RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 27 April 2012

BERSIH 3.0 - DAP MALANG DAPAT SENATOR PENAKUT INI

Oleh:  WFAUZDIN NS


MASIH ada rupanya pemimpin di dalam PR yang masih suka berjuang dengan cara mudah dan selesa.  Aku mahu merujuk kepada kenyataan Naib Pengerusi DAP, yang telah dapat Senator dan mungkin merasa selesa dengan jawatan itu maka tidak sanggup bersama rakyat marhaen bersusah payah untuk menegakkan keadilan.

Malaysiakini melaporkan, Naib Pengerusi DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini mengeluarkan kenyataan tidak menyokong himpunan BERSIH 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada Sabtu ini.  "Kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka?



Pertamanya, beliau sendiri akui perhimpunan akan bermula dengan aman.  Ertinya peserta Himpunan BERSIH sememangnya mahukan kepada keamanan.  Tetapi beliau tidak menyebut mengapa perhimpunan itu berakhir dengan keganasan.  Soalan paling bodoh daripada Senator ini adalah "siapa yang bertanggungjawab tentang keselamatan mereka?".

Mengapa perhimpunan yang sememangnya aman berakhir dengan keganasan?  Siapa boleh nafikan bahawa perhimpunan aman bertukar menjadi kecuh kerana adanya provokasi dari pihak keselamatan itu sendiri?  Contoh, sewaktu perhimpunan 901 di hadapan mahkamah sewaktu mahkamah akan membuat keputusan ke atas kes Liwat II melibatkan DS Anwar, tiada provokasi dari pihak keselamatan.  Adakah terdapat sebarang keganasan?  Benar, terdapat beberapa letupan kedengaran dari bahan letupan yang diletakkan di bawah Kon.  Siapa meletakkannya sedangkan semua tahu perkarangan mahkamah sehari sebelum hari keputusan dibacakan telah dikawal ketat?  Ini bermakna letupan itu `sengaja' diadakan.

Senator Tunku Abdul Aziz sebenarnya bukan seorang pejuang yang sanggup bersusah payah demi rakyat.  Beliau mungkin telah merasa senang dengan jawatannya itu sehinggakan buta mata untuk melihat berbagai salah laku dan penyelewengan di dalam amalam demokrasi di negara ini.  Paling bangsat sekali, beliau boleh merasa yakin bahawa pihak pemerintah akan melayani permintaan rakyat sekiranya rakyat berhimpun di dalam stadium.  Berhadapan dengan kerajaan zalim dan penipu ini, usahkan di dalam stadium, jika berhimpun di dalam masjid sekalipun puak zalim ini tetap akan terus menipu.

Tiada pilihan lain.  Dataran Merdeka adalah tempat paling selamat untuk menyuarakan bantahan.  Dataran Merdeka mungkin menjadi tidak selamat lagi sekiranya pihak tertentu sememangnya hadir untuk melihat kekecuhan atau keganasan.

Buat Senator penakut ini, lebih baik letak jawatan atau menyertai Umno, MCA mahu pun Gerakan kerana parti-parti itu sahaja yang layak buat manusia yang bacul dan penakut./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 25 April 2012

TOLAK STADIUM - BERSIH BUKAN MAHU MAIN BOLA PADA 28 APRIL NANTI

Oleh:  WFAUZDIN NS



TINGGAL dua tiga hari saja lagi rakyat akan DUDUK DAN BANTAH di Dataran Merdeka.  Menteri awalnya kata, tiada masalah sebab perhimpunan itu dari pengalaman yang lalu tidak mengancam keselamatan negara.  Rakyat memang sudah lama berkata sedemikian kecuali beberapa golongan yang tidak bertamaddun akibat termakan dengan hasutan media berlidah Syaitan yang menjalankan propaganda kononnya negara ini bakal `kiamat' jika BERSIH berhimpun. 

Apa tujuan BERSIH, samada BERSIH 1.0, 2.0 dan bakal tiba BERSIH 3.0?  Tidak lain tidak bukan adalah untuk memulihkan kembali demokrasi dan sistem Pilihanraya di negara ini yang semakin `menjakunkan'.  Maka, sesiapa yang tidak suka BERSIH ertinya mereka suka kotor.  Yang suka pada kekotoran ini hanyalah hantu dan syaitan.  Sekarang ini, DBKL pula mengambil alih peranan PDRM sebelum ini di dalam isu BERSIH.  Tidak mustahil selepas ini RELA pula akan mengambil alih.  Dataran Merdeka hak rakyat, DBKL hanyalah amanah untuk menjaganya.  Jika BERSIH hadir untuk DUDUK DAN BANTAH tanpa merempit, tanpa konsert, tanpa perbarisan, tanpa lakukan maksiat, tanpa ada tarian tiang dan sebagaimana lazimnya di situ, apakah DBKL masih ragu-ragu dengan BERSIH?

Kami boleh beri jaminan selepas Himpunan BERSIH 3.0 nanti, DBKL tidak akan menjumpai hatta satu pun plastik kondom di kawasan berkenaan.  Berbanding jika sebelum ini dataran tersebut digunakan untuk tujuan konsert atau Jom Heboh, kami tiada jaminan seperti itu.  Semalam terdapat sekumpulan pemandu teksi yang sanggup menghantar peserta-peserta BERSIH nanti ke Stadium jika lokasi tersebut dipilih oleh BERSIH untuk berhimpun pada 28 April ini.  

Terima kasih banyaklah kepada pemandu-pemandu teksi yang `pemurah' itu.  Kami tidak mahu menyusahkan kamu yang kebanyakannya sudah sememangnya susah melainkan tokeh-tokeh kamu yang memiliki permit/AP teksi sahaja yang kaya raya.  Rakyat yang bakal berhimpun sudah biasa berjalan kaki dan datang sendiri, bukan seperti lembu-lembu yang sudah terbiasa dengan pengangkutan dan makan percuma setiap kali menyambut pemimpin lembu datang.  Bahkan,lebih hebat lagi lembu yang berada di dalam kondo sekarang.

Dataran Merdeka adalah tempat terbaik buat BERSIH.  Memperjuangkan kemerdekaan demokrasi harus bermula di Dataran Merdeka.  Stadium Bukit Jalil, Stadium Merdeka atau sebagainya jangan diganggu rumput di padang berkenaan.  Sewaktu Najib mengumpulkan para belia dahulu, Najib pun tidak gunakan Stadium, beliau mengumpulkan mereka di Putarajaya.  Jadi, tidak timbul masalah lokasi asalkan perhimpunan itu aman dan terkawal.  

Muktamadnya di Dataran Merdeka.  Jika BERSIH mengubahnya ke stadium, aku pun malas mahu masuk stadium kecuali BERSIH mahu adakan perlawanan Bola Sepak persahabatan di situ./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 24 April 2012

OTAK KATAK PASIR MAS

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA, berkatalah Berahim Katak bahawa mereka yang akan berhimpun DUDUK DAN BANTAH pada Himpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April ini nanti adalah mereka yang `otak tidak sihat'.  Baca SINI.

Bagi aku, otak katak lebih dahsyat lagi.  Katak ini tidak tahu malu, duduk di kerusi Parlimen pun atas simpati orang lain tapi lagak macam hebat sangat.  Katak Pasir Mas ini pernah hilang deposit.  Katak Pasir Mas ini juga terpelanting disepak oleh Umporno ke dalam longkang dengan amat aib sekali.  

Katak ini suatu ketika pernah mahu tunjuk taring untuk bertempur dengan peserta BERSIH 2.0 dahulu.  Tapi apabila tiba masanya, katak ini masuk bawah tempurung dan menyuruk bawah ketiak bini.  Anak-anak katak puas mencarinya, namun katak tak keluar pun pada masa tersebut.  Ini lah wajah sebenar katak Pasir Mas.

Kali ini masih mahu menunjukkan hebatnya.  Kita tengok setakat mana katak ini mahu pergi.  Dalam PRU nanti, katak ini akan `mati katak' kena pijak oleh rakyat Pasir Mas.


Ahad, 22 April 2012

MAHU FITNAH ANWAR PUNYA PASAL, BLOGGER UMNO BUAT KERJA BODOH

Sumber:  Siasahkini

Panas!!Rumah Mewah Anwar Di Washington Didedahkan!!


Hari ni gua boring. sambil sambil boring gua melawat blog blog lembu untuk menghiburkan hati. salah satunya blog lembu yang paling gemuk, siapa lagi kalau bukan papagomo. ya ampun, makin teruk meroyannya si gomo ni rupanya. akibat ketandusan isu, lembu ni semakin aktif mereka cerita tanpa sebarang bukti. well, tipikal blogger umno. gambar kondom bersepah di tepi pantai pun dituduhnya kerja mahasiswa di dataran merdeka. kah kah kah!

Antara yang menarik perhatian gua ialah gomo kata anwar ada rumah mewah di sebuah kawasan elit di washington dc. katanya..


"Sepertimana sebelum ini Gomo dedahkan mengenai Anwar Ibrahim akan meninggalkan Malaysia dan menetap di Amerika dengan memberikan jawatan ketua umum Pakatan Rakyat kepada Wan Azizah. Anwar Ibrahim sudahpun mempunyai kediaman rasmi di Amerika yang berlokasi di Washington DC sebuah rumah dikawasan elit yang dikelilingi pelobi pelobi yahudi utama dalam pentadbiran Amerika."



gua pun terus right click dan melawat google images. dan hasilnya seperti berikut. kah kah kah! patutla cantik kemain rumah anwar ibrahim ni, rupanya papagomo kutip gambar rumah mewah dari website 'luxury home magazine'. kah kah kah! kalau macam ni gua pun boleh google gambar rumah paling mahal di india, lepas tu gua tulis dekat blog yang ini ialah rumah mahathir kutty. kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah! tapi gua tak buat la kerja kerja tuduh tanpa sebarang bukti ni. ini semut ma, ini semut!