RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 13 Jun 2020

TUN M TIDAK MAHU DIJATUHKAN



Tun M tidak mahu dikenali sebagai bekas PM yang jatuh dengan aib dan memalukan. Dia mahu berundur disaat namanya baik dan dilihat baik sepertimana dia berundur dan menyerahkan jawatan kepada Pak Lah dulu.

Malangnya, apabila dia dipilih oleh PH menjadi PM selepas PRU14 dulu, dia gagal untuk mengambil kesempatan baik untuk berundur dengan penuh sopan dan terpuji. Sepatutnya beliau boleh berbuat demikian dengan menyerahkan jawatan kepada Anwar seperti yang dijanjikan melalui manifesto PH, iaitu Anwar akan menjadi PM ke lapan apabila beliau dibebaskan dari penjara dan layak untuk aktif semula memegang jawatan dalam politik dan kerajaan.

Anwar pula sanggup memberikan lebih masa kepada Tun M untuk terus menjadi PM sehingga melebihi dua tahun bahkan tiada masa yang ditetapkan untuk Tun M berundur. Takdir menentukan Tun M jatuh dikhianati oleh rakan2nya yang paling beliau percayai iaitu Muhyidin dan Azmin.

Cara beliau jatuh itu amat aib dan memalukan. Beliau jatuh kerana orang2 kepercayaannya bukan kerana Anwar, bahkan Anwar lah yang cuba sedaya upaya untuk mempertahankan kerajaan PH yang Tun M ketuai ketika itu.

Inilah punca yang saya rasa Tun M mahu menjadi PM semula. Beliau mahu beliau sendiri berundur bukannya dijatuhkan dengan aib sedemikian. Maka, dikatakan beliau mahu menjadi PM untuk kali ketiga sekiranya PH berjaya mendapatkan kembali kuasa yang dirompak itu. Khabarnya beliau mahu masa 6 bulan saja untuk jadi PM kali ini sebelum menyerahkan dengan beradab kepada Anwar. Dengan cara itu, beliau harap dapat membersihkan imejnya yang tercalar sebelum ini.

Biarlah beliau fikirkan sendiri bagaimana caranya untuk beliau membersihkan imejnya. Rakyat yang memilih PH di dalam PRU14 tidak boleh diajak bersama untuk menyelesaikan masalah Tun M yang kronik ini. Anwar juga tidak perlu diminta untuk selesaikan masalah yang Tun M sendiri tempah.

Kita harus 'move on" dengan agenda reformasi. Jangan kerana untuk memenuhi keinginan dan nafsu Tun M, maka kita hampakan harapan terbanyak. Cukuplah sekali rezeki yang datang bergolek kepada Tun M. Mengapa tidak bersyukur dengan rezeki itu?

Buat Anwar, dia terpaksa menanggung cacian dan cemuhan dari segelintir pejuang reformasi kerana mudah percaya Kepada Tun M. Sejak awal sebelum PRU14, apabila Anwar berlapang dada menerima Tun M sebagai calon PM dari PH, Anwar teruk diserang oleh para penyokongnya. Hinggalah kini setelah terjadi apa yang terjadi, Anwar masih diserang.

Kalau dulu beliau diserang kerana menerima Tun M, kali ini beliau diserang pula kerana dikatakan tidak beri laluan lagi kepada Tun M. Susahnya menjadi insan bernama "Anwar Ibrahim" yang bertahap 'dewa' ini.

DULU SEJENGKAL KITA BERI DIA JADI PM, SEKARANG TINGGAL BERAPA HON JE PUN MASIH MAHU JADI PM?

Dulu, mmg la dia galah sejengkal...yg sejengkal ni kita beri peluang jadi PM, yg dlm politik ni negara lain tak buat camtu, tapi kita PH buat. Ok lah. Lepas tu, kamu letak jawatan sesuka hati tanpa bincang dengan rakan2 dlm PH yang angkat kamu jadi PM. Sikap kamu itu beri ruang kpd pengkhianat masuk.

Skrg ni, kamu bukan lagi ada sejengkal sbb kawan2 kamu dah ramai cabut dan khianat kpd kamu, bahkan kamu sendiri takde parti skrg kerana telah dipecat. Dari sejengkal tinggal berapa hon saja.

Dulu sejengkal pun kita beri peluang, skrg ni bukan tinggal sejengkal lagi, puak korang dah byk lari, tinggal satu hon je pun...masih gak nak jadi PM?

NAMAKAN PANGLIMA SEBELUM MASUK MEDAN PERANG




Apa hujah puak yang berat sangat untuk sokong Anwar jadi PM? Hujah mereka, jawatan PM tidak kisah Tun atau Anwar, yg penting dapatkan mandat rakyat yg dirompak tu dahulu.

Itulah hujah yg paling digemari oleh Tun. Itu juga kaedah yg dijaja sewaktu kita berkempen di dalam PRU14 dahulu iaitu jangan bising sangat soal reformasi atau soal Anwar, yang penting dapatkan Putrajaya dulu. Akhirnya, bila dapat Putrajaya, apa yang terjadi? Di mana reformasi dicampakkan? Ada dia hormat pandangan Anwar?

Betullah, yang penting sekarang dapatkan mandat rakyat yang dirompak itu dahulu. Ertinya, kita kena berjuang menghadapi puak2 pengkhianat ini. Menang di dalam peperangan itu penting, tetapi mahu berperang kena ada panglimanya. Maksudnya, sebelum masuk medan perang kita telah ada panglima.

Peperangan kali ini luar biasa. Berperang di dalam PRU itu biasa. Kali ini, kita berperang untuk dapatkan kembali mandat rakyat yang telah dikhianati. Kalau menghadapi PRU14 dahulu kita telah namakan "Jeneral" Mahathir sebagai panglima kita sebelum kita masuk medan perang, apakah peperangan yang lebih penting melibatkan maruah kita dan rakyat keseluruhannya, kita masih gagal memilih panglima yang akan mengetuai kita?

Jangan salah pilih "panglima" yang telah hilang tenaga dan pernah meletakkan senjatanya untuk diangkat semula. Peperangan kali ini getir dan perlukan panglima yang lebih bertenaga. Anwar adalah pilihan kita.

YIDIN AMBIL RISIKO BESAR HANYA UNTUK LEPASKAN NAFSUNYA MENJADI PM?



Bukan calang2 pertaruhan Yidin utk menjadi PM pintu belakang. Beliau terpaksa menanggung risiko kerana dikatakan:

1. Menipu istana dgn membawa jumlah sokongan MP yang dipertikaikan kesahihannya.

2. Menfitnah istana dengan menyatakan di dalam perjumpaan tertutup kononnya Agong campurtangan di dalam politik iaitu turut beri sokongan terhadap kerja khianat beliau serta kononnya Agong tidak suka kepada Anwar.

3. Melakukan rasuah atau umpan politik terbesar apabila terdedahnya suara beliau di dalam satu mesyuarat tertutup, iaitu akan menawarkan kedudukan dan jawatan di dalam kerajaan atau GLC kpd MP-MP dari Umno dan Pas agar sokongan diberikan kpd usaha beliau untuk khianat merampas mandat rakyat.

Mampukah Muhyidin menanggungnya nanti apabila kuasa yang dirompaknya itu terlepas dari tangannya dalam masa terdekat?

Semoga Allah selamatkan negara kita dari munafik yang berpura2 ini. Semoga maruah dan kedaulatan raja2 kita terpelihara dari tipu daya pemimpin politik yang rakus.

TUN TELAH DAPAT DUA KALI, BERILAH PELUANG ANWAR SEKALI

Anwar realistik. Dia sebut jumlah yg ada dlm poket PH iaitu 107 MP. Bodohlah dia kalau dia nak sebut ada berapa lagi MP yg berminat untuk bersama PH. Jika ini diambil kira, ertinya ada lagi 115 MP dari 222 kesemuanya. Adakah Muhyidin dapat kesemua 115 itu?

Beberapa MP dari jumlah 115 orang itu ada yang telah berbunyi lain macam. Yang lantang bersuara dan mengampu Muhyidin itu jelas, tetapi ramai juga yang membisu terus. Mereka tidak kata sokong PH dan tidak pula membela PN apabila PN itu diserang. Jauh sekali untuk membela Muhyidin. Jumlahnya ramai dan lebih dari 5 orang yang membisu. Ini yang menakutkan Muhyidin.

Adakah Nazri Aziz sokong beliau? Adakah KJ akan pertahankannya? Khabarnya lagi ada tiga MP Pas yang berfahaman sederhana menunggu masa yang terbaik untuk bersama PH. Itu belum kira dari beberapa orang MP dari Bersatu yang begitu marah apabila Muhyidin memecat pengasas partinya sendiri.

Habis tu, kenapa PH belum bertindak? PH kali ini mahu mengambil Putrajaya dalam suasana paling harmonis tanpa melukakan hati rakan2. PH tahu antara Tun M dan Anwar, semuanya ada penyokong masing2 dan kedua mereka tidak boleh menjadi PM tanpa disokong oleh seorang lagi. PH juga sedar ada di antara MP di dalam PN yang berminat untuk bersama PH itu mempunyai keyakinan terhadap salah seorang di antara Tun M atau Anwar untuk menjadi PM. Mereka harap calon pilihan mereka diangkat oleh PH untuk menjadi PM, barulah mereka akan umum untuk bersama PH.

Tentulah mengambil sedikit masa untuk menyelesaikan hal ini. Tetapi, suka atau tidak, untuk pusingan ini sudah pasti Anwar berada di dalam kerajaan PH sekiranya kita kembali mendapatkan semula mandat yang dirompak itu. Jika sekali lagi nama Anwar disimpan, maksudnya kita beri peluang terus kepada PN hingga PRU15. Bukan Anwar kemaruk mahu jadi PM, tetapi rakyat yang kemaruk mahu melihat negara ini dapat melaksanakan reform yang dijanjikan dan rakyat berhak tuntut hak Anwar yang tertunggak.

Apakah Anwar tidak boleh diberi peluang walau sekali sedangkan Tun telah diberi peluang sebanyak dua kali menjadi PM?

Khamis, 11 Jun 2020

MENJELASKAN HUJAH HADI AGAR TIDAK TERSESAT



Tidak perlu ulamak besar untuk menjawab hujah Hadi ini. Aku yang jahil ini pun boleh jawab hujah Hadi dan aku anggap ini hujah paling low class dari seorang Presiden Pas.

Sekali baca, memang ada benarnya hujah Hadi ini, iaitu orang beriman, walaupun sejahat mana, perasuah mana pun akan diterima taubatnya oleh Allah dan akhirnya ke syurga juga. Orang tidak beriman yakni orang kafir tetap akan ke neraka walaupun di dunia ini banyak melakukan amalan kebaikan.

Namun, di dunia ini Allah menyeru kita untuk menyokong orang yang melakukan kebaikan dan menolak orang yang melakukan kejahatan, tidak kira apa jua agama mereka. Muslim yang baik wajib kita sokong, muslim yang jahat atau perasuah wajib kita tolak. Jangan sesekali bersekongkol dengan kezaliman, kelak dibakar api neraka. Itu pesanan Allah. Apakah boleh kita sokong perasuah dan pengkhianat walaupun mereka Islam? Apakah boleh kita membantu dan bersekongkol dengan puak2 ini hanya kerana mereka itu Islam? Ini bukan ajaran Islam.

Sekiranya kita menolak seseorang yang bukan Islam walaupun mereka berbuat baik dan menyokong seseorang muslim yang jahat dan mungkar, itu adalah ajaran sesat. Seorang muslim mengajak kita minum arak, dan seorang kafir mengajak kita minum teh, wajarkah kita mengikut muslim itu tadi?

Orang tidak beriman memang tempatnya di Neraka. Tetapi tidak boleh kita menghukumnya akan masuk neraka selagi seseorang itu masih hidup. Berapa ramai orang kafir asalnya tetapi mendapat hidayah di hujung nyawanya? Ada juga orang Islam asalnya tetapi di akhir hidupnya telah murtad.

Jangan kerana termakan dengan hujah dangkal Hadi ini, maka kita beranggapan tidak kisah menyokong pemimpin rasuah dan pengkhianat asalkan mereka Islam kerana mereka boleh bertaubat dan taubat mereka Allah akan terima. Jika di hadapan kita telah ada dua pilihan, satu pemimpin Islam yang tidak rasuah dan bersungguh2 melawan perasuah, dan satu lagi pemimpin Islam yang bukan sahaja perasuah, tetapi melepaskan perasuah yang lain, mana satu pilihan kita?

Ulamak yang menggunakan agama untuk politik wajib ditolak, dan pilihlah pemimpin yang walaupun bukan ulamak tetapi menggunakan politik untuk agama. Ada bezanya.

PESANAN BUAT PEMIMPIN KU


PESANAN BUAT PEMIMPIN KU

Jangan sesekali tinggalkan reform dalam apa jua keputusan. Jangan sia2kan perjuangan yg memakan masa lebih 20 tahun itu. Allah tidak tanya bila kamu memerintah, tetapi Allah akan tanya apa yg kamu buat sewaktu memerintah. Apabila kamu nampak kerusi empuk di Putrajaya itu terbentang buat kamu, jangan lupa toleh ke belakang, lihatlah wajah2 pejuang yang banyak berkorban untuk perjuangan reformasi.

Kamu tidak perlu tergesa2 untuk ke tampuk kekuasaan sehingga reformasi itu tercicir dari genggamanmu. Kita telah belajar dari pengalaman bagaimana tiada ertinya kuasa tanpa reformasi. Hanya yang berjiwa reformasi sahaja yang mampu melakukannya.

Andainya kali ini kamu gagal lagi setelah kamu, InsyaAllah, diberikan kuasa, jangan berduka dan meratap lagi apabila reformasi itu hanya menjadi sejarah. Justeru itu, buatlah keputusan yang terbaik dan bermohonlah kepada Yang Maha Esa agar diberikan pertunjuknya.

Kepada yang telah terlanjur, jalan taubat masih terbuka selagi kamu boleh menghirup udara. Kami di bawah ini sentiasa mendoakan agar semua pimpinan Pakatan Harapan dibukakan hati oleh Allah dan diberi pertunjuk olehNya.

Rabu, 10 Jun 2020

KHAIRUDDIN YANG HILANG JAWATAN PERLU BERTENANG


Merujuk kepada apa yang dilaporkan, saya menyedari betapa pahitnya Khairuddin 'otak udang' ini menghadapi situasi hilang segala-galanya apabila kerajaan PH tumbang angkara gerombolan pengkhianat. Semua tahu mamat yang tewas bertanding di Jasin, Melaka pada PRU14 yang lalu hanya bergantung makan pada telapak tangan Tun M yang menjadi PM ketika itu.

Amarah beliau terhadap Anwar bukan baru. Sewaktu PH memerintah lagi sikap dengki dan iri hati beliau kepada Anwar terserlah. Beliau sedaya upaya cuba gagalkan janji peralihan kuasa di antara Tun M dengan Anwar. Emosi beliau bertambah apabila Tun M terduduk dan terkangkang akibat dikhianati oleh Muhyidin dan Azmin iaitu orang yang amat dipercayai sendiri oleh Tun M dan sentiasa disokong juga oleh mamat ini. Yang khianat itu Muhyidin dan Azmin, yang meletakkan jawatan sesuka hati itu adalah Tun M, tetapi Anwar dimangsakannya.

Beliau berkata, tidak akan ada MP yang melompat jika Anwar mencalonkan dirinya sebagai PM. Terdapat dua kebodohan Khairuddin apabila berkata sedemikian. Pertamanya, beliau tidak tahu bahawa selama ini yang menamakan Anwar sebagai PM selepas Tun M itu adalah Majlis Presiden PH, termasuk Tun M sendiri, bukannya Anwar yang calonkan dirinya. Semua rakyat tahu, kecuali mamat otak udang ini sahaja yang lembab. Kedua, betulkah jika Anwar dinamakan sebagai PM maka tiada MP yang akan melompat? Jika begitu, sila namakan Tun M sebagai PM untuk kali ketiga. Kita mahu ihat berapa puluh MP yang akan melompat.

Apa yang pasti, sewaktu Tun M masih hidup lagi, usahkan yang dari luar melompat ke dalam PH, tetapi majoriti yang melompat dan khianat itu datangnya dari parti Tun M sendiri. Itu fakta yang mamat ini lupa agaknya atau sememangnya otak udang ini tidak mampu berfikir. Maksudnya, Tun M sendiri tidak diyakini oleh partinya sendiri bahkan dihina dengan pemecatan. Anwar pula ternyata masih menjadi Presiden Keadilan, dan mereka yang mahu menentangnya gagal membawa lari parti keramat ini keluar, bahkan para pengkhianat di dalam Keadilan ini pula terpaksa lari keluar dari rumah. Anwar memenangi pertarungan di dalam partinya sendiri, berbeza dengan Tun M yang terpaksa berputih mata melihat partinya dilarikan dan beliau dicampak keluar.

Seperkara lagi, adakah Khairuddin sangka Anwar ini umpama Tun M yang mahu mewujudkan kerajaan dengan mengharapkan 'jelmaan katak-katak' ? Prinsip Anwar jelas iaitu sesiapa yang mahu bersama Pakatan Harapan atau Keadilan, mereka mesti terima dasar dan prinsip perjuangan PH atau Keadilan, bukannya hanya kerana mahu tubuh kerajaan semata-mata. Justeru itu, hujah Khairuddin bahawa dengan nama Anwar jadi PM maka tiada yang akan melompat itu ternyata satu hujah orang yang kecewa yang mahu menjadi kerajaan hanya kerana untuk mendapatkan kuasa dan jawatannya yang hilang.

Khairuddin perlu bertenang. Carilah rezeki lain sementara waktu ini, jangan asyik mengharapkan makan dari tapak tangan Tun sahaja. Alhamdulillah, Allah tidak beri kemenangan kepada PH di Jasin, jika tidak, satu Kerusi PH pasti hilang dan bersama pengkhianat.

BIARLAH MUNASABAH, TUN TIDAK BOLEH JADI PM SAMPAI TIGA KALI



Seringkali ada yg menulis, Tun dengan Anwar mesti berbaik dan bersatu jika mahu ambil kembali mandat rakyat dari kerajaan pintu belakang.

Saya tidak nampak bagaimana lagi Anwar mahu tunjukkan bukti dia terlalu baik bahkan terlebih baik dengan Tun? Tun mahu sertai PH, Anwar terima. PH mahu angkat Tun jadi Pengerusi walaupun partinya waktu itu masih bayi, Anwar terima. PH mahu namakan Tun sebagai PM ke 7 sekiranya PH menang di dalam PRU14, Anwar tiada masalah. Setelah menang, Tun sendiri kata, beliau mahu jadi PM hanya untuk dua tahun, Anwar ok saja.

Kemudian, Tun kata lagi mahu terus jadi PM sehingga masalah ekonomi stabil, Anwar tiada bantahan. Berkata lagi Tun bahawa beliau mahu jadi PM sehingga selesai APEC, Anwar tidak pernah bantah dan setuju saja. Tun rasa tidak perlu letakkan tarikh bila beliau mahu letak jawatan dan serah kepada Anwar, walaupun ramai pimpinan PH tidak setuju, namun Anwar setuju.

Sampai ke peringkat akhir sebelum kerajaan PH ini tumbang angkara pengkhianatan, Anwar salah seorang yang tandatangan sokong Tun jadi PM semula selepas dia letak jawatan. Apa lagi kerjasama yang patut Anwar berikan kepada Tun?

Apakah wajar kita salahkan Anwar dan asak beliau ke dinding? Cuba fikir dengan hati terbuka, di saat ini seharusnya siapa yang perlu berikan kerjasama dan buang sikap ego, Tun atau Anwar? Siapa pula yang sepatutnya berkorban waktu ini setelah Anwar terlalu banyak berkorban demi mempertahankan PH?

Apakah kerjasama itu bermaksud Anwar perlu serahkan segalanya kepada Tun? Pada saya, Anwar telah langsaikan hutangnya. Tun kini masih berhutang dengan Anwar dan rakyat yang menyokong PH pada PRU14 dahulu. Rakyat telah beri peluang kepada Tun untuk menjadi PM kali kedua. Jangan memaksa rakyat terima Tun untuk menjadi PM kali ketiga. Biarlah munasabah, wahai Tun.

Isnin, 8 Jun 2020

PRK N23 CHINI - MESKIPUN KECEWA, SEMANGAT PENYOKONG KEADILAN PAHANG TETAP KUAT UNTUK MELAWAN UMNO

Keputusan Keadilan Pusat untuk tidak turut serta di dalam PRK N23 Chini sebenarnya banyak mengecewakan para penyokong PH khususnya Keadilan sendiri. Walaupun MPN Keadilan Pahang sejak awal lagi menyatakan kesediaan untuk bertanding, bahkan jentera telah pun disusun dengan sebaiknya dan sekurang-kurangnya 8 calon telah disenaraikan, namun akhirnya terpaksa akur dengan keputusan parti di peringkat Pusat.

Di dalam politik, semangat sahaja tidak mencukupi tetapi strategi turut memainkan peranan penting. Apakah sesuatu yang baik buat Keadilan untuk bertanding di Chini di dalam keadaan COVID19 dan PKP yang ternyata amat menguntungkan pihak lawan? Sehingga kini SPR gagal memberikan garis panduan atau SOP yang jelas berkaitan dengan kempen di PRK Dun Chini.

Tiada kesan yang besar kepada pihak kerajaan pintu belakang yang diwakili oleh calon Umno di dalam kempen mereka waktu PKP ini. Mereka boleh gunakan seluruh jentera kerajaan dan agensi yang mereka kuasai termasuk media perdana untuk digunakan sebagai kempen mereka. Manakala di pihak Pembangkang kita pasti akan menghadapi keadaan yang amat sukar untuk menjalankan kempen dalam situasi begini. Mungkin inilah salah satu faktor yang menyebabkan parti tidak bertanding di Chini. MPN Pahang akhirnya terpaksa akur dengan ijtihad politik dari kepimpinan Pusat.

Apakah calon Umno akan menang tidak bertanding di Chini? Saya rasa tidak mungkin kerana terdapat beberapa calon telah menyuarakan hasrat mereka untuk bertanding sebagai calon Bebas. Mungkin juga di kalangan calon Bebas itu nanti adalah dari ahli-ahli Umno yang tidak terpilih sebagai calon. Difahamkan terdapat sekurang-kurangnya 6 calon dari Umno disenaraikan termasuk anak Najib. Manakala terdapat juga beberapa individu dari anak tempatan yang tidak berparti akan menawarkan diri untuk menjadi calon Bebas.

Saya yakin, seluruh penyokong PH di Chini samada berparti atau tidak, tetap akan memberikan sokongan kepada calon anak tempatan yang bertanding atas tiket Bebas sebagai satu isyarat jelas kepada Umno/Bn bahawa masih banyak isu dan permasalahan di Chini yang gagal diatasi oleh kerajaan negeri sebelum ini. Contohnya, isu air yang sentiasa menjadi igauan buruk kepada masyarakat Chini setiap kali musim kemarau.

Harapan Umno untuk menang mudah pasti tidak kesampaian.

Ahad, 7 Jun 2020

TUN M TIDAK PERLU MERINTIH LAGI...KAMI DAH BOSAN !!

Anwar tetap cool, terus seperti biasa sbb dia dah biasa ditekan dan susah. Tun yg kelihatan tidak tentu arah, tambah pulak ramai anak2 buah dia disiasat oleh SPRM. Tun risau SPRM tidak berlaku adil terhadap anak2 buah dia.

Aku nak ingatkan Tun, bukan saja budak2 kamu akan terlibat dan ditekan, kamu dan anak2 kamu juga akan kena nanti. Ramai dalam puak parti kleptokrasi tu amat berdendam kpd kamu. Apa yang patut kamu buat?

Satu cara saja iaitu berusaha kembalikan semula kerajaan mandat rakyat dulu. Beri sokongan kpd Anwar untuk menjadi PM seperti yang kamu pernah janjikan. Jika tidak, kamu tak perlu minta simpati dari sesiapa nanti jika tiba masanya kamu akan menjadi mangsa mereka. Buat Anwar, dia sudah bersedia sejak puluhan tahun dulu untuk ditekan, diaibkan, dipukul mahupun dipenjarakan. Adakah Tun mampu lalui seperti Anwar?

Rakyat dah bosan dengan putar belit Tun. Semakin Tun mengadu tentang nasib dirinya dan bagaimana partinya menganiayai beliau, semakin rakyat meluat untuk mendengarnya kerana Tun tidak pernah sedar dan insaf.

ANWAR TIADA MASALAH, TETAPI KAMI ADA MASALAH DENGAN KAMU, TUN


Anwar pun takde masalah dgn kamu Tun. Buktinya, Anwar sanggup mengalah dan langgar perjanjian, beri kamu laluan terus jadi PM selepas APEC seperti yang kamu idamkan bahkan bonus lagi iaitu tiada tarikh ditetapkan, terpulang kpd kamu bila mahu letak jawatan sbg PM. Ertinya, Anwar tiada masalah dengan kamu sejak kamu sertai PH.

Habis tu, siapa yg bermasalah?

Saya nak jawab, yang ada masalah dengan kamu sekarang ini adalah kami di kalangan penyokong PH. Kami dah lama menunggu kamu tunaikan janji kamu iaitu untuk beri laluan kpd Anwar. Sewaktu PH jadi kerajaan, kamu sayangkan kuasa kamu dan tidak mahu serah kepada Anwar, ok lah, kami faham. Tetapi, setelah PH dikhianati dan dijatuhkan, dan kini PH telah jadi Pembangkang, takkan kamu masih segan dan berat untuk nyatakan bahawa kini tiba giliran Anwar untuk calon PH sebagai PM sekiranya kerajaan yang dirampas itu dapat dikembalikan? Sampai bila kamu mahu orang lain sentiasa berkorban untuk kamu sedangkan kamu mahu terus menongkat langit?

Bagi kami di dalam Keadilan, kami tiada masalah untuk terus jadi Pembangkang sehingga PRU15. Kami sudah biasa dan lama susah. Apakah kamu bersedia ?