RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 4 Ogos 2012

CHONG WEI MAMPU DAPAT EMAS ASALKAN BETINA PUAKA ITU TIDAK HADIR?


Oleh:  WFAUZDIN NS

SYABAS Lee Chong Wei !! Melangkah ke Final sudah cukup membanggakan kita buat jaguh badminton kesayangan rakyat Malaysia ini.  Esok (05 Ogos) jam 08.00 Mlm, kita menantikan kelahiran sulung sebutir Pingat Emas buat Malaysia dari Sukan Olimpik kali ini dan harapan kita terletak di bahu Chong Wei yang akan bertemu jaguh paling lasak dari China, Lin Dan.


Di samping Chong Wei, kita masih mengharapkan keputusan luar biasa petang ini di dalam beberapa jam lagi apabila jaguh Bergu kita Koo Kien Kiat/ Tan Boon Heong akan berdepan dengan jaguh Bergu China, Cai Yun/Fu Haifeng di dalam Separuh Akhir. Terdahulu, beregu kita ini beraksi cemerlang apabila menewaskan Bodin Isara- Maneepong Jongjit dari Thailand 21-16, 21-18 di Peringkat Suku Akhir.

Kita mengharapkan Pingat Emas dari kedua-dua mereka, namun bukan sesuatu yang mudah.  Harapan lebih diharapkan kepada Chong Wei tetapi kita jangan lupa pasangan Bergu kita kadangkala sering membuat kejutan yang tidak disangka.  Apa pun, Bergu kita akan ditentukan nasibnya petang ini.  Manakala esok pula kita tumpukan kepada Chong Wei untuk melahirkan Pingat Emas pertama buat negara.

Ada rakan yang selalu jumpa bomoh untuk memohon nombor ekor buat cerita karut di bulan puasa ini. Beliau beritahu harapan Chong Wei untuk menewaskan Lin Dan cerah kali ini asalkan `betina puaka' itu tidak datang ke stadium.  Aku tidak pernah yakin kepada ramalan bomoh tetapi memang aku berharap sangat Chong Wei menang samada Bik Mama yang dikatakan `betina puaka' itu datang atau tidak menyaksikan perlawanan genting itu nanti.  

Kadangkala aku terfikir, mungkin Chong Wei sengaja akan kalah jika 'betina puaka' itu hadir kerana Chong Wei tidak mahu Bik Mama memeluknya sehingga lemas jika beliau menang.  Itu jangkaan aku kerana aku tidak percaya 'betina puaka' itu membawa 'sial' walaupun lakinya suka membawa `haramjadah'.

Semoga Chong Wei berjaya membersihkan imej negara yang baru-baru ini tercemar akibat digelar kontijen perbarisan paling selekeh berpakaian./wfauzdin.blogspot.com

RAIS JADI BAHAN KETAWA MEMALUKAN ORANG JELEBU

Oleh:  WFAUZDIN NS

SELAKU anak Jolobu, aku merasa simpati juga bercampor sedikit malu apa yang menimpa ke atas Ahli Parlimen Jelebu, Rais anak Yatim.  Nampaknya hayat politik tokoh yang telah "menyambung jambatan yang dibakarnya" dulu sewaktu bersama Semangat 46 bakal berakhir tidak beberapa lama lagi angkara kesilapan beliau "menjilat" Najib.

Tak sompek nak bersilat dah jang oiii.....

Semuanya bermula dengan kisah thema sambutan Hari Kemerdekaan beserta logonya.  Thema "Janji Ditepati" beserta lagu yang penuh melucukan dan meloyakan itu ditambah pula dengan logo yang tiada nilai langsung membuatkan ramai yang beranggapan Rais anak Yatim cuba mensabotaj Najib.  Aku sendiri tidak percaya Rais mahu sabotaj Najib kerana aku lebih percaya Rais akan sentiasa mahu menjilat dan mengampu Najib.  Itu memang perangai dia semenjak dia melutut menyertai Umno semula.

Silapnya Rais anak Yatim adalah beliau tidak membuat `tesis' awal sebelum mencadangkan thema, logo dan lagu sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.  Mungkin beliau sedar, tesisnya dahulu tentang kezaliman Akta ISA pun beliau tidak pakai, apatah lagi beliau mahu membuat tesis tentang Hari Kemerdekaan.  Itu silap beliau.  Justeru itu, thema "Janji Ditepati' kini menjadi bahan lawak rakyat dan mencipta sejarah baru negara apabila beberapa negeri akan menyambut Hari Kemerdekaan tanpa menggunapakai thema murahan idea Rais.

Ini semua memalukan Najib kerana seluruh dunia melihat kelemahan pentadbiran Najib iaitu untuk menetapkan thema sambutan Hari Kemerdekaan pun Najib gagal.  Hakikatnya ini kerja Rais anak Yatim, tetapi bahangnya dapat kepada Najib.  Siapa boleh terangkan apa kaitan 'Janji Ditepati' dengan semangat patriotik menyambut kemerdekaan?  Jangan cerita pasal lagu lagi kerana terang-terang lagu yang dicipta tiada sepatah pun ada perkataan 'Merdeka".  Yang ada adalah BR1M, KR1M dan bla...bla...bla...kemudiannya minta rakyat bersyukur.  Apa bende.....?

Jadi, eloklah Rais anak Yatim direhatkan terus dari politik.  Mungkin faktor usia beliau membuatkan otak beliau sudah tidak boleh berfikir dengan baik lagi.  Zaman untuk mengampu pemimpin Umno releven waktu Umno tengah kuat, tetapi disaat Umno tengah nazak sekarang tiada guna lagi untuk mengampu./wfauzdin.blogspot.com


Khamis, 2 Ogos 2012

NGO-NGO DI SELANGOR YANG SEMAKIN BEBAL

Oleh:  WFAUZDIN NS
SEKALI lagi NGO's pro Umno buat kerja bodoh apabila mendesak JAIS menghalang sebarang ucapan politik di dalam masjid dan surau di Selangor.  Sasaran mereka yang dikatakan sering bercakap soal politik di dalam masjid dan surau itu adalah YB Khalid Samad, YB Dr Siti Mariah dan YB Dr Halimah yang kesemuanya dari PAS.  Satu memorandum telah dihantar kepada JAIS untuk menunjukkan kebebalan mereka.

Mereka beranggapan sedemikian kerana sekarang ini bulan Ramadhan dan ada beberapa masjid atau surau yang mengadakan tazkirah di mana di era Umno perintah Selangor Tazkirah ini jika ada pun mungkin hanya berkisar topik haid dan nifas sahaja.  Bagi mereka politik dengan agama tiada kena mengena seperti tiada kena mengena Shahrizat dengan suaminya di dalam isu NFC walaupun tidur sekelambu.  Begitulah jahilnya puak-puak yang minda mereka masih dijajah oleh penjajah sebelum merdeka.  Penjajah mengajar bahawa jangan campor adukkan politik dengan agama, ertikata lain politik suku, agama suku.  Maka, parti warisan penjajah ini pun mengamalkan `mazhab' penjajah ini.  




NGO seperti GAPS, TIBAI, PERKASA dan JATI secara jelas dan nyata menolak bahawa politik boleh dibicarakan di dalam masjid.  Mereka mempersoalkan ketiga-tiga tokoh PAS tersebut tidak bertauliah untuk berucap di dalam masjid.  Maksudnya, jika ada tauliah maka itulah dia tazkirah sebenar mengikut Islam.  Najib banyak kali berucap di dalam masjid bahkan Rosmah juga.  Ertinya, Najib dan Rosmah ada Tauliah dan mereka layak mengajar agama atau berucap dalam masjid.

Kita ingin berpesan kepada puak-puak ini, jika kamu tidak mahu bercakap soal politik Islam di dalam masjid atau sememangnya kamu jahil untuk bercakap soal itu, kamu jangan halang orang lain untuk memperkatakannya.  Walaupun politik dan Islam itu tidak boleh dipisahkan, tetapi rata-rata pemimpin PAS yang berucap di dalam masjid tidak berkempen untuk PAS atau PR.  Salahkah jika mereka berucap bahawa umat Islam kena tolak pemimpin yang zalim, rasuah dan pemimpin yang bersekongkol dengan pencuri lembu kondo?  Itu bukan ucapan politik tetapi dakwah agama dan ianya wajib untuk disampaikan.

Masalahnya, kebanyakan kemungkaran yang disebut oleh penceramah PAS itu banyak dilakukan oleh pemimpin Umno.  Justeru itu, mereka terasa dan bimbang sekiranya rakyat tahu betapa rasuahnya mereka.  Oleh yang demikian, mereka cari alasan bagaimana untuk menyekat orang ramai dari mengetahui tentang kemungkaran mereka.  Maka timbullah hukum baru yang dicipta bahawa politik tiada di dalam Islam.

Mereka lupa, Presiden JATI sebelum diterajang keluar dari PAS adalah orang yang paling aktif bercakap di dalam masjid dan sememangnya beliau mempunyai Tauliah ketika itu walaupun beliau bukan berpendidikan agama yang tinggi kerana bidangnya hanyalah motivasi sahaja.   Adakah waktu itu Presiden JATI ini hanya bercakap pasal haid dan nifas atau soal akidah semata-mata?

Nampaknya Umno di Selangor terdesak untuk mencari salah kerajaan negeri di bawah Tan Seri Khalid Ibrahim.  Mahu cari kes rasuah tiada.  Main isu kepala babi dan kandang babi pun tak jalan. Main isu air pula memakan diri.  Akhirnya cuba guna isu masjid.  Seperti biasa terpaksa guna Istana untuk menghalalkan tindakan mereka.  Istana pun berkata, "Jangan berpolitik di dalam masjid".  Itu pun satu hal juga..../wfauzdin.blogspt.com

Rabu, 1 Ogos 2012

AYUH KITA PROMOSI THEMA BARU KEMERDEKAAN OLEH PAKATAN RAKYAT

Oleh: WFAUZDIN NS


THEMA Merdeka yang dipilih oleh Pakatan Rakyat bagi menggantikan thema yang melucukan oleh Bn "Janji di Tepati" adalah "SEBANGSA, SENEGARA, SEJIWA".  Kini proses mencipta logo bagi thema berkenaan setelah Rais anak Yatim kelamkabut menukar logonya setelah dikritik hebat orang ramai.  Idea Rais ini lapok, menampakkan budaya bodek dan mengampu yang keterlaluan sehingga memperlihatkan Rais anak Yatim sudah kering idea.

Kita patut menyambut baik cadangan dari Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali yang membayangkan negeri-negeri di bawah PR akan menyambut Hari Kemerdekaan dengan thema baru ini secara berasingan dengan kerajaan pusat, sekiranya kerajaan pusat gagal memansuhkan thema yang nampak bodoh itu.

Apa tugas kita?  Kepada Blogger dan facebooker pro PR, kita menyeru agar mempromosikan thema baru "SEBANGSA, SENEGARA, SEJIWA" ini ke dalam blog dan FB masing-masing.  Kita masih menanti logo baru yang akan dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan Thema, Datuk A. Samad Said.  Apabila logo telah ditetapkan, marilah kita letakkan logo dan thema berkenaan di wall Blog atau profile FB masing-masing.

Pertama di dalam sejarah, idea thema dan logo Hari Kemerdekaan dikritik hebat serta menjadi bahan lawak jenaka rakyat.  Maka, ini bermakna otak Rais anak Yatim sudah beku untuk memikirkan thema dan logo yang sesuai dengan semangat patriotik rakyat Malaysia.  Sudah berpuluh tahun negara kita seolah-olah tidak pernah menyambut merdeka, sunyi dan sepi selain dari konsert Merdeka.  Tiada bangunan persendirian yang berselera untuk menaikkan bendera Jalur Gemilang, kecuali pemilik bangunan itu ditekan untuk berbuat demikian.  Jauh sekali kereta-kereta persendirian yang mahu membawa Jalur gemilang ini ke merata-rata.

Semuanya bermula di era Mahathir yang zalim pada tahun 1998.  Rakyat sudah hilang selera untuk merayakan kemerdekaan kerana rakyat sedar semenjak Mahathir memecat DS Anwar, rupa-rupanya negara ini belum merdeka sepenuhnya.  Sistem kehakiman dilihat seperti di bawah penjajah.  Apatah lagi dengan kehidupan rakyat yang semakin terhimpit akibat kenaikan harga minyak dan barang keperluan.  Di era Najib, beliau cuba membeli hati rakyat dengan pemberian tunai wang ringgit.  Satu kaedah yang amat jijik bagi seorang pemimpin untuk menyelesaikan masalah rakyat.  

Marilah kita sama-sama meraikan thema baru ini./wfauzdin.blogspot.com

KESIHAN, HASSAN JATI BALIK ASAL


Oleh:  WFAUZDIN NS

BERMULA terkenalnya Hassan JATI adalah apabila beliau menjadi Pengacara atau Pengerusi Forum Perdana Ehwal Islam suatu ketika dahulu.  Sememangnya rancangan berbentuk agama itu amat diminati ramai terutamanya melibatkan Ahli Panel popular seperti Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Ismail Kamus dan juga Prof Dr Haron Din.  Jika tiada Hassan JATI ini dipilih sebagai Pengacara rancangan tersebut, siapa kenal Hassan JATI waktu itu kecuali budak-budak `Summer Camp' sahaja.

Kemudiannya, tercetus zaman reformasi tahun 1998.  Hassan JATI pun ghaib dari kaca TV kerana beliau menyertai politik di dalam PAS.  Prestasinya meningkat di dalam PAS sehingga dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor.  Beliau juga menjadi Wakil Rakyat mewakili PAS dan juga Exco.  Ertikata lain, rezeki beliau bertambah apabila menyertai PAS yang memberi makna rezeki bukan terletak di tangan Umno.  Rezeki ditentukan oleh Allah dan Allah tidak akan putuskan rezeki sesiapa sahaja yang berjuang menegakkan agamanya.

Malangnya, akibat tamak haloba ingin menjadi MB Selangor dan kecewa apabila tiada lagi jawatan tinggi di dalam PAS, maka Hassan JATI tercampak dari perjuangan Islam.  Beliau kini ke hulu ke hilir menjadi `Sub Kontrak' Umno untuk memburuk-burukkan PAS dan PR.  Di saat ramai pejuang Islam di dalam PAS semakin maju ke hadapan berkat dari kesabaran dan kegigihan perjuangannya, Hassan JATI semakin ke belakang.  Dari seorang Pesuruhjaya PAS Selangor malahan pernah berada di kerusi Naib Presiden PAS, kini Hassan JATI kembali kepada asal iaitu selaku Pengacara, setaraf dengan Aznil Nawawi atau Zizan Raja Lawak.

Ini semua adalah kerana silap beliau yang lupa diri.  Tidak keterlaluan jika dikatakan level Hassan JATI sama seperti Umi Hafilda yang ke hulu ke hilir tidak pernah lekang mulut dari bercerita pasal fitnah seks dan hal-hal di dalam kelambu orang lain yang beliau sebenarnya tidak pernah lihat dengan matanya sendiri.  Oleh kerana media seperti RTM atau TV3 suku itu ejen penyebar fitnah, maka amat sesuai lah kini Hassan JATI kembali ke lubuk fitnah.

Rancangan Ehwal Islam sempena Ramadhan tahun ini menampilkan beliau selaku Pengacara.  Kita lihat nanti adakah dengan kehadiran Hassan JATI ke situ akan mengembalikan kegemilangan rancangan tersebut seperti di era 80-90an dahulu.  Adalah lebih baik jika RTM padukan dua pengacara rancangan tersebut dengan menggandingkan Hassan JATI dengan `Ustazah Umi Hafilda' jika tidak pun Zul Kulum.

Tidak pelik Hassan JATI dipilih sebagai Pengacara kerana kita berani potong jari kalau Hassan JATI ini masih berada di PAS, usah mimpi beliau akan dipilih.  Hassan JATI pastinya tidak akan lepaskan peluang mencari duit seperti ini bagi persiapan beliau setelah di`pencen'kan oleh rakyat di dalam PRU akan datang.  Sementara menanti PRU yang akan diadakan bila-bila masa dari sekarang tentunya Hassan JATI perlu mengumpul wang paling tidak untuk menampung kehidupannya setelah beliau hilang deposit di dalam PRU akan datang.

Satu pilihan yang bijak oleh Hassan JATI.  Cuma kita merasa sedih kerana kejatuhan beliau bukan kerana orang lain tetapi kerana sikap tamak dan egonya sendiri.  Orang tamak dan ego memang tiada tempat di dalam PAS.  Kini, jadilah Hassan JATI pesuruh sang Penguasa yang meletakkan maruah dirinya jauh ke bawah berbanding sebelum beliau menyertai politik.  Allah Maha Kuasa, dia yang memberikan rezeki dan kedudukan dan Allah juga berkuasa untuk menariknya kembali.  Allah memandang manusia bukan pada awalnya, tetapi pada penghujungnya.  Penghujung Hassan JATI amat malang sekali./wfauzdin.blogspot.com


Isnin, 30 Julai 2012

ABBY ABADI TIDAK PERLU LAH NASIHAT USTAZAH UMIE AIDA LAGI...

Oleh:  WFAUZDIN NS

BUKAN mudah untuk berhijrah dari perkara buruk kepada perkara yang baik.  Sebab itu lah Allah janjikan pahala Jihad buat mereka yang sanggup berhijrah dari selalu melakukan maksiat kepada amalan kebaikan.  Ini lah yang ingin dilakukan oleh artis seperti Abby Abadi.

Boleh dikatakan ramai yang tahu dan kenal artis popular ini.  Di zaman mudanya, sama seperti kebanyakan kita juga banyak terlalai.  Waktu itu, ada sesiapa yang menegur kita dari kelalaian tersebut?  Jika ada, Alhamdulillah, itu pun mungkin ibu dan bapa kita sahaja.  Orang di luar sana seolah-olah lebih seronok melihat anak-anak remaja terus lalai.  Tiada siapa peduli.

Ketika ke Mekah bersama suami...
 
Umie Aida bersama suami
Abby Abadi kini bertudung menutup auratnya

Apabila Abby Abadi mahu berhijrah dari zaman yang beliau rasakan agak gelap kepada penghidupan yang lebih tenang dan diredhai Allah, mengapa banyak pihak seolah-olah merasa sakit hati dengan perubahan beliau?  Salahkah Abby Abadi menasihatkan kawan-kawannya di dalam golongan artis agar sedar bahawa dunia ini hanya sementara?  Abby Abadi dulu pun dinasihat orang lain juga sebelum beliau menjadi seperti sekarang.

Artis Umie Aida sebagai contoh artis yang galak sangat menghentam Abby Abadi.  Bukankah Umie Aida telah pergi ke Mekah?  Sepatutnya sewaktu ke Mekah menutup aurat, kembali ke Malaysia pun mestilah diteruskan menutup aurat kerana hukum menutup aurat bukan hanya berkuatkuasa di Mekah sahaja.  Tetapi Umie Aida?  Paling kecewa sekali, dia sendiri sudahlah gagal menjaga maruahnya, bila ditegur marah pula.  

Buat Abby Abadi, istiqomah dan tabah dalam meneruskan perjuangan.  Diberitakan kontrak Abby Abadi dengan syarikat pengeluar tudung ditamatkan.  Itu lah ujian buat beliau.  Adakah Abby Abadi akan kembali 'sesat' dengan mendakwa rezeki itu di tangan manusia.  Mudah-mudahan Allah pelihara beliau dan kita semua dari kesesatan./wfauzdin.blogspot.com

SIAPA ZUL KULUM YANG DESAK LAJIM LETAK JAWATAN?

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA Datuk Seri Lajim Ukim mengumumkan meletakkan semua jawatannya di dalam Umno dan paling `menghiris' hati Najib adalah apabila Lajim mencabar Najib agar memecatnya dari kabinet dan parti seberapa segera.  Lajim kini masih memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan walaupun beberapa hari lalu beliau secara terus terang menyebut akan menyokong PR dan berada di pihak DS Anwar.  

Mengapa Najib tidak mahu pecat Lajim? Umno kini benar-benar tenat.  Mahu mencari ahli baru amat susah maka bukan mudah juga mahu buang ahli apatah lagi tokoh berpengaruh seperti Lajim.   Tapi yang peliknya, Zul Kulum pula terhegeh-terhegeh suruh Lajim letak jawatan dari kabinet dan parti itu apa hal?  Zul Kulum selaku Naib Presiden PERKASA berkata, perkara itu perlu dilakukan Lajim sebagai menghormati prinsip demokrasi memandangkan perjuangan bekas ketua Umno Beaufort itu sudah lagi tidak sehaluan dengan PM, Najib.

Mimpikah Zul Kulum?  Beliau lupakah yang beliau sendiri paling tidak bermaruah dan bangsat sekali apabila tidak meletakkan jawatan sebagai MP Kulim Bandar Baru setelah beliau dipecat dari parti.  Beliau sedar, beliau menjadi MP adalah atas anugerah parti beliau dahulu iaitu PKR dan rakyat mengundi beliau pun atas logo yang beliau bawa.  Kini, beliau bawa logo apa?  Mungkin sekarang beliau berlogo `katak' maka adalah lebih bermaruah jika beliau meletakkan jawatannya.

Sabtu lalu, Lajim, 57, mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuat kuasa serta merta. Beliau sebelum itu meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Cawangan Kerambai Kebatu.

Besar kemungkinan Zul Kulum cuba mengintai kalau-kalau beliau boleh ampu Najib untuk menggantikan tempat yang bakal dikosongkan oleh Lajim.  Sebab itulah tidak sabar-sabar Naib Presiden PERKASA ini menggesa Lajim letak jawatan segera sehingga dia sendiri lupa dia menenggek atas kerusi hak milik orang lain. Tidak malukah beliau?/wfauzdin.blogspot.com

DASAR NEGARA KEBAJIKAN PAS MERUPAKAN SATU PENDEKATAN BIJAK

Oleh:  WFAUZDIN NS

TABIK pada PAS yang terus mempertahankan cita-citanya untuk melaksanakan Hukum Hudud apabila tiba masa yang sesuai, justeru itu dasar PAS berkaitan perlaksanaan hukum Allah tersebut tidak pernah dipadamkan walaupun slogan PAS sering berubah mengikut situasi yang sekarang ini menggunakan slogan "Negara Berkebajikan".  

Umpama Pasukan Bola Sepak yang matlamat utamanya adalah untuk memenangi setiap perlawanan dengan menjaringkan gol.  Bagi mencapai tujuan tersebut, sudah tentu berbagai cara atau taktik diperlukan mengikut situasi atau kekuatan pihak lawan.  Samada mereka menggunakan format 4-2-4, 4-4-2 atau apa jua susunan matlamatnya hanya satu iaitu memenangi perlawanan.  Begitulah juga dengan dasar PAS yang meletakkan hasrat mewujudkan Negara Islam sebagai objektif perjuangannya melalui berbagai kaedah.

PAS hanya boleh dianggap `khianat' sekiranya dasar berkaitan Negara Islam atau Hukum Hudud dipadamkan dari Perlembagaan PAS.  Tetapi ini tidak berlaku walaupun ditekan hebat bukan sahaja oleh mereka yang bukan Islam malahan lebih malang lagi dasar PAS ini turut ditentang oleh Umno yang kononnya parti Melayu yang Islam.  Jika DAP dikatakan tidak berkenan dengan Hukum Hudud (tidak semua) dan Umno juga tidak berminat dengan hukum tersebut, apa beza DAP dengan Umno?

Konsep Negara Berkebajikan merupakan satu pendekatan berhikmah yang PAS lakukan dan ianya amat releven sekali bagi mencapai hasrat mewujudkan sebuah Negara Islam.  Negara Berkebajikan yang mengutamakan kebajikan rakyat terlebih dahulu seperti taraf hidup yang lebih baik, ekonomi yang mampan serta melahirkan masyarakat yang berilmu mempunyai kaitan dengan perlaksanaan Hukum Hudud apabila tiba masanya ia dilaksanakan nanti.  Mana mungkin hukum ini boleh terlaksana sekiranya rakyat masih hidup melarat dan masyarakat masih ramai yang tidak mempunyai pendidikan agama khususnya?  Contohnya, pencuri tidak boleh dipotong tangannya jika dia mencuri akibat kelaparan lantaran kehidupan yang melarat. Hukum Hudud juga mesti difahami oleh semua masyarakat kerana mereka mesti tahu apakah bentuk hukumannya atas apa jua kesalahan yang dilakukan berkaitan dengan hukum ini.  Ertinya, rakyat mesti dibangunkan terlebih dahulu dan hukum Islam mesti diperjelaskan kepada semua sebelum ianya dilaksanakan.

Oleh sebab itulah PAS mengambil pendekatan untuk mewujudkan sebuah Negara Berkebajikan yang boleh mengurangkan kadar kemiskinan dan meninggikan lagi martabat pendidikan agama.  Tidak seperti sekarang, lebih 50 tahun Umno memerintah negara ini usahkan mahu melaksanakan Hukum Islam ini malahan menjadi penghalang kepada perlaksanaannya.  Di dalam dasar Umno, langsung tidak tercatat di dalamnya cita-cita untuk mendirikan sebuah Negara Islam.  Sebab itu lah Umno tidak pernah mahu menunjukkan parti tersebut benar-benar serius dengan Hukum Islam.  

Mengapa perlu tanya DAP jika kita mahu bercakap soal hukum Islam?  Kita tidak pernah bantah kaum Sikh dibenarkan memakai `Turban' dari awal persekolahan sehingga di mana jua kaum ini bekerja samada di dalam tentera, Polis atau sebagainya.  Di dalam tentera atau Polis, kakitangan yang berugama Islam dilarang memakai 'serban' sewaktu bertugas.  Tetapi bagi kaum Sikh mereka dibenarkan.  Jika ini tidak pernah kita bantah, mengapa Karpal Singh sibuk-sibuk bantah perlaksanaan hukum Islam?

Kita faham Karpal Singh tidak bersetuju dengan Hukum Hudud kerana selaku Peguam yang hebat beliau sandarkan kepada Perlembagaan bahawa Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa pindaan Perlembagaan.  Berbeza dengan pemimpin sekutu Umno dari MCA yang membantah Hukum Hudud tanpa sandaran.  Bahkan, pemimpin MCA ini mendakwa sekiranya Hukum Hudud dilaksanakan maka akan membawa masyarakat ke belakang.  Mana lebih hina, Karpal Singh yang menentang berlandaskan undang-undang daripada pemimpin MCA yang menolak secara total hukum tersebut?

Peliknya, Umno pun semakin terikut dengan MCA dan DAP.  Kita yakin di dalam DAP sekarang ini pun ramai yang sudah memahami tentang hukum Islam. Cuma Umno sahaja yang tidak memahaminya./wfauzdin.blogspot.com


Ahad, 29 Julai 2012

Kotinjen Olimpik Malaysia kena kutuk!

Blog sozcyili.



Pasukan olimpik malaysia ke london kena kutuk. Sebenarnya tak perlu tunggu orang luar kutuk pun sebab sebagai rakyat yang membaca dan menatap gambar2 kotinjen kita di portal online pun rasa cam errrr.. baju apekah itu sebenarnya?

Dan tak sangka juga apa yang aku rasa rupanya dirasai oleh orang lain. Disebabkan itulah tak hairan kenapa yahoo melabelkan pasukan malaysia antara yang mempunyai uniform terburuk sekali di antara kesemua kontinjen yang menyertai kejohanan kali neh.

Lihat kat bawah neh ;




Terus terang aku cakap, bukan jalur tue punca utama sebenarnya. Tetapi warna tue. Semacam tak masuk langsung. Oren, kuning dan hitam. Mainan warna tue sebenarnya tak berapa kena. Tak pasti nak cakap macam mana tapi yang pasti memang nampak buruk.

Tak caya?

Sila tengok siaran ulangan berita mengenai nya. Tengok live di tv. Lagi terserlah "keburukkan" nya beb. Tatau lah kenapa.. rasanya menteri2 di malaysia sekarang neh bersatu ahti tak buat kerja kot. Kali neh menteri belia dan sukan pula amek giliran bakal dikutuk.

Lebih mementingkan kpop dan acara hiburan yang langsung tiada faedah kepada sesiapa pun berbanding memantau persiapan pasukan olimpik malaysia ke london akhirnya membuahkan hasil pertama apabila dikutuk mempunyai antara uniform yang terburuk. Lepas neh apa lagi sejarah yang menteri kita nak cipta? Kita tunggu.

.....