RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 8 Februari 2020

PAKATAN NASIONAL TIDAK AKAN MENJADI KENYATAAN, KECUALI....

Kalau ditanya kepada Zahid Hamidi, sudah pasti bekas TPM dan Presiden Umno yang kini dihadapkan dengan tidak kurang dari 40 pertuduhan di mahkamah akan teruja dengan perancangan untuk menggabungkan Umno, Pas serta Bersatu bagi mewujudkan kerajaan baru 'pintu belakang'.

Apa lagi cara untuk mengelakkan diri dari pertuduhan seberat itu jika tidak melakukan tindakan sedemikian rupa? Betul, Lokman Adam kata eloklah Umno dan Pas serta MCA terus dengan Muafakat Nasional sehingga PRU15 untuk membentuk kerajaan, tidak perlu bergabung dengan Bersatu. Zahid tidaklah bodoh sangat, Lokman bolehlah bercakap begitu kerana Lokman tidak rasa apa yang Presiden parti beliau rasa. Untuk menanti PRU15, masa ada lebih kurang tiga tahun lagi. Di dalam tempuh tersebut, Zahid akan bergelut di dalam mahkamah dan siapa boleh jamin Zahid tidak akan sangkut di dalam salah satu dari banyak tuduhan ke atas beliau?

Satu kes sahaja Zahid sangkut, hukumannya sudah pasti menjejaskan jawatannya sebagai Presiden Umno dan paling ditakuti olehnya adalah penjara Sg Buloh. Waktu itu, jawatan Presiden Umno akan disapu oleh orang lain. Sebab itulah Zahid fikir bergabung dengan parti Tun M lebih selamat untuk dirinya. Dia tak peduli tentang negara dan rakyat, jauh sekali untuk orang2 Melayu. Dia harap Tun M akan berselera untuk bergabung dengan Umno kerana Tun M boleh jadi PM lebih lama dan Zahid pula pasti selamat.

Kalau tanya saya, adakah Tun M akan berselera dengan perancangan Zahid itu? Jawapannya, sudah pasti Tun M tidak sebodoh itu melainkan beliau mengalami gangguan fikiran atau hilang akal. Tun M tahu, sekiranya Bersatu bergabung dengan Umno dan Pas, kedudukannya sebagai PM juga tidak selamat kerana jumlah MP di dalam Bersatu jauh lebih sedikit dari jumlah MP dari Umno. Bila2 masa Tun M akan dicampak keluar kerana dendam Umno kepada Tun M bukan sedikit. .

Oleh itu, tidak masuk akal Tun M yang kini berada di dalam bahtera yang lebih sempurna dan selamat mahu berpindah ke bahtera yang telah rosak, kotor lagi jijik. PH telah beri peluang Tun M menjadi PM sehingga dua tahun, baki lagi dua tahun lebih adalah untuk pemilik sebenar iaitu Anwar. Tidakkah itu mewajibkan Tun M bersyukur? Saya tidak fikir Tun M tamak haloba sehingga memakan dirinya sendiri.

Biarkan Zahid dan Umno syok sendiri. Jangan kerana mahu jadi PM lebih lama, kita sanggup khianati rakyat. Jangan kerana tidak mahu Anwar jadi PM, kita sanggup bersekongkol dengan penyamun. Sehingga kini, Alhamdulillah, Tun M masih berakal dan waras.

MANA SATU YANG 'SYARIE'?


Kalau ada orang tanya saya, mana satu boleh dipercayai samada Takiyuddin, SUA Pas atau Hadi, Presiden Pas? Saya akan katakan, kedua-duanya saya tidak percaya sebab kedua2nya dari parti lebai yang terkenal dengan 'belit'nya.

Takiyuddin pasti akan 'swing' kalau Hadi buat keputusan sedemikian kerana takut masuk neraka kalau lawan Hadi. Hadi pula bila2 masa boleh berubah 'fatwa'nya. Contohnya, dulu dia kata Tun M hanya layak jadi doktor klinik 1 Malaysia. Bila Tun M banyak kasi "dedak" kepada Kelantan dan Terengganu, siap ada " One Off' RM400 juta lagi, maka tiba2 Hadi kata Pas sokong Tun M jadi PM. Itulah lebai Hadi.


Jangan terperanjat kalau satu hari nanti Hadi akan puji Anwar sebagai pemimpin Islam yang terbaik. Bila? Tunggu Anwar jadi PM nanti, waktu itu kita akan lihat sekali lagi Hadi akan jilat kahaknya sendiri.

SUA PAS, TAKIYUDDIN MAHU KELENTONG SIAPA ?

Dalam kenyataan terbaru SUA Pas, Takiyuddin Hassan di dalam menjawab kenyataan SUA Keadilan, Saifudin Nasution yang menyindir Pas kerana menyokong Tun M, Takiyuddin menyatakan bahawa Pas sebenarnya menyokong Tun M sebelum PRU 14 lagi, katanya.

Mahu kelentong siapa Takiyuddin? Mungkin walaun yang 'wala' bodoh bolehlah terpedaya dengan kamu, tetapi tidak semuanya bodoh untuk menerima apa yang kamu kata kerana fakta dan bukti kukuh jelas menunjukkan bahawa Pas sejak sebelum PRU14 lagi begitu kuat menghentam Tun M, lebih2 lagi apabila PH mengumumkan Tun M sebagai PM sekiranya PH membentuk kerajaan.

Hadi Awang pada kenyataan akhbar Berita Harian bertarikh 06 Mei 2018 sebelum PRU14, menyatakan negara di dalam bahaya sekiranya PH menang dan Tun M menjadi PM. Rujuk di sini
https://www.bharian.com.my/…/kemenangan-tun-m-bahayakan-neg… . Hadi pernah berkata, Tun M hanya layak jadi doktor klinik 1 Malaysia, dia terlalu tua untuk bertanding pilihanraya. Kenyataan Hadi ini adalah pada bulan April 2018, sebelum PRU 14 lagi. Rujuk di sini https://www.youtube.com/watch?v=xWoztisJX1k . Disiarkan juga kenyataan Presiden Pas yang menghina Tun M itu di sini
https://www.malaysiakini.com/news/420090 . Sebenarnya banyak lagi bukti menunjukkan Pas konsisten menolak Tun M sebelum PRU 14 lagi. Takiyuddin mahu kelentong siapa?

Kalau kita bijak, masuk akalkah Pas menyokong Tun M sebelum PRU14 yang lalu tetapi Pas sanggup jadi pengacau kononnya mahu jadi "King Maker" di dalam PRU14 tersebut? Pas sedar waktu itu, peluang untuk PH menang agak sukar jika Pas berjaya pecahkan undi dan secara tidak langsung Umno/Bn mempunyai harapan untuk menang dan terus memerintah negara. Itu kepala otak Hadi fikir sedangkan Allah berkuasa menjadikan sesuatu di luar kepala otak manusia. Bahkan, setelah Tun M menjadi PM, Pas konon-kononnya menyokong Tun M apabila dapat royalti minyak tetapi setiap kali PRK diadakan Pas turun bantu Umno/Bn dan sanggup jadi barua tukang pacak bendera dacing baghdad itu. Sokong Tun M kah itu? Di Tg Piai, Pas paling seronok apabila parti Tun M iaitu Bersatu tewas kepada calon MCA yang mewakili Bn kerana Pas secara terus terang menyokong Bn.

Sudah2 lah lebai Pas buat kerja membohongi rakyat. Janganlah jual agama demi untuk kepentingan parti. Sekarang ini, bersembur air liur lebai Pas memuji Tun M, maklumlah Kelantan dapat "One Off" RM 400 juta baru2 ini. Dapat juga berbelanja beli 14 buah Mercedes untuk Exco2 mereka dan RM 50k untuk setiap Exco 'duit bonus". Mereka lupa bertahun2 kerajaan negeri Kelantan minta duit dengan kerajaan Pusat hanya untuk bayar gaji kakitangan kerajaan negeri. Tidak malukah, lebai?

Hakikatnya, sekarang ini Pas berpura2 sokong Tun M adalah kerana bimbang kalau Anwar jadi PM pada bulan Mei ini nanti. Anwar memang seteru lama Hadi Awang. Semua tahu.

Khamis, 6 Februari 2020

JANGAN LETAKKAN MARUAH PH LEBIH RENDAH DARI LOKMAN ADAM

Lokman Adam tahu mengapa Zahid Hamidi dan beberapa kumpulannya mahu sangat bawa Umno untuk menyokong Tun M. Beliau pun sedar mengapa parti lebai pun tiba2 sokong Tun M yang lebai pernah kata negara akan rosak binasa kalau Tun M jadi PM.

Lokman dapat lihat jelas tanpa kabur seperti video semburit. Hanya perompak yang kenal perompak. Kita tidak kata, tapi Lokman sendiri sebut tindakan Zahid untuk menyeret Umno untuk menyokong Tun M adalah kerana terlalu banyak pertuduhan yang dihadapi oleh Zahid Hamidi di mahkamah sekarang. Begitu juga Hishamuddin, sepupu Najib yang disebut terlibat di dalam skandal "Land Swap". Lokman Adam pun sedar mengapa Azmin begitu bersungguh2 melawan Presidennya sendiri dan berbaik rapat dengan beberapa MP Umno sehingga dijemput ke rumah untuk makan. Azmin sedar fail kes video semburit belum ditutup kemas lagi dan bila2 masa boleh dibuka kembali. Lebai pula bimbang kalau2 partinya tersangkut kerana memakan duit 1MDB. Bukankah Nik Abduh mengaku memang ada lebai yang makan duit Umno? Duit Umno atau duit 1MDB? Tidak pelik tiba2 lebai begitu menyanjung Tun M.

Semuanya ada 'hutang' dengan Tun M. Semuanya ada masalah besar. Tiada jalan lain, "Kalau kita tidak berdaya melawan musuh, lebih baik kita bersama musuh". Itu jalan paling selamat walaupun tidak bermaruah.

Cuma apa yang kita wajib ingatkan Tun M dan Pakatan Harapan kerajaan yang diangkat dan diharapkan oleh rakyat untuk melakukan reformasi dan menjadi kerajaan yang lebih baik dari kerajaan Umno/Bn sebelum ini, jangan sesekali khianat kepada rakyat. Jangan kerana tamak kuasa dan kedudukan, sanggup kita bersekongkol dan melindungi perompak2 tersebut. Jangan jual 'undi' rakyat untuk bekerjasama dengan puak2 yang berpuluh tahun menyusahkan kita.

Pemimpin PH jangan letakkan maruah anda lebih rendah dari Lokman Adam. Kalau Lokman Adam pun menentang kerjasama jijik itu, adakah ada di antara pemimpin PH yang sanggup melakukan perbuatan yang tidak bermaruah seperti itu?

Isnin, 3 Februari 2020

NURUL IZZAH TIDAK LARI WALAUPUN DIBALING BATU


Pendidikan yang tinggi, tua atau muda tidak cukup untuk menjadi seorang pemimpin. Pemimpin harus berani serta mempunyai kekuatan mental dan fizikal.

Saya masih ingat, sewaktu Keadilan berada di pihak Pembangkang dan berjuang untuk menjatuhkan rejim Umno/Bn, bukan sedikit ujian yang dihadapi oleh pemimpin Keadilan dan penyokong ketika itu.

Di dalam satu program ceramah di Pantai Dalam, KL, beberapa tahun dulu, ceramah oleh Nurul Izzah dihujani dengan lontaran batu dari pihak rejim yang berada di sebelah yang turut mengadakan ceramah. Balingan batu semakin menjadi tatkala Anwar tampil memulakan ucapan. Bahkan, seorang tua yang hadir mengikuti ceramah cedera dan berdarah di muka akibat balingan batu oleh samseng upahan mereka. Peristiwa tersebut masih terakam di Youtube.

Ceramah terus berjalan. Nurul Izzah, seorang gadis yang terlalu muda waktu itu tidak sedikit pun berganjak ke belakang, bahkan dengan lantang beliau mencabar menteri ketika itu, Raja Nong Chik untuk berdebat secara terbuka dengannya. Nurul Izzah tidak lari atau memanjat pagar. Suasana malam itu begitu kecuh kerana pihak berkuasa mengizinkan ceramah diadakan bersebelahan.

Berlaku di tempat saya sendiri di kawasan felda Lepar Hilir, Paya Besar. Sewaktu Nurul Izzah sedang berucap, pembesar suara yang dipegangnya dirampas oleh salah seorang pemuda Umno dan majlis malam itu terpaksa dihentikan akibat gangguan samseng2 upahan. Namun, Nurul Izzah tenang dan tidak lari cuma dibawa keluar kerana program dibatalkan.

Itulah hebatnya Nurul Izzah yang mewarisi sifat keberanian dan perjuangan ayahandanya Anwar Ibrahim. Tiada kenal erti takut baginya. Pemimpin yang pernah diuji dengan kesusahan dan keperitan tidak pernah lupa diri apabila berada di dalam kesenangan. Berbeza dengan pemimpin yang tidak pernah diuji dengan kesusahan, apabila diuji sedikit terasa amat takut seolah-olah dia yang bersalah.

Memang pelik, sewaktu kita menjadi Pembangkang, program kita diganggu oleh penyokong kerajaan. Itu biasa. Bila menjadi kerajaan, program kita diganggu oleh pembangkang. Itu luar biasa. Apa yang tidak kena?

Ahad, 2 Februari 2020

PENYELARAS PARLIMEN BERA DILANTIK DARI ORANG YANG ADA KES RASUAH?

PENYELARAS PARLIMEN BERA DILANTIK DARI ORANG YANG ADA KES RASUAH?

Satu lagi 'keajaiban' di dalam kerajaan PH yang amat bertentangan dengan semangat reformasi, salah satunya adalah mereformkan semua institusi dan pentadbiran dari sebarang amalan rasuah.

Kerajaan yang baik bukan sahaja perlu bersih, tetapi mesti dilihat bersih. Bagaimana seseorang yang telah dipecat dari parti kerana terdapat laporan dari SPRM bahawa beliau terlibat dengan unsur rasuah, tiba-tiba dilantik menjadi Penyelaras Parlimen di Bera? Difahamkan, Sdr Zakaria Abdul Hamid, bekas Ketua Cabang Bera telah dilantik untuk menjadi Penyelaras Parlimen Bera.

Meskipun beliau telah mengemukakan rayuan kepada lembaga rayuan parti Keadilan, namun selagi rayuannya tidak diputuskan, beliau tetap di dalam status 'bersalah' dan 'tidak berparti'. Bagaimana orang yang didapati oleh parti bersalah berdasarkan siasatan dan laporan oleh SPRM, dan telah dipecat dari parti, boleh diangkat untuk menjadi Penyelaras Parlimen Bera? Setiap Penyelaras Parlimen bakal mendapat peruntukan jutaan ringgit, adakah orang seperti ini ingin dipertanggungjawabkan untuk menguruskannya?

Saya difahamkan, Pakatan Harapan Negeri Pahang tidak pernah mencalonkan orang yang tidak berparti ini untuk menjadi Penyelaras Parlimen. Pakatan Harapan Negeri Pahang telah melantik YB Senator Bob Manolan sebagai Penyelaras Parlimen Bera, memandangkan Sdr Zakaria Abdul Hamid telah dipecat dari parti.

Difahamkan, Pengerusi MTENg YB Saifuddin Abdullah (MP Indera Mahkota) telah memilih orang yang tidak berparti ini untuk menjadi Penyelaras Parlimen Bera. Adakah kerana mereka 'satu kepala', maka perlantikan dibuat walaupun perbuatan itu amat memalukan? Bagaimana mahu berdepan dengan rakyat jika kita melantik orang yang dilaporkan oleh SPRM terlibat di dalam rasuah, dilantik untuk menjaga peruntukan parlimen?

YB Saifuddin Abdullah tidak harus membawa budaya umno ke dalam PH. Keadilan patut kecewa dan menyesal menempatkan beliau sehingga ke tahap ini kerana beliau langsung tiada roh reformasi di dalam dirinya.

Saya berharap PH Pahang harus memperbetulkan perkara ini. Jangan izinkan sesiapa sahaja yang tercemar memegang jawatan penting di dalam PH.