KEDAI JUALAN WALKIE TALKIE @ RADIO AMATUR

KEDAI JUALAN WALKIE TALKIE @ RADIO AMATUR

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

Rabu, 24 Februari 2016

MALAM INI (RABU- 24/2/16) MAT SABU, DATO FAUZI, LEE CHIN CHEN, DR HAMZAH DAN CHEGU BARD DI INDERA SEMPORNA RESORT, KUANTAN - PEKAN


DUA hari yang lalu, Presiden Amanah, Tuan Hj Muhammad Sabu telah berkunjung ke Negeri Pahang.  Lokasi pertamnya adalah di Jerantut pada 22 Feb 16, dengan pelancaran Amanah dan PH Jerantut beserta dengan program ceramah pada sebelah malamnya.  Pada 23 Feb 16, beliau ke Temerloh dan Mentakab dengan program yang sama serta Merasmikan Kelab Penyokong PH Pahang dan program ceramah PH di perkarangan Ibu Pejabat Amanah, Temerloh.

Hari ini, 24 Feb 16 pula Mat Sabu sampai ke Kuantan.  Program beliau bermula di awal pagi iaitu berkunjung ke Pasar Pagi Jalan Air Putih, Kuantan.  Selepas itu beliau berada di Parlimen Paya Besar, bertemu dan bersarapan dengan para pengunjung di Restoren Zaman, Batu 9, Jalan Gambang, Kuantan.  Pada sebelah tengahari, beliau bersama pimpinan PH akan makan tengahari di New Horizon Hotel, Kuantan.  Selepas itu akan diadakan Sidang Media di hotel yang sama seterusnya akan merasmikan Pejabat Amanah bagi Zon Timur di Kuantan.  Sesi sebelah petang berakhir di Pekan Sehari Balok,  Indera Mahkota.   

Lawatan beliau ke Pahang Timur berakhir dengan program Ceramah PH malam ini di Indera Semporna Resort, jalan Kuantan - Pekan.  Turut bersama Mat Sabu ceramah pada malam ini adalah Pengerusi KEADILAN Pahang, YB Dato Fauzi Abdul Rahman,  Adun Dap YB Lee Chin Chen,  Pengerusi Amanah Pahang Tuan Hj Dr Hamzah dan Wakil NGO dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sdr Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard.  Maudhuk utama ceramah malam ini adalah berkaitan 1MDB, RM 2.6 Bilion, Tabung Haji dan isu-isu semasa.

Semua dijemput hadir.
Terdapat ralat dalam alat ini