya, apabila ditubuhkan Suruhanjaya Bebas, maka terbongkarlah rahsia si dayus ini adalah orang yang membelasah DS Anwar.  Beliau seorang penipu sejak awal, maka pelik apanya jika si bangsat tua mahu mampus ini mahu menggelar Tuan Guru Nik Aziz sedemikian?

Beliau mendakwa DAP anti Islam, siapa yang percaya Rahim Noor ini mahu kepada Islam?  Bagi aku, jika dibandingkan Lim Guan Eng dengan Rahim Noor ini, jauh bumi dari langit pengetahuan Islam yang ada pada Lim Guan Eng.  Semenjak bila Rahim Noor ini ikut ajaran Islam?  Jika sudah bapak segala penipu sewaktu berkuasa dahulu, mahu bercerita soal Islam?

Aku harap sebelum beliau mampus, beliau sedar diri dan kembali kepada ajaran Islam.  Jika beliau sememangnya anti kepada Islam, atau tidak suka kepada Ulamak, aku harap beliau tidak menghina Ulamak.  Seandainya beliau terus bersikap sedemikian, memang wajar beliau terus dihina oleh makhluk di bumi dan dilangit./wfauzdin.blogspot.com


Selasa, 8 Mei 2012

ISU AZMIN - HUJAH ZUL KULIM HUJAH PEGUAM YANG BENGAP

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEKALI lagi aku merasa yakin benar bahawa Zul Kulim memang seorang peguam yang bengap.  Memang benarlah seperti kata YB Khalid Samad bahawa Zul Kulim ini tidak pernah menang satu kes pun apabila beliau dipilih menjadi peguam mengendalikan mana-mana kes.

Paling hebat beliau rasa adalah apabila beliau menjadi tukang pikul beg dan fail peguam-peguam hebat yang membela DS Anwar semasa kes liwat 1 dahulu.  Atas tugas itu, beliau ke sana ke mari berceramah mengatakan beliau adalah peguam DS Anwar.  Menumpang tuah peguam-peguam yang lain sedangkan beliau tidak pernah pun berpeluang berhujah di dalam mahkamah ketika itu.

Terbaru yang menampakkan kebodohan Zul Kulim ini adalah apabila beliau mendakwa gambar lucah yang kononnya aksi Azmin Ali di dalam tandas itu adalah hasil orang-orang di dalam PKR sendiri.  Kononnya terdapat orang-orang di dalam PKR yang mahu melihat Azmin jatuh di dalam karier politik, maka dijaja gambar lucah berkenaan.

Kalau difikirkan lojik, mengapa orang-orang yang disebut oleh Zul Kulim itu mengedarkan gambar sedemikian sekarang?  Mengapa tidak dilakukan sewaktu pemilihan di dalam PKR dahulu?  Bukankah lebih tepat dengan masanya jika ingin menjatuhkan Azmin waktu itu?  Mengapa sekarang disaat PRU tiba?  Lojiknya jika menjelang PRU, siapa punyas kerja?  Menjelang PRU, orang sudah tidak fikirkan untuk menjatuhkan sesiapa kecuali parti lawan.

Jadi, dakwaan Zul Kulim itu menampakkan kebodohan peguam ini.  Memang patut pun tiada siapa mahu melantik beliau menjadi peguam di dalam apa jua kes kerana kedangkalan beliau berhujah.  Memang tepat jika beliau menyokong Umporno kerana sesiapa yang bijak pandai tidak akan teringin bersama Umporno./wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 7 Mei 2012

BONDANYA DIPERGUNAKAN, AZWAN ALI MENGAMUK SAKAN?

Panas!!Azwan Ali Mengamuk Dalam Twitter Lagi...
  
Oleh: usamah

" 
 
Aku hairan la dengan pompuan nih.Sanggup mempergunakan ibu sendiri demi mencapai cita-cita politik.Sanggup menggunakan politik kotor mengheret ibu yang uzur tua bagi memburukkan anak sendiri dalam media sex.Aku yakin kenyataan yang dibuat oleh ibu tua ni bernsur politik dan ada orang politik Umno yang mendalangi segmen nih..Tambahan pula gambar lucah individu mirip azmin Ali kini tersebar luas di media-media Umno terutamanya Surat khabar Lucah Umno UTusex Meloya.

Dengan kebiadapan perempuan yang bernama Ummi hafilda nie telah membangkitkan kemarahan dan kebencian yang amat sangat kepada saudaranya Azwan Ali.Baru-baru nih aku tengok dah berbaik 2 orang nih.Tapi aku yakin azwan ali berbuat demikian disebabkan terpaksa untuk menjaga hati ibunya dan mungkin juga diugut oleh individu..Perbuatan terkutuk Perempuan yang dahulunya digelar oleh Azwan Ali dengan"BN"Betina NEraka telah menaikkan marah azwan dalam twitternya.


Woit hafilda!!!Sudah-sudahla dengan politik kotor hang tuu...Sampai nak gunakan Mak kandung sendiri apa kejadahnya???Berapa habuan dunia yang hang dapat??


http://siasahkini.blogspot.com/2012/05/panasazwan-ali-mengamuk-dalam-twitter.html


AWAS !! JAGA PEJABAT PARTI MASING-MASING, MUSUH SUDAH MULA GELABAH

Oleh: WFAUZDIN NS

BARU menerima berita bahawa Ibu Pejabat PKR Negeri Pahang telah diceroboh dan ianya mungkin dari perbuatan khianat serta sabotaj berunsur politik.  Laporan awal boleh dibaca di Blog PKR Pahang.

Saya merasakan ianya perbuatan khianat berunsurkan politik kerana terdapat beberapa dokumen parti serta beberapa komputer dikatakan telah hilang, di samping itu juga penceroboh telah memotong beberapa wayar letrik di dalam pejabat.

Mungkin tarikh Pilihanraya Umum sudah semakin hampir, dan pihak-pihak tertentu merasa amat gelisah dengan kejayaan cemerlang PR terutamanya PKR di negeri ini yang berjaya menarik sokongan rakyat di Pahang melalui beberapa program parti yang berjalan rancak sekarang.  Kemungkinan juga mereka ingin mengetahui data atau strategi berkaitan parti bagi memudahkan mereka untuk berdepan dengan PR di dalam pilihanraya nanti.

Sehubungan itu, saya mencadangkan kepada semua pimpinan parti PR seluruh negeri bahawa amat penting untuk menentukan aspek keselamatan pejabat parti dan tentukan segala dokumen atau data penting tidak disimpan di pejabat selepas waktu bertugas./wfauzdin.blogspot.com