RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 12 Disember 2009

MALAYSIA NEGARA `SUMPAHAN MINYAK' - KU LI

'
Dis 12, 09 1:45pm
Mantan menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Malaysia sebagai negara 'sumpahan minyak' di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi menjadi madat dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

"Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut," katanya.

Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

Tengku Razaleigh - bekas naib presiden Umno yang hampir menewaskan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden 20 tahun lalu - merupakan antara pengasas penubuhan Petronas pada tahun 70-an.

Menurutnya, Malaysia kini terjebak dalam perangkap pendapatan pertengahan, "tersangkut dalam pertumbuhan mudah dari pengeluaran tambah nilai yang rendah dan pemasangan komponen dan tidak mampu membuat lonjakan kepada ekonomi berintensifkan pengetahuan.

Katanya, tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan yang berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi.

"Kita melihat simpanan minyak kita sebagai satu kurniaan kekayaan yang akan menghasilkan wang untuk tujuan pemodenan dan teknologi," katanya ketika berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, katanya, berbilion-bilion ringgit hasil eksport minyak sejak tiga dekad yang lalu, telah dibazirkan oleh kerajaan.

Menurutnya, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut yang telah dirancangkan sewaktu penubuhan Petronas, telah menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa juga yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.

Buku bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Time', yang dilancarkan baru-baru ini, menganggarkan kira-kira RM100 bilion telah dibazirkan dalam skandal kewangan sewaktu 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir.

Pengarangnya, Barry Wain yang juga bekas editor Asian Wall Street Journal, menulis bahawa sebahagian besar skandal itu, termasuk percubaan kerajaan untuk memanipulasi harta timah antarabangsa dan pembabitan Bank Negara dalam pasaran matawang global, pada tahun 1980-an.

Bagaimanapun, ada sesetengah penganalisa yang menyebutkan jumlahnya lebih tinggi daripada itu.

Malahah Time memetik Daniel Lian - seorang pakar ekonomi dari Morgan Stanly di Singapura sebagai berkata, Malaysia mungkin telah kehilangan "sehingga AS$100 bilion" (RM340 juta) sewaktu pentadbiran Dr Mahathir.

Petronas menyumbangkan 40 peratus daripada bajet negara sejak bertahun-tahun lalu tetapi penggantungan terhadap perolehan hasil minyak semakin tidak dapat dipertahankan lagi.Kerajaan akan memperluaskan lagi asas cukai dengan memperkenalkan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di mana semua rakyat Malaysia dikehendaki membayar cukai tambahan di samping cukai pendapatan.

Tengku Razaleigh berkata, kekayaan minyak negara telah dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang gagal, membeli senjata, membina bandaraya secara besar-besaran di atas tapak ladang kelapa sawit.

Perolehan tersebut, katanya, tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri yang miskin, tetapi disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik.

Katanya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, telah digunakan untuk menunjangi pemerintahan yang 'authoritarian, menghakis demokrasi berpelembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan./Malaysiakini

ISU DANA MASJID - DEMO BANTAH KOR MENG TIADA SAMBUTAN

Mohd Sabri Said

BUTTERWORTH, 12 Dis: Kumpulan yang berhimpun membantah pertikaian Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Meng berhubung peruntukan dana pembinaan masjid di sini semalam tidak mendapat sambutan dan hanya dihadiri oleh 26 orang.

Mereka dipercayai mewakili tiga Pertubuhan Bukan Kerajaan dan sebuah parti politik bertindak membuat bantahan di hadapan Masjid Daerah Seberang Perai Utara di Teluk Air Tawar.

Mereka sebelum itu bertindak membut pengumuman dengan pembesar suara kepada jemaah yang hadir menunaikan fardhu Jumaat bagaimanapun ia masih gagal menarik penyertaan jemaah.

Tiga NGO itu ialah Pertubuhan Gabungan Suci Asli Malaysia (GSAM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) manakala parti politik yang dimasudkan ialah Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tasek Gelugor.

Apa yang ingin dibawa oleh pihak penganjur itu tidak mendapat perhatian jemaah yang dilihat tidak berminat menyertai bantahan tersebut kerana rata-rata mereka megetahui perkara sebenar berhubung isu tersebut.

Baru-baru ini timbul kontraversi apabila Nga Kor Meng berucap di parlimen berikutan kegagalankerajaan memberi dana kepada agama lain berbanding 611 buah masjid seluruh negara dalam tempoh tahun 2000 sehingga 2008.

Sehari selepas itu, Nga Kor Meng menafikan kenyataanya bermatlamat menimbulkan ketidak puasan hati masyarakat Islam sebaliknya sekadar merujuk kepada jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang mempertuntukan RM748.26 juta manakala kepada agama lain sekadar RM9 juta atau 1.2 peratus sahaja./Harakahdaily

Pengacara berpurdah diminati ramai


GAMBAR menunjukkan dua wanita memakai purdah muncul dalam satu program di Awtan TV baru-baru ini.

RIYADH - Sebuah stesen televisyen keagamaan di Arab Saudi membenarkan wanita menjadi pengacara tetapi mengenakan syarat iaitu mereka perlu memakai purdah, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang penyampai rancangan bual bicara pagi di stesen televisyen Awtan TV, Ola al-Barqi muncul dengan memakai purdah berwarna hitam yang menutup muka namun berjaya menarik minat ramai penonton.

"Kami tidak menampilkan diri sebagai seorang wanita yang cantik dan penuh dengan solekan di muka.

"Penonton kami menumpukan terhadap apa yang kami persembahkan kepada mereka iaitu idea dan topik perbincangan.

"Kami menerima panggilan daripada penonton di beberapa negara yang menggalakkan kami meneruskan penampilan kami," katanya.

Terdapat lebih 60 saluran keagamaan di Asia Barat tetapi kebanyakannya memaparkan pengacara tidak memakai tudung atau memakai gaun hitam.

Stesen itu turut membenarkan wanita menjadi wartawan penyiaran di luar studio.

"Kami turut membuat laporan dari tempat kejadian dengan memakai purdah dan ia tidak menyekat kami daripada membuat tugasan," kata Ola.

Juruteknik lelaki tidak memasuki studio semasa pengacara wanita itu bertugas mengendalikan program tersebut.

Ola yang juga menjadi hos rancangan kuiz tidak kecewa jika dia tidak dikenali oleh orang ramai di jalanan.

"Kami tidak perlukan kemasyhuran," katanya. - Agensi

JAWAPAN BODOH BUAT SOALAN BODOH DARI BERAHIM `RAJA KATAK'

Oleh: WFAUZDIN NS

SEKIRANYA anda merasakan anda seorang yang cerdik dan waras, anda mungkin merasa `diperbodohkan' oleh seorang YB yang suka buat kenyataan `bodoh' seperti di sini. Bagi menjawab semua kenyataan bodoh tersebut, biarlah saya yang bodoh serta setaraf dengan YB tersebut menjawabnya, mudah-mudahan saya dilihat lebih cerdik sedikit dari beliau. Saya tidak mahu orang sepintar Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub untuk menjawabnya kerana itu akan membuang banyak masa beliau daripada melayani `Raja Katak' yang `diberi makan' oleh PAS sebelum ini.

Isu bermula apabila Salahuddin Ayub mencabar Berahim Ali agar membuktikan PAS bersekongkol dengan DAP bagi memecah belahkan orang-orang Melayu. Maka, Raja Katak ini memberikan bukti bahawa bukankah PAS kini bersekutu dengan DAP di dalam Pakatan Rakyat? Itu adalah bukti atau hujah pertama dari Raja Katak. Ingin saya bertanya anda, bodoh atau tidak jawapan itu? Bersekutu dengan DAP itu tandanya memecah belahkan orang-orang Melayu? Sepatutnya Berahim terlebih dahulu memberikan bukti betapa semenjak DAP wujud di negara ini, orang-orang Melayu berpecah kerananya.

Hujah kedua beliau, Raja Katak ini mengatakan bahawa PAS membantu DAP menubuhkan kerajaan di Perak. Ini samalah juga dengan cerita Umno membantu Gerakan menubuhkan kerajaan di P.Pinang suatu ketika dahulu. Amat bodoh juga Raja Katak berhujah DAP menubuhkan kerajaan di Perak. Benar, DAP punyai kerusi yang lebih banyak dari PAS dan PKR di Perak, tetapi DAP taat dan patuh kepada arahan Istana untuk menyerahkan teraju pemerintahan dan MB Perak kepada PAS dan DAP bersedia berada di bawah MB dari PAS. Jika ingin mengatakan bahawa YB dari PAS Ir Nizar cuma boneka kepada DAP dan Melayu di Perak berpecah kerana DAP, Berahim mesti memberikan bukti dan hujah yang tepat bukan main cakap dari mulut beliau yang diketahui sememangnya busuk itu. Bukti bahawa orang-orang Melayu di Perak bersatu selepas Ir Nizar menjadi MB, sehingga kini majoriti rakyat Perak menuntut diadakan Pilihanraya di semua kerusi Dun di Perak. Masalahnya beranikah Umno menghadapi Pilihanraya? Mengapa Berahim tidak menuntut bersungguh-sungguh agar Dun Perak dibubarkan segera untuk membuktikan hujah-hujah beliau itu?

Raja Katak ini ingin berhujah tentang isu arak di Selangor pula. Kononnya PAS bersekongkol dengan DAP tentang isu penjualan arak ini. Jelas Ibrahim ini bukan YB yang mengambil tahu perkembangan di Selangor. Telah banyak PAS lakukan di Selangor jauh lebih baik dari Umno memerintah di Selangor. Cumanya, ingin kita bertanya dengan Raja Katak mengapa beliau bersekutu dan menyokong kerajaan pusat yang mengeluarkan lesen judi sekarang?

Beliau berhujah dengan amat bodoh sekali. Beliau berkata PAS berdiam diri apabila YB Kor Ming kononnya dikatakan menghina Islam apabila mempertikaikan dana masjid. Pertamanya, jelas YB Kor Ming tidak berkata demikian dan beliau bercadang untuk menyaman akhbar `berlidah iblis' itu. PAS tidak berdiam diri dan kenyataan pimpinan PAS dan PR telah dibuat, cuma raja katak ini tidak tahu kerana `berada di bawah tempurung'. Kenyataan media YB Kor Ming beserta seluruh pimpinan PR termasuk PAS di Parlimen telah dibuat untuk menafikan pembohongan media haprak itu. Cumanya, ketika itu raja katak tidor di Parlimen tidak tahu apa yang berlaku di situ.

“Kuman di atas tikar boleh nampak, kapal sebesar kapal selam KD Tunku Abdul Rahman pula tak nampak,” katanya. Ini kata-kata Berahim Ali. Jawapan saya mudah. Kata-kata itu adalah ditujukan kepada beliau sendiri. Terlalu banyak kemungkaran Umno terhadap bangsa Melayu, Islam dan negara ini tetapi Berahim tetap ingin bersekutu dengan parti seperti itu. Raja katak kini tiada hujah dan modal lagi untuk menyerang PAS, PKR atau pun DAP. Dahulu beliau menuduh DS Anwar pemecah belah orang-orang Melayu, kemudiannya dikatakan PAS pula terlibat dalam perpecahan orang-orang Melayu. Berahim Ali kini terlalu mabok untuk mencari idea bagaimana ingin `menjilat punggung' Umno semula.

Apa yang peliknya, raja katak ini seolah-olah begitu kuat `keMelayuannya' tetapi cuba tanya orang Melayu Di Pasir Mas sekarang, malu atau tidak dapat YB seperti Berahim ni? Kalau saya duduk di Pasir Mas, saya akan kata saya tidak tahu samada Berahim tu Melayu atau tidak kerana orang-orang Melayu selalunya cerdik bila berhujah./Kembali ke laman asal di sini.

HARAMKAN UTUSAN ..TANGKAP PENGARANG KE ISA


Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR, 11 Disember: Pihak berkuasa diminta mengambil tindakan segera mengharamkan akhbar Utusan Malaysia kerana memainkan sentimen perkauman dalam artikel dan berita yang disiarkannya. Utusan Malaysia dilihat telah memutarbelitkan fakta yang ada dan menggunakan isu itu untuk mencetuskan kemarahan dan permusuhan antara kaum-kaum di Malaysia.

Hal ini dijelaskan oleh Ketua Penerangan Pas Melaka, Sofi Wahab kepada Erapakatan.
Menurut beliau, Utusan sering memutarbelitkan dan menyiarkan berita yang bersifat ‘rasis’. Utusan contohnya telah memanipulasi kenyataan isu peruntukan pembinaan masjid dan rumah ibadat yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming di parlimen baru-baru ini.
“Nga bukannya mempersoalkan jumlah peruntukan untuk membina masjid tetapi beliau memohon supaya peruntukan bagi membina rumah ibadat lain ditingkatkan. Itu permintaannya bukannya beliau mempertikaikan mengapa peruntukan membina masjid terlalu banyak. Terpulang kepada kerajaan untuk menimbang permintaannya atau tidak,” jelas Sofi Wahab.

Utusan Malaysia dilihat sengaja memutarbelitkan isu ini supaya rakyat melihat DAP dan Pakatan Rakyat sebagai parti yang anti di Islam dan anti Melayu. Seperti biasa Utusan sengaja mencari peluang dan ruang untuk memburuk-burukkan imej PR di mata rakyat.

Bagi Beliau, isu-isu seperti ini dimain dan dibangkitkan Utusan Malaysia semata-mata demi kepentingan Barisan Nasional yang menjadi tuannya selama ini. “Sekali lagi saya tegaskan supaya pihak berkuasa mengharamkan Utusan Malaysia kerana sikap biadap mereka memainkan api perkauman dan isu agama yang sensitif.

Adalah diharapkan pihak berkuasa tidak berat sebelah dalam isu ini kerana jika Harakah, Suara Keadilan, Siasah atau media seumpamanya tersalah lapor atau didakwa memainkan isu sensitif sepantas kilat pihak berkuasa bertindak tetapi sebaliknya berdiam diri jika ianya dilakukan oleh media pengampu BN,” tegas beliau.

Utusan kini dilabelkan sebagai ‘rasis’ kerana sering memainkan isu perkauman dalam artikel siarannya. Terkini, tulisan Zaini Hassan yang menghina kaum India di Malaysia telah membangkitkan kemarahan kaum India./wlr.blogspot

TEKSI MACAM TANDAS ? NAZRI SEKALI LAGI BUAT HAL

'Nazri dituntut minta maaf'


AZMI (kiri) menyerahkan memorandum kepada Kamarudin menggesa Mohamed Nazri meletakkan jawatan di Cheras, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Letak jawatan portfolio teksi dan pengangkutan awam serta minta mohon maaf secara terbuka kepada pemandu teksi.

Demikian gesaan beberapa persatuan pemandu teksi kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ekoran kenyataannya pada Isnin lalu yang melabelkan perkhidmatan teksi di negara ini lebih teruk daripada tandas.

Jurucakap persatuan-persatuan terlibat, Azmi Md. Yatim berkata, kenyataan celupar menteri itu tidak mencerminkan keadaan sebenar pemandu teksi dan ia tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang yang dianggap sebagai bapa.

"Walaupun beliau kata hanya segelintir pemandu teksi sedemikian tetapi kenyataan itu tetap menghina," katanya pada sidang akhbar pada Perhimpunan Bantahan dan Penyerahan Memorandum di Bilik Gerakan UMNO Bahagian Cheras di sini semalam.

Turut bersama dalam majlis itu, Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia, Yusoff Lahir dan Pengerusi Persatuan Pemandu-pemandu Kereta Sewa Melaka-KLIA-Melaka, Jefri Ibrahim.

Azmi yang juga Pengerusi Persatuan Usahawan Pemilik Teksi Eksekutif Malaysia menjelaskan, keceluparan Mohamed Nazri itu mencerminkan beliau seorang yang angkuh dan bercakap secara semberono.

"Kenyataan itu juga dibuat secara membuta tuli, tidak telus dan prejudis serta mendiskriminasi para pemandu teksi di negara ini./Kosmo

CERAMAH AZMIN, NIZAR DI ULU KLANG ESOK 13 DIS 09

Jemput beramai-beramai ke ceramah YB Azmin dan YAB Nizar pada 13 dis 09 jam 4 ptg bertempat di Pusat Khidmat Parlimen Gombak, Lorong Perak, Bandar Taman Melawati, Ulu Klang, KL sempena Pelancaran Komik Perak Darul Kartun oleh Zunar./Sumber berita 32300.

TAHNIAH BOLA SEPAK KEBANGSAAN, TERUSKAN BERJUANG!!

11 Disember, 2009 23:40 PM

Bola Sepak Curi Tumpuan Pada Hari Ketiga Temasya Di Vientiane

VIENTIANE, 11 Dis (Bernama) -- Walaupun acara akuatik pada hari Jumaat menyumbangkan lima pingat emas buat Malaysia termasuk mencatat tiga rekod baru temasya serta memperbaharui empat rekod kebangsaan, tumpuan tentunya pada acara bola sepak selepas skuad K. Rajagobal layak ke saingan separuh akhir.

Lebih manis lagi pada perlawanan yang berkesudahan Malaysia menang 2-1 ke atas Thailand, kejayaan ini juga mencatat sejarahnya yang tersendiri kerana skuad Gajah Putih itu, di bawah bimbingan Steve Darby, tersingkir awal selepas 36 tahun berturut-turut menjadi semifinalis acara itu.

Kali terakhir skuad Malaysia meraih pingat emas pada temasya dwitahunan ini ialah 20 tahun lepas (1989) di Kuala Lumpur di bawah bimbingan jurulatih dari Britain, Trevor Hartley.

Malaysia hari ini meraih enam emas menerusi renang yang menyumbang tiga, karate (dua) dan terjun (satu).

Kontinjen negara turut mendapat tiga perak (karate, menembak, snuker & biliards) serta lapan gangsa dalam acara renang (dua), menembak (dua), taekwondo (dua), terjun (satu), karate (satu), berbasikal (satu).

Perenang kebangsaan, Daniel Bego memecahkan rekod Sukan SEA dan rekod kebangsaan dalam acara 200m gaya bebas lelaki selepas mencatat masa 50.16 saat.

Rekod Sukan SEA sebelum ini dipegang oleh Richard Sam Bera dari Indonesia (50.80s) dan rekod kebangsaan milik Daniel dipecahkan menerusi catatan 50.94s yang dicipta di Kejohanan Renang Dunia di Rome.

Siow Yi Ting juga memecahkan rekod Sukan SEA dan rekod kebangsaan dalam acara 100m kuak dada wanita dengan catatan masa 1:09.82s.

Yi Ting memadam rekod 1:10.55s milik Nicoletta Teo dari Singapura di Korat, Thailand dua tahun lepas, manakala rekod kebangsaan miliknya yang dicatatnya 1:11.29s semasa beraksi di Sukan Asia Doha pada 2006.

Khoo Cai Lin yang beraksi dalam acara 400m gaya bebas wanita mencipta sejarah tersendiri selepas mencatat masa 4:10.75s, kira-kira enam saat lebih pantas daripada catatan masa rekod kebangsaan miliknya iaitu 4:16.96s.

Catatan masa itu turut memperbaharui rekod Sukan SEA miliknya iaitu 4:18.20s yang dilakukan dua tahun lepas di Korat, Thailand.

Malaysia turut mencipta rekod baru kebangsaan melalui kuartet 4x100m gaya bebas wanita dengan catatan masa 3:51.40s, mengatasi rekod lama iaitu 3:54.91s.

Karate menyumbang dua emas menerusi Mohd Hatta Mahmud dari acara kumite lelaki bawah 84kg sementara Jamalliah Jamaludin meraih emas dari acara kumite wanita lebih 60kg.

Harapan skuad menembak untuk menyumbang emas hari ini berkecai selepas Bibiana Ng sekadar meraih perak dalam acara Air Pistol Individu Wanita 10m.

Bibiana Ng dan rakannya Joseline Cheah dan Siti Nur Masitah Mohd Badrin kemudian menyumbangkan satu gangsa dalam acara Air Pistol Berpasukan 10m sementara satu lagi pingat gangsa diperoleh menerusi acara Prone Rifle Berpasukan Wanita 50m selepas Muslifah Zulkifli, Nur Suryani Mohamed Taibi dan Nor Ain Ibrahim gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi di Korat.

Tamat semua acara pada hari ketiga temasya ke-25 ini, Malaysia menduduki tangga kelima dengan kutipan lapan emas, sembilan perak dan 18 gangsa.

Vietnam kini menduduki tangga teratas pungutan pingat keseluruhan pada hari ketiga temasya dwitahunan ini selepas mengutip 14 emas, 10 perak dan 10 gangsa diikuti Singapura (14, 6, 12) dan Thailand (13, 22, 17).

Indonesia berada satu tangga di atas Malaysia dengan kutipan 11 emas, 7 perak, 14 gangsa.

Esok hari keempat Sukan SEA ke-25 yang bermula secara rasmi pada 9 Dis dan berakhir pada 18 Dis depan, tumpuan kembali terarah pada acara akuatik.

Leong Mun Yee, Pandalela Rinong dan Yeoh Ken Nee akan kembali beraksi dalam acara terjun sementara Daniel Bego dalam acara renang.

Sementara acara lain seperti badminton dan golf masih berlangsung dalam pusingan awal.

-- BERNAMA

JEJAK NAZIM SAUDARA NAJIB BERHASIL

Iltizam jejak Nazim dan Deepak
Hafiz Yatim & Salhan K Ahmad
Dis 11, 09


kemaskini 7.21pm Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong tidak pula berciciran - akhirnya adik perdana menteri yang dikaitkan dengan penarikan akuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam, ditemui tanpa diduga hari ini setelah dua minggu berusaha menjejakinya.

Berkat iltizam untuk mengesahkan dakwaan serius bekas anggota polis Cawangan Khas itu, Malaysiakini terserempak Datuk Mohamed Nazim Razak di Masjid Negara selepas solat Jumaat tadi.

"Tidak ada apa-apa yang saya hendak cakap," katanya sewaktu ditemui selepas melangkah dari pusara bapanya Tun Razak Hussein, di pinggir masjid itu, untuk beredar.

Balasubramaniam mendakwa beliau bertemu dengan Mohamed Nazim, bersama isterinya yang sedang sarat hamil, pada malam sebelum menafikan akuan pertamanya bahawa Datuk Seri Najib Razak, waktu itu timbalan perdana menteri, mempunyai hubungan intim dengan Altantuya Shaariibuu. Najib telah menafikannya.

Pertemuan itu didakwa berlaku di kompleks membeli-belah The Curve, Damansara - yang diatur oleh seorang ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan - selepas Balasubramaniam mendedahkan akuan awalnya di ibu pejabat PKR, 3 Julai tahun lalu.

Dalam wawancara yang diterbitkan di internet, Mohamed Nazim didakwa mengugut Balasubramaniam tentang keselamatan anggota-anggota keluarganya.

Usaha menjejak Mohamed Nazim bermula sewaktu kehangatan isu tersebut diperkatakan di Internet, khususnya melalui soal jawab wawancara Balasubramaniam di Malaysia Today dan rakaman videonya di Youtube.

Berdasarkan maklumat umum melalui carian di Google, pejabat Mohamed Nazim berjaya dikesan di Bangunan AMDB, berhampiran sebuah hotel terkenal di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Pejabat tersebut dikunjungi pada 26 November, selepas cubaan untuk menghubungi Mohamed Nazim melalui telefon di pejabatnya tidak berjaya beberapa hari sebelumnya.

Pada kira-kira jam 11 pagi, Malaysiakini singgah di pejabat urusan firma arkitek dan disambut oleh seorang setiausahanya, kelihatan hujung 20-an, yang berjaya dihubungi sebelumnya.

Setiausaha tersebut, yang hanya ingin dikenali sebagai Jeannie, berkata anak keempat Razak itu bagaimanapun tidak berada di pejabatnya di tingkat 15 bangunan tersebut.

Gadis itu kemudian meminta soalan-soalan dikemukakan kepadanya untuk disampaikan kepada ketuanya.

Soalan-soalan tersebut dihantar melalui emel telefon bimbit dan wartawan kemudiannya menunggu di ruang menyambut tetamu firma arkitek tersebut hampir setengah jam sebelum ditemui oleh seorang pengurus pejabat.

Wanita tersebut menerangkan, Mohamed Nazim berada di luar negara setelah dijelaskan hasrat untuk menemuramah adik perdana menteri.

Permintaan untuk mendapatkan nombor telefon bimbit Mohamed Nazim juga tidak dipenuhi, kerana menurutnya, maklumat itu milik peribadi dan tidak harus diberikan tanpa kebenaran.

Cubaan beberapa kali untuk menetapkan temujanji dengan Mohamed Nazim melalui kakitangan pejabatnya sepanjang minggu lalu juga menemui jalan buntu, namun setiausahanya itu berkata Mohamed Nazim akan kembali ke tanah air minggu ini.

Selain Mohamed Nazim, Malaysiakini semalam turut menjejaki Deepak di pejabatnya di Jalan Chan Sow Lin dan juga di kedai permaidaninya di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Di pejabat tersebut, seorang wanita menemui Malaysiakini di aras dua bangunan empat tingkat Carpet Raya Sdn Bhd dan meminta supaya menunggu sementara beliau mendapatkan setiausaha Deepak.

Seorang wanita muncul kira-kira lima minit kemudian dan menjelaskan Deepak tidak berada di situ dan meminta wartawan beredar segera.

Beliau, yang hanya ingin dikenali sebagai Wong, kemudiannya meminta Malaysiakini beredar segera dan mengiringi sehingga ke luar bangunan tersebut.

Alasannya, mereka sedang menunggu kedatangan seorang tetamu.

Setelah gagal di Jalan Chan Sow Lin, Malaysiakini ke kedainya di hujung kanan Jalan Tuanku Abdul Rahman, yang terkenal dengan gedung membeli-belah, ke arah Dataran Merdeka.

Setelah memasuki kedai tiga pintu tersebut, wartawan berjaya menemui ibu Deepak, yang mahu dikenali sebagai Puan Jai, bersama lima pembantunya.

Setelah memperkenalkan diri dan menjelaskan tujuan kedatangan ke kedai tersebut, Puan Jai kemudiannya membuat dua panggilan melalui telefon bimbit.

Perbualan itu di depan Malaysiakini, bagaimanapun ia tidak dapat difahami kerana dipercayai beliau menggunakan bahasa Hindi.

Ditanya kemudian, wanita dalam usia 50-an itu kemudiannya berkata Deepak tidak berada di dalam negara, begitu juga Dinesh, adik bongsu daripada tiga beradik.

Puan Jai juga enggan memberikan nombor telefon bimbit kedua-dua anaknya itu ketika diminta, tetapi hanya memberikan nombor telefon kedai berkenaan.

Beliau menyarankan kepada Malaysiakini agar berkunjung semula minggu depan.

Tambahnya, beliau tidak mengetahui sekiranya Deepak atau Dinesh pernah mempunyai hubungan baik dengan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri.

"Saya tidak pernah menemuinya," katanya lagi, dalam bahasa Inggeris, ketika ditanya sama ada Rosmah pernah mengunjungi kedai tersebut./Malaysiakini

Jumaat, 11 Disember 2009

PKFZ: Bila pula giliran pemimpin kanan Kuala Dimensi?

Harakahdaily

KLANG, 11 Dis: Selepas tiga pegawai kanan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) didakwa di Mahkamah Sesyen semalam, ramai pihak tertanya-tanya apakah sampai di situ sahaja atau ada lagi pendakwaan kepada pihak lain akan dibuat.

Ini kerana, sehingga kini hanya pegawai kanan sahaja yang didakwa manakala pemimpin yang terlibat dalam skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) masih bebas.














(Carta bagaimana skandal PKFZ berlaku...dari akhbar Siasah)

Mereka yang masih bebas adalah pemimpin kanan Kuala Dimensi Sdn Bhd yang menjadi penjual tanah kepada PKFZ dan kemudiannya menjadi pemaju kepada projek yang menelan wang rakyat sekurang-kurangnya RM4.6 bilion ini.

Pengerusi Kuala Dimensi adalah Bendahari Umno, Datuk Seri Azim Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) adalah Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan BN, Datuk Seri Tiong King Sing dan timbalannya adalah Ketua Pemuda Umno Kapar, Datuk Faizal Abdullah.

Bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka O. C. Phang petang semalam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang atas tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan RM254.85juta antara Oktober 2004 dan Januari 2005.

Beliau bersama dua yang lain, Bernard Tan dan Stephen Abok merupakan tiga individu pertama yang didakwa atas kesalahan pecah amanah berhubung skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang didedahkan sejak dua tahun lalu.

Hakim Yong Zarida Sazali membenarkan Phang dibebaskan dengan ikat jamin RM350,000 dengan seorang penjamin dan menyerahkan pasportnya pada 12 Januari depan ketika kes disebut sekali lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd, Stephen Abok dan seorang arkitek, Bernard Tan Seng Swe juga mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama atas dua tuduhan membuat tuntutan palsu bernilai RM5.41juta.

Bernard turut didakwa atas 24 lagi pertuduhan membuat tuntutan palsu bernilai RM112.3juta kepada lembaga tersebut.

Mahkamah membenarkan Stephen dibebaskan dengan ikat jamin RM200,000 manakala Bernard diarah membayar ikat jamin RM250,000 dan kes disebut pada 4 Februari tahun depan.

Ketiga-tiga mereka pagi semalam ditahan dalam satu operasi bersama Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rausah Malaysia (SPRM).

Tangkapan ini merupakan tangkapan pertama dalam skandal PKFZ yang menelan belanja sehingga RM12.5 bilion.

Timbalan Pendakwaraya Manoj Kurup berkata, dakwaan dibuat berdasarkan laporan polis yang dibuat Pengerusi LPK, Lee Hwa Beng dan siasatan SPRM.

Isu Ariffahmi: Mahfuz berlapang dada dengan Nik Aziz


Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 11 Dis: Pandangan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar supaya Ariffahmi Abdul Rahman meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) lebih awal turut mendapat nasihat Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz meminta Mahfuz supaya jangan mengambil tindakan terburu-buru dalam isu perjawatan Ariffahmi manakala Mahfuz pula secara terbuka berkata, beliau berlapang dada dengan teguran balas Mursyidul Am PAS itu.

Ketika ditanya wartawan semalam, Mahfuz berkata, beliau berlapang dada dengan teguran Nik Aziz kerana menganggap Mursyidul Am PAS itu seperti bapanya.

(Gambar: Ariffahmi letakkan jawatan sebagai CEO PMBK)

“Bagi saya Tok Guru (Nik Aziz) semacam bapa yang saya cukup kasih dan sayang, maka apa jua nasihatnya saya berasa berlapang dada, saya tidak patut berkecil hati kerana beliau bapa saya sendiri menegur saya,” jelas Mahfuz.

Nik Aziz dalam kenyataannya berkata, Mahfuz silap dalam hal ini.

Menurutnya, CEO PMBK itu seorang pegawai yang dilantik mengikut peraturan, dan sekiranya ingin berundur harus mengikut kaedah termasuk sekiranya ingin bercuti tiada sebarang masaalah.

“Apabila dia keluar (melepaskan jawatan), saya kena cari orang lain dan orang lain tu bukan orang sebarangan, boleh jadi orang yang telah bekerja.

“Sekiranya orang baru itu ingin berhenti untuk menduduki jawatan baru di PMBK, dia terikat pula dengan tempoh itu dan tempoh ini, kena bayar elaun dan lain-lain lagi,”ujar Nik Aziz dalam sidang medianya baru-baru ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menjelaskan, nasihatnya kepada Ariffahmi sebelum ini semata-mata untuk menjaga nama baik Nik Aziz.

“Ia satu pandangan kerana saya sayang pada Tok Guru (Nik Aziz) kerana tidak mahu ada pihak mencerca tok guru atas isu ini," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Beliau turut menegaskan bahawa nasihatnya kepada Ariffahmi sebelum ini bukanlah untuk mengajar Nik Aziz.

Ujarnya lagi, selagi Ariffahmi tidak berundur dari jawatan yang disandang membolehkan pemimpin tertentu Umno berpesta mencerca Nik Aziz menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

“Saya ini anak sahaja (di sisi Nik Aziz), sedangkan Tok Guru adalah bapa yang saya kasih. Yang saya nasihat bukannya Tok Guru, tetapi adik saya sendiri (iaitu) Ariffahmi supaya sedia berundur,” jelas Mahfuz.

“Ariffahmi pun saya anggap macam adik saya. Sebab itu saya yakin, Ariffahmi juga sayangkan Tok Guru, sama seperti saya sayangkan Tok Guru," katanya.

Isnin lalu, Mahfuz menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan CEO PMBK demi mengelakkan sebarang dakwaan kronisme oleh pihak tertentu dilemparkan kepada Nik Aziz.

Sebelum itu, Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta beberapa pemimpin tertinggi PAS Pusat bermesyuarat bersama Nik Aziz, sebelum menasihatkan Ariffahmi supaya meletak jawatannya.

Ariffahmi sebelum ini berjanji lisan untuk meletak jawatan itu telah menghantar surat rasmi berkuatkuasa mulai 25 Disember ini. Namun kontrak perjawatannya memerlukan beliau memberikan notis selama tiga bulan Oleh itu beliau akan tamat perkhidmatannya dengan PMBK Mac tahun depan./Harakahdaily

HASIL MINYAK, RAKYAT PERLU PENJELASAN - ANWAR

SHAH ALAM – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat berhubung kesan merudumnya keuntungan Petronas terhadap prestasi ekonomi negara.

Beliau berkata, berdasarkan laporan prestasi separuh tahun kewangan yang akan berakhir 31 Mac 2010, Petronas akan mencatatkan kejatuhan RM59 bilion, bermakna cukai yang sepatutnya diperolehi negara berkurangan sekitar 57 peratus daripada syarikat terbabit tahun depan.

Sepanjang lima tahun ini, katanya, Petronas adalah entiti yang memberi sumbangan terbesar kepada pendapatan negara kerana pada tahun kewangan 2008 sahaja, sumbangan Petronas adalah 44.9 peratus daripada pendapatan keseluruhan negara.

“Kebergantungan terhadap Petronas ini mengaburi kita daripada kedudukan sebenar ekonomi akibat dasar kerajaan yang terus menerus bergantung kepada syarikat tersebut untuk menampung kegagalan memulihkan kewangan negara semenjak krisis kewangan Asia 1997 dan 1998.

“Sepanjang 5 tahun ini, penggunaan sumber dan dana daripada Petronas oleh kerajaan telah ‘membengkak’ sekitar 21 peratus setiap tahun. Ini bermakna setiap tahun, peratusan penggunaan sumber Petronas oleh kerajaan bertambah sebanyak 21 peratus daripada apa yang digunakan pada tahun sebelumnya. Sepanjang 5 tahun ini, wang yang ‘disedut’ oleh kerajaan telah meningkat lebih daripada dua kali ganda,” katanya dipetik dari blognya, semalam.

Beliau berkata, pada tahun 2005, Petronas menyumbang sebanyak RM31.2 bilion daripada jumlah keseluruhan belanjawan negara namun pada tahun 2008, jumlah wang Petronas yang menyumbang belanjawan negara adalah RM74 bilion - peningkatan sebanyak 130 peratus sepanjang 5 tahun ini.

“Akibat daripada ketagihan menggunakan sumber Petronas, syarikat ini tidak lagi mampu menampung ketirisan dan keborosan oleh Kerajaan Pusat, keupayaan Petronas hanya berkembang pada tahap sekitar 16 peratus sahaja berbanding penggunaan oleh kerajaan bertambah 21 peratus setiap tahun.

“Jelas kerajaan Barisan Nasional (BN) memerah lebih dari apa yang termampu dilakukan oleh Petronas,” katanya.

Anwar juga mahu Menteri Kewangan menjelaskan secara terperinci dalam Dewan Rakyat semakan semula unjuran pendapatan dan perbelanjaan negara tahun 2010 kerana ia melibatkan kepentingan awam.

Beliau turut mencadangkan kerajaan tidak lagi bergantung kepada sumber petroleum dan gas semata-mata tetapi industri pembuatan yang bernilai serta berdaya tinggi serta perkhidmatan perlu dijadikan sector utama memacu pertumbuhan ekonomi.

“Kerajaan perlu memastikan penggunaan dana Petronas telus untuk penelitian umum agar pembaziran serta ketagihan yang sama tidak berulang sepertimana yang berlaku dari tahun 2005-2009," katanya. /Sinar

ISU RUMAH IBADAT - PAKATAN PERTAHAN KOR MING


KUALA LUMPUR – Pemimpin-pemimpin Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa akhbar arus perdana sengaja memutar belit kenyataan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dengan tujuan mencetuskan sentimen perkauman di negara ini.

Bendahari Pas, Dr Hatta Ramli berkata, corak pemberitaan akhbar arus perdana sejak akhir-akhir ini semakin melampau sehingga sanggup memutar-belitkan kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk menjayakan agenda tersembunyi.

“Kita tidak nafikan ada kebebasan dalam soal pemberitaan tetapi cara akhbar akhir-akhir ini seperti berita hari ini (semalam) membangkitkan sentimen kaum India. Saya rasa mereka tidak boleh terima.

“Isu itu sengaja dicetuskan atas sebab yang kita sendiri tidak faham. Kor Ming tidak pernah mempertikaikan peruntukkan se�banyak :RM700 juta bagi masjid, satu sen dia tidak minta dikurangkan.

“Sebaliknya beliau menyebut RM9 juta untuk rumah-rumah ibadat bukan Islam kurang mencukupi. Saya rasa perlu lebih prihatin demi kerohanian dan wajar kita mempertimbangkannya,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Semalam, Kor Ming dalam laporan sebuah akhbar dikatakan mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa sama kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain untuk tempoh sama.

Beliau dilaporkan berkata, Kerajaan Pusat harus belajar dari kerajaan campuran DAP, Pas dan PKR di Perak dahulu serta kerajaan Pas Kelantan yang membenarkan pembinaan tokong terbesar di Asia Tenggara walaupun turut memartabatkan Islam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul berkata, peruntukkan yang diminta adalah wajar kerana dapat membantu kerajaan mengawal gejala sosial yang semakin berleluasa melalui pendekatan keagamaan.

“Kita lihat banyak masalah sosial dan maksiat yang berlaku. Apa salahnya gunakan agama bagi tangani masalah yang berlaku, kita juga bantu polis dan imigresen tetapi caranya dengan tambah peruntukkan,” katanya.

Dalam pada itu, Kor Ming berkata, beliau akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang menyiarkan penyiaran artikel berkenaan kerana cuba menanamkan perasaan benci kepadanya selaku pemimpin pembangkang.

“Saya akan buat laporan polis dalam masa terdekat kerana saya percaya ada agenda tersembunyi. Tindakan perlu diambil di bawah Akta Hasutan dan peguam saya akan bawa kes ini ke mahkamah,” katanya./Sinar

Khamis, 10 Disember 2009

Mahfuz jawab Nik Aziz isu menantu


Dis 10, 09 8:08pm
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau tidak tersinggung dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan tindakannya mencungkil isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai hanya memberi peluang kepada Umno "berpesta".

Beliau juga tetap dengan pendirian mahu ketua pegawai eksekutif PMBK Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, yang juga menantu Nik Abdul Aziz, melepaskan jawatannya dengan segera.

"Saya kira tak sulit untuk melepaskan jawatan ini, kalau kita rujuk Seksyen 12 Akta Perkerjaan 1955 menerangkan bagaimana kita nak menamatkan kontrak dan pihak majikan Ariff boleh menggunakannya untuk beri tiga bulan gaji kepada dia untuk terus berundur," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Nik Abdul Aziz menyifatkan tindakan Mahfuz meminta Abdul Ariffahmi melepaskan jawatannya dengan segera - bukannya menunggu sehingga Mac tahun depan - sebagai satu kesilapan dan hanya memberi peluang kepada Umno untuk "berpesta" mengkritik PAS.
- BERNAMA

HARAP USTAZ NASA TIDAK TERPEDAYA DENGAN UTUSAN

PAS: Jangan pertikai dana bina masjid
Dis 10, 09 4:39pm
kemaskini 7.34pm Timbalan presiden PAS menggesa isu peruntukan besar untuk pembinaan masjid, tetapi rumah ibadat bukan Islam diabaikan, tidak dibesar-besarkan lagi oleh DAP seperti diungkitkan seorang ahli parlimennya.

Nasharudin Mat Isa bimbang kenyataan wakil rakyat Taiping, Nga Kor Ming, yang juga setiausaha DAP Perak, boleh membangkitkan sentimen agama dan menimbulkan salah faham orang ramai.

Nasharudin, yang juga ahli parlimen Bachok, berkata salah faham dalam isu seumpama ini boleh "dijadikan bahan untuk merungkai kesepaduan Pakatan Rakyat."

Di Dewan Rakyat kelmarin, Nga mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid dalam tempoh lapan tahun hingga 2008, sedangkan kerajaan didakwa gagal membina rumah ibadat agama lain dalam tempoh tersebut.

Kenyataannya itu dilaporkan dipertikaikan oleh seorang lagi ahli parlimen, Datuk Ibrahim Ali, yang menyifatkannya "biadap" dan "dan cuba menyalakan api dalam sekam".

"Dia (Nga) boleh desak kerajaan beri peruntukan lebih untuk kegiatan agama lain tetapi dia tak boleh membandingkan peruntukan yang diberi oleh kerajaan untuk pembinaan masjid.

"Apabila itu berlaku apatah lagi dibuat di luar Parlimen, maka ini sudah jadi hasutan selain satu kenyataan politik yang cuba menimbulkan pergaduhan agama," Ibrahim dipetik berkata semalam.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Nasharudin bagaimanapun berkata orang bukan Islam berhak "menuntut pembinaan rumah ibadat mereka tetapi bukan dengan mempertikaikan atau membandingkan hak agama Islam sebagai agama rasmi."

"Kerajaan juga turut digesa untuk berlaku adil kepada semua rakyat dalam memenuhi keperluan mereka seperti mana yang telah digariskan dalam lunas perlembagaan negara," katanya.

Beliau juga berharap pemimpin-pemimpin gabungan pembangkang menggunakan "saluran dalaman" untuk membangkitkan isu-isu yang disifatkannya "menyinggung sensitiviti agama dan bangsa".

"(Cadangan) ini bagi mengelakkan sebarang polemik seperti mana yang pernah melanda Pakatan Rakyat sebelum daripada ini," kata Nasharudin lagi.

Sementara itu sekumpulan ahli parlimen PAS yang diketuai bendahari pusatnya Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) bersama Nga mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen untuk mempertahankan pemimpin DAP itu.

Turut hadir ahli parlimen PKR bagi Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Dr Mohd Hatta menyalah Utusan Malaysia, yang melaporkan isu ini di halaman depannya hari ini, dengan menyifatkan ia telah melanggar etika kewartawanan.

Bersama ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Titiwangsa) dan Khalid Samad (Shah Alam), beliau bertegas akan mempertahankan Nga.

Dalam sidang media sama, Nga menafikan beliau mempertikaikan Islam apabila membuat perbandingan peruntukan untuk masjid dan rumah ibadat bukan Islam.

Laporan Bernama pula menyebut Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Pahang hari ini membuat aduan di balai polis Bentong terhadap Nga.

Yang dipertuanya Dr Zubir Harun dilaporkan berkata kenyataan Nga
"amat menghina agama Islam, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta berbaur hasutan yang boleh menyebabkan pergaduhan agama yang serius."/Malaysiakini

Guru dan pelajar Thailand diberi biasiswa, rakyat Malaysia hanya pinjaman!

Angkasanuri

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatannya di Wilayah Narathiwat Selatan Thailand semalam mengumumkan kerajaan 1Malaysia akan memberi biasiswa kepada guru dan pelajar di wilayah berkenan untuk mengikuti pengajian di isititusi pendidikan di Malaysia.

Langkah berkenaan bertujuan untuk membantu umat Islam minoriti di selatan negara Gajah Putih berkenaan.

Saya tidak berkata tidak bersetuju dengan langkah itu, nak bantu dan beri biasiswa kepada semua guru dan pelajar di negara berkenaan pun tak mengapa. Islam pun menggalakkan membantu saudara seagama.

Tetapi yang jadi masalahnya ialah majoriti guru dan pelajar di Malaysia hanya mendapat pinjaman dari kerajaan terutamanya melalui PTPN, itu pun kerajaan ambil untung dengan mengenakan faedah keapada mereka.

Beribu-ribu guru di Malaysia yang terpaksa ambil cuti separuh gaji dan ada yang ambil cuti tanpa gaji untuk menyambung pengajian untuk meneruskan cita-cita dan meningkatkan profesion mereka.

Malah ada yang terpaksa membuat pinjaman peribadi di bank untuk menampung keperluan pengajian serta menanggung keluarga kerana tidak cukup pendapatan kerana mendapat separuh gaji sepanjang pengajian. Namun itu tidak melemah dan mematahkan semangat mereka untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.

Tindakan Najib dan kerajaan 1Malaysia yang kononnya rakyat didahulukan umpama kera di hutan disusu dan dimanjakan, anak di rumah merempat dan kebuluran./Harakahdaily

UMNO, SILA JAWAB SOALAN INI


Zolkharnain Abidin

Ada dua soalan menarik yang dikemukakan oleh Nga Kor Meng, MP Taiping yang patut dijawab oleh Umno.

Pertama, bagaimana rakyat Malaysia boleh menghayati konsep 1 Malaysia dan ketuanan Melayu sedangkan konsep itu tidak memperlihatkan kesaksamaan dari segi bangsa?

Kedua, adakah konsep ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh Umno adalah selari dengan impian bangsa Malaysia yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan sebagainya?

Semua orang tahu, ketuanan Melayu hanyalah retorik Umno sahaja. Ianya dilaungkan sungguh-sungguh semasa Umno kurang mendapat sokongan orang Melayu.

Kini, ketika Umno semakin hilang sokongan bukan Melayu, parti itu mempromosikan pula konsep 1 Malaysia, konsep yang lebih lunak berbanding ketuanan Melayu yang agak rasis.

Ringkasnya, semasa orang Melayu tak sokong Umno, guna ketuanan Melayu dan semasa bukan Melayu pula tak sokong Umno, guna 1 Malaysia.

Bolehkah kita kata begini? Ketuanan Melayu dan 1 Malaysia adalah ketuanan Umno dan 1 Umno. Umno bukan membela Melayu dan bukan Melayu tetapi membela orang Umno. Itu pun sebahagian orang Umno sahaja.

Sampai sekarang Umno bermusuh dengan Melayu yang tidak menyokong Umno. Buktinya, royalti minyak Kelantan tidak diberikan kepada kerajaan dan rakyat Kelantan. Kerajaan Kelantan adalah kerajaan orang Melayu dan rakyat Kelantan, 95 peratus adalah orang Melayu.

Umno juga bermusuh dengan orang bukan Melayu yang tidak menyokong Umno. Buktinya, Umno memusuhi DAP tetapi tidak memusuhi MCA. Umno tidak menyerang Pulau Pinang semasa diperintah Gerakan tetapi menyerangnya semasa diperintah DAP. Gerakan adalah Melayu?

Semasa Umno bermusuh dengan orang Melayu, Umno berbohong dengan konsep ketuanan Melayu dan semasa Umno bermusuh dengan DAP, Umno berbohong dengan konsep 1 Malaysia.

Apa yang benar? Umno hanya tidak bermusuh dengan (sebahagian) Melayu Umno dan tidak bermusuh dengan (sebahagian) bukan Melayu yang menyokong Umno.

Mengapa pula sebahagian? Kerana ada ahli Umno sendiri yang tidak mengundi Umno. Kalau Umno tidak bermusuh dengan orang Umno, tentu tidak akan ada ahli Umno yang tidak mengundi Umno.

Ramai orang Melayu yang melarat, bukan kerana mereka tidak layak menerima bantuan tetapi kerana mereka bukan Umno.

Dulu, semasa borang buku teks sekolah perlukan tandatangan JKKK Umno, ramai anak Melayu yang tidak ditandatangani borang itu oleh JKKK. Anak Melayu begitu dapat buku teks dengan ihsan guru sahaja. Bolehkah orang Melayu melupakan kezaliman Umno itu?

Hari ini, Umno tidak memberikan hak rakyat Kelantan, royalti. Bolehkah 30 tahun lagi rakyat Kelantan melupakan kezaliman Umno ini?

Kalau apa yang dibuat oleh Umno kepada orang Melayu 10 atau 20 tahun lalu, masih diingati oleh orang Melayu kini, maknanya kezaliman Umno hari ini akan tetap dikenang oleh generasi 20 dan 30 tahun akan datang.

Maksudnya, hari ini orang Melayu benci Umno. 20 atau 30 tahun lagi pun, orang Melayu benci Umno.

Umno juga pernah bermusuh dengan bukan Melayu. Semak balik kenyataan pemimpin-pemimpin Umno ketika krisis parti itu dengan MCA. Apatah lagi tindakan pemimpin-pemimpin Umno terhadap orang bukan Melayu DAP.

Kalau orang Melayu tidak boleh melupakan kejahatan Umno, tentu itu juga perasaan orang bukan Melayu kepada Umno. Kebencian kepada Umno oleh orang Melayu dan bukan Melayu tidak pernah pudar. Kenapa? Kerana Umno menipu mereka dengan slogan yang diciptanya, ketuanan Melayu dan 1 Malaysia./Harakahdaily

Rabu, 9 Disember 2009

UMNO BUKIT BENDERA MINTA GERAKAN MELUTUT MOHON MAAF ?

Oleh: WFAUZDIN NS

TIADA yang lebih melucukan hari ini melainkan apabila saya membaca berita di sini. Bukan bekas Presiden Umno, bukan juga bekas menteri, tetapi bekas Ketua Umno Bukit Bendera iaitu Datuk Ahmad Ismail, di ulangi, bekas Ketua Umno Bukit bendera, yang September lalu telah digantung serta dilucutkan hak-haknya dalam parti akibat bermain dengan isu perkauman. Terbaru, Majlis Tertinggi Umno memberi ihsan padanya dan penggantungan beliau ditarik semula. Apa yang membuatkan saya berasa geli hati?

Bukan kerana beliau digantung atau ditarik balik penggantungannya yang membuatkan saya berasa geli hati. Saya berasa geli hati kerana beliau dengan muka yang tidak malu meminta pula Parti Gerakan memohon maaf kepadanya, itu pun katanya belum tentu dia maafkan. Tambah membuat saya rasa hendak terkentut menahan ketawa adalah kerana yang dia minta datang `melutut' minta maaf padanya itu salah seorang darinya adalah Presiden Gerakan. Seorang yang dahulunya hanya memegang jawatan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera dengan rasa ego dan angkuh walau pun sememangnya beliau didapati bersalah oleh partinya sendiri, mahu Presiden Gerakan `menyembah dan melutut' padanya. Melutut pada `bekas' Ketua Umno!!

Saya tidak tahulah samada Gerakan akan kecut perut dengan kenyataan `bekas' ini. Beliau mungkin cuba untuk menunjukkan kehebatannya sehingga boleh membuatkan Presiden Gerakan melutut padanya. Dia mungkin lupa situasi dan perkembangan politik sekarang. Dia tidak sedarkah bahawa ketika ini Umno tidak lagi berani berbuat apa-apa terhadap parti komponennya terutama parti yang didokong majoriti kaum Cina? Bukankah sekarang Umno terlalu bergantung kepada parti-parti seperti MCA, Gerakan dan juga parti komponen di Sabah dan Sarawak? Di saat Najib dan Muhyiddin ingin membodek kaum Cina ini, tiba-tiba bekas Ketua Umno Bukit Bendera ini ingin tunjuk hebat.

Lihat sahaja apa sudah jadi dengan MCA. Najib dan Muhyiddin sampai buntu untuk berbuat apa-apa lagi. Mereka tiada kuasa atau `power' untuk mengawal parti terbesar kaum Cina itu. Datuk Ahmad Ismail juga perlu ingat, beliau digantung pun adalah kerana `power' nya Gerakan mendesak Umno agar mengambil tindakan ke atas beliau akibat keceluparan mulut beliau. Apabila Majlis Tertinggi Umno menarik kembali penggantungan ke atasnya, dan Gerakan tidak membantah setakat ini, itu pun sudah bertuah buat beliau. Tetapi mana ada pemimpin Umno yang merasa merendah diri? Mereka telah biasa dengan sifat angkuh dan sombong.

Kita lihat sahajalah selepas ini, adakah mana-mana pemimpin Gerakan hatta ahli biasa Gerakan yang datang `menyembah' bekas Ketua Umno ini. Jika tiada, beranikah Datuk Ahmad Ismail mengoyak poster pemimpin Gerakan ? Jika berani, memang sah beliau seorang berani. Jika tidak, lebih baik jadi macam Ibrahim Ali yang harapkan suara sahaja macam katak paya./Kembali ke laman asal di sini.

ROYALTI, KACAU DIBUATNYA - NIK AZIZ

Rizal Tahir

KOTA BHARU, 9 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam sidang media siang tadi memberitahu Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak perlu khuatir kerana sudah menjadi hasrat kerajaan negeri untuk membawa isu tuntutan royalti ke mahkamah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang meminta kerajaan Kelantan menuntutnya di mahkamah berbanding kaedah berdoa yang disifatkannya sebagai doa bukan-bukan.

Nik Aziz pada sidang media di pejabatnya pagi tadi juga berkata, kerajaan negeri sedang mengusahakan mengikut saluran perundangan setelah melihat tuntutan royalti tidak dapat diselesaikan dengan cara baik dengan kerajaan pusat.

Beliau juga melahirkan rasa ‘bingung’ berhubung cadang terbaru menteri itu, sedangkan sebelum ini Nazri antara yang bersetuju untuk berdebat berhubung perkara yang sama.

“Sekali nak ajak berdebat, sekali suruh bawa ke mahkamah, mana satu yang dia nak ni? Kacau dibuatnya," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga sedang meneliti dari segenap aspek, supaya hak tersebut dapat dikembalikan kepada rakyat negeri itu.

“Kalau nak bawa tuntutan tu ke mahkamah, kita kena ikut peraturan, tak boleh buat sesuka hati sahaja. Cabarannya ni hak mana dia nak? Debat atau mahkamah? Kalau mahkamah bukan sahaja dia yang nak? Kita pun nak, tetapi ada kaedah dia,”ujar Mursyidul Am Pas itu./Harakahdaily

MAHFUZ SAYANGKAN PAS DAN TOK GURU SURUH MENANTU TOK GURU BERHENTI CEPAT?

09 Disember, 2009 18:03 PM

Mahfuz Pertahan Cadangan Demi Kebaikan PAS - Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mempertahankan cadangannya yang mahu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) Abdul Ariffahmi Ab Rahman, yang juga menantu Menteri Besar Kelantan, segera melepaskan jawatannya demi kebaikan parti.

Mahfuz berkata saranannya itu bukan bermakna beliau mahu mengajar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebaliknya dilakukan demi cinta dan sayangnya terhadap parti serta Mursyidul Am PAS.

"Tidak... (cadangan) bukan hendak mengajar sesiapa, ia satu pandangan saya kerana saya sayang pada Tok Guru (Nik Aziz)... kerana saya tidak mahu ada pihak mencerca Tok Guru atas isu ini," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Bagi meredakan polemik itu, Mahfuz berkata pengunduran segera Ariffahmi adalah tindakan paling tepat.

Isnin lepas, Mahfuz dalam kenyataannya menyebut adalah perlu bagi Nik Aziz selaku Penasihat PMBK, berbincang dengan ahli Lembaga Penasihat perbadanan itu supaya perkhidmatan Ariffahmi ditamatkan segera dengan dibayar sebulan gaji, tanpa memerlukan tamat notis tiga bulan.

Anggota Parlimen Pokok Sena itu berkata tindakan Ariffahmi menghantar notis tiga bulan kepada perbadanan itu boleh menimbulkan kontroversi dan digunakan sebagai senjata untuk mencemuh Nik Aziz dan parti oleh sesetengah pihak.

Bagaimanapun cadangan Mahfuz itu mendapat reaksi berbeza daripada pelbagai pihak dan menyifatkan Naib Presiden PAS itu cuba mengajar Nik Aziz dalam isu berkenaan.

Cadangan itu juga dilihat sebagai satu tekanan baru kepada Ariffahmi dan Nik Aziz.

Mahfuz berkata beliau tidak mahu melihat Nik Aziz terus dikecam kerana ia bukan saja mencemarkan imej Menteri Besar itu sebagai seorang Tok Guru, malah secara tidak langsung turut memberi kesan kepada parti.

"Lagi panjang (lama), lagi banyak fitnah dan kecaman. Saya sayang sangat Tok Guru... kecaman kepada Tok Guru akan memberi kesan pada PAS," katanya.

-- BERNAMA

Zunar kartunkan krisis politik Perak

Kartunis kontroversi, yang memimpin majalah Gedung Kartun yang dilarang diterbitkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), mengumumkan pengedaran karya terbarunya, satira politik semasa Perak Darul Kartun.

Bercakap satu sidang akhbar di pejabatnya hari ini, Zulkiflee Anwar Haque atau lebih popular dikenali Zunar, berkata karya terbaru ini diterbitkan dalam bentuk buku yang tidak memerlukan permit penerbitan daripada KDN.

Buku setebal 80 muka surat itu merupakan hasil usaha enam kartunis yang diketuainya.

Topik utamanya, karya kartun satira mengenai krisis politik di Perak sejak Februari lalu serta sumbangan beberapa penulis dan kartunis lain.

Mereka yang turut menyumbang antaranya Sasterawan Negera Datuk A Samad Said, penganalisis politik Dr Farish A Noor dan juga penulis kolum Malaysiakini Hishamuddin Rais.

Selain itu, buku ini juga mengutarakan karya kartun mengenai nostalgia era Reformasi tahun 1998.

Pada 25 Ogos lalu, sekumpulan pegawai penguatkuasa KDN menyerbu pejabat majalah Gedung Kartun di Brickfields, Kuala Lumpur susulan penerbitan edisi sulungnya yang menyindir keras perdana menteri.

KDN beberapa hari kemudian turut menyerbu syarikat percetakannya di Seri Kembangan, Serdang susulan penerbitannya yang, antaranya, memaparkan gelagat Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara./Malaysiakini

Selasa, 8 Disember 2009

MAHATHIR CABAR NAZRI KELUAR DARI UMNO

Nazri perlu keluar UMNO: Tun Mahathir

KUALA LUMPUR- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz digesa meninggalkan UMNO bagi membuktikan beliau bukan seorang yang bersifat perkauman, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Nazri menuduh saya sebagai ‘racist betul’ kerana saya mempertahankan kursus Biro Tata Negara (BTN) daripada dirombak dan menuduh saya hanya bercakap pasal orang melayu sahaja tanpa mengambil kira kaum lain.

“Beliau berada dalam parti yang bersifat perkauman tetapi dalam masa yang sama mengatakan bahawa beliau anti perkauman dan menuduh kursus BTNbersifat perkauman,” katanya.

Menurutnya, UMNO merupakan parti yang bersifat perkauman pada asasnya kerana hanya mengambil ahli daripada kaum melayu sahaja.

“Saya cadangkan agar beliau keluar daripada UMNO untuk membuktikan yang beliau anti perkauman.

“Beliau harus sedar kedudukannya dalam parti dan peka dengan kenyataannya yang menyentuh isu perkauman khususnya orang melayu,” katanya di sini hari ini./Sinar

Anwar dakwa kerajaan gagal tarik pelabur antarabangsa

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 8 Dis: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mempersoal kegagalan kerajaan dalam menarik minat pelabur antarabangsa untuk melabur di negara ini.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen menyambut baik usaha yang dilakukan oleh Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam meletakkan Bursa Malaysia sejajar dengan pasaran antarabangsa sebagai sebuah destinasi penjanaan dana yang kondusif.

Namun beliau hairan mengapa usaha itu masih gagal menarik golongan pelabur luar.

"Saya terima baik langkah-langkah yang diambil kerajaan tapi masalahnya mengapa dengan kecekapan Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti itu, kita masih gagal menarik minat peabur antarabangsa untuk jadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pelaburan," katanya sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi.

Anwar turut mendakwa kegagalan itu sebenarnya ada kaitan dengan krisis keyakinan pelabur antarabangsa terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya percaya ini ada kaitan dengan krisis keyakinan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri, datuk Najib yang seri dinafikan," katanya.

Beliau meminta kerajaan menjelaskan sejauhmana kebenaran langkah yang diambil kerajaan ini dapat menarik pelabur asing memandangkan data pelaburan menyatakan bahawa Bursa Malaysia berada di kedudukan tercorot brbanding Jakarta dan Singapura.

"Saya minta penjelasan daripada kementerian, apakah langkah yang diambil sekarang ini dapat menarik pelaburan sebab data pelaburan menyatakan sebaliknya,"soalnya.
Sebelum itu, datuk Nur Jazlan Mohamed (BN Pulai) meminta Menteri Kewangan menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan syarikat antarabangsa untuk menyenaraikan saham mereka dalam Bursa Malaysia.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung (BN-Alor Setar) dalam jawapannya memberitahu Bursa Malayssai dan SC mengambil enam inisiatif dalam menarik pelabur antarabangsa antaranya menganjurkan taklimat kembara dan penyebaran risalah ke China, Vietnam dan India bagi menarik penyenaraian asing./Harakahdaily

Apa motif Mahfuz ajar Nik Aziz

08 Dec 2009

APAKAH masalah dalam Pas yang dikatakan sudah reda dan kedudukan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sudah dilihat stabil sehari dua ini sebenarnya cerita saja sedangkan hakikatnya bukan begitu. Bahawa acara himpunan menyatakan sokongan kepada Nik Aziz di perkarangan pejabat Pas Jumaat lalu yang dihadiri ribuan hanya sebuah sandiwara saja tetapi bukan menggambarkan hakikat kedudukan MB itu sudah stabil?

Saya mempersoalkan ini ekoran membaca kenyataan oleh Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar yang meminta agar Nik Aziz bertindak segera memastikan menantunya, Ariffahmi Abd Rahman supaya segera melepaskan jawatan sebagai Pegawai Eksekutif di PMBK.

Mahfuz membuat gesaan itu dalam sidang akhbar di Parlimen pagi ini.

Saya mencari di manakah rasionalnya Mahfuz membuat gesaan berkenaan. Seolah-olah Naib Presiden Pas ini ada masalah dengan Ariffahmi. Beliau juga seakan-akan tidak memahami kenyataan Ariffahmi beberapa hari lalu dan jahil mengenai prosuder dan tatacara badan berkanun.

Kenapa harus dimusykilkan lagi, menantu Nik Aziz itu sudah membuat pengakuan akan melepaskan jawatan itu pada Mac depan. Notis untuk berhenti sudah pun diserahkan. Sepatutnya semua pihak berpuas hati dan tunggulah tiga bulan lagi.

Menurut Ariffahmi tindakan beliau itu mengikut prosuder di mana tatacara badan berkanun dan korporat memerlukan notis 90 hari sebelum melepaskan jawatan. Apakah Mahfuz tidak mendapat nasihat benar mengenai hal ini dan membuat gesaan itu kerana berlandaskan sentimen atau kerana ada orang yang meludah ke dalam mulutnya?

Dalam pada itu apa mendukacitakan lagi, Mahfuz juga meminta Nik Aziz mendapatkan nasihat dari penasihat PMBK supaya menentukan apakah Ariffahmi dapat menjalakan tugas-tugas berhubung kewangan dan projek setelah notis berhenti diberikan. Gesaan Mahfuz kepada Nik Aziz itu satu penghinaan dan merendah-rendahkan keupayaan MB berkenaan.

Cara Mahfuz mengarah Nik Aziz secara terbuka ini juga menimbulkan persoalan dan seolah-olah Mahfuz mahu menekan Nik Aziz. Apakah tindakan Mahfuz ini ada motif tersendiri ataupun dibuat kerana kelemahannya berhubung pentadbiran terutamanya berhubung badan berkanun?

Kenyataan Mahfuz itu mungkin dilihat ringan tetapi kalau dihalusi ia memberi implikasi kepada Pas. Cara Mahfuz itu membuka satu lagi ruang kepada musuh Pas untuk menyerang Nik Aziz. Sudah pasti esok atau lusa wartawan akan menyerbu Nik Aziz bertanyakan hal demikian. Apakah ini sudah dipelankan untuk menyerabutkan pemikiran Nik Aziz bagi mencapai matlamat yang lebih besar?

Demikian juga kalau dilihat dari segi kewajaran, apakah wajar pemimpin tertinggi Pas membuat gesaan kepada pemimpin tertinggi lain secara terbuka?

Kalau Mahfuz mempunyai hujah dan pandangan tersendiri elok kalau beliau berjumpa dengan Nik Aziz dan memaklumkan kepadanya bukannya dengan membuat kenyataan terbuka menerusi media massa yang sudah pasti akan dieksploitasikan oleh pihak-pihak tertentu.

Mungkin sikap yang diambil atau pendekatan digunapakai seorang lagi Naib Presiden, Sallahuddin Ayub boleh dicontohi. Sallahuddin selalu mengunjungi Nik Aziz sekiranya beliau ingin menyampaikan sesuatu maklumat kepada Mursyidul Am itu dan bukannya ghairah membuat kenyataan akhbar. Seharusnya sikap Sallahuddin itulah ditiru Mahfuz dan pemimpin lain.

Kerana melihat tindakan ini tidak rasional dan tidak bijaksana menyebabkan saya rasa Mahfuz ada motif tertentu kenapa beliau berbuat tindakan demikian. Mungkin juga beliau telah mendapat maklumat yang salah berhubung tindak tanduk menantu Nik Aziz itu pada masa ini. Adalah dangkal sebagai seorang pemimpin kalau bercakap berdasarkan apa yang disuruh dan diajar saja tanpa berfikir dan mendapat fakta-fakta lengkap.

Cara Mahfuz itu bukan saja tidak menghormati Mursydul Am itu tetapi menghina kemampuan Menteri Besar Kelantan itu yang sebelum ini menegaskan beliau mendapat nasihat yang betul daripada penasihat-penasihatnya dalam melantik Ariffahmi.

Ketika membalas pandangan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Nik Aziz mendapat nasihat yang salah berhubung perlantikan Ariffahmi, Nik Aziz menolak andaian Abdul Hadi itu sambil menegaskan para penasihatnya tidak salah dan telah memberi nasihat yang betul.

Jika pengakuan dan kata-kata Nik Aziz itu boleh dipegang ini bermakna kesalahan dan implikasi di sebalik perlantikan Ariffahmi itu seharusnya dipikul sama oleh penasihat bijak laksana yang dimaksudkan Nik Aziz itu. Kesilapan melantik Ariffahmi itu bukan saja diletakkan atas bahu Nik Aziz tetapi bahu sang penasihat juga. Malangnya sehingga hari ini para penasihat 'otak puyuh' itu tidak pernah tampil menyatakan tanggungjawab mereka.

Sudah pasti dengan kenyataan dikeluarkan Mahfuz itu ia membuka semula bekah di PMBK yang dijahit beberapa minggu lalu. Dan saya percaya Pas Kelantan kurang minat dengan cara mahfuz yang dilihat sebagai mencampuri urusan kerajaan Kelantan. Eloklah kalau Mahfuz lebih memberi tumpuan untuk membersihkan Kedah yang kini dikatakan penuh dengan sampah sarap./msomelayu.blogspot.com


Cara Mahfuz timbulkan persoalan...

Isnin, 7 Disember 2009

ISTERI ARIFFFAHMI PULA MENJADI MANGSA

Oleh: WFAUZDIN NS

UMNO beserta mereka yang bersekutu dengannya tidak akan hidup aman dan tenteram selagi Tok Guru Nik Aziz masih memegang tampuk pemerintahan di Kelantan. Serangan musuh utama PAS ini semakin menggila sehinggakan mereka tidak boleh duduk diam sehinggalah jenerasi Tok Guru Nik Aziz dapat di`cemar'kan. Jika dahulu bermula dengan Tok Guru sendiri, kemudian menantunya dan kini anak perempuan Tok Guru iaitu isteri kepada Ariffahmi pula menjadi lawan buat golongan sekular ini.

Tulisan Nik Amalina yang merasa terkilan dan sedih di atas apa yang berlaku terhadap suami tercintanya menjadi suatu isu buat musuh PAS ini. Mereka lupa kepada kisah-kisah yang lebih mengaibkan di kalangan pemimpin Umno serta isteri-isteri mereka. Bagi mereka kesemua pemimpin Umno dan isteri serta keluarga masing-masing terlalu mulia dan wajar dicontohi oleh keluarga Tok Guru. Mata dan hati mereka kini telah dibutakan oleh Allah. Apa yang tidak mereka katakan terhadap anak perempuan Tok Guru itu di sini ?

Kita lihat tidak banyak pemimpin PAS yang bersimpati terhadap Nik Amalina walaupun sehingga kini tidak terbukti sebarang kesalahan yang telah dilakukan oleh menantu Tok Guru itu. Kita memahami isunya bukan salah laku oleh Ariffahmi tetapi isunya adalah Ariffahmi adalah menantu Tok Guru iaitu MB Kelantan. Begitu juga isunya bukan kerana menghalang Tok Guru pergi ke Mekah, tetapi isunya adalah Tok Guru telah ditaja. Ini semua lah mungkin yang menyebabkan tidak banyak pemimpin PAS yang berani mempertahankan Tok Guru iaitu Mursyidul Am mereka sendiri.

Tetapi, pelik juga kerana tidak banyak pemimpin PAS yang lantang serta berani mendedahkan mana-mana pemimpin Umno/Bn yang juga melakukan perkara yang sama iaitu mengamalkan kronisme itu. Atau adakah kesemua pemimpin Umno itu bersih ? Kita lebih fokus untuk melayani karenah jahat mereka yang ingin memburukkan imej Tok Guru Nik Aziz dan keluarganya sehinggakan terdengar suara mahukan Ariffahmi segera meletakkan jawatan walaupun beliau telah pun memberikan tarikh untuk berbuat demikian. Begitulah hebatnya kita berjuang. Jika tidak mahu bersimpati sekali pun, kononnya salah teramat besar yang telah dilakukan oleh Tok Guru dan kaum keluarganya, tetapi sekurang-kurangnya kita perlu bertindak balas ke atas puak-puak ini kerana mereka juga melakukan perkara yang sama malahan lebih teruk dari yang dilakukan oleh Tok Guru dan keluarganya.

Sikap lebih senang bertahan seperti ini amat melegakan Umno. Rakyat melihat seolah-olah pemimpin Umno itu lebih telus daripada pemimpin PAS sendiri. Seharusnya PAS lebih kuat menyerang sekiranya diserang. Saya terharu dengan sokongan besar rakyat Kelantan yang terus memberikan semangat kepada Tok Guru di dalam menghadapi tekanan ini. Tok Guru kini hanya bersandarkan sokongan padu dari rakyat negeri beliau sendiri. Rakyat Kelantan sedar bahawa Tok Guru dan MB mereka kini terpaksa berdepan berseorangan dengan musuh-musuh PAS bukan sahaja dari Kelantan bahkan serangan datangnya dari Pusat. Siapa lagi yang boleh membantu Tok Guru kalau bukan rakyat Kelantan sendiri? Mereka tetap di belakang Tok Guru kerana mereka yakin Tok Guru tidak bersalah.

Saya yakin Tok Guru mampu berhadapan dengan musuh-musuh ini walau pun bersendirian. Tok Guru di dalam keuzurannya tetap menjelajah merata tempat untuk menyerang balas puak-puak penentang Islam ini, walaupun sepatutnya memadai anak-anak buah Tok Guru sahaja sudah cukup untuk berdepan dengan mereka. Mungkin ada yang gembira bila melihat Tok Guru ke sana sini bersendirian untuk mempertahankan parti, diri dan maruah keluarganya. Untuk Ariffahmi, letaklah jawatan SEGERA untuk memuaskan hati mereka ini kerana kamu dilihat lebih busuk dari pemimpin Umno di mata mereka./Kembali ke laman asal di sini.

HIDUP MEWAH ? PERLU BUKTIKAN - TUAN IBRAHIM

Siasatan perlukan bukti: Tuan Ibrahim

SHAH ALAM – Jawatankuasa Disiplin Pas Pusat membidas penulis blog Malaysia Waves yang mendakwa Pemuda Pas Selangor hidup mewah dan mampu memiliki kereta mewah.

Pengerusinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan itu tidak boleh diterima kecuali disertakan bukti.

Katanya, jawatankuasa itu tidak akan menyiasat dakwaan berunsur khabar angin seperti itu.

“Saya kesal dengan dakwaan tersebut. Pemuda Pas Selangor sama seperti yang wujud di negeri-negeri lain. Hidup mereka sederhana, Mana ada hidup dalam kemewahan seperti yang digembar-gemburkan?” katanya mengulas dakwaan penulis blog Abdul Rahman Talib, yang lebih dikenali sebagai Tulang Besi, mengenai perkara itu.

Abdul Rahman mendakwa beliau rasa pelik kenapa Pemuda (Pas) Selangor boleh hidup mewah sedangkan ada antara mereka tidak mempunyai kerja tetap sebaliknya melakukan kerja parti 100 peratus.

Mengulas dakwaan kononnya Timbalan Dewan Pemuda Pas Selangor, Ahmad Zaidy Abd Mutalib hidup mewah, Tuan Ibrahim berkata, perkara itu tidak harus dijadikan isu.

“Ramai tahu Ahmad Zaidy memang kaya sejak dahulu lagi. Lagipun, dia seorang ahli perniagaan yang berjaya. Jadi, apa isunya? Walaupun dia kaya, dia tetap hidup dalam kesederhanaan,” katanya.

Tuan Ibrahim, yang juga Naib Presiden Pas berkata, tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat aduan berhubung ahli-ahli Pas yang melakukan kesalahan bertentangan dengan dasar parti.

Jika benar ada yang hidup mewah daripada sumber yang boleh dipersoalkan, katanya, jawatankuasa itu akan siasat dan bertindak sewajarnya.

Mengenai dakwaan ada dalam kalangan ahli jawatankuasa Pas Pusat yang mampu hidup mewah, beliau berkata: "Memang ada yang hidup mewah. Ada yang terdiri daripada ahli perniagaan berjaya. Malah latar belakang pendidikan mereka juga membuktikan mereka mampu hidup mewah.

“Ada jadi doktor, peguam dan macam-macam lagi. Mereka mewah sebelum masuk Pas. Jadi mengapa kita nak buat isu?” katanya./Sinar

MAHFUZ DESAK ARIFFFAHMI LETAK JAWATAN SEGERA

Ariffahmi, letak jawatan segera: Mahfuz
Dis 7, 09 3:49pm
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendesak menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan segera sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Abdul Ariffahmi Ab Rahman mendapat kritikan apabila didakwa melengah-lengahkan peletakan jawatan tersebut dengan alasan harus memberikan notis tiga bulan dan juga menyelesaikan beberapa tugasan.

Jumaat lalu, Abdul Ariffahmi yang juga exco Pemuda PAS Kelantan berkata beliau akan menghantar notis peletakan jawatan pada 24 Disember ini dan tarikh akhirnya di perbadanan itu pada 23 Mac tahun depan.

Beliau juga berkata tarikh peletakan jawatan dirancang sedemikian bagi membolehkan bapa mertuanya, sebagai menteri besar Kelantan, mencari penggantinya.

Seorang penulis blog Syed Azidi Syed Abdul Aziz, yang bertembung dengannya secara terbuka, menyifatkan pengumuman itu sebagai "sandiwara Nik Abdul Aziz". /Malaysiakini

Ahad, 6 Disember 2009

SIAPA BLOGGER CELAKA DAN RAJA SEGALA CELAKA INI ?

Oleh: WFAUZDIN NS

TERIMA KASIH tidak terhingga buat penulis Batu-api yang menulis tentang beberapa blog yang dikatakan memusuhi Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi. Tulisan beliau terhadap beberapa blog yang ada di antaranya di cap `celaka' serta `menyeleweng' boleh dibaca di sini. Sesuai dengan nama penanya `Batu-api', maka saya tidak kisah dan hairan apabila melihat blog saya juga disenaraikan sebagai blog yang menulis memusuhi Presiden PAS. Saya tidak kenal batu-api ini tetapi kerap membaca penulisannya dan sedikit pun saya tidak menyangka suatu hari nanti blog saya menjadi sasarannya.

Apa pun saya sedikit berbangga kerana Batu-api sudi menegur penulisan saya kerana sebagai penulis biasa dan tidak terlatih saya tentunya punyai banyak kekurangan. Saya cuma bernasib baik tidak dikatakan `celaka paling jahat' sebagaimana rakan saya `Tulang Besi'. Manakala Perisik Rakyat juga dilibatkan sebagai Boneka Tulang Besi dan dicop `bodoh' oleh Batu-api. Blog Pasfutureleader dicop sebagai `tak ada otak'. Gelaran `kurang akal dan kelingking berkait' pula jatuh kepada blog Greenboc. Ada juga blogger yang dipanggil `kurang siuman' oleh Batu-api, blogger itu adalah Penarik Beca. Saya katakan saya bernasib baik kerana hanya dikatakan `menyeleweng' dan menulis `secara jahat' dalam artikel penulisan saya.

Saya tidak peduli apa yang Batu-api perkatakan kerana saya tidak kenal siapa Batu-api ini samada beliau ini cerdik, bodoh, kurang akal mahu pun celaka. Pada saya semua blogger yang beliau senaraikan di atas adalah anti `Kerajaan Perpaduan' bersama Umno. Pada saya `raja segala celaka' adalah mereka yang `berunding dalam kelambu' bersama Umno dahulu, kini dan selamanya. Kami tetap akan mempertahankan kepimpinan Tok Guru Nik Aziz walau pun terpaksa berdepan dengan blogger atau penulis yang menjadi boneka raja segala celaka ini.

Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada Batu-api kerana menzahirkan siapa diri beliau sebenarnya dengan ungkapan kata-katanya yang menggambarkan nama penanya itu. InsyaAllah, sedikit masa lagi akan kita ketahui siapa raja segala celaka ini yang berselindung di sebalik Tuan Guru Presiden. /Kembali ke laman asal di sini.

INI LAH DOA NIK AZIZ TERHADAP NAJIB DI TAMAN MELEWAR

Dzulfikar Mashoor
GOMBAK, 6 Dis: Menteri Besarnya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam melahirkan rasa yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa rakyat Kelantan yang dizalimi disebabkan kerajaan pusat enggan memberi wang royalti minyak pada kerajaan negeri.

"Kalau orang kafir (berdoa) pun, Allah janji akan makbulkan doanya kerana dizalimi, inikan
pula orang Islam dan berjuang Islam di Kelantan," jelasnya dalam Himpunan Perpaduan Ummah 'PAS For All.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan bahawa beliau tidak kecewa jika ada pihak tertentu mengkritik saranannya bahawa rakyat Kelantan akan berdoa agar Najib dibinasakan.

Beliau juga melahirkan rasa tidak kisah dengan laporan negatif beberapa media massa, sebaliknya suka dengan beberapa kritikan tersebut.

"Hari-hari surat khabar (arus perdana) caci saya, saya sengeh (kerana) suka."

Baginya, berdoa sama ada memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu kezaliman merupakan sesuatu yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w. "Bila kita ikut Nabi, jadikan doa sebagai senjata mukmin, maka ada orang yang marah." Dalam ceramah selama
20 minit di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar, Beliau turut melafazkan doa khusus kepada Najib.

"Ya Allah ya Tuhanku, tolong buka hati Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya Perdana Menteri Malaysia perbetulkan fikirannya (lalu) beri (royalti
minyak) petrol (milik) Kelantan)," doa Nik Aziz "Minta perbetulkan pandangan Najib kalau dia berniat baik (dan) kalau berniat jahat (maka) musnahkannya." "Kalau kamu (Najib) jahat, takkan nak suruh saya doa ya Allah, kau tolonglah orang yang jahat."


Sebelum pada itu, Kelab Penyokong PAS berbangsa India, Bala Subramaniam berpendapat bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu melahirkan rasa terkejut dengan saranan doa Nik Aziz agar Najib dibinasakan disebabkan kezaliman Perdana Menteri itu. Ujarnya lagi, sepatutnya Muhyiddin menasihatkan Najib agar segera bertaubat dari melakukan kezaliman.

Nada yang sama turut ditegaskan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua. "Saya orang bukan Islam pun percaya bahawa Tuhan akan membantu rakyat yang dizalimi, kenapa Muhyiddin dan Najib tidak percaya doa Tok guru," ujarnya. /
Harakahdaily

BTN: UMNO pertahan, rakan lain BN membisu


- DR AISAR YEE ABDULLAH

Sebelum Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali mengumumkan institusi-institusi milik Kerajaan Negeri dihalang daripada menyertai kursus anjuran BTN berkuat kuasa serta-merta, isu itu sudah lama berbangkit.

Para pengkritik mendakwa, kursus itu bersifat perkauman sungguhpun kerajaan menafikannya. Kritikan terhadap BTN banyak bertaburan di alam maya dalam internet melalui blog perseorangan, laman-laman milik pembangkang, NGO dan komen-komen dimuat dalam portal berita.

Komen yang sering dilemparkan ialah kursus itu berbentuk satu sesi ‘membasuh otak’ di mana peserta diberitahu ‘kaum pendatang’ hendaklah diberi kurang ‘durian’ kerana status mereka dan sememangnya dari awal dulu sudah bersetuju dengan kaedah itu.

Peserta dalam kalangan itu mendakwa mereka sudah diberitahu untuk tidak mengungkit isu itu lagi atau pulang sahaja ke negara asal mereka. Kursus itu, mengikut mereka begitu condong kepada UMNO.

Tuduhan lain yang dikatakan diluah semasa kursus oleh pensyarah ialah Pas parti ajaran sesat, Anwar Ibrahim ejen Yahudi dan DAP kaki barut Singapura.

Dakwaan-dakwaan bahawa peserta kursus telah dipertonton rakaman-rakaman video perhimpunan-perhimpunan anjuran Bersih dan Hindraf yang menekankan kekecohan dan huru-hara akan berlaku jika peserta tidak menyokong BN.

Seorang peserta, C J Maliamauy yang pada tahun 2000 semasa menuntut di Universiti Teknologi Petronas, menulis kepada portal berita Malaysiakini mengesahkan dakwaan seperti di atas. Seorang pensyarah semasa kursus itu menyebut mengenai ancaman-ancaman kepada keselamatan negara yang datangnya daripada ‘parti-parti baru’.

Jawahar Hasan, seorang lagi peserta menceritakan pengalamannya menghadiri kursus anjuran BTN juga kepada Malaysiakini. Dia mendakwa, setiap peserta kursus itu dikehendaki menyerahkan semua telefon bimbit dan alat-alat rakaman kepada orang yang bertanggungjawab. Dia bertanyakan motif itu dilakukan dan apa yang mahu disembunyikan.


Kecewa dengan syarahan

Terdapat begitu banyak tulisan yang datangnya daripada mereka yang mendakwa pernah menghadiri kursus anjuran BTN. Pengalaman hampir sama. Mereka kecewa dengan syarahan diberikan yang menekankan hubungan ketuanan Melayu dan kaum pendatang.

Peserta yang membahasakan dirinya, KLeo menulis dalam portal berita sama, mengatakan dia menghadiri kursus pada sesi 2005 dan ramai peserta Melayu dan bukan Melayu ‘menyampah’ dengan tindak-tanduk para pensyarah.

Kerajaan Selangor mengambil langkah sedemikian kerana melihat kursus itu adalah satu proses indoktrinasi oleh Barisan Nasional (BN) yang ingin mewujudkan satu fenomena perkauman, memecahbelahkan komuniti, menyebabkan kebencian terhadap agama lain dan memprovokasi kebencian terhadap pembangkang.

Lazimnya, kerajaan BN boleh meneguk di air keruh apabila wujudnya suasana seperti itu dan menggembleng komuniti untuk bersatu di bawahnya dengan alasan hanya parti itulah sahaja mampu mengekang suasana dari terus menjadi lebih kronik.

Akhbar-akhbar Melayu, terutama yang di bawah pengaruh UMNO begitu kuat mempertahankan kursus-kursus anjuran BTN dengan memetik kata-kata daripada para pemimpin UMNO mempersendakan pembangkang mempolitikkan kursus yang dianggap mereka membangkit semangat patriotisme. Mereka menganggap mengharamkan menghadiri kursus adalah tindakan tidak patriotik.

Suara paling lantang daripada kalangan mereka mempertahankan program BTN ialah datangnya daripada Timbalan Perdana Menteri (TPM) sendiri, Muhyiddin Yassin, dan beberapa menteri lain dan timbalan menteri seperti Hishammuddin Hussein, Sharizat Abdul Jalil, Noh Omar, Zahid Hamidi, Mukhriz Mahathir dan Ahmad Maslan.

Ahmad, Timbalan Menteri yang bertanggungjawab ke atas BTN malah menegaskan usaha kerajaan Selangor itu akan digagalkannya kerana baginya BTN adalah sebuah agensi yang ingin menanamkan semangat patriotik dan kursus-kursusnya berstruktur tinggi.

Beliau akan terus memastikan pegawai-pegawai Kerajaan Pusat yang bertugas di Selangor, mahasiswa-mahasiswa, belia-belia dan AJK Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan menghadiri kursus anjuran BTN di Selangor.

Bagi Ahmad, kursus anjuran BTN itu amat sesuai dan sejajar dengan konsep 1Malaysia serta tidak memiliki elemen perkauman.


Tidak adil kutuk BTN

Kerajaan Selangor dituduh memperbesarkan isu oleh Sharizat Abdul Jalil. Beliau mendedahkan pernah menghadiri kursus anjuran BTN dan mendapati ia semata-mata berkaitan pemikiran positif dan tidak ada kena-mengenai dengan perkauman.

Beliau mendakwa, kebanyakan yang menghadiri kursus berpuas hati dan suka akannya. Bagi Sharizat adalah tidak adil mengutuk kursus BTN kerana ia berasaskan konsep 1Malaysia yang dicintai ramai.

Rakan sejawatnya dalam Kabinet, Noh Omar membidas Lim Kit Siang kerana menganggap program itu perkauman. Beliau menyamakan Lim sebagai ‘orang buta’ kerana mengkritik kursus-kursus BTN.

“Sama seperti seorang buta yang tidak tahu apa yang dia tidak tengok. Bagaimana Kit Siang boleh bercakap tentang kursus BTN kalau beliau sendiri tidak pernah menghadirinya?” tanya Noh.

Sungguhpun terdapat usaha keras pemimpin UMNO mempertahankan kursus anjuran BTN yang menjadi panas berikutan tindakan kerajaan Selangor itu semasa ketiadaan Najib di dalam negara kerana menghadiri Persidangan Perdana Menteri Negara Komanwel, isu itu sebenarnya telah pun ditangani oleh kabinet lama sebelum itu.

Satu taklimat telah pun dilakukan untuk Najib yang dihadiri oleh beberapa menteri. Mereka telah diberi penerangan menyeluruh tentang kontroversi berkaitan kursus BTN yang diwajibkan ke atas pegawai kerajaan dan mahasiswa.

Pada penghujung taklimat, Najib dikatakan menyuarakan kebimbangan beliau terhadap kesan negatif dari kursus tersebut kepada mentaliti peserta Melayu. Beliau mahu suasana itu dihentikan dan beliau menyatakan kebimbangan ini di hadapan Khaled Nordin, Nazri Aziz dan Muhyiddin Yassin.

Maklumat diperoleh mendedahkan dalam taklimat yang diuruskan oleh Idris Jala itu, komen daripada Najib dipersetujui mereka yang hadir.

Najib dikatakan menghadapi tekanan kuat untuk memansuhkan BTN kerana ia didapati bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang diilhamkannya.

Najib tidak mahu cakap-cakapnya mengenai 1Malaysia dicaci sebagai omongan kosong atau retorik politik. Sudah banyak cakap politik jadi mainan momokan rakyat dan Najib tidak mahu konsep 1Malaysia menjadi macam Islam Hadhari yang hilang bersama langkah terakhir Abdullah daripada Seri Perdana.

Idris Jala yang dipertanggungjawabkan untuk mempromosi konsep 1Malaysia Najib mencadangkan satu semakan menyeluruh BTN untuk menjadikannya lebih terbuka.

Kursus-kursus anjuran BTN didapati oleh Idris Jala sebagai satu galangan menjayakan konsep 1Malaysia. Para menteri yang menghadiri taklimat itu mengangguk tanda bersetuju.

Maka, pelik, semasa ketiadaan Najib, para menterinya, bertindak bangun mempertahankan BTN dan menganggapnya kursus itu sesuatu yang patriotik dan selaras dengan 1Malaysia pula!

Apakah motif sebenar mereka? Masih mahu mempertahankan cara lama di mana turning over dilakukan gaya 90-an dan pra 2008 yang sudah nyata tidak berkesan lagi? Masih percaya bahawa peserta-peserta boleh dijinakkan dengan menghadiri kursus empat hari tiga malam dan didedahkan fakta yang menakutkan lalu meletakkan mereka dalam keadaan constant fear agar mereka mudah dieksploit?


'Turning over' tidak berkesan

Hakikatnya, proses turning over itu tidak lagi berkesan hari ini. Peserta yang menghadiri kursus BTN untuk beberapa hari sahaja apabila keluar dari kem, terus terdedah dengan maklumat bertentangan yang berleluasa di alam Internet!

Malah semasa masih berada dalam kem sendiri pun, mereka sudah mempertikaikan isu ceramah dan lantas memperlekehkan apa yang dikatakan oleh pensyarah sebelumnya. Cumanya mereka takut meluahkannya sebab mereka adalah pegawai kerajaan dan mahasiswa yang tertakluk dengan peraturan.

Mereka lalu menuduh BTN memesong fakta. Apa kesan daripada kursus BTN?

Mantan TPM, Musa Hitam menganggap kursus BTN hari ini memperbodohkan peserta. Kursus seperti itu sudah ketinggalan zaman, katanya. Beliau mengaku banyak menerima aduan mengenai BTN.

Maka, pengumuman Nazri bahawa kerajaan bersetuju mengkaji pengisian kursus BTN ditunggu dengan penuh minat. Sebarang usaha untuk melunakkan sukatan kursus mungkin tidak mencukupi jika Najib serius untuk merealisasikan konsep 1Malaysianya.

Menariknya, pengumuman Nazri itu mengesahkan bahawa satu taklimat diadakan dan kabinet telah pun mengarahkan Ketua Setiausaha Negara untuk membuat rombakan itu.

Lalu ia membuahkan pertanyaan, kalau ia sudah lama dibuat kenapa terdapat beberapa menteri masih mempertahankan konsep BTN yang ada hari ini? Kenapa pahat dan tukul masih berbunyi?

Pertanyaan lain yang kerap kedengaran ialah, apa pandangan MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain?

Senyap tanda bersetuju dengan apa yang dibuat oleh BTN sekarang atau senyap membantah tetapi tidak berani mengeluarkan suara kerana masih di bawah ketiak kuasa lain?

Parti-parti ini ditolak dalam PRU Mac 2008 ialah kerana peranan mereka dilihat tidak berkesan dalam BN.

Paling menghiburkan ialah Nazri memberi alasan BTN dikaji balik kerana ia bertentangan dengan konsep 1Malaysia, sedangkan para menteri UMNO mempertahankan kursus BTN kerana kononnya ia sesuai dengan konsep 1Malaysia.

Nazri menyifatkan tidaklah perlu pemimpin UMNO berbohong mengenai kursus BTN lagi kerana mantan pemimpin UMNO yang berada dalam barisan pembangkang tahu rahsianya. Beliau menyebut nama Anwar Ibrahim sebagai contohnya.

Beliau mengaku kursus BTN digunakan untuk mempromosi tokoh-tokoh UMNO tertentu.

Apakah mereka yang giat mempertahankan kursus BTN itu adalah tokohnya yang dituduh Nazri itu? Mereka ini menumpang berselindung di bawah tabir konsep 1Malaysia tajaan Najib?

Konsep 1Malaysia itu nampaknya sudah jadi produk yang mengelirukan./Sinarharian