TERLALU marah pada Dap, maka ada
juga macai ingin melagakan Dap dengan KEADILAN pula setelah mereka
berpuas hati melihat Dap dan Pas mengalami krisis. Ini lah yang
dikatakan taktik dan usaha terancang untuk menghancurkan PR secara
perlahan-lahan. Alhamdulillah, KEADILAN kebanyakannya datang dari Umno
maka mudah sangat kita tahu helah dan tipu daya mereka.
"Penganalisis
politik, Prof Dr Ahmad Martadza berkata, kebarangkalian untuk PAS
bergabung dengan PKR dan Umno-Barisan Nasional (BN) bagi membentuk
kerajaan campuran di Selangor tetap ada, berdasarkan realiti politik
semasa dan juga keangkuhan DAP kebelakangan ini yang merasakan partinya
lebih kuat berbanding 'rakan komponen', PAS dan PKR, katanya."
(Tranungkite.net).
Pertamanya,
sebab apa perlunya KEADILAN mahu bersama Umno? Sebab apa pula KEADILAN
mahu ketepikan Dap? Lojiknya, tentulah ada sebab jika KEADILAN mahu
ketepikan Pas, bukan Dap. Itu pun KEADILAN masih anggap Pas sebagai
rakan sama juga Dap adalah rakan KEADILAN di Selangor. Bahkan, semalam
(04/7/15) sewaktu perjumpaan Presiden KEADILAN dan MB Selangor bersama
seluruh pimpinan KEADILAN negeri di kediaman resmi MB Selangor, Azmin
Ali, KEADILAN menegaskan bahawa Kerajaan PR Selangor kukuh dan jaminan
MB Selangor bahawa tiada sesiapa berhak menentukan kejatuhan kerajaan
yang dipilih oleh rakyat ini.
Apakah
dengan langkah rejim yang melakukan kezaliman kepada DS Anwar Ibrahim
berkali-kali dan berterusan, maka KEADILAN harus bersama Umno? Apakah
dengan kesetiaan Dap bersama PR dengan menyokong banyak langkah KEADILAN
selama ini khususnya sewaktu Langkah Kajang, maka KEADILAN harus tolak
Dap? Lebih tidak lojik lagi, adakah Pas sanggup cemarkah maruah mereka
untuk bersekongkol dengan Umno hanya kerana rejim ini pernah mencetuskan
peristiwa Memali yang bukan sedikit dosanya kepada Pas? Aku tidak
fikir Pas sanggup 'memperlekehkan' syuhada'-syuhada' Memali hanya kerana
umpan duniawi. Memanglah mereka kata Umno tidak seteruk Firaun, tetapi
Pas suatu ketika pernah menyatakan kerajaan toghut memerintah negara
ini. Siapakah kerajaan Toghut itu? Ada kah parti lain yang memerintah
negara ini selepas merdeka selain dari Umno/Bn?
Aku
berani beri jaminan bahawa KEADILAN tidak akan sesekali bersama Umno.
KEADILAN memang tidak pernah melabel Umno Toghut tetapi kami tidak pula
kata Umno itu lebih baik dari Firaun. KEADILAN tidak perlu tunggu Umno
jadi Firaun dahulu sebelum kita wajib menentangnya. Perkataan 'Umno'
disini perlu dibaca sebagai "pemimpin Umno" peringkat tertinggi.
Penganalisa
politik atau sesiapa sahaja yang ingin melihat KEADILAN bersama Umno,
anda boleh berangan sahaja. Apakah KEADILAN perlu putuskan hubungan
dengan Pas? Ini mungkin boleh dibahaskan dengan lebih lanjut, tetapi
jika perlu sekalipun bukan kerana KEADILAN kemaruk untuk bersama Umno.