RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 3 Oktober 2019

KHAIRUDDIN PATUT TERIMA HAKIKAT BELIAU TIDAK ADA NILAI PADA SESIAPA

Saya telah membaca kenyataan Khairuddin Abu Hassan yang tidak pernah jemu memperlekeh Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal PM ke 8. Beliau juga tidak pernah jemu membodek Tun M walaupun beliau sedar Tun M tidak pernah peduli kepada beliau.

Khairuddin kita tahu beliau tidak berada di dalam Bersatu kerana Bersatu pun kenal standard beliau. Beliau cuba untuk bersama Ezam, tetapi beliau sedar dirinya yang tiada harga itu bertambah jatuh nilainya jika bersama Ezam. Beliau diberi ihsan untuk bertanding di Melaka, itu pun atas ihsan Amanah, dan beliau tewas. Selepas itu, beliau umpama hantu tidak bertuan. Amanah pun tidak peduli kepadanya, jauh sekali Bersatu mahu pungut manusia otak udang sepertinya.

Beliau kata, kita kena terima hakikat jika Anwar tidak menjadi PM ke 8. Beliau tidak tahu sejarah perjuangan reformasi yang tidak pernah kenal erti menyerah. Pejuang-pejuang reformasi tulen kental dengan prinsip dan tidak pernah kenal erti kecewa, di dalam masa yang sama kami tidak pernah melawan takdir Illahi. Kami beriman dengan ketentuanNya.

Pernahkah kami kecewa dan berhenti berjuang berpuluh tahun walaupun kami gagal di dalam PRU dan Anwar tidak dapat kami angkat sebagai PM sebelum ini? Tidak. Kami beriman dengan ketentuan Allah. Kami terus berusaha dan akhirnya Umno parti Khairuddin dulu bungkus di dalam PRU14. Itu juga ketentuan Allah.

Khairuddin juga wajar terima hakikat bahawa Tun M hanya menjadi PM sekitar dua tahun sahaja dan beliau terikat dengan persefahaman di dalam PH. Jangan nanti bila Tun M serah jawatan kepada Anwar sebagaimana yang dijanjikan, Khairuddin tidak boleh terima hakikat dan bertindak membunuh diri pula.

Kami pendokong reformasi tetap berpegang kepada janji. Atas janji itulah juga Kak Wan menolak peluang untuk menjadi PM walaupun peluang terbuka luas ketika Kak Wan selaku Presiden Keadilan waktu itu mengadap Agong sejurus PH menang di dalam PRU14 yang lalu. Jika Kak Wan boleh berpegang kepada janji, adakah Khairuddin fikir Tun M juga otaknya seperti beliau?

UMNO DULU SEKAT MASUK UNIVERSITI, PH BUKA SELUASNYA, TAPI LEBAI TETAP KATA UMNO LEBIH BAIK



Cuba jwb dgn jujur, zaman umno jadi kerajaan dulu, dpt tak parti lebai masuk universiti utk jual agama? Kirim salam ok. Usahkan universiti, sekolah tadika pun lebai diharamkan masuk. Nak mengajar di masjid2 pun tak dapat.

Alhamdulillah, di bwh kjaan PH, lebai bebas keluar masuk universiti jual agama. Di masjid2, usah ceritalah, tegang2 urat lebai maki hamun kerajaan.

Di dalam keadaan begitu, cuba tanya lebai, mana lebih baik di zaman Umno jadi kerajaan atau di bwh setahun lebih PH jadi kerajaan? Berani potong jari, lebai tetap akan kata kekasih dan buah hatinya sekarang iaitu Umno lebih suci lagi menyucikan itu lebih baik dan syarie. Berilah royalti minyak banyak mana pun kat negeri lebai perintah, lebai tetap akan puji dan puja umno jugak.

Itulah lebai. Lebai ni, demi kepentingan perut dan partinya, mereka bila2 masa boleh tukar hukum Tuhan, bila2 masa boleh berkawan dgn syaitan dan bila2 masa boleh bermusuh dengan para Malaikat. Apa yang penting bagi mereka, rakyat dan umat mesti ditipu dan dipengaruhi agar mereka akan taksub dengan lebai dan akan sanggup minum air kaki lebai utk masuk syurga, kononnya.

Isnin, 30 September 2019

SERAH JAWATAN PM, TUN M TIDAK PERLU FOBIA DENGAN KISAH LAMPAU




Tun M merasa agak gusar apabila menjawab persoalan tentang penyerahan jawatannya selaku PM kepada Anwar sebagaimana yang dijanjikan di dalam manifesto PH dan muafakat Majlis Presiden PH sebelum PRU14 yang lalu.

Tun M menyatakan tiada jaminan pimpinan selepas beliau akan lebih baik darinya. Beliau mungkin fobia dengan peristiwa lalu bila beliau menyerahkan kuasa kepada Pak Lah. Banyak agenda yang beliau rancang gagal diteruskan oleh Pak Lah, malah negara bertambah teruk apabila Najib mengambil alih pemerintahan. Tidak salah kalau Tun M merasa begitu fobia sekarang.

Namun kita harus terima hakikat bahawa apa jua perasaan Tun M sekarang, janji dan persefahaman di dalam PH dan kepada rakyat wajib ditunaikan. Kalau mahu bercerita tentang rasa gusar dan fobia, kami juga gusar dan fobia apabila PH mengambil keputusan untuk menamakan Tun M sebagai bakal PM sekiranya PH berjaya menawan Putrajaya. Kami wajib merasa gusar dan bimbang kerana kami kenal Tun M bukan baru dan kami pernah menentang Tun M, bahkan reformasi tercetus ketika pemerintahan beliau.

Namun, kami berfikiran positif dan mengambil kira pandangan Anwar bahawa kita harus beri ruang untuk Tun M membuktikan bahawa beliau benar-benar telah berubah. Beliau keluar dari Umno/Bn merupakan perubahan dan tindakan awal serta hijrah yang baik dan perlu kita sokong. Maka, kami tidak lagi berwasangka buruk dan fobia dengan Tun M.

Tun M tidak boleh menyamakan kisah penyerahan jawatannya kepada Pak Lah. Itu peristiwa yang hanya berlaku di dalam Umno, pemimpin bertukar tetapi dasar dan sikap Umno tetap sama. Ibarat satu kumpulan perompak yang menukar ketua saja.
Penyerahan jawatan Tun M kepada Anwar di dalam tempuh dua tahun ini jauh berbeza dengan era beliau di dalam Umno dahulu. Bahkan, kami berpendapat kunci reformasi sebenar terletak di tangan Anwar kerana beliau pelopornya.

Jangan samakan Anwar dengan Pak Lah, jauh sekali dengan Najib. Benar, tiada sesiapa pun boleh beri jaminan bagaimana keadaan negara di masa akan datang, itu semua di bawah ilmu Allah.

Apa yang kami harapkan dari Tun M sewaktu kami bersetuju menerima Tun M sebagai PM ke 7, itu pun banyak tidak kesampaian. Di luar kuasa kami untuk menjamin Tun M akan mampu melaksanakan kesemuanya. Bahkan, tiada jaminan sekiranya Tun M kekal sebagai PM sehingga PRU15 kita akan menang. Apa jaminannya?